Orang yang berkulit gelap selalunya kelihatan lebih muda.

Apabila bercakap tentang penuaan kulit, kita perlu membezakan jenis kulit. Orang yang berkulit gelap selalunya kelihatan lebih muda daripada rakan sebaya mereka yang berkulit cerah. Kulit mereka kelihatan lebih licin dan kurang berkedut walaupun semakin tua. Adakah tanggapan ini salah or is there something really going on? Ok, baca penjelasan kami.

Memang benar, kulit yang lebih gelap menua lebih perlahan daripada kulit cerah. Just to make sure there are no misunderstandings, kulit gelap yang kami maksudkan bukanlah kulit gelap akibat berjemur di tengah panas. Kulit gelap yang kami maksudkan adalah people who are born with darker skin. Tanda-tanda penuaan pada orang berkulit gelap kulit adalah lebih perlahan - ia bermula sekitar 10 tahun kemudian berbanding orang berkulit cerah. Sebabnya, kulit yang lebih gelap mempunyai lebih banyak melanin, iaitu pigmen yang mewarnai kulit, rambut dan mata kita. Lebih banyak melanin yang kita ada, lebih besar perlindungan semula jadi terhadap matahari. Lebih tinggi kandungan melanin, lebih banyak sinaran UV boleh diserap sebelum menjana kerosakan besar pada kulit. Kerosakan akibat pendedahan matahari adalah salah satu punca utama penuaan. 

Selain kulit gelap kelihatan lebih muda, dermis (lapisan kulit) juga lebih tebal pada kulit yang lebih gelap. Melanin dalam kulit yang lebih gelap menghalang penuaan dengan membantu melindungi gentian elastik dan kolagen. Oleh itu, kedutan lebih lambat berlaku. Bintik-bintik penuaan (tanda-tanda awal penuaan akibat pendedahan matahari) juga kurang ketara pada kulit yang lebih gelap. Orang yang berkulit lebih cerah cenderung mendapat garis-garis halus dan kedutan lebih awal. Kulit jenis ini memiliki tisu yang lebih rapuh dan cepat rosak membuatkan kulit tua sebelum waktunya. Apa solution-nya?

Sebagaimana yang telah kami jelaskan di awal tadi, punca kolagen dan elastin pecah adalah kerana pendedahan kepada matahari. Kulit yang cerah lebih senang rosak kolagennya kerana dermis lebih nipis dan kurang elastik. Kolagen dalam badan perlu bertambah supaya kulit dapat dipulihkan. Malangnya, badan mula kehilangan kolagen apabila berumur 30 tahun. Walau bagaimanapun, kolagen boleh bertambah dengan perubahan gaya hidup dan diet yang betul.

GLOEI adalah makanan tambahan khusus untuk merangsang kembali kolagen semula jadi dalam badan. Tidak ada kolagen haiwan di dalam GLOEI, hanya mengandungi bahan aktif dari tumbuhan untuk merangsang badan membentuk kolagen dan asid hyaluronik sendiri. Jika anda alah dengan kolagen haiwan, GLOEI adalah produk yang sesuai untuk anda cuba.

Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart