Bahayakah SLES/SLS?
SLS [Sodium Lauryl Sulphate] dan SLES [Sodium Laureth Sulphate] adalah antara bahan yang sering dijumpai dalam produk penjagaan dan pembersihan badan - seperti sabun, pencuci muka, syampu, ubat gigi, dan bahan pencuci.
Apakah kesan menggunakan SLS atau SLES pada badan?
Sodium lauryl sulfate (SLS) adalah surfectant yang biasa digunakan dalam produk yang mempunyai sifat 'pembersihan'. Fungsi surfectant adalah untuk mengurangkan ketegangan permukaan air supaya kotoran dan minyak di badan atau pakaian lebih senang dibersihkan dan dibuang.
SLS/SLES juga berfungsi sebagai agen pembuih dalam produk tertentu. Kandungan SLS diperoleh dari MINYAK SAWIT atau MINYAK KELAPA. Ia melalui pelbagai proses kimia semasa penghasilannya sehingga hilang sifat semula jadi.
SLES, atau Sodium Laureth Sulfate adalah sebatian yang berasal dari SLS. SLES dibuat dari bahan asas yang sama dengan SLS iaitu minyak kelapa atau minyak sawit yang direaksikan dengan alkohol melalui proses etoksilasi [ethoxylation]. Proses ini menjadikan SLES lebih selamat digunakan berbanding SLS.
SLS tidak berbahaya apabila digunakan dan segera dibilas dari kulit, seperti syampu dan sabun. Walau bagaimanapun, penggunaan kandungan SLS dalam produk yang bertahan lama pada kulit [krim wajah], kepekatannya tidak boleh melebihi 1%.
Produk GreenAard yang mengandungi SLES adalah Cleansing Gel, dan ia diesktrak dari minyak kelapa. SLES dalam Cleansing Gel adalah sebagai agen pembuih. Untuk merawat kulit berjerawat, SLES mampu membuang lebihan minyak pada jerawat.