Perkara yang Berlaku kepada Badan Apabila Usia Bertambah
Apabila usia meningkat, badan mula kurang menghasilkan kolagen. Kulit menjadi lebih nipis, kering dan kurang anjal. Kehilangan kolagen menyebabkan pembentukan kedutan. Badan mula kehilangan kolagen apabila anda berumur 30 tahun. Kesannya menjadi ketara selepas beberapa tahun. Walaupun ini adalah proses semula jadi, kolagen lebih cepat rosak akibat pendedahan pada matahari, pencemaran, gaya hidup dan pilihan diet yang buruk. Apabila jumlah kolagen berkurangan, bahagian badan yang lain turut merasa kesannya. Tulang menjadi lebih lemah dan rapuh. Sendi menjadikan sukar untuk kekal aktif. Fungsi otot berkurangan menjejaskan mobiliti dan keseimbangan.
Kehilangan kolagen mempengaruhi penampilan. Tanda-tanda pertama mungkin kurang nampak. Lama-kelamaan mula melihat pipi menjadi lebih rata manakala kawasan mata semacam ada hollow yang membuatkan mata kelihatan sedikit tersembul. Apatah lagi jika badan kurus, mata boleh kelihatan lebih tersembul. Ini adalah tanda-tanda kehilangan kolagen. Apabila badan mula kehilangan kolagen, sendi mula haus. Akhirnya, mula terasa sakit. Memandangkan kolagen menguatkan keanjalan kulit, apabila ia mula berkurangan, kesan kendur pada rahang, pipi, punggung dan perut kelihatan. Oleh kerana kehilangan kolagen membawa kepada penipisan kulit, kedutan dan garis-garis halus mula muncul.
Apabila jumlah kolagen mula berkurangan, rambut mula pecah, menipis dan gugur dengan banyak. Pengurangan kolagen boleh melambatkan metabolisme juga. Akibatnya, berat badan lebih senang naik walaupun tidak makan banyak. Kolagen memainkan peranan penting dalam menambat gigi pada gusi. Ketika semakin berusia, gigi mudah tertanggal, dan mereput. Kekuatan dinding saluran darah ada kaitan dengan kolagen. Ketika kolagen berkurangan, seseorang mungkin perasan mata cepat kering, kerap sakit kepala, masalah pernafasan, atau ruam kulit tiba-tiba muncul.
Nampak tak betapa banyak fungsi badan merosot apabila kolagen berkurangan? Kolagen adalah protein yang paling banyak dalam badan, sudah pasti banyak fungsi badan melibatkan kolagen. Maka, mengekalkan tahap kolagen yang mencukupi adalah penting untuk kesihatan dan penampilan. Lebih mudah untuk mengelakkan kehilangan protein penting ini dengan melakukan perubahan diet dan gaya hidup sekarang.