Bolehkah menggunakan essential oil untuk rawat kulit bermasalah?

Ya, essential oil boleh digunakan untuk merawat masalah kulit tertentu, tetapi harus berhati-hati. Beberapa essential oil seperti minyak pokok teh (tea tree), lavender, dan chamomile mempunyai sifat anti-radang yang tinggi. Ia membantu untuk keadaan seperti jerawat, ekzema, dan kulit kering. Walau bagaimanapun, essential oil sangat pekat dan boleh menyebabkan kesan sampingan jika tidak digunakan dengan betul. Kepekatan essential oil yang tinggi boleh menyebabkan masalah kulit menjadi lebih teruk. Terlalu pekat boleh menyebabkan iritasi, kemerahan, atau luka bakar pada kulit. Iritasi boleh bertambah teruk terutamanya pada kulit sensitif atau jika digunakan dalam jumlah yang berlebihan.

Essential oil boleh memburukkan keradangan kulit yang disebabkan oleh bahan yang bersentuhan dengan kulit (contohnya kulit yang terkena hot glue). Lebih-lebih lagi essential oil tea tree (pokok teh) atau lavender kerana kandungan alergennya tinggi. Kesannya boleh termasuk ruam, gatal-gatal, dan bengkak. Beberapa essential oil lain yang dikatakan bagus untuk kulit adalah lemon, bergamot, dan grapefruit. Tetapi pernahkah agen essential oil anda pernah memberitahu bahawa essential oil jenis itu adalah fotosensitif?

Dalam erti kata lain, jika kulit yang telah disapu dengan essential oil tersebut terdedah kepada cahaya matahari, ia boleh menyebabkan reaksi kulit yang lebih teruk seperti hiperpigmentasi. Menggunakan essential oil dengan kerap boleh mengganggu fungsi skin barrier, lebih-lebih lagi jika essential oil tidak dicairkan dengan betul. Ini akan menyebabkan kekeringan, pengelupasan, atau keradangan. Apabila skin barrier terganggu, kulit menjadi lebih terdedah kepada jangkitan dan iritasi.

Selain itu, essential oil yang terlalu kuat boleh diserap oleh kulit dan memasuki sistem darah, menyebabkan kesan sampingan sistemik termasuk gangguan pernafasan atau sakit kepala. Kebanyakan essential oil perlu dicairkan dengan carrier oil seperti minyak kelapa, minyak jojoba, atau minyak zaitun. Kepekatan yang disyorkan biasanya antara 1-3% untuk penggunaan topikal (sapu pada kulit). Sebelum menggunakan essential oil, lakukan ujian tampalan pada kawasan kulit untuk menguji sebarang reaksi alergi atau iritasi.

Jadi, apa beza Cleansing Gel GreenAard yang juga mengandungi minyak tea tree, berbanding essential oil? Cleansing Gel GreenAard mengandungi ekstrak minyak, bukannya minyak pati tulen (essential oil). Dalam Cleansing Gel, bahan-bahan seperti minyak zaitun, minyak pokok teh dan minyak kelapa diekstrak. Minyak-minyak tersebut digabungkan dengan air, surfaktan dan pengemulsi untuk mencipta formula seimbang. Formula Cleansing Gel telah dirumus lembut dan selamat untuk kegunaan harian, walaupun pada kulit sensitif. Minyak-minyak di dalamnya telah seimbang untuk mengelakkan kerengsaan atau kekeringan. Sebab itulah Cleansing Gel lebih selamat digunakan tidak kira peringkat usia, dari bayi hingga dewasa.
Diana Ishak
Read more

Jerawat yang disebabkan oleh hormon.

Jerawat hormon adalah jerawat yang berkaitan dengan turun naik hormon. Ia boleh mempengaruhi pada usia apa pun dan sangat biasa berlaku pada wanita.

Hormon secara general bukanlah penyebab jerawat tetapi ketidakseimbangan hormon yang menyebabkan jerawat tumbuh. Ada beberapa faktor yang menyumbang, termasuk haid dan menopaus.

Semasa akil baligh, jerawat sering muncul di zon-T. Ini merangkumi dahi, hidung, dan dagu. Setelah umur meningkat, jerawat tumbuh di bahagian bawah wajah. Ini merangkumi bawah pipi dan sekitar rahang.

Jerawat hormon boleh tumbuh dalam bentuk whiteheads dan jerawat nasi. Ia boleh disebabkan oleh :
  • haid
  • PCOS
  • menopaus
  • peningkatan hormon androgen
Turun naik hormon boleh memburukkan lagi masalah jerawat apabila:
  • kulit menjadi radang (merah dan pedih).
  • kulit mengeluarkan minyak (sebum) yang banyak.
  • folikel rambut tersumbat.
  • bakteria penyebab jerawat merebak dengan banyak.
Wanita mula menopaus pada usia 40-50an. Sebilangan wanita dapat masalah jerawat semasa menopaus akibat penurunan tahap estrogen.

Cara merawat jerawat hormon di rumah:

Gunakan tea tree oil
Minyak ini berfungsi mengurangkan keradangan kulit yang boleh menyebabkan jerawat. Jika guna EO, cairkan tea tree oil dengan carrier oil seperti minyak kelapa, jojoba, atau zaitun. Cleansing Gel GreenAard ada campuran ketiga-tiga tea tree oil, mintak zaitun dan minyak kelapa.

Gunakan teh hijau
Teh hijau mengurangkan keradangan dalam badan. Cuba minum beberapa cawan teh hijau sehari. Atau, gunakan skincare yang mengandungi sekurang-kurangnya 2% ekstrak teh hijau. Cleansing Gel GreenAard juga mengandungi ekstrak teh hijau. On anothor note, GC Plus juga ada ekstrak teh hijau.

Gunakan alpha hydroxy acid
Asid hidroksi alfa (AHA) adalah sejenis asid tumbuhan. AHA membantu membuang sel kulit mati berlebihan yang menyumbatkan liang pori. AHA membantu meminimumkan parut jerawat. AHA banyak dalam produk yang membantu mengurangkan kedut [anti-aging skincare].

Bahan-bahan dalam Cleansing Gel GreenAard:
  • Tea Tree Oil
  • Ekstrak rumpai laut
  • Ekstrak teh hijau
  • Ekstrak kayu manis
  • Minyak kelapa
  • Minyak zaitun
  • Aloevera
  • Air mawar
  • Glycerin
Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart