Muka saya naik jerawat selepas mengambil GLOEI.

Vitamin C adalah salah satu bahan aktif yang paling biasa digunakan dalam supplement atau skincare kerana pelbagai manfaatnya. Vitamin C bukan sahaja membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan hiperpigmentasi, tetapi memastikan kulit sihat dan dilindungi dari radikal bebas. Hampir semua orang serasi dengan vitamin C namun, mereka yang mempunyai kecenderungan terhadap kulit berjerawat perlu berjaga-jaga. Sejumlah kecil pengguna GLOEI mengadu kulit tumbuh jerawat-jerawat kecil beberapa ketika setelah mengambil GLOEI. Walau bagaimanapun, jerawat kecil ini beransur hilang selepas 1-2 minggu. Kenapa agaknya terjadi begitu? Dan kenapa ia tidak berlaku kepada semua orang?

Untuk pengetahuan, di dalam GLOEI ada kedua-dua Vitamin C dan Asid Askorbik (ascorbic acid is the purest form of vitamin C). Asid askorbik, jika pada konsentrasi yang tinggi can be more irritating. Walau bagaimanapun, seseorang perlu faham bahawa bukannya vitamin C atau asid askorbik yang menyebabkan atau memburukkan jerawat. Jerawat tumbuh kerana ANDA ada potensi mendapat kerengsaan daripada vitamin C. Dalam kebanyakan kes, vitamin C membawa kepada penyembuhan jerawat. Ini kerana, sifat anti-radangnya mengurangkan keradangan dan bengkak yang disebabkan oleh jerawat.

Vitamin C juga mengurangkan hiperpigmentasi kulit dengan cara menyekat laluan penghasil pigmen dalam kulit. Dan kita juga maklum vitamin C berperanan dalam sintesis kolagen, penyembuhan luka, dan mengembalikan kesihatan serta keremajaan kulit. Dalam erti kata lain, vitamin C TIDAK menyebabkan jerawat, tetapi boleh merengsakan kulit, terutamanya jika anda sensitif. Apa yang ramai tidak tahu, jerawat bukan sahaja berpunca dari makanan, tetapi juga perubahan hormon.

Pengambilan GLOEI merangsang pembentukan kolagen dalam badan, dalam masa yang sama hormon estrogen menaik. Kenaikan paras estrogen can give you a hard blow of jerawat yang tumbuh dengan tiba-tiba, dan banyak. Walau bagaimanapun, keadaan kita tidak berlanjutan. Ketika badan sudah mula beradaptasi dengan perubahan diet (GLOEI), tahap estrogen akan kembali stabil. Pada ketika itu, anda akan nampak perlahan-lahan keadaan kulit menjadi lebih baik.
Diana Ishak
Read more

Orang yang berkulit gelap selalunya kelihatan lebih muda.

Apabila bercakap tentang penuaan kulit, kita perlu membezakan jenis kulit. Orang yang berkulit gelap selalunya kelihatan lebih muda daripada rakan sebaya mereka yang berkulit cerah. Kulit mereka kelihatan lebih licin dan kurang berkedut walaupun semakin tua. Adakah tanggapan ini salah or is there something really going on? Ok, baca penjelasan kami.

Memang benar, kulit yang lebih gelap menua lebih perlahan daripada kulit cerah. Just to make sure there are no misunderstandings, kulit gelap yang kami maksudkan bukanlah kulit gelap akibat berjemur di tengah panas. Kulit gelap yang kami maksudkan adalah people who are born with darker skin. Tanda-tanda penuaan pada orang berkulit gelap kulit adalah lebih perlahan - ia bermula sekitar 10 tahun kemudian berbanding orang berkulit cerah. Sebabnya, kulit yang lebih gelap mempunyai lebih banyak melanin, iaitu pigmen yang mewarnai kulit, rambut dan mata kita. Lebih banyak melanin yang kita ada, lebih besar perlindungan semula jadi terhadap matahari. Lebih tinggi kandungan melanin, lebih banyak sinaran UV boleh diserap sebelum menjana kerosakan besar pada kulit. Kerosakan akibat pendedahan matahari adalah salah satu punca utama penuaan. 

