Apa yang perlu dicari dalam sebuah produk pembersihan kulit untuk kurangkan kerengsaan kulit sensitif?

Kami selalu dapat pertanyaan-pertanyaan general dari mereka yang berminat dengan Cleansing Gel GreenAard tetapi tak pasti samada kulit mereka sesuai atau tidak. Memandangkan Cleansing Gel GreenAard memang diformulasikan khas untuk sensitif skin, tapi how we define 'sensitive'?

Ada yang tanya "Kalau gatal-gatal tu sensitif atau penyakit?"
"Kalau kulit merah-merah tu sensitif atau penyakit?"

Ok, di sini kami list-kan FAQ tentang Cleansing Gel. 

1. Bagaimanakah nak tahu kalau saya ada kulit sensitif?
Have a dermatologist check your skin. Itu cara terbaik untuk mengetahui jika anda mempunyai kulit sensitif atau ada perkara lain yang menyebabkan kulit anda jadi begitu.

2. Apa yang menyebabkan tindak balas kulit sensitif?
Punca tindak balas kulit sensitif termasuk :

  • Gangguan atau alahan seperti ekzema, rosacea, atau dermatitis. 
  • Kulit terlalu kering. 
  • Pendedahan yang berlebihan kepada alam sekitar yang merosakkan kulit seperti matahari dan angin atau haba berlebihan atau sejuk. 
  • Faktor genetik, umur, jantina.

3. Apakah petua untuk menjaga kulit sensitif terutamanya di wajah?
Pembersihan. Setiap kulit manusia memberi respon berbeza kepada kaedah pembersihan yang berbeza. Tetapi kebanyakan pakar dermatologi bersetuju bahawa sabun yang mengandungi detergen yang kuat tak boleh digunakan di muka. Pembersih sabun seperti sabun organik atau sabun khas untuk kulit sensitif mempunyai potensi kurang merengsakan kulit wajah berbanding dengan sabun pencuci muka biasa. 

4. Apa yang perlu saya cari dalam sebuah produk pembersihan kulit untuk kurangkan kerengsaan kulit sensitif?
Untuk kulit sensitif, pastikan produk tersebut :

  • tidak mempunyai berpuluh bahan.
  • sedikit atau tidak ada lansung wangian.
  • jangan gunakan kosmetik waterproof.
  • gunakan produk natural bebas bahan kimia.


5. Bagaimanakah saya harus menguji tindak balas kulit sensitif?
Sebelum mencuba produk baru pada kulit, lakukan yang berikut :

  • selama beberapa hari, gunakan sedikit di belakang telinga.
  • sekiranya kulit tidak merengsa, lakukan prosedur yang sama, kali ini sapu di kawasan mata.
  • sekiranya masih tak ada kerengsaan, produk itu dikategorikan selamat digunakan di bahagian kulit yang lain.

 

Cleansing Gel GreenAard terbukti membantu merawat kulit sensitif seperti kekeringan, berminyak, berjerawat, ekzema dan psoriasis. Boleh lihat testimoni pengguna di sini : https://greenaard.com/pages/cleansing-gel-image-testimonyWalaubagaimanapun, kadangkala kulit telah berjaya dirawat tetapi kerengsaan datang kembali secara tiba-tiba. Dan selalunya kita menganggap "badan dah immune dengan produk maka ia tidak lagi berkesan"..

SALAH!

Kadangkala ada faktor lain yang membuatkan kerengsaan kulit datang semula selepas beberapa ketika. Jenis kain yang kita gunakan (pakaian) boleh menjadi faktor 'trigger'. Untuk kulit sensitif, pastikan pakai pakaian yang lembut, dari bahan semulajadi seperti kapas halus dan sutera. Elakkan guna kain yang berasaskan bahan sintetik seperti poliester. Rayon dan linen juga selesa untuk kulit sensitif tetapi lebih berat daripada kapas atau sutera. 

 

Diana Ishak
Read more

Khasiat kulit kayu manis untuk wajah

 

Cleansing Bar yang gunakan 100% bahan semulajadi.
Kalau taknak guna Cleansing Bar ni pun takpe, boleh buat sendiri guna bahan-bahan ni di rumah :

🍃 Kulit kayu manis bantu hilangkan jerawat. Campurkan 3 sudu madu dengan 1 sudu kayu manis. Tepek pada kawasan jerawat dan biarkan semalaman. Sebagai alternatif, biarkan selama 20 minit sebelum bilas dengan air. Ulang seminggu sekali.

🍃 Kulit kayu manis bantu buang sel-sel kulit mati dan pulihkan kelembutan kulit. Gabungkan garam laut, minyak badam, minyak zaitun, madu dan kayu manis - jadikan scrub. Pakai seminggu sekali.
.
🍃 Buat campuran 1 sudu teh madu dan 1 sudu teh kayu manis. Sapukan lapisan nipis tepek pada kawasan jerawat. Gunakan setiap hari selama seminggu.

🍃 Kulit kayu manis memperbaiki aliran darah dan membawa oksigen dan darah ke permukaan kulit, dan ini menyebabkan kulit lebih segar. Campurkan beberapa titik kayu manis dengan minyak zaitun dan sapu pada seluruh muka, elakkan kawasan mata.

🍃 Untuk apa-apa jenis jangkitan kulit, ambil sikit serbuk kayu manis dan campurkan dengan madu dalam nisbah yang sama, jadikan pes. Tepek pada kawasan terjejas. Kayu manis juga boleh mengubati kurap dan sembuhkan luka.

🍃 Kulit kayu manis boleh melembutkan kulit kasar dan kering kerana sifat antioksidannya. Campurkan jus lemon, 1 sudu minyak zaitun, satu perempat cawan susu, setengah cawan air, dan 2 sudu serbuk kayu manis ke dalam besen. Rendamkan kaki selama 15 minit untuk kaki lembut dan licin.

Susah tak?
Kalau terasa susah takyah susah-susahkan diri.
Beli je Cleansing Bar kami ni.
Sebab dalam Cleansing Bar ni ada bahan-bahan yang disebutkan di atas. Ada kulit kayu manis, ada minyak zaitun, ada air mawar, ada aloevera, ada rumpai laut - semuanya memang untuk kulit.

Diana Ishak
Read more

Cara atasi kulit kering

 .

Kulit kering memang membawa masalah pada penampilan. Apetah lagi kalau kulit kering tu bertapuk-tapuk, bersisik, berkerak di bahagian muka.
.
Ramai yang tak tau kulit kering mesti dirawat dengan bahan semulajadi. Bahan kimia hanya akan menambahkan kekeringan kulit. Berikut adalah yang remedi terbaik untuk merawat kulit kering dan gatal pada muka dan tangan anda. Hanya perlu guna secara konsisten dan berterusan untuk dapatkan hasil yang terbaik. Klik setiap gambar untuk lihat resepinya.

 .

1. Terapi Minyak

Gosokkan sedikit minyak zaitun, kelapa atau minyak badam pada kawasan yang kering sebelum mandi. Ini akan membuatkan kulit anda kekal lembab selepas mandi dan menjadikan kulit lembut dan licin.

 .

2. Glycerin (dari minyak sayur)

Hidratkan kulit anda dengan gliserin, kerana ia membantu kulit menyerap dan mengekalkan kelembapan.

Di zaman Cleopatra, beliau mencampurkan gliserin + jus lemon + air mawar. Campuran itu disapukan ke kawasan kering (muka) dan dibiarkan semalaman.

Produk Cleansing Bar GreenAard mengandungi campuran gliserin dan air mawar.

 .

3. Minyak Zaitun dan Kuning Telur (sebagai mask)

Sifat minyak zaitun dan kuning telur membuatkan ia kombinasi yang berkesan untuk merawat kulit kering. Campur kedua-dua bahan ini berserta sedikit jus lemon atau air mawar supaya membentuk pes. Sapukan pada muka dan biarkan selama 15 minit. merawat kulit kering.

 .

4. Avocado dan Madu.

Avocado dan madu digabungkan membentuk adunan yang berkesan merawat kulit kering. Hanya campurkan avokado yang dilenyek bersama madu dalam nisbah yang sama dan sapu pada muka sebagai mask. Biarkan 15 minit. Kemudian bilas.

 .

5. Pisang dan Yogurt (mask)

Pisang juga boleh digunakan untuk merawat kulit yang kering. Hanya lecek sebiji pisang dan jadikan mask. Biarkan selama 20 minit, kemudian bilas. Sebagai alternatif, anda boleh campurkan pisang lecek ini yogurt. Ia bukan sahaja melembapkan kulit tapi juga merawat kulit yang menggelupas.

 .

6. Betik dan Avocado (mask)

Avocado berkesan untuk kulit kering. Lecek sebiji avokado dan spu pada seluruh muka atau bahagian kulit kering.

Betik pun sesuai untuk kulit kering. Lecek dan campurkan sepotong betik + 1 avokado + 1 pisang. Sapukan pada muka dan biar selama 20 minit.

 .

7. GreenAard Cleansing Bar.

Cleansing Bar ini 100% natural. Hanya bahan semulajadi saja. Bahan-bahan yang digunakan dalam sabun ini antaranya bahan-bahan yang disebutkan dalam gambar-gambar yang lepas :

🍀 air mawar
🍀 glycerin
🍀 minyak zaitun
🍀 ekstrak kayu manis
🍀 esktrak rumpai laut
🍀 aloevera
🍀 biji cranberry

 .

Diana Ishak
Read more

Kulit sensitif kerana banyak sebab.

 

 

Ramai yang berminat dengan GreenAard Cleansing bagitau yang mereka ada kulit sensitif. Persoalannya ialah, sensitif kepada apa?

Sesetengah orang mempunyai kulit nipis atau kulit bertesktur halus. Ini menjadikan kulit mereka sensitif kerana kulit halus bertindak balas dengan cepat terhadap cuaca panas dan sejuk dan sinaran matahari. Even kulit jenis ini sensitif dengan angin. Mereka yang ada masalah ini selalunya menghadapi masalah kulit sering kering dan terdedah kepada alahan.

Ada juga orang yang kulitnya hanya sensitif kepada persekitarannya contohnya suhu dan kelembapan, perubahan musim, air panas, air sejuk, sabun pencuci, wangian sintetik, bahan pewarna, bahan pengawet, dan alkohol (perfume atau skin care). Bahan-bahan ini menyebabkan kerengsaan yang membawa kepada kulit merah dan gatal.

Sorang pengguna Cleansing Bar kami yang ada kulit sensitif memberitahu masalahnya kulit sensitifnya hanya selesai setelah mencuba sabun GreenAard. Maksudnya di sini, anda sebenarnya yang harus tahu kulit anda sensitif terhadap apa. Kerana sekiranya kulit anda sensitive pada bunga mawar, dah tentu tak sesuai gunakan Cleansing Bar kami kerana sabun kami ada ekstrak air mawar.

Sabun kami adalah 100% natural. Tidak menggunakan wangian sintetik. Tak menggunakan pewarna tambahan.

 

Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart