Kolagen dalam produk skincare is WORTHLESS!

Walaupun kolagen berperanan penting untuk kulit, menambah kolagen dalam produk topikal/skincare adalah TIDAK BERNILAI dari segi manfaat anti-penuaan. Walaupun kolagen yang ditambah ke dalam skincare boleh melembapkan kulit, sejauh itu sajalah ia boleh lakukan. Penggunaan kolagen secara topikal TIDAK PERNAH merangsang sintesis atau pertumbuhan kolagen. Diulangi, TIDAK PERNAH. Ini kerana kolagen mempunyai berat molekul yang terlalu besar untuk menembusi lapisan kulit paling luar. Biasanya hanya molekul bersaiz 500 Dalton atau kurang yang boleh melintasi halangan kulit dengan berkesan. Maka, jika anda mengharapkan kolagen dalam skincare menambah keanjalan kulit, itu TIDAK BERLAKU. Tetapi, ia boleh melembapkan kulit.

Memandangkan anda kini faham bahawa menggunakan produk kolagen topikal tidak begitu berkesan dari segi rawatan anti-penuaan, apakah yang boleh dilakukan untuk membina semula kolagen? Luckily, there are quite a few treatment options. Walaupun penambahan kolagen pada produk skincare mungkin tidak berkesan, itu tidak bermakna tiada produk topikal yang boleh meningkatkan pengeluaran kolagen. Anda boleh cari skincare yang ada L-askorbik. L-askorbik sudah terbukti mempunyai kesan anti-penuaan kulit dengan mendorong pengeluaran kolagen.

GLOEI menggunakan vitamin C dalam bentuk asid L-askorbik sebagai bahan-bahannya. Maka tidak hairanlah pengguna GLOEI nampak kesan positif pada kulit selepas beberapa kali penggunaan. Because it has been scientifically proven. Selain dari itu, cari skincare yang ada retinol di dalamnya. Retinol adalah sejenis vitamin A. Vitamin A can stimulate collagen. Secara ringkasnya, untuk mencari skincare yang boleh membantu stimulate kolagen, cari yang sama ada mengandungi retinol/vitamin A atau L-askorbik.

Untuk pengetahuan, dalam GLOEI, ada vitamin C, vitamin A DAN L-askorbik. Sebab itulah kami tak letak kolagen haiwan dalam GLOEI. Kerana di dalamnya sudah ada ekstrak bahan aktif yang membantu merangsang badan menghasilkan kolagen sendiri.
Diana Ishak
Read more

Penemuan baru Kejuruteraan Genetik & Bioteknologi

Penyelidik di Sepanyol melaporkan tentang bagaimana sel-sel utama dalam kulit kehilangan identiti apabila badan semakin tua. Kajian ke atas tikus oleh saintis di Institut Penyelidikan Bioperubatan (Barcelona) menunjukkan bahawa sel dalam lapisan kulit (fibroblas dermal) berupaya 'melupakan' keadaan mereka apabila semakin tua. Semakin tua, sel-sel tersebut menghasilkan kurang protein yang membentuk lapisan kulit, dan menghasilkan lebih banyak adiposit (sel lemak). Sedangkan sel tersebut sepatutnya menghasilkan kolagen. Inilah yang dikatakan 'sel sudah hilang identitinya', apabila badan semakin berusia.

Banyak fungsi tisu badan merosot apabila kita semakin tua, dan kemerosotan ini memberi kesan kepada penyembuhan sel. Sel dalam lapisan kulit (fibroblas dermal) adalah kunci untuk penghasilan kolagen. Ia juga penting untuk membaiki kerosakan kulit. Ketika usia bertambah, keupayaan fibroblas untuk menghasilkan kolagen berkurangan. Oleh itu kulit menjadi lambat pulih dari luka, kekeringan dan parut. Orang tua menghadapi banyak masalah ini kerana kolagen berkurangan dan its barrier properties are decreased, sekaligus meningkatkan risiko jangkitan dan masalah kulit. Sebab itulah selain dari mengelakkan dari merokok dan mengehadkan pengambilan kafein, seseorang perlu memakan makanan yang menambah kolagen dalam badan.