Selain kulit gelap kelihatan lebih muda, dermis (lapisan kulit) juga lebih tebal pada kulit yang lebih gelap. Melanin dalam kulit yang lebih gelap menghalang penuaan dengan membantu melindungi gentian elastik dan kolagen. Oleh itu, kedutan lebih lambat berlaku. Bintik-bintik penuaan (tanda-tanda awal penuaan akibat pendedahan matahari) juga kurang ketara pada kulit yang lebih gelap. Orang yang berkulit lebih cerah cenderung mendapat garis-garis halus dan kedutan lebih awal. Kulit jenis ini memiliki tisu yang lebih rapuh dan cepat rosak membuatkan kulit tua sebelum waktunya. Apa solution-nya?

Sebagaimana yang telah kami jelaskan di awal tadi, punca kolagen dan elastin pecah adalah kerana pendedahan kepada matahari. Kulit yang cerah lebih senang rosak kolagennya kerana dermis lebih nipis dan kurang elastik. Kolagen dalam badan perlu bertambah supaya kulit dapat dipulihkan. Malangnya, badan mula kehilangan kolagen apabila berumur 30 tahun. Walau bagaimanapun, kolagen boleh bertambah dengan perubahan gaya hidup dan diet yang betul.

GLOEI adalah makanan tambahan khusus untuk merangsang kembali kolagen semula jadi dalam badan. Tidak ada kolagen haiwan di dalam GLOEI, hanya mengandungi bahan aktif dari tumbuhan untuk merangsang badan membentuk kolagen dan asid hyaluronik sendiri. Jika anda alah dengan kolagen haiwan, GLOEI adalah produk yang sesuai untuk anda cuba.

Diana Ishak
Read more

Perkara yang Berlaku kepada Badan Apabila Usia Bertambah

Apabila usia meningkat, badan mula kurang menghasilkan kolagen. Kulit menjadi lebih nipis, kering dan kurang anjal. Kehilangan kolagen menyebabkan pembentukan kedutan. Badan mula kehilangan kolagen apabila anda berumur 30 tahun. Kesannya menjadi ketara selepas beberapa tahun. Walaupun ini adalah proses semula jadi, kolagen lebih cepat rosak akibat pendedahan pada matahari, pencemaran, gaya hidup dan pilihan diet yang buruk. Apabila jumlah kolagen berkurangan, bahagian badan yang lain turut merasa kesannya. Tulang menjadi lebih lemah dan rapuh. Sendi menjadikan sukar untuk kekal aktif. Fungsi otot berkurangan menjejaskan mobiliti dan keseimbangan.

Kehilangan kolagen mempengaruhi penampilan. Tanda-tanda pertama mungkin kurang nampak. Lama-kelamaan mula melihat pipi menjadi lebih rata manakala kawasan mata semacam ada hollow yang membuatkan mata kelihatan sedikit tersembul. Apatah lagi jika badan kurus, mata boleh kelihatan lebih tersembul. Ini adalah tanda-tanda kehilangan kolagen. Apabila badan mula kehilangan kolagen, sendi mula haus. Akhirnya, mula terasa sakit. Memandangkan kolagen menguatkan keanjalan kulit, apabila ia mula berkurangan, kesan kendur pada rahang, pipi, punggung dan perut kelihatan. Oleh kerana kehilangan kolagen membawa kepada penipisan kulit, kedutan dan garis-garis halus mula muncul.

Apabila jumlah kolagen mula berkurangan, rambut mula pecah, menipis dan gugur dengan banyak. Pengurangan kolagen boleh melambatkan metabolisme juga. Akibatnya, berat badan lebih senang naik walaupun tidak makan banyak. Kolagen memainkan peranan penting dalam menambat gigi pada gusi. Ketika semakin berusia, gigi mudah tertanggal, dan mereput. Kekuatan dinding saluran darah ada kaitan dengan kolagen. Ketika kolagen berkurangan, seseorang mungkin perasan mata cepat kering, kerap sakit kepala, masalah pernafasan, atau ruam kulit tiba-tiba muncul.

Nampak tak betapa banyak fungsi badan merosot apabila kolagen berkurangan? Kolagen adalah protein yang paling banyak dalam badan, sudah pasti banyak fungsi badan melibatkan kolagen. Maka, mengekalkan tahap kolagen yang mencukupi adalah penting untuk kesihatan dan penampilan. Lebih mudah untuk mengelakkan kehilangan protein penting ini dengan melakukan perubahan diet dan gaya hidup sekarang.
Diana Ishak
Read more

Makan Gloei dapat cirit-birit

Asid askorbik adalah bentuk paling tulen Vitamin C. Gloei ada asid askorbik. Itu bukan sesuatu yang pelik kerana kebanyakan makanan tambahan mengandungi vitamin C dalam bentuk asid askorbik. Asid askorbik terdapat secara semula jadi dalam makanan. Walaupun menggunakan asid askorbik sintetik, ia tetap mempunyai bioavailabiliti yang sama dengan asid askorbik yang wujud secara semula jadi.

Sesetengah orang mendapati bahawa vitamin C yang diberikan dalam bentuk asid askorbik mengganggu sistem penghadaman menyebabkan cirit-birit. Jika itu berlaku, bukan salah produk tetapi usus anda tidak dapat bertolak ansur dengan keasidan asid askorbik. Sebagai contoh, vitamin C boleh mencerahkan kulit dan membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan, tetapi tidak semua serum Vitamin C berfungsi untuk semua orang. Walaupun tindak balas alahan terhadap Vitamin C pada kulit jarang berlaku, they can happen.

Alergi adalah berbeza dengan kerengsaan (irritation). Gejala kerengsaan biasanya kemerahan atau rasa terbakar, dan cenderung muncul serta-merta seperti jerawat. Reaksi alahan, bagaimanapun, berlaku selepas pendedahan berulang. Kulit mungkin merah, meradang atau bersisik. Asid askorbik Gloei dirumus dalam tahap keasidan pH 2.5-3. Tahap pH semulajadi kulit ialah 4.5–5.5. Perbezaan keasidan ini boleh menyebabkan tindak balas ALAHAN, bukan kerengsaan.

Reaksi alahan cenderung berlaku apabila sistem imun badan mengenalpasti Gloei sebagai threat. Asid askorbik juga sangat sensitif kepada pengoksidaan. Bermakna, asid askorbik mesti diletakkan dalam bekas kalis cahaya. Serbuk Gloei disimpan dalam sachet yang diseal rapi. Selepas dibuka, jangan bertangguh untuk makan. Buka dan terus makan!
Diana Ishak
Read more

Adakah Payudara Saya Normal?

Soalan 1 : Kedua-dua payudara harus sama saiz. BETUL atau SALAH?
Jika jawapan anda SALAH, you are correct! Sememangnya saiz payudara sedikit berbeza, tidak sama besar. And that's just volume. Kalau diambil kira saiz puting dan bentuk payudara (payudara ada pelbagai bentuk), perbezaan boleh jelas dilihat.

Soalan 2 : Ada rambut pada puting. Adakah itu sesuatu yang BIASA, UNUSUAL atau petanda SOMETHING IS NOT RIGHT?
Jika jawapan anda UNSUAL, you are wrong! Sebenarnya, normal untuk mempunyai beberapa helai rambut di sekitar puting anda. Tetapi, sekiranya it bothers you, gunting. Jangan cabut atau cukur kerana boleh menyebabkan jangkitan ke dalam payudara.

Soalan 3 : Payudara adalah sejenis ORGAN atau OTOT?
Jika jawapan anda ORGAN, you are right! Tidak ada sebarang OTOT pada payudara, jadi jika ada yang mengajar anda senaman-senaman tertentu untuk membesarkan payudara, that is NONSENSE. Organ adalah bersifat tujuan. Tujuan payudara adalah menghasilkan susu. Proses ini berlaku lobula kecil dalam payudara. Lelaki tidak ada lobula ini, sebab itulah lelaki tak boleh menghasilkan susu.

Soalan 4 : Breastfeeding menjadikan payudara cepat kendur. BETUL atau SALAH?
Anda jawab SALAH? Tepat sekali! Breastfeeding is not the problem. Payudara mengedur kerana faktor usia. Seiring pertambahan usia, kolagen dan elastin berkurangan, menyebabkan kulit di bawah payudara hilangan sokongan, lantas kendur. Lagi satu, hamil dan bersalin beberapa kali membuatkan berat badan berubah-ubah. Perubahan berat badan ini boleh menyebabkan payudara cepat kendur.

Soalan 5 : Lelehan cecair pada puting adalah normal. BETUL, SALAH atau KECUALI JIKA ADA BAYI?
Jika anda jawab SALAH, you are wrong! Jawapannya adalah KECUALI JIKA ADA BAYI. Lelehan cecair yang keluar dari puting pada akhir kehamilan, selepas melahirkan, dan ketika menyusu anak, adalah NORMAL. Any other time, it’s not. Jika ada, mungkin anda ada masalah tiroid dan ketidakseimbangan hormon lain.

Soalan 6: Bolehkah ibu mengandung dan ibu yang baru melahirkan mengambil Gloei?
Ya, boleh! Gloei hanyalah makanan tambahan, bukan kategori ubat-ubatan. Walau bagaimanapun untuk ibu mengandung, jika ingin mencuba Gloei, ambil selepas kandungan melepasi 1st trimester.
Diana Ishak
Read more

Apa yang Menyebabkan Tompok Coklat dan Gelap pada Kulit

Kulit menjadi lebih gelap apabila ia menghasilkan lebihan melanin, iaitu pigmen kulit semula jadi. Ini dipanggil hiperpigmentasi. Terdapat banyak sebab terhasilnya hiperpigmentasi, termasuk:
  • Perubahan hormon
  • Pendedahan kepada cahaya matahari
  • Penuaan
  • Faktor genetik
Berkurangnya penampilan bintik-bintik coklat pada kulit adalah salah satu manfaat kolagen. Bagaimanakah kolagen melakukan ini?

Untuk memahami, kita perlu memahami dulu apa itu kolagen. Kolagen adalah protein yang terbentuk secara SEMULA JADI dalam badan. Ini bermakna, badan tidak semestinya memerlukan kolagen haiwan kerana badan mampu mengeluarkan kolagennya sendiri. Sudah tentu kolagen kitalah yang paling sesuai digunakan oleh badan sendiri, bukankah begitu?

Kolagen berfungsi untuk menjadikan kulit tegang dan anjal serta membantu menggantikan sel kulit mati. Kolagen membantu mencerahkan kulit dan secara tidak lansung bintik-bintik coklat ini akan ikut cerah (faded). Perlu fahami bahawa bintik-bintik coklat ini TIDAK BOLEH HILANG SEPENUHNYA kerana kita masih terdedah dengan cahaya matahari. Walau bagaimanapun, seseorang boleh mengurangkan risiko dan memudarkan warna bintik coklat dengan penambahan kolagen serta penggunaan skin care yang konsisten.

Walaupun sesiapa sahaja boleh mendapat bintik-bintik coklat ini, ia lebih kerap muncul pada:
  • yang berumur lebih dari 40 tahun
  • mempunyai kulit yang cerah
  • mempunyai sejarah pendedahan matahari yang kerap
GLOEI adalah produk yang merangsang badan meningkatkan penghasilan kolagen. Ia tidak mengandungi sebarang kolagen haiwan di dalamnya. Badan anda sendiri akan memperbaharui kolagen dengan bantuan bahan aktif dalam GLOEI.
Diana Ishak
Read more

Apakah Jenis Makanan Yang Merangsang Kolagen Secara Semula Jadi?

Seseorang boleh mengalami kekurangan kolagen. Jika tidak makan cukup protein dan makanan kaya asid amino, ini boleh menjejaskan pengeluaran kolagen dalam badan. Begitu juga, jika mengambil diet yang tidak sihat, boleh menghalang pengeluaran kolagen. Gula adalah musuh terbesar. Makan banyak makanan bergula mengurangkan penghasilan kolagen dalam badan. Jika mengambil suplemen berkolagen, gula boleh menghalang badan daripada menggunakan kolagen dari suplemen tersebut.

Jalan terbaik adalah meningkatkan jumlah makanan yang kaya kolagen dalam diet. Terdapat banyak makanan yang akan membantu meningkatkan kolagen. Salah satu darinya ialah, sup tulang. Sup tulang penuh dengan kolagen, asid amino, kalsium, dan magnesium. Ikan juga bagus untuk meningkatkan kolagen. Ikan kaya dengan asid amino prolin dan glisin yang diperlukan untuk pembentukan kolagen. Hampir semua ikan membantu merangsang penghasilan kolagen, tetapi perlu diingat bahawa kebanyakan kolagen adalah di bahagian yang tidak biasa kita makan, seperti sisik.

Makanan yang tinggi kandungan vitamin C harus menjadi satu kemestian dalam diet anda. Vitamin ini meningkatkan pengeluaran kolagen dan secara semula jadi memberikan stronger, glowier skin. Satu lagi makanan yang boleh membantu adalah sayur-sayuran berdaun. Hampir semua sayur-sayuran hijau memberi rangsangan besar dalam membantu pengeluaran kolagen, serta membantu memberikan kulit yang berseri kerana antioksidan yang terkandung di dalamnya.

Bagi yang tidak makan daging atau produk haiwan, cuba makan lebih banyak kekacang. Ini kerana kacang kaya dengan protein dan ia juga mengandungi asid amino yang diperlukan untuk mensintesis kolagen. Namun, perlu difahami bahawa kolagen dalam badan tidak akan bertambah sekiranya anda hanya makanan makanan-makanan tersebut sekali sekali. Makanan yang merangsang kolagen mesti diambil secara konsisten, barulah nampak hasil.

Sebab itulah GLOEI dihasilkan. Ia merupakan kombinasi ekstrak bahan aktif dari tuumbuhan terpilih. Tidak ada kolagen tambahan di dalamnya. Semuanya ekstrak makanan yang secara semula jadi merangsang badan menghasilkan kolagen. Segala ekstrak makanan yang telah diketahui bagus untuk pembentukan kolagen dikumpulkan dalam satu sachet. Ambil GLOEI dengan KONSISTEN. Cukup ambil 1 sachet sahaja setiap hari.
Diana Ishak
Read more

Kalau makan kolagen, bolehkah memperbaharui kolagen dalam badan yang hilang?

Ok, selama ni kita banyak dengar cakap-cakap orang bahawa gelatin, suplemen kolagen, bahkan sup tulang boleh meredakan sakit sendi. Persoalannya, betul ke? Sebelum itu, kami explain dulu tentang di mana punca sakit sendi ini.

Osteoarthritis adalah penyakit sendi yang paling biasa. Ia berpunca dari ketidakseimbangan pada tulang rawan yang membawa kepada 'kereputan' tulang rawan. Komponen struktur utama tisu tulang rawan adalah kolagen. Kolagen bertindak sebagai 'pelincir'. Kehilangan kolagen dari tulang membuatkan sendi menjadi 'ketat'.

The idea behind taking collagen supplements adalah, badan menggunakan asid amino dari kolagen untuk membina semula tulang rawan yang rosak. Persoalannya, do they work? Dari perspektif food science, badan sebenarnya tidak dapat membezakan sama ada anda makan suplemen kolagen atau sup tulang kerana semua ini adalah sumber protein. Apabila sistem pencernaan memecahkan makanan-makanan ini menjadi asid amino, ia sudah tidak dapat dibezakan.

"Maksudnya, tak makan suplemen kolagen pun tak apa?"

Look. Suplemen kolagen yang dihidrolisis (kebanyakkan suplemen kolagen di luar adalah dari jenis ini) hanyalah bertujuan untuk menambahkan asid amino untuk digunakan oleh badan. Bila anda ambil kolagen, badan mendapat asid amino yang kaya dengan kolagen. Tetapi, amino acids are still amino acids and it doesn’t matter where they come from. Asalkan amino acid, ia boleh membentuk kolagen. The thing is, asid amino tidak boleh diambil berlebihan.

Apabila badan terlalu banyak asid amino, kesan berikut boleh berlaku :
  • Kekembungan
  • Sakit perut
  • Cirit-birit
  • Risiko gout meningkat (akibat pertambahan asid urik dalam badan)
  • Drop in blood pressure (unhealthy way)
  • Buah pinggang terpaksa berkerja lebih kuat untuk mengekalkan keseimbangan asid amino dalam badan

Benefit mengambil suplemen berkolagen sebenarnya lebih bagus untuk mereka yang lack of nutrient. 

The idea behind Gloei adalah untuk menyediakan badan dengan makanan yang boleh merangsang pembentukan kolagen oleh badan, bukan membawa masuk asid amino berkolagen dari luar. Gloei bertindak sebagai 'kunci' yang menggerakkan badan untuk menghasilkan kolagennya sendiri. Dengan cara ini, badan tidak akan menghadapi masalah asid amino berlebihan.

Sebahagian besar diet mempunyai jumlah asid amino yang selamat untuk badan. Makanan berasaskan tumbuhan seperti kacang soya, kekacang, dan biji-bijian turut mengandungi asid amino (protein). Gloei mengandungi ekstrak tumbuhan yang telah dikenal pasti bahan aktifnya mampu stimulate collagen production.

Diana Ishak
Read more

Jeragat, sunspots dan parut jerawat

Hiperpigmentasi adalah kulit yang kelihatan lebih gelap pada kawasan-kawasan tertentu. Hiperpigmentasi boleh:
  • muncul dalam bentuk tompok-tompok kecil
  • meliputi kawasan yang luas
  • memberi kesan kepada seluruh badan
Terdapat beberapa jenis hiperpigmentasi, yang biasa adalah:
  • melasma
  • sunspots
  • hiperpigmentasi akibat keradangan kulit
Melasma disebabkan oleh perubahan hormon akibat menopos atau hamil. Melasma boleh muncul di mana-mana bahagian badan, tetapi paling sering di perut dan muka. Sunspots terjadi akibat terdedah kepada cahaya matahari yang berlebihan dari masa ke masa. Sunspots muncul sebagai bintik-bintik di kawasan yang terdedah kepada sinar matahari, seperti tangan dan muka.

Hiperpigmentasi pula terjadi akibat keradangan kulit. Ia adalah akibat kecederaan atau keradangan kulit akibat masalah jerawat. Faktor terbesar berlakunya hiperpigmentasi adalah kerana pendedahan cahaya matahari. Semakin kerap terdedah kepada cahaya matahari, semakin banyak melanin dikeluarkan dan semakin besarlah risiko pigmentasi kulit.

Di rumah, penjagaan kulit boleh dilakukan dengan memakai sunscreen. Cari physical sunscreen (sunblock) dengan zink oksida sebagai bahan aktif utama. Pastikan sunscreen tersebut sekurang-kurangnya SPF 30 hingga 50. Suncreen dengan liputan spektrum luas adalah yang terbaik. Elakkan cahaya matahari pada waktu terkuat, biasanya 10 pagi hingga 4 petang. Use a sunscreen daily!

Hiperpigmentasi tidak berbahaya dan biasanya bukan tanda kepada masalah kesihatan yang serius. In some cases, hiperpigmentasi akan pudar dengan perlindungan sunscreen yang baik. Dalam kes lain, rawatan yang lebih agresif diperlukan tetapi tidak ada jaminan bintik-bintik hitam ini pudar sepenuhnya, walaupun dengan rawatan moden. Aloe vera, green tea dan tea tree oil adalah antara bahan semula jadi yang boleh digunakan untuk rawatan hiperpigmentasi di rumah.

Kolagen juga membantu mengurangkan penampilan bintik-bintik gelap dan parut akibat hiperpigmentasi. Kolagen mendorong pembentukan tisu yang mempercepat proses penyembuhan secara semula jadi.


Diana Ishak
Read more

Pesakit kencing manis boleh ambil Gloei tak?

Dalam Gloei ada pemanis yang dinamakan MANNITOL. Ramai yang concern dengan mannitol dan bertanya sama ada Gloei boleh diambil oleh pesakit diabetis. Manitol sebenarnya adalah pemanis yang sering digunakan dalam makanan mesra diabetes. Ini kerana mannitol kurang diserap oleh usus dan menyebabkan kurang peningkatan gula dalam darah berbanding glukosa.

Penggunaan mannitol dalam Gloei memang dirancang. Selain memberi rasa manis yang pleasant, mannitol memiliki sifat yang unik. Manitol wujud secara semula jadi dalam beberapa buah-buahan, seperti epal, pear, peach, dan prune.
Mannitol dalam Gloei diesktrak dari eksudat pokok (sejenis bahan dari pokok). Tidak seperti sorbitol, manitol tidak menyerap kelembapan ke dalam produk (non-hygroscopic). Oleh itu mannitol sangat sesuai digunakan untuk mengelakkan serbuk Gloei bergumpal.

Bila mannitol masuk ke dalam badan, hanya sebahagian sahaja diserap dari usus kecil. Bermakna, hanya sedikit saja sampai ke usus besar. Jadi, kalori yang dihasilkan hanya sedikit. Setiap gram manitol hanya mempunyai 1.6 kalori, iaitu kurang daripada separuh nilai kalori gula putih (4.0 kcal/g). Oleh kerana manitol hanya diserap sebahagian sahaja oleh tubuh, ia mengurangkan kenaikan blood sugar dan insulin.

Di samping sifatnya yang berkalori rendah (1.6 kcal/g), mannitol sangat bermanfaat dalam mengawal berat badan. Ini menjadikan manitol sebagai alternative sweetener untuk penghidap diabetes. Sebenarnya, produk yang dimaniskan dengan mannitol sebagai pengganti gula membantu memberi pesakit diabetes mendapatkan pemanis rendah kalori. Mannitol sudah biasa digunakan dalam pengeluaran makanan dan produk farmaseutikal kerana sifat yang unik ini. Walaupun mannitol memberi manfaat kepada penghidap diabetis, anda mesti berbincang dengan doktor dahulu kerana mungkin ada bahan-bahan lain dalam Gloei yang kurang sesuai untuk diet anda.
Diana Ishak
Read more

Kalau ambil suplemen berkolagen, bolehkah memperbaharui kolagen dalam badan yang telah hilang?

Selama ni kita dengar cakap-cakap orang bahawa gelatin, suplemen kolagen, bahkan sup tulang boleh meredakan sakit sendi. Ramai yang bertanya, betul ke? Baiklah. Sebelum tu, kami explain dulu tentang di mana punca sakit sendi ini.

Osteoarthritis adalah penyakit sendi yang paling biasa. Ia berpunca dari ketidakseimbangan antara sintesis dan degradasi pada tulang rawan yang membawa kepada 'kereputan' tulang rawan. Komponen struktur utama tisu tulang rawan adalah kolagen.

Kolagen bertindak sebagai 'pelincir'. Kehilangan kolagen dari tulang membuatkan sendi menjadi 'ketat', dan mudah merasa sakit. Kolagen adalah protein yang paling banyak dalam badan haiwan/manusia. Hampir semua kolagen dalam badan kita adalah jenis I, II atau III. Kolagen jenis I dan III adalah kolagen pada kulit, tendon, organ dan tulang. Kolagen jenis II adalah kolagen pada tulang rawan. Kolagen yang menyusut di bahagian ini ada kaitan dengan sakit sendi.

Kolagen diperbuat daripada asid amino (blok protein). The idea behind collagen supplements adalah, badan dikatakan menggunakan asid amino dalam suplemen untuk membina semula tulang rawan yang rosak. Persoalannya, do they work? Dari perspektif food science, badan TIDAK DAPAT membezakan sama ada anda makan suplemen berkolagen atau sup tulang. Apabila sistem pencernaan memecahkan makanan-makanan ini menjadi asid amino, ia sudah tidak dapat dibezakan lagi oleh badan.

"Jadi maksudnya tak makan suplemen kolagen pun tak apa?"

Maksudnya, ketika pencernaan berlaku, suplemen berkolagen akan terurai menjadi asid amino, bukan lagi dalam bentuk kolagen haiwan seperti dalam suplemen. Suplemen kolagen yang dihidrolisis (kebanyakkan suplemen kolagen di luar adalah dari jenis ini) hanyalah bertujuan untuk menambahkan asid amino untuk digunakan oleh badan. Bila kita ambil suplemen berkolagen, badan mendapat asid amino yang kaya dengan kolagen.

But, amino acids are still amino acids and it doesn’t matter where they come from. Asalkan amino acid, ia boleh saja membentuk kolagen. Tetapi itu tidak bermakna tidak ada sebarang benefit ketika mengambil suplemen berkolagen.
Benefit mengambil suplemen berkolagen sebenarnya lebih bagus untuk mereka yang lack of nutrient. Ini kerana, asid amino tidak boleh diambil berlebihan. Apabila badan terlalu banyak asid amino, kesan berikut boleh berlaku :
  • Kekembungan
  • Sakit perut
  • Cirit-birit
  • Risiko gout meningkat (akibat pertambahan asid urik dalam badan)
  • Drop in blood pressure (unhealthy way)
  • Buah pinggang terpaksa berkerja lebih kuat untuk mengekalkan keseimbangan asid amino dalam badan
The idea behind pembikinan Gloei adalah untuk menyediakan badan dengan makanan yang boleh merangsang pembentukan kolagen oleh badan, bukan membawa masuk kolagen dari luar. Gloei hanya menjadi 'kunci' yang menggerakkan badan menghasilkan kolagennya sendiri. Dengan cara itu, badan tidak akan mempunyai asid amino berlebihan.

Sebahagian besar diet mempunyai jumlah asid amino yang selamat untuk badan. Makanan berasaskan tumbuhan seperti kacang soya, kekacang, dan biji-bijian mengandungi asid amino. Gloei mengandungi ekstrak tumbuhan yang telah dikenalpasti bahan aktifnya mampu stimulate collagen production.
Diana Ishak
Read more

Mengapa Melindungi Kolagen Lebih Penting Daripada Mengambilnya.

Produk yang kaya dengan kolagen telah menjadi kegilaan dalam pasaran kecantikan dan kesihatan. Daripada gincu kepada suplimen, ramai yang merasa tidak cukup-cukup lagi dengan kolagen. Walaupun kolagen ditemui secara semula jadi dalam badan kita sendiri, idea untuk mengambil kolagen tambahan telah menjadi amalan yang popular.

Badan kita penuh dengan kolagen, malah 30% daripada protein badan terdiri daripada kolagen. Walaupun kolagen banyak dalam badan, adalah mengejutkan apabila pengeluaran kolagen sangat membimbangkan ketika semakin tua. Badan kita perlahan-lahan berhenti menghasilkan kolagen setiap tahun. Ketika umur masih muda, kolagen banyak dihasilkan daripada makanan yang kita ambil.

Badan menghasilkan sejumlah besar kolagen sehingga umur kira-kira 18 tahun. Pada usia 25 tahun, pengeluaran kolagen oleh badan mula menurun. Pada usia sekitar 40 tahun, pengeluaran kolagen mula berkurangan dengan lebih cepat. Ketika inilah seseorang mula perasan sakit sendi, kedutan yang ketara pada wajah dan mata, serta masalah penghadaman. Itu semua adalah kawasan yang terjejas oleh kolagen.

Sukan boleh mempercepatkan kekurangan kolagen. Orang yang bermain sukan dengan konsisten seperti atlet, akan mengalami lebih banyak haus (wear and tear) pada sendi, ligamen dan tendon, menyebabkannya rosak. Mereka yang banyak menghabiskan banyak masa di luar (terdedah pada matahari), badannya hilang kolagen dengan lebih cepat berbanding orang lain. Luckily, hanya kerana badan secara semulajadi mengurangkan pengeluaran kolagen tidak bermakna ia menghentikan pengeluaran sepenuhnya.

Adalah penting untuk kita belajar cara mengitar semula kolagen. Memang benar bahawa kolagen membentuk rambut, kuku, kulit, dan tulang, tetapi hanya SEDIKIT sahaja faedah suplimen berkolagen terhadap pengeluaran kolagen kita sendiri. Adakah terdapat cara untuk membantu kolagen badan kita bertambah secara semula jadi? Ya, ada. Kebanyakan bahan aktif yang bersifat antiseptik dan antimikrob yang merangsang saluran darah dan meningkatkan pengeluaran kolagen, ada dalam tumbuhan.

Antioksidan yang melindungi sel dan menghalang pemusnahan kolagen juga ada dalam tumbuhan yang tinggi vitamin E. Bahan yang penting untuk penghasilan kolagen, iaitu asid ascorbik juga adalah dari tumbuhan. Mineral yang mengaktifkan enzim yang menghasilkan prolin asid amino, yang merupakan komponen penting untuk kolagen, juga dari tumbuhan. Sebab itulah, GLOEI menongkah arus dengan TIDAK MELETAKKAN KOLAGEN HAIWAN di dalamnya, kerana the science behind collagen production tidak semestinya dengan kolagen haiwan.

Kepada yang sedang mengambil GLOEI, dapatkan tidur yang cukup juga. Apabila badan kurang tidur, sistem imun menjadi terjejas, yang boleh melambatkan pengeluaran kolagen. Kulit memulihkan dirinya semasa tidur, dan ini termasuk menggalakkan pengeluaran kolagen.
Diana Ishak
Read more
76 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart