Hydrator vs Moisturizers: Apa perbezaannya?
Adakah air pelembap yang baik?
Air bukan bahan yang cukup kuat untuk menjaga kelembapan kulit. Sejurus selepas membasahkan wajah dengan air, ia akan tersejat bersama-sama minyak semula jadi kulit. Semakin kerap membasuh muka tanpa menggunakan pelembap atau hydrator, semakin besar potensi kulit akan kering.
Moisturizers adalah bahan berasaskan minyak seperti minyak mineral dan minyak tumbuhan. Moisturizers melindung permukaan kulit dengan cara mencegah air keluar. Ia juga menjadikan kulit terasa lebih licin dan kurang kering. Hydrator pula bahan yang disebut humectants seperti gliserin atau asid hyaluronik, yang menyerap air dari atmosfera dan mengekalkan air tersebut pada kulit.
Penting untuk difahami bahawa kedua-dua hydrator dan moisturizer berfungsi dengan sangat berbeza. Salah pilih boleh merosakkan kulit. Walaupun tujuannya sama untuk menjadikan kulit lebih terhidrat, but the game plan bergantung pada jenis kulit kita. Sekiranya kulit kering secara semula jadi sepanjang tahun dan cenderung mengelupas, mungkin ini bukan disebabkan cuaca tetapi kulit yang susah mengekalkan kelembapan. Untuk itu, perlu gunakan moisturizer untuk lock kelembapan. Bahan-bahan yang boleh dicuba: minyak tumbuhan seperti minyak jojoba dan minyak kelapa.
Sekiranya kulit kering sekali sekala, cari serum penghidratan yang mengandungi asid hyaluronik yang boleh mengekalkan berat air 1000 kali ganda. Bahan-bahan yang boleh dicuba: asid hyaluronik, aloe vera, glycerin
Tidak ada salahnya menggunakan pelembap dan hydrator sekaligus. Guna hydrator seperti asid hyaluronik terlebih dahulu, diikuti dengan minyak tumbuhan untuk lock kelembapan. If you want to keep things simple, cari produk yang ada kedua-duanya. Bio Cellulose Mask adalah pilihan terbaik untuk mendapatkan mannfaat kedua-duanya. Microfiber yang digunakan mampu menahan air lebih lama bagi menghidratkan wajah sementara di dalam mask ada serum untuk melembapkan kulit.