Berjuta-juta orang mempunyai hama bulu mata tetapi tidak menyedarinya.

Hama bulu mata adalah mikroskopik, jadi manusia tidak dapat melihatnya dengan mata kasar. Secara semula jadi hama ini terdapat di folikel rambut di mana ia memakan sel kulit mati. Salah satu hama ini, Demodex folliculorum paling mempengaruhi bulu mata. Ia memakan sel kulit mati di sekitar bulu mata dan kelopak mata.

Setiap orang mempunyai hama ini dan hama ini boleh tersebar antara manusia dan haiwan. Hama dalam jumlah yang besar dapat menyebabkan masalah kulit. Oleh kerana hama bulu mata tidak kelihatan, manusia tidak dapat mendiagnosis kehadirannya. Simptom kehadiran hama ini pada bulu mata termasuk:
  • kegatalan pada bulu mata dan kulit di sekitarnya
  • kulit bersisik dan kasar
  • kemerahan di sekitar mata
  • rasa pedih di mata anda
  • ruam, seperti eczema
Gejala boleh menjadi buruk dan mengakibatkan keradangan mata. Bulu mata berkerak, mata melekit, dan sering berkelip. Lama kelamaan, boleh menyebabkan kelainan pertumbuhan bulu mata. Hama ini akan menyebabkan gejala yang teruk sekiranya keadaan kulit sudah sedia bermasalah.

Hama bulu mata boleh berjangkit. Ia boleh merebak dari hubungan dekat dengan orang lain yang mengalami serangan hama pada bulu mata atau kulit mereka. Jangan pernah berkongsi alat solekan mata kerana hama ini dapat disebarkan melalui maskara, eyeliner, dan kosmetik lain yang digunakan di sekitar kawasan bulu mata.

Jika mendapat jangkitan hama bulu mata, doktor selalunya akan memberi ubat sapu (krim) untuk membantu memerangkap hama dan mencegahnya merebak dan bertelur. Minyak pokok teh (tea tree oil) adalah salah satu rawatan yang boleh digunakan di rumah untuk rawatan jangkitan hama ini.

Cleasing Gel GreenAard telah banyak membantu menyelesaikan masalah kulit seperti acne dan eczema (boleh lihat testimoni di www.greenaard.com). Cleansing Gel mengandungi bahan aktif terpinen-4-ol yang diesktrak dari tea tree oil. Kandungan bahan aktif yang tinggi ini membuatkan Cleansing Gel cepat merawat masalah kulit. Bahan aktif terpinen-4-ol ini juga merupakan 'racun' buat hama bulu mata. Apabila terkena bahan aktif ini, hama bulu mata mati serta-merta. Mungkin anda boleh gunakan Cleansing Gel untuk membersihkan berus solekan (cadangan kami sahaja).
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart