Bagaimana caranya minuman bergula boleh membuat kolagen badan menyusut.

Minuman manis adalah sebahagian daripada diet moden. Ramai mengambilnya tanpa menyedari kesan negatifnya terhadap kesihatan. Kajian terbaru menunjukkan bahawa minuman manis boleh menyebabkan kolagen badan menyusut. Dalam post kali ini, kami akan menerangkan kaitan antara minuman manis dan penyusutan kolagen.

Kolagen ialah protein yang membentuk sebahagian besar kulit, tendon dan ligamen kita. Ia memberikan sokongan dan struktur kepada badan. Apabila kolagen menyusut, ia boleh menyebabkan penuaan kulit, sakit sendi dan masalah kesihatan yang lain. Apa caranya gula membuatkan kolagen menyusut?

Ok. Minuman manis mengandungi fruktosa yang tinggi. Fruktosa ditukarkan oleh badan kepada AGEs. AGEs yang terkumpul dalam badan dari semasa ke semasa boleh menyebabkan kolagen mengecut. Selain itu, minuman manis juga menyebabkan rintangan insulin, yang boleh memburukkan lagi pengecutan kolagen. Untuk memberi anda gambaran tentang bahaya minuman manis, kajian dijalankan ke atas tikus. Saintist mendapati tikus yang diberi minuman manis mempunyai pengurangan kolagen sebanyak 20% berbanding yang diberi air kosong. Memandangkan manusia meminum minuman bergula dalam kuantiti yang jauh lebih tinggi daripada tikus dalam kajian tersebut, kesannya terhadap kesihatan manusia mungkin lebih besar.

If you are wondering sama ada tahap kolagen badan semakin berkurangan, terdapat beberapa tanda awal yang boleh dilihat/dirasai. Salah satu tanda pertama penurunan kolagen adalah munculnya garis-garis halus dan kedutan pada wajah, lebih-lebih lagi pada sekitar mata. Ini berlaku apabila kulit hilang keanjalan dan menjadi kurang tegang. Selain itu, kita mungkin perasan bahawa kulit kelihatan lebih nipis dan kurang muda.

Akhir sekali, boleh nampak kulit kelihatan kusam dan warba lebam. Itulah antara tanda-tanda yang jelas apabila seseorang semakin hilang kolagen dari badan. Apabila paras kolagen berkurangan, kulit boleh hilang seri semula jadinya. If you're experiencing any of these signs, mungkin sudah tiba masanya to take action to boost your collagen levels. Ini boleh dicapai melalui pelbagai cara, termasuk mengambil GLOEI. Gloei bukan produk berkolagen tetapi mengandungi bahan aktif semua jadi yang merangsang badan anda menghasilkan kolagennya sendiri.
Diana Ishak
Read more

Adakah kolagen ada pengaruh terhadap kulit yang semakin mencerah?

Apabila bercakap mengenai pencerahan kulit, adakah kolagen mempunyai kesan? Jawapannya ya. Kolagen membantu menguatkan struktur kulit, memberikan permukaan yang tegang dan licin yang memantulkan cahaya dan memberikan kulit penampilan yang cerah. Selain itu, kolagen menyokong penghasilan elastin, yang membantu meningkatkan keanjalan dan keanjalan kulit, mengurangkan penampilan kedutan dan garis halus.

Dari sudut saintifik, kulit mendapat warnanya dari pigmen yang dipanggil melanin. Jumlah dan jenis melanin dalam kulit menentukan penampilan kulit sama ada pucat, cerah, kuning langsat atau gelap. Kajian menunjukkan bahawa kolagen boleh menjejaskan penghasilan melanin dalam kulit. Apabila tahap kolagen berkurangan akibat penuaan atau kerosakan, kulit menjadi lebih nipis dan kurang mampu menahan air, yang membawa kepada pemendapan melanin. Ini, seterusnya, boleh mengakibatkan hiperpigmentasi, bintik-bintik gelap, dan warna kulit tidak sekata.

Sebaliknya, apabila kolagen dirangsang, kulit menjadi lebih padat, lebih terhidrat, dan kurang terdedah kepada pengumpulan melanin. Kolagen juga boleh merangsang pengeluaran enzim yang memecahkan melanin berlebihan dan menggalakkan penyingkirannya daripada kulit. Hasilnya, kolagen boleh membantu mencerahkan warna kulit dan mengurangkan perubahan warna.

Sebenarnya Gloei memang boleh mencerahkan kulit, tetapi ia bukanlah produk pencerah. Tidak ada sebarang bahan aktif khusus untuk mencerahkan kukit di dalam Gloei. Kulit akan semula jadi mencerah apabila kolagen badan bertambah. Jadi, jika anda dapati kulit anda semakin cerah setelah mengambil Gloei dengan konsisten, itu petunjuk bahawa Gloei memang merangsang badan anda menghasilkan kolagen.

 

Diana Ishak
Read more

"Kak Di, saya makan kolagen. Betul ke badan tak serap kolagen yang saya ambil ni?"

Rasanya by now semua dah tahu bahawa kolagen adalah sejenis protein. Dari perspektif food science, badan tak dapat bezakan samada kita makan suplemen berkolagen atau sup tulang kerana kedua-duanya adalah sumber protein. Tidak kira anda makan suplemen berkolagen atau daging, sistem pencernaan memecahkan makanan ini menjadi asid amino. Bila sudah menjadi asid amino, maka ia dah tak dapat dibezakan lagi.

"Maksudnya, no pointlah saya makan suplemen berkolagen?"

Ok, look. Suplemen berkolagen bertujuan untuk menambahkan asid amino bagi kegunaan badan. Bila anda ambil kolagen, badan mendapat asid amino. But amino acids are still amino acids and it doesn’t matter where they come from. Ini bermakna sama ada anda mendapat asid amino daripada kolagen, daging, atau mana-mana sumber protein lain, ia tetap menjadi asid amino yang sama. Sebaik sahaja ia diserap ke dalam aliran darah, ia diangkut ke bahagian-bahagian badan yang memerlukan.

Sebab itulah progress antara seorang dengan seorang yang lain boleh berbeza, kerana di mana bahagian badan lebih memerlukan asid amino, di situlah dia akan berkumpul. Cuma, mengambil suplemen berkolagen ada kelebihannya. Kelebihannya, SEKIRANYA badan anda lack of nutrient, suplemen berkolagen boleh membantu mengisi kekurangan nutrien. Contohnya, jika diet anda kekurangan zinc, pengambilan suplemen berkolagen boleh membantu mengisi kekosongan tersebut. Walau bagaimanapun, jika diet anda sudah banyak makanan yang kaya dengan nutrien ini, pengambilan suplemen berkolagen mungkin tidak memberikan apa-apa faedah tambahan.

The idea behind Gloei adalah untuk merangsang pembentukan kolagen oleh badan anda sendiri, bukan membawa masuk kolagen dari luar. Gloei menjadi 'kunci' yang menggerakkan badan untuk produce its own collagen.

 

Diana Ishak
Read more

Saya nak putihkan kulit. Produk GreenAard yang mana sesuai?

Opps! Tunggu dulu. Ada salah faham di sini nampaknya. GreenAard TIDAK ADA produk untuk mencerahkan warna kulit. Jika anda memaksudkan produk tersebut adalah GLOEI, maybe ada perlu kami jelaskan di sini.

Mula-mula sekali, anda perlu tahu bahawa menggunakan produk yang menjadikan kulit cerah dengan cepat boleh membawa pelbagai risiko. Antara risikonya:
  • Penipisan kulit
  • Perubahan warna pada muka (discolouration)
  • Kapilari darah terlihat jelas
  • Cenderung mendapat jerawat yang teruk dan kerap (acne)
  • Hipersensitiviti kepada cahaya matahari
  • Pertumbuhan bulu roma yang tidak diingini
  • Alahan kulit

Apa yang Gloei boleh bantu adalah dengan merangsang badan anda menghasilkan lebih banyak kolagen. Ini kerana kolagen merangsang penghasilan elastin dan asid hyaluronik, iaitu dua bahan penting yang memberikan kulit keanjalan dan kelembapannya. Keanjalan dan kelembapan kulit boleh mengurangkan penampilan bintik-bintik gelap dan hiperpigmentasi, menjadikan kulit menjadi lebih cerah.



Satu kajian telah dibuat untuk mengesan bagaimana ketumpatan kolagen dalam kulit memberi kesan terhadap kecerahan warna kulit. Dalam kajian tersebut, saintis menggunakan kolorimeter spektrum untuk mengira indeks ketumpatan kolagen melalui kaedah pantulan cahaya. Hasil kajian tersebut menujukkan apabila ketumpatan serat kolagen di bahagian atas kulit berkurangan seiring dengan usia, warna kulit akan menjadi kurang cerah. Dari sini dapat disimpulkan bahawa pertambahan kolagen dalam badan membantu menjadikan kulit lebih radiant, tona sekata, sekaligus memberi impak kecerahan. 

Gloei adalah produk khas untuk merangsang badan menghasilkan kolagen yang sesuai dengan kemampuan badan. Ia tidak mengandungi kolagen haiwan. Ketika memakan Gloei, badan akan dirangsang untuk menghasilkan kolagennya sendiri. Cubalah Gloei dan lihat hasilnya pada tona kulit anda.

 

Diana Ishak
Read more

Makan Terlalu Banyak Gula Mempengaruhi Kulit.

Tahukah anda kulit adalah organ terbesar badan? Ia adalah sebahagian daripada sesuatu yang dikenali sebagai sistem integumen, termasuk rambut, kuku, peluh dan kelenjar minyak. Memandangkan ia melindungi tubuh daripada pelbagai faktor, termasuk bakteria dan bahan kimia, adalah penting untuk memastikan kulit sihat.

Gaya hidup dan pemakanan yang boleh mempengaruhi kesihatan kulit. Pendedahan kepada cahaya UV yang berlebihan dan dehidrasi (kurang air) juga menyebabkan kerosakan kulit dan penuaan pramatang. Pemakanan yang betul hanyalah salah satu cara penjagaan kulit dan mengurangkan risiko untuk mendapat masalah kulit. Sebaliknya, pemakanan yang kurang baik boleh menyebabkan masalah kulit, dan salah satu punca masalah terbesar ialah makanan manis!

Gula yang masuk terlalu banyak dalam diet boleh menyebabkan paras glukosa darah meningkat dengan cepat dan membawa kepada banyak masalah kesihatan. Bagi mereka yang berisiko menghidap diabetes (atau sudah menghidapinya), kulit boleh menjadi salah satu petunjuk bahawa paras gula dalam darah terlalu tinggi. Tompok-tompok pada kulit, kulit mengeras, melepuh atau benjolan semuanya boleh menjadi petunjuk diabetes.

Tahap glukosa yang tinggi juga dapat dilihat pada kulit yang cenderung mendapat jerawat, kedutan awal, dan tanda-tanda penuaan pramatang. Walaupun kedutan adalah hal yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan, kedutan yang muncul awal adalah semacam amaran untuk anda mengkaji semula gaya hidup. Apabila mengambil terlalu banyak makanan yang ada sumber glucose, fructose dan sucrose, kadar insulin meningkat. Lebihan gula yang tidak digunakan akan melekat pada lemak dan protein di kulit. Proses ini dikenali sebagai GLYCATION. Glycation menghasilkan enzim yang melemahkan dan memecahkan kolagen dan elastin, menyebabkan kulit berubah warna dan kendur. Kedutan awal yang muncul pada kulit adalah satu pentunjuk bahawa seseorang telah mengambil lebihan gula.

"Bagaimana pula dalam GLOEI? Adakah wujud gula di dalamnya?"

Ya, ada. Memandangkan GLOEI bertujuan untuk merangsang kolagen, adalah sesuatu yang bercanggah jika kami masukkan gula di dalamnya. Jadi, dalam GLOEI kami menggunakan MANNITOL. Mannitol adalah bahan berasaskan tumbuhan yang digunakan dalam makanan, yang diekstrak daripada bijirin. Kenapa GLOEI memilih mannitol?
  • kurang manis daripada sukrosa (gula putih)
  • tidak menyebabkan karies gigi
  • kurang kalori berbanding gula putih
  • boleh membantu mengawal tindak balas glukosa darah
 Tetapi, faktor utama kami gunakan mannitol adalah kerana sifatnya yang tidak menyerap kelembapan, menjadikan serbuk GLOEI kekal kering dan tidak bergumpal.

"Maksudnya, GLOEI boleh diambil oleh pesakit kencing manis?"

Mannitol masih kategori gula, tetapi ia tidak meningkatkan gula dalam darah ke tahap yang tinggi seperti sucrose (gula putih). Ini kerana, manitol hanya diserap sebahagian oleh badan, menyebabkan peningkatan gula darah dan paras insulin tidak terlalu tinggi. Lagipun, manitol sememangnya pemanis yang telah lama digunakan dalam produk makanan diabetes. Walaupun begitu, kami tidak menggalakkan pesakit kencing manis mengambil GLOEI. Jika mahu mencuba, perhatikan tahap gula darah anda.
Diana Ishak
Read more

Inilah yang berlaku pada kulit apabila minum kopi.

Kafein memperlahankan kadar badan menghasilkan kolagen. Kafein mengganggu kolagen dengan menghalang enzim prolidase, yang memainkan peranan penting dalam sintesis kolagen. 

"Jadi kafein adalah perosak kolagen dan saya harus berhenti minum kopi?"

Not exactly. Perlu diingat bahawa kopi tidak memusnahkan kolagen Ia menghalang dan memperlahankan pengeluarannya sahaja. Badan manusia juga menghasilkan satu lagi enzim lain yang dipanggil CYP1A2, yang membantu memecahkan kafein untuk disingkirkan dari badan. Walau bagaimanapun, tidak semua orang mempunyai keupayaan enzim CYP1A2 yang sama. Oleh itu kesan kafein pada kolagen kulit mempunyai faktor genetik yang kuat. Maksudnya, kesan negatif kafein ke atas kulit seseorang yang memiliki keupayaan enzim CYP1A2 yang efisien, adalah kurang. Bagi seseorang yang memilki keupayaan enzim CYP1A2 yang rendah perlu lebih berpada-pada mengambil kafein.

Jadi, apa yang boleh kita faham dari penjelasan tadi? Penjelasan tadi menunjukkan bahawa pengambilan GLOEI oleh 2 orang yang sama umur, sama jantina dan sama kuantiti pengambilan kafein belum tentu mendapat kesan yang sama. Sebab itu, jangan bandingkan progress anda dengan orang lain. Perhatikan progress kulit anda sendiri sahaja.

"Adakah kopi menyebabkan jerawat?"

In a word, NO. Tetapi jika anda sedang ada jerawat, elakkan minum kafein dan minuman manis buat sementara waktu.

"Kenapa pula begitu?"

Kerana kafein menyebabkan peningkatan hormon kortisol, yang boleh meningkatkan jumlah minyak yang dihasilkan oleh kelenjar sebum anda. Bottom line is, kafein yang diambil secara sederhana, memberi sedikit kesan buruk pada kulit. Manakala kafein yang diambil dengan banyak boleh meningkatkan risiko kesan buruk pada kulit.

"So, how much coffee is too much coffee?"

Satu cawan setiap pagi is nothing to be concerned about. The general rule adalah sekitar 1-3 cawan sehari, tetapi jumlah ini bergantung pada kepekaan anda terhadap kafein.

Diana Ishak
Read more

Bolehkah saiz liang (pores) dikecilkan dengan mana-mana produk GreenAard?

Ketika melalui peringkat yang berbeza dalam kehidupan, kita sering mengalami perubahan pada kulit termasuk perubahan dalam saiz liang pori. Liang pori adalah bukaan kecil pada kulit yang membolehkan minyak dan peluh sampai ke permukaan. Lama kelamaan, pori-pori boleh menjadi lebih besar disebabkan oleh pelbagai faktor, seperti penuaan, pendedahan kepada matahari, dan genetik.

Ramai tertanya-tanya sama ada terdapat cara untuk mengurangkan saiz liang pori. Oleh kerana saiz liang pori sebahagian besar adalah hasil genetik, ia tidak boleh dikecilkan secara kekal. Walaupun tidak mungkin untuk menutup pori-pori sepenuhnya, ada beberapa teknik yang boleh meminimumkan penampilannya. Salah satu cara PALING BERKESAN untuk mengecilkan saiz pori adalah dengan memastikan kulit sentiasa bersih.

Liang pori yang tersumbat boleh menjadi lebih besar, jadi penting untuk membersihkan kulit untuk menghilangkan kotoran dan minyak berlebihan. Liang pori juga boleh diminimumkan penampilannya dengan peningkatkan kolagen dan elastin pada kulit. Kolagen dan elastin adalah dua protein dalam kulit yang memainkan peranan penting dalam mengekalkan struktur dan keanjalannya. Apabila usia semakin meningkat, paras kolagen dan elastin secara semula jadi menurun. Ini boleh menyebabkan pori-pori kelihatan lebih besar, kerana kulit di sekelilingnya mengendur dan kehilangan keanjalannya.

Dengan meningkatkan kolagen dan elastin dalam kulit, ia dapat meminimumkan penampilan liang-liang. Peningkatan keanjalan boleh membantu kulit di sekitar liang-liang untuk menegang dan kelihatan lebih licin. Ada beberapa cara dan produk GreenAard yang boleh membantu mengurangkan saiz liang pori. Kami cadangkan:
  • penjagaan kulit yang baik
  • sapukan sunscreen untuk mengelakkan kehilangan kolagen dan elastin
  • guna serum yang ada AHA/BHA membuang liang tersumbat
  • guna produk yang ada retinol/vitamin A
  • pertimbangkan teknik laser untuk mengecilkan liang-liang
GreenAard tidak ada produk khusus untuk mengecilkan liang, tetapi ada beberapa produk yang boleh membantu secara tidak lansung. Yang pertama, Bio Mask. Bio Mask kami ada serum AHA yang membantu membuang liang tersumbat.

Salah satu sebab kenapa kami memilih bio cellulose untuk menghasilkan mask ini adalah serat bio cellulose sangat halus. Serat halus itu menjadikan Bio Mask kami MELEKAP RAPAT pada kulit. Ini membolehkan serum AHA di dalamnya diserap ke liang kulit yang lebih dalam, lantas membantu membersihkan liang pori. Yang kedua, Gloei. Gloei merangsang pembentukan kolagen dari dalam secara semula jadi. Kekurangan kolagen membuatkan pori membesar dan terlihat sangat jelas pada kulit.
Diana Ishak
Read more

Bolehkah GLOEI besarkan payudara?

Memasang implan payudara adalah popular di kalangan wanita. Ramai yang mahu mendapatkan payudara yang tegang dan cantik dan pembedahan plastik merupakan salah satu pilihan yang popular. Masalahnya, kesan pembedahan pembesaran payudara (implan payudara), boleh meletihkan. Prosedur ini adalah invasif, menyakitkan, dan memerlukan masa pemulihan yang panjang. Not to mention it's expensive!

Suntikan kolagen kini menjadi lebih popular sebagai pilihan yang lebih selamat dan lebih mudah. Kita tahu bahawa kolagen berkesan dalam menegangkan kulit, tetapi adakah pengambilan suplemen kolagen boleh meningkatkan saiz payudara juga? Untuk melihat sama ada kolagen boleh membantu menganjalkan kembali payudara, jom baca penjelasan kami dari sudut sains.

Kolagen dan elastin merupakan protein yang bertanggungjawab untuk kesihatan sendi, otot, tisu, kulit, dan tulang dalam badan. Apabila mencapai pertengahan 30-an, kandungan kolagen dan elastin berkurangan, mengakibatkan kulit kendur, kedutan muncul, sendi dan otot lemah, dan kepejalan payudara merosot. Kulit, tisu dan otot yang digunakan untuk menahan payudara dan mengekalkan keanjalannnya kini tidak berada dalam tahap terbaik lagi. Selain dari kolagen yang merosot, kekenduran payudara boleh disebabkan oleh turun naik berat badan. Bukan sahaja berat badan, malah hormon juga memainkan faktor besar dalam kekenduran payudara.

Hormon estrogen penting untuk mengekalkan kolagen dalam badan. Kolagen membentuk banyak tisu penghubung dalam kulit, dan apabila tahap estrogen menurun (terutamanya semasa menopaus) pelbagai kesan sampingan boleh berlaku, terutamanya payudara yang terkulai. Tahap estrogen akan meningkat ketika ibu-ibu menyusukan anak. Dan tahap estrogen ini kembali menurun setelah ibu tidak menyusukan lagi. Ini bermakna, pertambahan dan kehilangan estrogen berkali-kali (akibat hamil berkali-kali) boleh memberi kesan terhadap bentuk payudara di masa akan datang. Sesetengah pil perancang boleh meningkatkan tahap estrogen dan ini boleh menyebabkan peningkatan sementara dalam saiz payudara. Walau bagaimanapun, pil perancang ada kesan sampingan, oleh itu tidak disyorkan mengambil pil perancang untuk jangka masa panjang.

"Semakin berusia, kolagen dan estrogen menyusut. Jika pil perancang tidak disyorkan, apa rawatan alternatif yang boleh dicuba?"

Phytoestrogen.
Ia adalah sebatian semulajadi yang terdapat dalam tumbuhan dan herba. Phytoestrogen adalah estrogen tumbuhan yang meniru estrogen manusia. Memakannya boleh membantu meningkat fungsi estrogen dalam badan. Dalam produk GreenAard, phytoestrogen ada dalam GLOEI (sedikit) dan Herba Rahsia Rimba (banyak). Kedua-dua produk tersebut adalah umpama COMBO untuk membantu merawat masalah payu dara kendur. Ini kerana, GLOEI merangsang kolagen dalam badan manakala Herba Rahsia Rimba memperbaiki dan membantu menyeimbangkan hormon wanita. GLOEI boleh diambil setiap hari, tetapi Herba Rahsia Rimba tidak dan ia perlu mengikut cara pengambilan yang khusus.
Diana Ishak
Read more

Muka saya naik jerawat selepas mengambil GLOEI.

Vitamin C adalah salah satu bahan aktif yang paling biasa digunakan dalam supplement atau skincare kerana pelbagai manfaatnya. Vitamin C bukan sahaja membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan hiperpigmentasi, tetapi memastikan kulit sihat dan dilindungi dari radikal bebas. Hampir semua orang serasi dengan vitamin C namun, mereka yang mempunyai kecenderungan terhadap kulit berjerawat perlu berjaga-jaga. Sejumlah kecil pengguna GLOEI mengadu kulit tumbuh jerawat-jerawat kecil beberapa ketika setelah mengambil GLOEI. Walau bagaimanapun, jerawat kecil ini beransur hilang selepas 1-2 minggu. Kenapa agaknya terjadi begitu? Dan kenapa ia tidak berlaku kepada semua orang?

Untuk pengetahuan, di dalam GLOEI ada kedua-dua Vitamin C dan Asid Askorbik (ascorbic acid is the purest form of vitamin C). Asid askorbik, jika pada konsentrasi yang tinggi can be more irritating. Walau bagaimanapun, seseorang perlu faham bahawa bukannya vitamin C atau asid askorbik yang menyebabkan atau memburukkan jerawat. Jerawat tumbuh kerana ANDA ada potensi mendapat kerengsaan daripada vitamin C. Dalam kebanyakan kes, vitamin C membawa kepada penyembuhan jerawat. Ini kerana, sifat anti-radangnya mengurangkan keradangan dan bengkak yang disebabkan oleh jerawat.

Vitamin C juga mengurangkan hiperpigmentasi kulit dengan cara menyekat laluan penghasil pigmen dalam kulit. Dan kita juga maklum vitamin C berperanan dalam sintesis kolagen, penyembuhan luka, dan mengembalikan kesihatan serta keremajaan kulit. Dalam erti kata lain, vitamin C TIDAK menyebabkan jerawat, tetapi boleh merengsakan kulit, terutamanya jika anda sensitif. Apa yang ramai tidak tahu, jerawat bukan sahaja berpunca dari makanan, tetapi juga perubahan hormon.

Pengambilan GLOEI merangsang pembentukan kolagen dalam badan, dalam masa yang sama hormon estrogen menaik. Kenaikan paras estrogen can give you a hard blow of jerawat yang tumbuh dengan tiba-tiba, dan banyak. Walau bagaimanapun, keadaan kita tidak berlanjutan. Ketika badan sudah mula beradaptasi dengan perubahan diet (GLOEI), tahap estrogen akan kembali stabil. Pada ketika itu, anda akan nampak perlahan-lahan keadaan kulit menjadi lebih baik.
Diana Ishak
Read more

Orang yang berkulit gelap selalunya kelihatan lebih muda.

Apabila bercakap tentang penuaan kulit, kita perlu membezakan jenis kulit. Orang yang berkulit gelap selalunya kelihatan lebih muda daripada rakan sebaya mereka yang berkulit cerah. Kulit mereka kelihatan lebih licin dan kurang berkedut walaupun semakin tua. Adakah tanggapan ini salah or is there something really going on? Ok, baca penjelasan kami.

Memang benar, kulit yang lebih gelap menua lebih perlahan daripada kulit cerah. Just to make sure there are no misunderstandings, kulit gelap yang kami maksudkan bukanlah kulit gelap akibat berjemur di tengah panas. Kulit gelap yang kami maksudkan adalah people who are born with darker skin. Tanda-tanda penuaan pada orang berkulit gelap kulit adalah lebih perlahan - ia bermula sekitar 10 tahun kemudian berbanding orang berkulit cerah. Sebabnya, kulit yang lebih gelap mempunyai lebih banyak melanin, iaitu pigmen yang mewarnai kulit, rambut dan mata kita. Lebih banyak melanin yang kita ada, lebih besar perlindungan semula jadi terhadap matahari. Lebih tinggi kandungan melanin, lebih banyak sinaran UV boleh diserap sebelum menjana kerosakan besar pada kulit. Kerosakan akibat pendedahan matahari adalah salah satu punca utama penuaan. 

Selain kulit gelap kelihatan lebih muda, dermis (lapisan kulit) juga lebih tebal pada kulit yang lebih gelap. Melanin dalam kulit yang lebih gelap menghalang penuaan dengan membantu melindungi gentian elastik dan kolagen. Oleh itu, kedutan lebih lambat berlaku. Bintik-bintik penuaan (tanda-tanda awal penuaan akibat pendedahan matahari) juga kurang ketara pada kulit yang lebih gelap. Orang yang berkulit lebih cerah cenderung mendapat garis-garis halus dan kedutan lebih awal. Kulit jenis ini memiliki tisu yang lebih rapuh dan cepat rosak membuatkan kulit tua sebelum waktunya. Apa solution-nya?

Sebagaimana yang telah kami jelaskan di awal tadi, punca kolagen dan elastin pecah adalah kerana pendedahan kepada matahari. Kulit yang cerah lebih senang rosak kolagennya kerana dermis lebih nipis dan kurang elastik. Kolagen dalam badan perlu bertambah supaya kulit dapat dipulihkan. Malangnya, badan mula kehilangan kolagen apabila berumur 30 tahun. Walau bagaimanapun, kolagen boleh bertambah dengan perubahan gaya hidup dan diet yang betul.

GLOEI adalah makanan tambahan khusus untuk merangsang kembali kolagen semula jadi dalam badan. Tidak ada kolagen haiwan di dalam GLOEI, hanya mengandungi bahan aktif dari tumbuhan untuk merangsang badan membentuk kolagen dan asid hyaluronik sendiri. Jika anda alah dengan kolagen haiwan, GLOEI adalah produk yang sesuai untuk anda cuba.

Diana Ishak
Read more

Perkara yang Berlaku kepada Badan Apabila Usia Bertambah

Apabila usia meningkat, badan mula kurang menghasilkan kolagen. Kulit menjadi lebih nipis, kering dan kurang anjal. Kehilangan kolagen menyebabkan pembentukan kedutan. Badan mula kehilangan kolagen apabila anda berumur 30 tahun. Kesannya menjadi ketara selepas beberapa tahun. Walaupun ini adalah proses semula jadi, kolagen lebih cepat rosak akibat pendedahan pada matahari, pencemaran, gaya hidup dan pilihan diet yang buruk. Apabila jumlah kolagen berkurangan, bahagian badan yang lain turut merasa kesannya. Tulang menjadi lebih lemah dan rapuh. Sendi menjadikan sukar untuk kekal aktif. Fungsi otot berkurangan menjejaskan mobiliti dan keseimbangan.

Kehilangan kolagen mempengaruhi penampilan. Tanda-tanda pertama mungkin kurang nampak. Lama-kelamaan mula melihat pipi menjadi lebih rata manakala kawasan mata semacam ada hollow yang membuatkan mata kelihatan sedikit tersembul. Apatah lagi jika badan kurus, mata boleh kelihatan lebih tersembul. Ini adalah tanda-tanda kehilangan kolagen. Apabila badan mula kehilangan kolagen, sendi mula haus. Akhirnya, mula terasa sakit. Memandangkan kolagen menguatkan keanjalan kulit, apabila ia mula berkurangan, kesan kendur pada rahang, pipi, punggung dan perut kelihatan. Oleh kerana kehilangan kolagen membawa kepada penipisan kulit, kedutan dan garis-garis halus mula muncul.

Apabila jumlah kolagen mula berkurangan, rambut mula pecah, menipis dan gugur dengan banyak. Pengurangan kolagen boleh melambatkan metabolisme juga. Akibatnya, berat badan lebih senang naik walaupun tidak makan banyak. Kolagen memainkan peranan penting dalam menambat gigi pada gusi. Ketika semakin berusia, gigi mudah tertanggal, dan mereput. Kekuatan dinding saluran darah ada kaitan dengan kolagen. Ketika kolagen berkurangan, seseorang mungkin perasan mata cepat kering, kerap sakit kepala, masalah pernafasan, atau ruam kulit tiba-tiba muncul.

Nampak tak betapa banyak fungsi badan merosot apabila kolagen berkurangan? Kolagen adalah protein yang paling banyak dalam badan, sudah pasti banyak fungsi badan melibatkan kolagen. Maka, mengekalkan tahap kolagen yang mencukupi adalah penting untuk kesihatan dan penampilan. Lebih mudah untuk mengelakkan kehilangan protein penting ini dengan melakukan perubahan diet dan gaya hidup sekarang.
Diana Ishak
Read more

Makan Gloei dapat cirit-birit

Asid askorbik adalah bentuk paling tulen Vitamin C. Gloei ada asid askorbik. Itu bukan sesuatu yang pelik kerana kebanyakan makanan tambahan mengandungi vitamin C dalam bentuk asid askorbik. Asid askorbik terdapat secara semula jadi dalam makanan. Walaupun menggunakan asid askorbik sintetik, ia tetap mempunyai bioavailabiliti yang sama dengan asid askorbik yang wujud secara semula jadi.

Sesetengah orang mendapati bahawa vitamin C yang diberikan dalam bentuk asid askorbik mengganggu sistem penghadaman menyebabkan cirit-birit. Jika itu berlaku, bukan salah produk tetapi usus anda tidak dapat bertolak ansur dengan keasidan asid askorbik. Sebagai contoh, vitamin C boleh mencerahkan kulit dan membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan, tetapi tidak semua serum Vitamin C berfungsi untuk semua orang. Walaupun tindak balas alahan terhadap Vitamin C pada kulit jarang berlaku, they can happen.

Alergi adalah berbeza dengan kerengsaan (irritation). Gejala kerengsaan biasanya kemerahan atau rasa terbakar, dan cenderung muncul serta-merta seperti jerawat. Reaksi alahan, bagaimanapun, berlaku selepas pendedahan berulang. Kulit mungkin merah, meradang atau bersisik. Asid askorbik Gloei dirumus dalam tahap keasidan pH 2.5-3. Tahap pH semulajadi kulit ialah 4.5–5.5. Perbezaan keasidan ini boleh menyebabkan tindak balas ALAHAN, bukan kerengsaan.

Reaksi alahan cenderung berlaku apabila sistem imun badan mengenalpasti Gloei sebagai threat. Asid askorbik juga sangat sensitif kepada pengoksidaan. Bermakna, asid askorbik mesti diletakkan dalam bekas kalis cahaya. Serbuk Gloei disimpan dalam sachet yang diseal rapi. Selepas dibuka, jangan bertangguh untuk makan. Buka dan terus makan!
Diana Ishak
Read more
60 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart