Faedah GLOEI pada rambut yang disokong oleh sains.

Terdapat bukti yang cukup besar yang mengaitkan kolagen dengan kulit dan sendi. Walau bagaimanapun, ada satu bidang penyelidikan yang tidak begitu meluas iaitu, kesihatan rambut. Dahulu, kajian tentang kolagen dan rambut bukanlah keutamaan utama untuk penyelidik pada masa tersebut. Seiring dengan masa, lebih banyak kajian telah dibuat. Dikatakan terdapat empat manfaat kolagen pada rambut, termasuk mengurangkan keguguran rambut.

Kolagen bukan komponen rambut. Komponen utama rambut, adalah keratin. 95% daripada rambut adalah keratin. Untuk badan membuat keratin, asid amino (blok binaan protein) diperlukan. Dan di situlah kolagen berperanan. Asid amino yang paling membantu penghasilan keratin adalah proline. Jadi secara ringkasnya, kolagen yang mengandungi prolin boleh membantu mencipta protein keratin yang menyokong pertumbuhan rambut.

Semasa fasa pertumbuhan rambut, paras kolagen yang mengelilingi hair bulb menebal dan meningkat. Dan apabila folikel rambut masuk ke peringkat seterusnya, ia meleraikan dua lapisan kolagen yang merangkuminya. Apabila badan menghasilkan lebih banyak kolagen, lapisan ini tumbuh semula. Lapisan ini menyokong folikel rambut dengan membantu mereka memasuki semula fasa pertumbuhan rambut dan mengekalkan kitaran pertumbuhan rambut. Jadi dah boleh faham kenapa kolagen dalam badan perlu sentiasa di-replenish, kan?

GLOEI memang tidak ada kolagen tetapi ia membuatkan badan terpaksa menghasilkan kolagen. Kandungan GLOEI membolehkan badan mempunyai lebih banyak asid amino yang membantu menguatkan perlindungan folikel rambut. Ini akan meningkatkan produktiviti folikel rambut. Oh! Ada satu lagi kebaikan kolagen pada rambut yang mungkin ramai belum tahu, iaitu UBAN.

 


Menurut jurnal ini, kolagen boleh membantu mengurangkan bilangan uban yang muncul di kepala. Itu tidak bermaksud anda tidak akan tua. Tua itu pasti, cuma pengeluaran uban mungkin dapat dilambatkan dengan bertambahnya kolagen dalam badan. Sama seperti kehadiran kolagen meningkatkan kesihatan kulit wajah, ia juga bermanfaat untuk kulit kepala. Kolagen menyokong ketebalan kulit kepala. Kulit kepala yang nipis mengurangkan keupayaan rambut melekat pada folikel bulb. Keadaan itulah yang membuatkan rambut hilang sokongan dan menyumbang kepada keguguran rambut.

Memandangkan kulit kepala yang sihat adalah asas untuk rambut yang sihat, kami menganggap kolagen adalah faktor utama dalam hal kesihatan kulit kepala. Walau bagaimanapun, GLOEI bukanlah satu-satunya kaedah yang perlu dicari. Sama seperti kulit lain yang memerlukan pelbagai jenis nutrien untuk hasil yang terbaik, rambut juga begitu. Selain GLOEI, seseorang juga perlu menjaga kebersihan rambut dan jangan terlalu menyekat makan. Mengehadkan pengambilan kalori bermakna badan mungkin tidak mendapat nutrien penting yang mencukupi. Kekurangan ini, terutamanya jika dikekalkan dalam jangka masa tertentu, boleh menyebabkan keguguran rambut yang teruk.
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart