Jeragat adalah masalah kulit yang biasa. Ia menyebabkan kulit jadi gelap, bertompok dan berubah warna. Jeragat lebih biasa terjadi di kalangan wanita berbanding lelaki. Walaumacamanapun, jeragat tak bagi apa-apa kesan kecederaan fizikal, cuma kita akan rasa segan dan tak yakin bila berdepan dengan public.
Mereka yang berkulit gelap lebih berisiko daripada yang berkulit cerah. Antara punca jeragat :
► Kandungan estrogen dan sensitiviti progesteron. Ini bermakna penggunaan pil kawalan kelahiran (birth control), pil kesuburan, dan pil terapi hormon yang berterusan boleh menyebabkan jeragat.
► Tekanan (stress).
► Penyakit tiroid.
► Selalu terdedah kepada cahaya matahari.
► Bagi sesetengah wanita, melasma akan hilang dengan sendiri. Ini biasanya berlaku apabila jeragat muncul disebabkan perubahan hormon semasa mengandung. Untuk kes sebegini, selepas melahirkan, jeragat akan hilang.
TAK SEMUA JERAGAT BOLEH DIRAWAT.
Walaubagaimanapun, ada perkara yang boleh dilakukan untuk memastikan jeragat tak menjadi lebih buruk. Antaranya :
1. Minyak zaitun
Sapukan minyak zaitun pada kulit terjejas selama 2-3 minit. Kemudian letakkan tuala panas pada muka. Selepas tuala jadi sejuk, lapkan minyak berlebihan. Ulang setiap hari sampai nampak kesan.
.
2. Aloevera gel
Gel Aloevera membuang sel-sel kulit mati dan menggalakkan kulit untuk menjana semula sel-sel baru. Sebelum tidur, sapukan gel ini (sebaiknya gel segar pada daun aloevera) pada wajah dan bilas pada esok pagi. Kalau nak gunakan sebagai mask pun boleh tapi ditambah dengan ½ sudu besar madu. Kemudian sapukan pada muka dan biarkan kering. Tunggu 20 minit dan kemudian bilas dengan air suam.
.
3. Tea tree oil + lavender oil
Campurkan minyak pokok teh (tea tree oil) dengan minyak lavender. Sapukan campuran ni pada bahagian jeragat. Gunakannya 4-5 kali sehari.
.
4. Serbuk kayu cendana + air mawar (rosewater)
Campurkan satu sudu serbuk kayu cendana dengan dua sudu air mawar (rosewater) dan sapu pada muka, buarkan selama kira-kira sepuluh minit. Bilas.
.
5. Jus lemon + air mawar + glycerin
Jus lemon sangat berasid dan ia membantu memudarkan jeragat. Caranya, perah jus lemon. Selepas itu, tambah jumlah yang sama air mawar (rosewater) dan glycerin ke dalam jus lemon. Sapukan pada muka, gosok-gosok di kawasan jeragat selama 2-3 minit, kemudian bilas.
.
6. GreenAard Cleansing Bar
GreenAard Cleansing Bar mengandungi :
► tea tree oil (minyak pokok teh)
► olive oil (minyak zaitun)
► rosewater (air mawar)
► aloevera
► glycerin
► ekstrak kayu manis
► ekstrak rumpai laut
► biji cranberry
Hampir kesemua bahan-bahan yang ada dalam Cleansing Bar ini adalah bahan-bahan yang sama yang digunakan dalam resepi di awal tadi. Cuma bezanya, ia dibuat dalam bentuk sabun muka supaya lebih senang digunakan. Bukan sahaja untuk jeragat, malah boleh juga digunakan untuk membantu melegakan ekzema dan mengecutkan jerawat.