Ada sesetengah orang rajin memakan sayur dan buah-buahan, tetapi kurang menjaga wajah dengan penggunaan skin care yang betul. Ini merosakkan kulit. Ada juga yang rutin mengambil kolagen, atau vitamin C, tetapi tidak mementingkan kebersihan wajah dan mengambil ringan mencuci muka dengan baik. Maka, jangan hairan sekiranya kulit tetap bermasalah. Dalam proses menambahkan penghasilan kolagen dari badan, GLOEI sahaja tidak mencukupi SEKIRANYA anda:
  • masih terus merokok
  • banyak mengambil kafein
  • banyak mengambil gula
  • tidak melindungi kulit dengan sunscreen
  • tidak mencuci muka dengan benar-benar bersih dari solekan
Percayalah, ketika anda menjaga kesemua tadi dengan betul, anda akan nampak kesan GLOEI lebih cepat.
Diana Ishak
Read more

Bolehkah DARK CIRCLE di bawah mata hilang?

Tidur yang terlalu sedikit bukan satu-satunya punca dark circle di bawah mata. Ada penyebab lain termasuk alahan dan genetik. Berita baiknya, penampilan dark circle boleh dikurangkan. Walaupun dark circle adalah common dan boleh menjejaskan sesiapa sahaja, dark circle lebih kerap berlaku pada:
  • orang yang berusia
  • kecenderungan genetik
  • orang yang mempunyai warna kulit yang lebih gelap

Dalam kebanyakan kes, dark circle tidak perlu dibimbangkan, dan tiada rawatan perubatan diperlukan. Keletihan yang melampau, atau berjaga melepasi waktu tidur yang biasa boleh menyebabkan dark circle terbentuk. Kurang tidur boleh menyebabkan kulit menjadi pucat. Itu membuatkan saluran darah di bawah kulit mula kelihatan. Inilah punca terbentuknya dark circle.

Apabila umur meningkat, adalah perkara normal untuk dark circle terbentuk di bawah mata. Semakin meningkat usia, kulit semakin menipis. Terdapat penurunan kolagen pada kulit. Apabila ini berlaku, saluran darah di bawah kulit menjadi lebih kelihatan, menyebabkan kawasan di bawah mata menjadi gelap. Sejarah keluarga juga memainkan peranan. Ia boleh menjadi sifat yang diwarisi yang dilihat pada awal zaman kanak-kanak. Selain dari itu, penyakit tiroid juga boleh mengakibatkan dark circle di bawah mata. 

Jangan risau. Dengan treatment yang betul, dark circle BOLEH memudar, atau menjadi cerah. "Apa treatment yang sesuai?"

Yang pertama, boleh cuba krim mata. Apa-apa krim mata pun boleh. Walau bagaimanapun, anda perlu tahu krim mata TIDAK merawat dark circle sepenuhnya. Fungsi eye cream hanyalah melembapkan dan melicinkan kulit di sekeliling mata. Apabila kulit sekitar mata lembap, mungkin mengurangkan appearance dark circle. Atau cara kedua, boleh sorok dengan solek. Guna concealer. Concealer boleh menutup dark circle supaya ia sebati dengan warna kulit anda.

Diana Ishak
Read more

Bolehkah GLOEI Menjejaskan Haid

Kolagen telah lama menjadi pilihan untuk kesihatan kulit, rambut dan kuku. Tetapi adakah kolagen boleh menjejaskan kitaran haid juga? Kenapa tajuk ini kami ketengahkan hari ini? 

Ada beberapa orang yang mahu menggunakan GLOEI bertanya sama ada GLOEI akan 'kacau' kitaran haid. Ok begini. Kolagen dan hormon saling berkait rapat. Jadi, pengambilan sebarang suplemen boleh memberi kesan pada kitaran haid, termasuklah GLOEI. Itu adalah perkara normal kerana apabila terdapat perubahan dalam diet harian, sudah pasti kitaran haid sedikit terganggu. Tetapi persoalannya sekarang bagaimanakah GLOEI boleh menjejaskan kitaran haid, dan adakah kesan itu positif atau negatif?

Ok. Let’s take a closer look bagaimana kolagen mempengaruhi hormon dan bagaimana ia menjejaskan kitaran haid. Terdapat 4 fasa kitaran haid dan setiap fasa menggunakan hormon yang berbeza dalam jumlah yang berbeza, yang menghasilkan kesan yang berbeza-beza. Kolagen boleh menjejaskan kitaran haid bergantung pada fasa yang sedang anda lalui.

Fasa pertama kitaran anda fasa ketika darah haid keluar. Semasa tempoh ini, kedua-dua hormon estrogen dan progesteron turun mendadak. Pada masa yang sama, jumlah prostaglandin dalam badan meningkat. Prostaglandin ialah hormon khas yang menyebabkan pengecutan dalam saluran darah (yang menyebabkan perut terasa cramp). Kolagen boleh melegakan cramp ini dan membantu badan bergerak dengan lancar ke dalam fasa seterusnya. Tiada sebarang kajian saintifik yang menunjukkan bahawa kolagen boleh menghentikan haid atau mengganggu kitaran haid. Juga tiada penyelidikan yang menunjukkan pengambilan kolagen menjadikan seseorang hilang kesuburan, tumbub fibroid rahim atau ovari, atau sebarang kesan sampingan negatif yang ketara.

"Bagaimana pula pada fasa ovulasi? Adakah GLOEI menjejaskan kitaran haid semasa fasa ovulasi?"

Ya, in a good way too. Fasa ovulasi adalah fasa di mana hormon estrogen memuncak. Estrogen yang tinggi menyebabkan badan menyerap kolagen dengan lebih mudah, tetapi semakin berusia badan kurang menghasilkan kolagen. Dalam fasa ovulasi, kulit dan otot paling berisiko rosak kerana pengeluaran kolagen yang perlahan, dan mengambil GLOEI boleh mengimbanginya.

"Bolehkah GLOEI menjejaskan kitaran haid" sering ditanya, tetapi seperti yang sudah dijelaskan, GLOEI sebenarnya boleh memberi kesan positif dalam kebanyakan fasa.
Diana Ishak
Read more

Gloei dan Ibu Hamil

Kolagen ialah protein yang terkenal dengan peranannya yang penting dalam mengekalkan struktur dan keanjalan kulit, tulang dan sendi kita. Selain daripada manfaat ini, kolagen juga memainkan peranan penting dalam kehamilan dan penyusuan. Kolagen membantu dalam merangsang pengeluaran susu ibu. Kelenjar susu kebanyakannya terdiri daripada gentian kolagen.

Semasa penyusuan, sel-sel kelenjar susu merembeskan komponen susu seperti laktosa, protein, dan lipid. Proses rembesan tersebut memerlukan sel kelenjar susu mengembang dan mengecut. Kolagen merupakan komponen yang membolehkan tisu kelenjar susu mengembang dan mengecut semasa penyusuan. Bermakna, kolagen merupakan salah satu faktor yang boleh mempengaruhi kuantiti susu ibu yang dihasilkan.

Faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi pengeluaran susu termasuklah kekerapan dan intensiti penyusuan atau pengepaman, umur dan kesihatan ibu. Kolagen juga mempunyai kesan positif terhadap kehamilan wanita. Kehamilan biasanya disertai dengan perubahan hormon yang boleh menjejaskan kesihatan ibu, terutamanya kulit. 

Kolagen diketahui dapat meningkatkan keanjalan kulit, sekali gus mengurangkan kemungkinan timbulnya stretch mark semasa hamil. Stretch marks adalah kebimbangan biasa bagi kebanyakan wanita hamil. Stretch marks berlaku disebabkan oleh koyakan kulit kerana ia meregang semasa kehamilan. Walaupun stretch mark tidak berbahaya, ia boleh menjejaskan keyakinan diri dan harga diri wanita. Nasib baik, ada cara untuk menghalangnya daripada terbentuk. Satu kaedah adalah melibatkan peningkatan jumlah kolagen dalam badan. Apabila badan wanita mengembang semasa hamil, kulit mengalami banyak tekanan, menyebabkan ia meregang dan kehilangan keanjalannya.

This is where GLOEI comes in handy. Pengambilan GLOEI membantu meningkat jumlah kolagen dalam badan sekali gus membantu menghalang stretch mark daripada terbentuk. Ketika kolagen di bawah kulit bertambah, kulit menjadi kuat dan lebih tahan koyak. Kolagen juga membantu melancarkan peredaran darah yang penting untuk ibu hamil. Semasa hamil, isipadu darah dalam badan meningkat untuk memenuhi permintaan janin yang sedang membesar. Peningkatan jumlah darah ini boleh menyebabkan penurunan peredaran darah ke pelbagai bahagian badan, termasuk kaki dan kaki. Ini boleh mengakibatkan bengkak, sakit, dan keletihan pada wanita hamil.

"Jadi bermakna GLOEI boleh diambil oleh wanita hamil?"

Ya, kami sangat alu-alukan. Kami cadangkan mula mengambil Gloei selepas melangkaui trimester pertama.
Diana Ishak
Read more

Gloei dan Kehamilan: Mengapa Penting untuk Mempunyai Tahap Kolagen Yang Mencukupi

Semasa hamil, badan mengalami perubahan ketara, dan permintaan untuk kolagen meningkat. Salah satu sebab ibu mengandung perlu memastikan kolagen mencukupi dalam badan adalah, kolagen penting untuk pertumbuhan dan perkembangan janin. Kolagen adalah komponen utama plasenta, iaitu organ yang menghubungkan ibu dan janin. Plasenta membantu membekalkan nutrien dan oksigen kepada janin yang sedang berkembang. Dalam plasenta, kolagen membantu memberikan sokongan dan struktur kepada tisu, membolehkan ia berfungsi dengan baik.

Selain itu, kolagen penting untuk mengekalkan integriti saluran darah yang membekalkan plasenta, memastikan janin menerima bekalan nutrien dan oksigen yang mencukupi. Kolagen juga penting untuk mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit, yang boleh membantu mencegah stretch marks. Semasa hamil, sendi akan mengalami peningkatan tekanan, jadi kolagen penting untuk mengekalkan kesihatan sendi.

Selain itu, kolagen kaya dengan asid amino terutamanya glycine yang menyokong pelbagai proses dalam badan. Glycine memainkan peranan penting dalam pembentukan otak janin. Diketahui bahawa Gloei tidak mengandungi kolagan di dalamnya. Tetapi, Gloei merangsang badan membina kolagennya sendiri. Pertambahan kolagen setelah mengambil Gloei menggalakkan pencernaan yang sihat.

Semasa hamil, badan mengalami beberapa perubahan, termasuk turun naik hormon, peningkatan tekanan pada sistem pencernaan, dan penurunan aktiviti fizikal. Perubahan ini boleh menyebabkan sembelit, yang boleh menyakitkan, tidak selesa, dan juga berbahaya dalam beberapa kes. Gloei secara tidak lansung membantu mencegah sembelit semasa hamil, kerana kolagen yang bertambah dalam badan akan menggalakkan pergerakan usus. Kolagen meningkatkan kandungan air dalam usus, yang melembutkan najis dan menjadikannya lebih mudah untuk dikeluarkan. Jika anda hamil, atau bercadang untuk hamil, atau baru melahirkan anak dan mengalami sembelit, please consider untuk memasukkan Gloei ke dalam diet harian sebagai makanan tambahan.
Diana Ishak
Read more

"Apa dalam Gloei sampaikan gastrik saya dah semakin berkurangan?"

Sebenarnya, tidak ada apa-apa yang luar biasa dalam Gloei yang boleh buatkan gastrik attack berkurangan. Di sini kami nak jelaskan kenapa gastrik attack customer tadi berkurangan setelah mengambil Gloei.

Gastritis adalah keadaan di mana berlakunya keradangan pada lapisan perut. Beberapa kajian menyatakan bahawa kolagen memberi perlindungan pada lapisan perut. Kolagen membantu dengan cara menjana semula lapisan perut dengan merangsang pengeluaran sel-sel baru. Dengan cara itu, kolagen telah membantu mencegah atau mengurangkan gejala gastritis. Selain itu, kolagen memperbaiki penghadaman, yang boleh membantu dalam rawatan gastritis. 

Berkurangnya gastric attack is a proof that Gloei really replenishes kolagen dalam badan tanpa memerlukan anda mengambil kolagen tambahan. Walau bagaimanapun, penting untuk tahu bahawa Gloei bukanlah rawatan untuk gastritis, tetapi ia boleh diambil bersama rawatan gastritis.
Diana Ishak
Read more

Bolehkah Kolagen Membantu Anda Mengurangkan Berat Badan?

Kolagen adalah protein yang secara semula jadi terdapat dalam kulit, rambut, kuku dan sendi kita. Baru-baru ini, kolagen mendapat populariti sebagai suplemen yang berpotensi dalam pengurusan berat badan. Kajian menunjukkan bahawa kolagen boleh membantu menurunkan berat badan dan mengekalkan berat badan dengan meningkatkan rasa kenyang, mengurangkan selera makan, dan meningkatkan metabolisme.

Tapi bagaimana cara ia membantu dalam weight loss? Ok, begini. Yang pertama, kolagen didapati meningkatkan metabolisme. Peningkatan metabolisme secara lansung menambahkan keupayaan tubuh untuk membakar lemak. Ini bermakna badan akan membakar lebih banyak kalori walaupun dalam keadaan rehat, menyebabkan penurunan berat badan meningkat.

Yang kedua, kolagen membantu mengekalkan jisim otot. Semasa kita menurunkan berat badan, it is common to lose muscle as well. Kita tahu, otot membakar lemak. Kalau jisim otot menurun, bagaimana nak bakar lemak, kan? Kolagenlah yang membantu mencegah kehilangan otot dan menyokong pertumbuhan otot, yang boleh meningkatkan pembakaran lemak. Sebab itulah semasa umur 20-an, kita lebih cepat dapat turunkan berat badan berbanding usia 40-an. Salah satu sebabnya adalah kolagen masih banyak ketika usia muda. Bila kolagen menyusut seiring dengan usia, that explains why metabolisme juga berjurangan. Kerana, apabila kolagen berkurangan, jisim otot tidak dapat dikekalkan, lalu otot pun menyusut lantas pembakaran lemak menjadi perlahan.
Diana Ishak
Read more

Konsep merangsang penghasilan kolagen dalam badan.

Seiring dengan usia, pengeluaran kolagen semula jadi badan berkurangan, mengakibatkan kedutan dan kekakuan sendi. Oleh itu, merangsang pengeluaran kolagen adalah penting untuk mengekalkan kesihatan dan kecergasan tisu-tisu ini. Satu cara untuk merangsang pengeluaran kolagen adalah dengan memasukkan ekstrak tumbuhan ke dalam diet.

Bahan-bahan seperti chamomile, safron, tomato, oren, nanas, dan biji bunga matahari mengandungi nutrien penting yang menyokong proses sintesis kolagen semula jadi badan. Chamomile, sebagai contoh, mengandungi antioksidan yang melindungi daripada kerosakan radikal bebas. Tekanan oksidatif boleh menyebabkan pemecahan kolagen, jadi kehadiran antioksidan, seperti yang terdapat dalam chamomile membantu mengekalkan tahap kolagen.

Safron pula mengandungi karotenoid yang boleh meningkatkan pengeluaran kolagen. Chamomile dan safron, kedua-duanya mempunyai sifat anti-radang.
Keradangan boleh menyumbang kepada kerosakan kolagen. Mengurangkan keradangan pada kulit boleh membantu mengekalkan tahap kolagen. Tomato kaya dengan likopena, sebatian yang meningkatkan sintesis kolagen dan melindungi kulit daripada kerosakan UV. Oren dan nanas adalah sumber vitamin C yang sangat baik, nutrien yang memainkan peranan penting dalam sintesis kolagen. Vitamin C menggalakkan pembentukan prokolagen (prekursor kepada kolagen), dan melindungi gentian kolagen sedia ada daripada kerosakan.

Biji bunga matahari kaya dengan vitamin E yang menggalakkan kesihatan kulit. Vitamin E adalah antioksidan yang boleh membantu melindungi kolagen daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Walau bagaimanapun, kesan ekstrak tumbuhan ini terhadap rangsangan kolagen mungkin berbeza-beza dari satu orang ke orang yang lain. Pemilihan bahan-bahan tersebut ke dalam Gloei adalah kerana sifatnya telah dipercayai menyokong pengeluaran kolagen semulajadi.
Diana Ishak
Read more

Hubungan antara kolagen dan keanjalan kulit pada wanita.

Kolagen memainkan peranan penting dalam mengekalkan keanjalan kulit, terutamanya pada wanita. Kolagen adalah protein yang memberikan sokongan dan kekuatan kepada kulit, membantu ia kekal tegang, gebu dan awet muda. Apabila usia wanita semakin meningkat, pengeluaran kolagen berkurangan, menyebabkan kehilangan keanjalan kulit dan muncul kedutan dan kulit mulai kendur.

Kepentingan kolagen dalam memelihara keanjalan kulit tidak boleh dipertikaikan. Apabila tahap kolagen berkurangan, kulit menjadi lebih nipis, lemah, dan kurang mampu untuk bangkit semula daripada regangan. Ini mengakibatkan pembentukan garis-garis halus dan kedutan. Berita baiknya, terdapat pelbagai pendekatan semula jadi dan perubatan yang boleh meningkatkan pengeluaran kolagen.

Yang pertama, produk penjagaan kulit yang mengandungi bahan seperti retinol, peptida, vitamin C, dan asid hyaluronik. Bahan-bahan tadi boleh membantu merangsang pengeluaran kolagen secara semula jadi. Bahan-bahan tersebut berfungsi dengan menggalakkan sintesis kolagen, dan menambahkan kelembapan kulit. Oh! Jangan keliru dengan "krim berkolagen", ya. Produk penjagaan kulit yang claim to have collagen in it, adalah SCAM! Kerana, molekul kolagen terlalu besar untuk menembusi liang kulit. 

Jika mahukan rawatan bukan invasif, anda boleh cuba prosedur kosmetik yang merangsang pengeluaran kolagen. Contohnya kaedah microneedling, yang menghasilkan mencetuskan sintesis kolagen. Boleh juga cuba terapi laser, yang memanaskan kulit untuk merangsang pembentukan semula kolagen. Rawatan ini boleh membantu mengurangkan kedutan, memperbaiki tekstur kulit dan memulihkan keanjalan.

Dalam kes kehilangan keanjalan kulit yang ketara, rawatan perubatan seperti dermal fillers atau collagen-stimulating injections boleh dipertimbangkan. Prosedur ini melibatkan suntikan bahan yang menggalakkan pengeluaran kolagen, membantu memulihkan ketegangan kulit. Terdapat kaedah yang lebih ekonomi dan efisien, iaitu melalui pemakanan. Diet yang kaya dengan nutrien penggalak kolagen boleh menyokong pengeluaran kolagen semulajadi badan. Makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi vitamin, mineral dan asid amino penting yang diperlukan untuk sintesis kolagen. 

Konsep inilah yang kami gunakan untuk menghasilkan GLOEI. GLOEI adalah gabungan ekstrak tumbuhan. Tiada kolagen haiwan. Dalam GLOEI ada saffron. Saffron ada crocin dan crocetin yang didapati mempunyai kesan anti-penuaan dan perlindungan kulit. GLOEI juga ada Chamomile. Chamomile ada flavonoid yang mempunyai sifat anti-radang. Dengan mengurangkan keradangan, chamomile secara tidak langsung menyokong pengeluaran kolagen. GLOEI juga ada ekstrak soya. Ekstrak soya mengandungi isoflavon. Isoflavon terbukti mempunyai kesan seperti estrogen dalam badan. Estrogen memainkan peranan dalam sintesis kolagen dan mengekalkan keanjalan kulit.

Itu baru 3 sahaja komponen dalam GLOEI yang kami ceritakan. Ada banyak lagi ekstrak bahan aktif dari tumbuhan pada GLOEI. Sebab itu kami sangat yakin GLOEI membantu menambahkan kolagen secara secara semulajadi. Nak cuba?

Diana Ishak
Read more

Macamana GLOEI boleh tambahkan kolagen badan tanpa ada kolagen haiwan di dalamnya?

Ramai yang skeptikal bila kami katakan GLOEI TIDAK mengandungi kolagen. Mereka beranggapan GLOEI adalah produk scam yang menjanjikan sesuatu yang tak masuk akal. Masih ramai yang beranggapan hanya kolagen saja yang boleh membantu merawat kulit dan menambah kolagen dalam badan.

Sebenarnya konsep yang GLOEI ketengahkan bukanlah konsep baru. Kebanyakan produk kesihatan juga menggunakan ekstrak tumbuhan, seperti produk weight loss dan produk kesihatan dalaman wanita. Jadi, apa salahnya kalau GLOEI mengggunakan konsep yang sama, betul tak? Jom kami tunjukkan secara sains, bagaimana cara GLOEI merangsang kolagen badan secara semula jadi.

Dalam Gloei ada bebeapa bahan aktif ekstrak dari tumbuhan, kami terangkan 6 daripadanya.

#1 Chamomile
Chamomile mengandungi antioksidan dan anti-radang seperti flavonoid dan bisabolol. Ini membantu mengurangkan keradangan pada kulit dan menggalakkan penyembuhan sel-sel kulit. Kulit menjadi lebih sihat dan dapat mengekalkan kekuatan dan keanjalannya.

#2 Madu
Madu mempunyai ciri antimikrob dan anti-radang yang membantu melawan jangkitan dan mengurangkan keradangan kulit. Khasiat dalam madu juga menyokong pengeluaran kolagen, membaiki kerosakan kulit, dan memberikan kulit yang lebih lembut, lembap dan berseri.

#3 Nanas
Nanas mengandungi enzim bromelain, yang mempunyai sifat pengelupasan semulajadi. Bromelain membantu membuang sel kulit mati, merangsang pertumbuhan semula sel kulit baru, dan meningkatkan penyerapan nutrien. Ini boleh meningkatkan pengeluaran kolagen dan memberikan kulit penampilan yang lebih cerah dan sihat.

#4 Delima
Delima kaya dengan polifenol dan asid ellagic. Antioksidan ini membantu melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas yang boleh merosakkan kolagen dan menyebabkan penuaan pramatang. Delima boleh meningkatkan pengeluaran kolagen, menegangkan kulit, dan memberikan kulit penampilan yang lebih segar, lebih berseri.

#5 Ekstrak Kacang Soya
Ekstrak kacang soya mengandungi isoflavon, yang merupakan sebatian fitokimia. Isoflavon membantu meningkatkan pengeluaran kolagen dan elastin dalam kulit, yang penting untuk mengekalkan keanjalan dan kelembutan kulit. Selain itu, ekstrak soya juga membantu mengurangkan kedutan dan garis halus, memberikan anda kulit yang lebih sihat dan kelihatan lebih muda.

#6 Lemon
Lemon kaya dengan vitamin C, yang penting untuk penghasilan kolagen.
Vitamin C membantu menegang dan melicinkan kulit, serta membantu melawan kerosakan radikal bebas. Ekstrak lemon juga mempunyai sifat pelunturan semulajadi yang boleh membantu mengurangkan jeragat dan mencerahkan kulit.

Jadi, macamana? Dah faham kenapa kami terapkan penggunaan ekstrak tumbuhan dalam GLOEI?
Diana Ishak
Read more

Bagaimana caranya minuman bergula boleh membuat kolagen badan menyusut.

Minuman manis adalah sebahagian daripada diet moden. Ramai mengambilnya tanpa menyedari kesan negatifnya terhadap kesihatan. Kajian terbaru menunjukkan bahawa minuman manis boleh menyebabkan kolagen badan menyusut. Dalam post kali ini, kami akan menerangkan kaitan antara minuman manis dan penyusutan kolagen.

Kolagen ialah protein yang membentuk sebahagian besar kulit, tendon dan ligamen kita. Ia memberikan sokongan dan struktur kepada badan. Apabila kolagen menyusut, ia boleh menyebabkan penuaan kulit, sakit sendi dan masalah kesihatan yang lain. Apa caranya gula membuatkan kolagen menyusut?

Ok. Minuman manis mengandungi fruktosa yang tinggi. Fruktosa ditukarkan oleh badan kepada AGEs. AGEs yang terkumpul dalam badan dari semasa ke semasa boleh menyebabkan kolagen mengecut. Selain itu, minuman manis juga menyebabkan rintangan insulin, yang boleh memburukkan lagi pengecutan kolagen. Untuk memberi anda gambaran tentang bahaya minuman manis, kajian dijalankan ke atas tikus. Saintist mendapati tikus yang diberi minuman manis mempunyai pengurangan kolagen sebanyak 20% berbanding yang diberi air kosong. Memandangkan manusia meminum minuman bergula dalam kuantiti yang jauh lebih tinggi daripada tikus dalam kajian tersebut, kesannya terhadap kesihatan manusia mungkin lebih besar.

If you are wondering sama ada tahap kolagen badan semakin berkurangan, terdapat beberapa tanda awal yang boleh dilihat/dirasai. Salah satu tanda pertama penurunan kolagen adalah munculnya garis-garis halus dan kedutan pada wajah, lebih-lebih lagi pada sekitar mata. Ini berlaku apabila kulit hilang keanjalan dan menjadi kurang tegang. Selain itu, kita mungkin perasan bahawa kulit kelihatan lebih nipis dan kurang muda.

Akhir sekali, boleh nampak kulit kelihatan kusam dan warba lebam. Itulah antara tanda-tanda yang jelas apabila seseorang semakin hilang kolagen dari badan. Apabila paras kolagen berkurangan, kulit boleh hilang seri semula jadinya. If you're experiencing any of these signs, mungkin sudah tiba masanya to take action to boost your collagen levels. Ini boleh dicapai melalui pelbagai cara, termasuk mengambil GLOEI. Gloei bukan produk berkolagen tetapi mengandungi bahan aktif semua jadi yang merangsang badan anda menghasilkan kolagennya sendiri.
Diana Ishak
Read more
83 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart