Hubungan antara kolagen dan keanjalan kulit pada wanita.
Kolagen memainkan peranan penting dalam mengekalkan keanjalan kulit, terutamanya pada wanita. Kolagen adalah protein yang memberikan sokongan dan kekuatan kepada kulit, membantu ia kekal tegang, gebu dan awet muda. Apabila usia wanita semakin meningkat, pengeluaran kolagen berkurangan, menyebabkan kehilangan keanjalan kulit dan muncul kedutan dan kulit mulai kendur.
Kepentingan kolagen dalam memelihara keanjalan kulit tidak boleh dipertikaikan. Apabila tahap kolagen berkurangan, kulit menjadi lebih nipis, lemah, dan kurang mampu untuk bangkit semula daripada regangan. Ini mengakibatkan pembentukan garis-garis halus dan kedutan. Berita baiknya, terdapat pelbagai pendekatan semula jadi dan perubatan yang boleh meningkatkan pengeluaran kolagen.
Yang pertama, produk penjagaan kulit yang mengandungi bahan seperti retinol, peptida, vitamin C, dan asid hyaluronik. Bahan-bahan tadi boleh membantu merangsang pengeluaran kolagen secara semula jadi. Bahan-bahan tersebut berfungsi dengan menggalakkan sintesis kolagen, dan menambahkan kelembapan kulit. Oh! Jangan keliru dengan "krim berkolagen", ya. Produk penjagaan kulit yang claim to have collagen in it, adalah SCAM! Kerana, molekul kolagen terlalu besar untuk menembusi liang kulit.
Jika mahukan rawatan bukan invasif, anda boleh cuba prosedur kosmetik yang merangsang pengeluaran kolagen. Contohnya kaedah microneedling, yang menghasilkan mencetuskan sintesis kolagen. Boleh juga cuba terapi laser, yang memanaskan kulit untuk merangsang pembentukan semula kolagen. Rawatan ini boleh membantu mengurangkan kedutan, memperbaiki tekstur kulit dan memulihkan keanjalan.
Dalam kes kehilangan keanjalan kulit yang ketara, rawatan perubatan seperti dermal fillers atau collagen-stimulating injections boleh dipertimbangkan. Prosedur ini melibatkan suntikan bahan yang menggalakkan pengeluaran kolagen, membantu memulihkan ketegangan kulit. Terdapat kaedah yang lebih ekonomi dan efisien, iaitu melalui pemakanan. Diet yang kaya dengan nutrien penggalak kolagen boleh menyokong pengeluaran kolagen semulajadi badan. Makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi vitamin, mineral dan asid amino penting yang diperlukan untuk sintesis kolagen.
Konsep inilah yang kami gunakan untuk menghasilkan GLOEI. GLOEI adalah gabungan ekstrak tumbuhan. Tiada kolagen haiwan. Dalam GLOEI ada saffron. Saffron ada crocin dan crocetin yang didapati mempunyai kesan anti-penuaan dan perlindungan kulit. GLOEI juga ada Chamomile. Chamomile ada flavonoid yang mempunyai sifat anti-radang. Dengan mengurangkan keradangan, chamomile secara tidak langsung menyokong pengeluaran kolagen. GLOEI juga ada ekstrak soya. Ekstrak soya mengandungi isoflavon. Isoflavon terbukti mempunyai kesan seperti estrogen dalam badan. Estrogen memainkan peranan dalam sintesis kolagen dan mengekalkan keanjalan kulit.
Itu baru 3 sahaja komponen dalam GLOEI yang kami ceritakan. Ada banyak lagi ekstrak bahan aktif dari tumbuhan pada GLOEI. Sebab itu kami sangat yakin GLOEI membantu menambahkan kolagen secara secara semulajadi. Nak cuba?