Bolehkah menggunakan essential oil untuk rawat kulit bermasalah?

Ya, essential oil boleh digunakan untuk merawat masalah kulit tertentu, tetapi harus berhati-hati. Beberapa essential oil seperti minyak pokok teh (tea tree), lavender, dan chamomile mempunyai sifat anti-radang yang tinggi. Ia membantu untuk keadaan seperti jerawat, ekzema, dan kulit kering. Walau bagaimanapun, essential oil sangat pekat dan boleh menyebabkan kesan sampingan jika tidak digunakan dengan betul. Kepekatan essential oil yang tinggi boleh menyebabkan masalah kulit menjadi lebih teruk. Terlalu pekat boleh menyebabkan iritasi, kemerahan, atau luka bakar pada kulit. Iritasi boleh bertambah teruk terutamanya pada kulit sensitif atau jika digunakan dalam jumlah yang berlebihan.

Essential oil boleh memburukkan keradangan kulit yang disebabkan oleh bahan yang bersentuhan dengan kulit (contohnya kulit yang terkena hot glue). Lebih-lebih lagi essential oil tea tree (pokok teh) atau lavender kerana kandungan alergennya tinggi. Kesannya boleh termasuk ruam, gatal-gatal, dan bengkak. Beberapa essential oil lain yang dikatakan bagus untuk kulit adalah lemon, bergamot, dan grapefruit. Tetapi pernahkah agen essential oil anda pernah memberitahu bahawa essential oil jenis itu adalah fotosensitif?

Dalam erti kata lain, jika kulit yang telah disapu dengan essential oil tersebut terdedah kepada cahaya matahari, ia boleh menyebabkan reaksi kulit yang lebih teruk seperti hiperpigmentasi. Menggunakan essential oil dengan kerap boleh mengganggu fungsi skin barrier, lebih-lebih lagi jika essential oil tidak dicairkan dengan betul. Ini akan menyebabkan kekeringan, pengelupasan, atau keradangan. Apabila skin barrier terganggu, kulit menjadi lebih terdedah kepada jangkitan dan iritasi.

Selain itu, essential oil yang terlalu kuat boleh diserap oleh kulit dan memasuki sistem darah, menyebabkan kesan sampingan sistemik termasuk gangguan pernafasan atau sakit kepala. Kebanyakan essential oil perlu dicairkan dengan carrier oil seperti minyak kelapa, minyak jojoba, atau minyak zaitun. Kepekatan yang disyorkan biasanya antara 1-3% untuk penggunaan topikal (sapu pada kulit). Sebelum menggunakan essential oil, lakukan ujian tampalan pada kawasan kulit untuk menguji sebarang reaksi alergi atau iritasi.

Jadi, apa beza Cleansing Gel GreenAard yang juga mengandungi minyak tea tree, berbanding essential oil? Cleansing Gel GreenAard mengandungi ekstrak minyak, bukannya minyak pati tulen (essential oil). Dalam Cleansing Gel, bahan-bahan seperti minyak zaitun, minyak pokok teh dan minyak kelapa diekstrak. Minyak-minyak tersebut digabungkan dengan air, surfaktan dan pengemulsi untuk mencipta formula seimbang. Formula Cleansing Gel telah dirumus lembut dan selamat untuk kegunaan harian, walaupun pada kulit sensitif. Minyak-minyak di dalamnya telah seimbang untuk mengelakkan kerengsaan atau kekeringan. Sebab itulah Cleansing Gel lebih selamat digunakan tidak kira peringkat usia, dari bayi hingga dewasa.
Diana Ishak
Read more

Cara melambatkan penuaan pada kulit

GUNAKAN PELINDUNG MATAHARI (SUNSCREEN)
Memakai pelindung matahari dengan sekurang-kurangnya SPF 30 SETIAP HARI boleh melambatkan tanda-tanda penuaan pada kulit. Sinar UVB (penyebab utama sunburn) sebahagian besarnya disekat oleh kaca, tetapi sinar UVA (penyebab utama penuaan kulit) dapat menembusi kaca. Sekiranya anda berada dalam jarak beberapa kaki dari tingkap, sinar UVA akan sampai kepada anda.

JANGAN HANYA MENJAGA KULIT WAJAH
Jangan hadkan rejimen pelembap (moisturiser) dan pelindung kulit (sunscreen) hanya pada wajah. Amalkan menggunakan sunscreen dengan sekurang-kurangnya SPF 30 dan losyen di seluruh badan.

GUNA SATU PRODUK BARU PADA SATU MASA
Berikan masa untuk produk bekerja. Mengaplikasi beberapa produk (yang menjalankan fungsi yang sama) kepada kulit tidak akan memperlambat tanda-tanda penuaan dengan segera. Setiap produk kosmetik memerlukan sedikit masa nampak hasilnya, apatah lagi jika kulit damage teruk.

TANGGALKAN SEMUA SOLEKAN SEBELUM TIDUR
Nak wajah awet muda?
Tabiat mencuci muka boleh mempengaruhi penampilan kulit. Basuh muka paling kurang dua kali sehari menggunakan cleanser. Yang paling penting, wajah mesti benar-benar bersih dari solekan terutamanya sebelum tidur. Kulit yang masih ada solekan/bedak sewaktu tidur akan menyumbatkan liang muka apabila bercampur dengan minyak muka.

Nota penting : Kulit mengeluarkan minyak semasa tidur.

IKUTI JADUAL TIDUR YANG BETUL
Tidur sangat penting untuk semua organ termasuk kulit anda. Tidur yang cukup pada waktu yang betul akan memberi kulit masa untuk memperbaharui dirinya setiap hari. Sistem lain di badan meningkat semasa tidur. Terdapat peningkatan pembebasan hormon pertumbuhan semasa tidur serta hormon yang mengatur selera makan. Orang tak cukup tidur lebih cepat lapar.

KEKAL HIDRAT (MINUM DENGAN CUKUP)
Kekeringan boleh menjadikan kedutan muncul lebih cepat. Minum air secukupnya. Air menjadikan badan terhidrat dan membantu mengekalkan keanjalan kulit. Orang yang minum air secukupnya lebih cepat hilang parut luka, kurang kedutan pada kulit dan lambat menunjukkan tanda-tanda penuaan daripada mereka yang minum sedikit air.




Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart