Mitos Dan Fakta Tentang Kulit Yang PUTIH.

Selama bertahun-tahun, minda manusia dipasakkan dengan kepercayaan bahawa kulit cerah adalah lebih baik daripada kulit gelap. Iklan-iklan dalam media selama ini telah meyakinkan ramai bahawa memutihkan kulit adalah perlu. This information is not just misleading, but it is medically inaccurate too!

Dari sudut sains, adalah MUSTAHIL untuk menukar warna kulit, walau bagaimanapun, untuk merawat masalah seperti sunburn, aging sots dan pigmentasi, it is possible. Warna kulit manusia terdiri daripada gelap hingga coklat muda (light brown). Warna kulit kita adalah hasil daripada genetik dan pendedahan matahari.

Bolehkah kulit gelap menjadi cerah?

Pakar dermatologi di seluruh dunia telah memberi amaran agar tidak terpengaruh dengan sebarang rawatan yang menjanjikan perubahan drastik pada warna kulit. Dalam bahasa mudahnya, dari segi perubatan ia adalah mustahil.

Semua orang mahukan kulit yang cerah. Walau bagaimanapun, tompok-tompok gelap, kesan jerawat, parut, bintik-bintik penuaan dan pigmentasi menjadikan warna kulit yang tidak sekata. Kulit yang melalui rawatan vitamin C dan kolagen boleh menjadikan tona warna kulit sekata. Tona kulit yang sekata memberikan ilusi bahawa kulit semakin cerah, hakikatnya warna kulit asal tetap sama, yang berubah hanyalah kesekataannya. Menggunakan produk yang menjadikan kulit cerah dengan cepat membawa pelbagai risiko. Antara risikonya:
  • Penipisan kulit
  • Perubahan warna pada muka (discolouration)
  • Kapilari darah terlihat jelas
  • Cenderung mendapat jerawat yang teruk dan kerap (acne)
  • Hipersensitiviti kepada cahaya matahari
  • Pertumbuhan bulu roma yang tidak diingini
  • Alahan kulit

Menambahkan kolagen dalam kulit TERBUKTI secara saintifik boleh mencerahkan kulit dengan selamat. Satu kajian telah dibuat untuk mengesan bagaimana ketumpatan kolagen dalam kulit memberi kesan terhadap kecerahan warna kulit. Dalam kajian tersebut, saintis menggunakan kolorimeter spektrum untuk mengira indeks ketumpatan kolagen melalui kaedah pantulan cahaya. Hasil kajian menujukkan apabila ketumpatan serat kolagen di bahagian atas dermis (kulit) berkurangan dengan usia, warna kulit menjadi kurang cerah kerana penyebaran cahaya dalam kulit berkurangan. Dari sini dapat disimpulkan bahawa pertambahan kolagen dalam badan membantu menjadikan kulit lebih radiant, tona sekata, sekaligus memberi impak kecerahan. 

Gloei adalah produk khas untuk merangsang badan menghasilkan kolagen yang sesuai dengan kemampuan badan. Gloei tidak mengandungi kolagen haiwan. Ketika memakan Gloei, badan akan dirangsang untuk menghasilkan kolagen sendiri. Cubalah Gloei dan lihat hasilnya pada tona kulit anda.

Diana Ishak
Read more

Punca Payudara Kendur.

Sebelum mengambil GLOEI atau sebarang rawatan untuk memulihkan payudara yang kendur, penting untuk memahami punca masalah tersebut. Jika tertanya-tanya mengapa berat sesetengah wanita sentiasa berubah-ubah tetapi payudara mereka kekal 'gagah', ini mungkin ada kaitan dengan genetik.

Genetik membentuk penampilan yang unik. Keanjalan ligamen dan tisu payudara boleh disebabkan oleh keturunan. Faktor genetik adalah sesuatu yang sukar untuk disangkal. Jika memang genetiknya payudara besar dan 'gagah', anggapkan itu bonus. Graviti juga bertanggungjawab dalam mengubah postur apabila kita semakin tua. Graviti boleh menjejaskan payudara ketika berat badan bertambah. Semakin bertambah berat seseorang, saiz payudara juga bertambah.

Saiz payudara yang berubah dan berat ditambah pula dengan faktor graviti boleh mempercepatkan kekenduran. Bunyinya macam kelakar, tetapi itu adalah fakta. Jika suka berlari setiap hari, kekurangan sokongan pada payudara menyebabkan seseorang tidak selesa. Pergerakan yang memberi tekanan pada payudara semasa bersenam menyumbang kepada "wear and tear" pada ligamen yang menyokong payudara.

Setiap kehamilan mengurangkan keanjalan payudara. Ini ada kaitan dengan kenaikan dan penuruna berat badan setiap kali hamil. Berat badan yang berubah-ubah semasa hamil berkali-kali membuatkan tisu payudara dan ligamen penyokong meregang sedikit demi sedikit. Apabila menambah dan menurunkan berat badan berulang kali, badan mengalami perubahan ketara, terutamanya apabila turun naik berat badan dengan cepat. Umpama belon yang ditiup dan dikempis beberapa kali, keanjalan belon akan berkurangan. Begitulah jadinya pada payudara ketika ada perubahan berterusan dengan berat badan.

Semakin tinggi BMI, semakin besarlah payudara. Dalam bahasa mudah, jangan overweight terlalu lama. Apabila badan overweight terlalu lama, payudara senang untuk kendur akibat dari faktor graviti dan ligamen penyokong yang meregang.

GreenAard tiada produk untuk mengembalikan ketegangan payudara setelah kendur. Pembedahan adalah satu-satunya cara yang berkesan untuk membalikkan payudara yang kendur (reverse sagging breasts). Apa yang GreenAard boleh bantu adalah, untuk mengelakkan kekenduran berlaku dengan cepat, GLOEI boleh membuatkan badan menghasilkan kolagen secara semulajadi. Kolagen dan elastin yang cukup bukan sahaja meremajakan kulit tetapi juga menguatkan ligamen yang menyokong payudara.
Diana Ishak
Read more

Bagaimana untuk menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata.

Apabila usia meningkat, dark circles semakin jelas dan become a more permanent feature. Mengapa dark circle sangat sukar untuk dihilangkan? Perkara pertama yang perlu faham, kulit kawasan mata adalah dua pertiga lebih nipis daripada kulit di bahagian muka yang lain. Ini bermakna lebih mudah untuk melihat saluran darah melalui kulit di sekitar mata.

Jika kapilari mengembang, bawah mata anda akan kelihatan lebih gelap. Keletihan, terdedah kepada matahari yang berlebihan dan kurang air akan menyebabkan gelap di sekitar bawah mata. The good news is, terdapat penyelesaian yang boleh mencerahkan lingkaran gelap itu. Yang penting, jangan memberikan tekanan pada bahagian mata.

Elakkan dari scrub, atau menggosok sekitar mata ketika membersihkan muka atau membuang solekan. Penggunaan wet wipes untuk membuang solekan mata is a BIG NO! Gosokan di sekitarnya akan merosakkan kulit mata dan menyerlahkan pembentukan dark circle. Antara usaha yang boleh dibuat untuk mengurangkan dark circle adalah KOLAGEN.

Kolagen bukan sahaja akan meningkatkan keupayaan kulit untuk mengekalkan penghidratan secara keseluruhan, tetapi membantu kulit bawah mata kelihatan lebih tebal dan tona sekata. Dari sudut rawatan kosmetik, doktor mencadangkan pengambilan Retinol untuk merawat dark circle? Kenapa retinol? Retinol adalah gentler derivative of vitamin A. Vitamin A mengurangkan ekspresi metalloproteinase matriks dan turut merangsang sintesis kolagen.

Sebab itulah selain vitamin C, vitamin A (retinol) juga bagus untuk pembentukan kolagen. Jika anda sedang menggunakan krim retinol, jangan lupa ambil supplemen untuk tambah kolagen dalam badan sama.

GLOEI adalah produk khusus untuk meransang badan membentuk kolagen baru. Tiada sebarang kolagen haiwan/marin di dalamnya. Bahan-bahan dalam GLOEI adalah gabungan beberapa makanan yang membuatkan badan mensintesis kolagennya sendiri.
Diana Ishak
Read more

Bolehkah suplemen kolagen memberi keburukan dan kesan sampingan?

Suplemen kolagen umumnya diterima dengan baik, dengan SEDIKIT kesan sampingan yang dilaporkan. Walau bagaimanapun, sesetengah suplemen dibuat daripada alergen seperti ikan, kerang dan telur. Orang yang mempunyai alahan kepada makanan ini harus mengelakkan suplemen kolagen yang dibuat dengan bahan-bahan ini.

Sesetengah orang merasa loya dan kembung perut apabila mengambil suplemen kolagen, tetapi kesan ini tidak berkaitan secara langsung dengan suplemen. Dalam erti kata lain, kesan sampingan tersebut berpunca dari orang itu sendiri yang tidak serasi dengan suplemen kolagen. Selain itu, suplemen kolagen boleh menyebabkan kesan sampingan pencernaan, seperti pedih ulu hati.

Walau apa pun, suplemen kolagen nampaknya selamat untuk kebanyakan orang. Satu perkara yang mesti difahami oleh semua orang adalah, collagen turnover is a slow process. Apa juga matlamat seseorang untuk mengambil suplemen kolagen, proses ini mengambil masa. Untuk kulit yang tidak bermasalah (tiada kesan jerawat, jeragat atau parut yang teruk), sekurang-kurangnya 8 minggu (purata) untuk menampakkan hasil yang ketara. Untuk seseorang yang mempunyai masalah kulit, kajian menunjukkan kesan kolagen akan kelihatan sekitar 12 bulan. Oleh itu, seseorang harus bersabar dan tidak mengharapkan hasil yang cepat. 

Kami faham apabila mencuba suplemen baru, adalah wajar untuk mengharapkan hasil. Tetapi anda juga perlu faham yang tindakbalas suplemen kolagen tidak hanya bergantung pada suplemen, tetapi juga keadaan kulit semasa. Jika alergi pada suplemen kolagen, ada alternatif lain yang boleh dicuba, tetapi terhad, kerana komposisi asid amino kolagen berbeza daripada protein lain.

Pada masa ini, TIADA suplemen kolagen vegan. Anda boleh menggantikan suplemen kolagen dengan makanan tambahan yang mengandungi asid amino yang terlibat dalam sintesis kolagen - iaitu glisin, lisin dan prolin. Sesetengah suplemen tanpa kolagen memperoleh asid amino ini daripada sumber vegan (tumbuhan).

GLOEI adalah salah satu produk alternatif untuk dicuba. GLOEI TIDAK MENGANDUNGI KOLAGEN HAIWAN. Apa yang ada di dalam GLOEI adalah ekstrak vahan aktif dari tumbuhan yang membantu meransang badan membuat kolagen sendiri. Sudah tentulah kolagen anda lebih serasi dengan badan sendiri, kan?


Diana Ishak
Read more

Rambut gugur selepas bersalin: Mitos atau Fakta?

Sebahagian besar wanita mendapati kehamilan menjadikan rambut lebih tebal dan sihat. Kenapa agaknya?

Semasa mengandung, hormon berubah secara mendadak. Salah satu yang pertama melonjak adalah chorionic gonadotropin (hCG). Hormon inilah yang memberikan indicator pada pregnancy test kit bahawa seseorang itu hamil. Kehamilan juga menyebabkan beberapa hormon lain meningkat, termasuk estrogen, progesteron, oksitosin, dan prolaktin. Jumlah darah juga meningkat semasa kehamilan, sehingga 50% lebih banyak daripada biasa.

Selepas melahirkan, beberapa hormon menurun dengan cepat, termasuk estrogen dan progesteron. Hormon-hormon tersebut akan kembali ke tahap normal dalam 24 jam selepas kelahiran. Prolaktin akan terus tinggi selagi breastfeeding. Isipadu darah juga akan menurun, tetapi penurunannya beransur-ansur. Ia kembali normal beberapa minggu selepas kelahiran.

Hormon adalah punca terbesar keguguran rambut. Tahap estrogen yang tinggi semasa mengandung mencegah kadar keguguran rambut. Bila estrogen menurun (selepas bersalin), rambut mula gugur dengan banyak. Keguguran rambut selepas bersalin boleh berterusan selama 1-2 tahun.

Gloei dan Herba Rahsia Rimba adalah antara produk GreenAard yang masing-masing membantu masalah keguguran rambut dengan cara menambahkan estrogen pada tahap optimum (HRR) serta merangsang penghasilan kolagen (Gloei). Kombinasi kedua-duanya membantu mendapatkan kembali kulit yang lebih segar bagi pertumbuhan rambut dan memperbaiki kesihatan dalaman wanita.


Diana Ishak
Read more

Salah faham tentang "PORI-PORI TERBUKA".

Kulit adalah organ terbesar badan. Ia mengandungi berjuta-juta liang (pori), walaupun sebahagian besarnya tidak dapat dilihat oleh mata manusia. Semua pori ini terbuka, membolehkan kulit "bernafas." Setiap pori mengandungi folikel rambut dan kelenjar sebum yang mengeluarkan minyak disebut sebum.

Kelenjar sebum paling banyak terdapat pada pori-pori di muka, punggung, dada, dan pangkal paha. Kelenjar sebum menghasilkan sebum dalam jumlah yang lebih banyak di kawasan sini. Itulah sebabnya pori-pori di wajah terutama hidung, dahi, dan pipi kelihatan lebih besar daripada bahagian badan yang lain. Any skin type samada berminyak, normal, atau kering boleh mempunyai pori-pori besar sekiranya tidak dibersihkan dengan betul.

Pori-pori yang terbuka besar membuatkan kulit kelihatan kusam, terutama jika tersumbat dengan kotoran, bakteria, minyak, atau sel kulit mati. Pada remaja dan orang dewasa, pori terbuka boleh berubah menjadi blackheads atau whiteheads. 

Kolagen yang semakin menyusut pada kulit juga membuatkan pori-pori terbuka lebih besar. Kolagen yang berkurangan seiring pertambahan usia menyebabkan kelenjar sebum mengeluarkan sebum yang berlebihan dan akibatnya pori membesar. Secara ringkasnya, pori-pori besar adalah hasil kolagen yang terlalu sedikit atau tidak ada lansung di sekitar pori.

Kita tidak boleh memasukkan kolagen ke dalam kulit dengan krim kolagen kerana molekulnya terlalu besar. Satu-satunya cara untuk mendapatkan lebih banyak kolagen adalah membuatnya sendiri. Walau bagaimanapun, dengan meningkatnya usia, badan tidak dapat mensintesis kolagen dengan baik. Kita perlukan pertolongan dari luar.

#1 Rawatan Laser
Antaranya adalah, rawatan laser di mana haba didedahkan ke lapisan atas kulit untuk menarik kolagen yang ada berkumpul di bawah kulit. Haba dari laser itu juga merangsang badan menghasilkan kolagen yang baru.

#2 Rawatan Chemical Peels
Kaedah lain adalah menggunakan chemical peels untuk menghilangkan lapisan atas kulit supaya lapisan kulit yang lebih baru di bawahnya terserlah. Rawatan ini kurang haba menyebabkan penghasilan kolagen perlukan jangka masa yang lebih lama berbanding kaedah laser (dalam beberapa bulan).

#3 Vitamin
Vitamin dapat mendorong penghasilan kolagen melalui proses rangsangan kimia yang selamat. Inilah konsep yang kami gunakan dalam penghasilan GLOEI. Gloei mengandungi ekstrak bahan aktif dari tumbuhan terpilih yang diketahui secara saintifik mampu merangsang pembentukan kolagen dalam badan secara semula jadi.

Sebagaiman yang kita tahu, apabila badan berlebihan kolagen, kulit menjadi terlalu tegang, menebal, dan mengeras. Dengan Gloei, tidak akan berlaku lebihan kolagen dalam badan kerana Gloei tidak mengandungi kolagen. Ia hanya mengajak badan menghasilkan kolagen. Badan akan menghasilkan kolagen secukupnya sahaja.


Diana Ishak
Read more

Kebaikan mengambil GLOEI semasa mengandung dan menyusu.


Kulit yang sihat, terhidrat dan anjal akan membuatkan pengalaman sepanjang dan selepas kehamilan jadi lebih baik. Ramai pengguna Gloei memberitahu bahawa mereka mengalami pemulihan yang sangat cepat selepas kelahiran (berbanding kelahiran sebelumnya). Ada yang mengatakan tidak ada tanda regangan pada kulit yang obvious selepas kehamilan.

Ya, kami sangat maklum yang semua wanita berbeza, but you can't go wrong by boosting your natural collagen production. Gloei juga menguatkan sendi dan ligamen untuk membantu badan memikul beban fizikal. Menguruskan bayi adalah kerja fizikal.

Ramai ibu mengalami sakit leher, punggung, dan lengan setelah bersalin kerana kurangnya kolagen yang terbentuk semasa hamil. Kulit wajah boleh mengalami perubahan yang ketara sebelum, semasa dan selepas bersalin. Pigmentasi tambahan, jerawat, dan perubahan tekstur boleh berlaku dalam tempoh ini.

Banyak rawatan dan produk muka tidak selamat semasa mengandung. Bagi mereka yang ingin menjaga kulit mereka dengan selamat, Gloei adalah pilihan yang sangat baik, insyallah.

Walaupun kehamilan boleh menyebabkan rambut tebal dan lebat bagi banyak wanita, keguguran rambut selepas bersalin boleh menjadi kejutan. Beberapa bulan setelah bayi dilahirkan, rambut mula gugur dengan banyak akibat perubahan hormon. Kolagen dapat mendorong pertumbuhan rambut baru yang sihat dan kuat.

"Tapi, Gloei tak ada kolagen"

Betul. Gloei TIDAK MENGANDUNGI KOLAGEN. Tetapi, Gloei ada ekstrak bahan aktif yang merangsang badan anda menghasilkan kolagen dengan sendiri, tanpa bantuan kolagen haiwan.

"Kenapa tak guna kolagen haiwan?"

Makanan dari tumbuhan adalah pendekatan paling selamat dan paling sihat untuk kesihatan kulit. Kerana, tumbuhan mengandungi bioavailable kolagen yang boleh digunakan oleh tubuh dengan segera.

Selain daripada itu, tumbuhan kaya dengan vitamin C dan vitamin ini memainkan peranan utama dalam penghasilan pro-kolagen. Tumbuhan juga mengandungi klorofil, yang terkenal dengan sifat antioksidannya. Klorofil meningkatkan prekursor kepada kolagen dalam kulit.

Maka sebab itulah kami sangat yakin dengan konsep dan formula yang kami curahkan pada Gloei dapat membantu pengguna mendapatkan kulit yang lebih sihat.

Diana Ishak
Read more

Gloei boleh selesaikan masalah rambut gugur tak?


GLOEI bukan magic supplement. Ada banyak faktor yang perlu diambil kira ketika mengambil Gloei. Hari ini kami menjawab satu soalan penting - "Bolehkah GLOEI membantu pertumbuhan rambut?"

Kolagen adalah protein yang PALING BANYAK terdapat pada manusia, iaitu sekitar 25%-35% dari kandungan protein seluruh badan. Kebanyakan kolagen terdapat pada tendon, ligamen dan kulit. Kolagen juga terdapat di tisu kulit yang mengelilingi folikel rambut, dalam kuantiti yang kecil. Walaupun kecil, kolagen tetap memainkan peranan penting dalam menjaga fungsi folikel rambut.

Semasa peringkat pertumbuhan rambut, jumlah kolagen yang mengelilingi hair bulb meningkat. Ketika folikel rambut matang, ia mula kehilangan dua lapisan kolagen di sekitarnya. Oleh kerana badan menghasilkan banyak kolagen, lapisan-lapisan ini tumbuh semula dan menyokong folikel rambut sehinggalah ia memasuki tahap pertumbuhan semula.

"Kenapa kesan penggunaan GLOEI tidak sama untuk semua orang?"

Our bodies have a way of prioritizing. Kalau badan memerlukan kolagen untuk menyembuhkan luka, di situlah kolagen akan "dihantar". Dalam erti kata lain, kalau anda ada masalah parut jerawat, GLOEI akan merangsang kolagen dan kolagen yang terbentuk akan merawat parut jerawat terlebih dahulu berbanding melebatkan rambut.

Sebab itulah penting untuk kita melihat kondisi kulit. The severity of our skin problem akan menentukan lambat atau cepatnya proses pemulihan itu nanti. Yang penting, jangan membandingkan progress kita dengan orang lain tetapi track your progress dengan bagaimana kulit anda sebelum dan setelah mengambil GLOEI.

Diana Ishak
Read more

Berapa Banyak Kolagen Boleh Diambil Setiap Hari?

 

Kolagen merupakan bahagian penting dalam kulit, tendon, otot, ligamen dan saluran darah, serta bahagian mata dan gigi. Kolagen juga membantu pembekuan darah, penyembuhan luka, dan melindungi sistem saraf.

Makanan tertentu mengandungi kolagen. Ada juga makanan tertentu yang membantu badan menghasilkan kolagen sendiri dengan menyediakan asid amino penting dan nutrien lain yang diperlukan untuk berbuat demikian.

Badan manusia mampu menghasilkan semua kolagen yang diperlukan jika mengambil diet yang betul. Suplemen berkolagen mungkin tidak diperlukan untuk semua orang. Tetapi, seseorang boleh memilih untuk berbuat demikian untuk membantu merawat kekurangan kolagen. Di sini kami akan huraikan berapa jumlah kolagen yang perlu diambil setiap hari.

Kehilangan kolagen adalah salah satu sebab mengapa kulit mula berkedut apabila usia bertambah. Kehilangan kolagen juga boleh menjejaskan kekuatan tulang, sendi dan banyak lagi. Sebab itulah seiring dengan usia, ramai yang mudah mendapat sakit lutut, kerana tulang sekitar sendi sudah kekurangan kolagen.

Antara kolagen yang sering digunakan dalam kebanyakan suplemen adalah hydrolized collagen. Hydrolized collagen berasal daripada lembu, marin, ayam, babi, dan sumber haiwan lain. Perlu tahu bahawa TIDAK ADA kolagen untuk vegan. Kolagen hanya boleh didapati daripada sumber haiwan.

Pada masa ini, pihak berkuasa kesihatan tidak menyediakan sebarang garis panduan rasmi mengenai jumlah kolagen yang perlu diambil setiap hari. Oleh itu, jumlah kolagen yang perlu diambil bergantung pada bentuk suplemen yang diambil. Kebanyakan suplemen berkolagen ada cadangan dos harian pada pembungkusan.

Hydrolized collagen adalah salah satu bentuk yang paling biasa digunakan dalam suplemen berkolagen. Mengambil 2.5–15 gram hydrolized collagen setiap hari adalah selamat. Kolagen secara amnya selamat dan tidak toksik untuk individu yang sihat, dan kebanyakan orang tidak mengalami kesan sampingan yang buruk.

GLOEI tidak mengandungi kolagen. Ia mengandungi ekstrak tumbuhan yang boleh merangsang badan menghasilkan kolagen dalam badan. Beberapa ekstrak tumbuhan mempunyai keupayaan untuk:

  • menghilangkan radikal bebas.
  • melindungi kulit melalui perencatan degradasi enzimatik.
  • menggalakkan sintesis kolagen dalam kulit.


Malah, penggunaan herba dan tumbuhan telah lama dijadikan kosmetik antipenuaan.

Sesetengah tumbuhan boleh meningkatkan keanjalan kulit, kerana kandungan fitoestrogen dan saponosida-nya. Atas konsep itulah, GLOEI memilih untuk menggunakan esktrak tumbuhan dan tidak melibatkan sebarang kolagen di dalamnya.

Diana Ishak
Read more

Kolagen Dalam Kopi? Forget it!


Sesetengah orang percaya mencampurkan kolagen dalam kopi will bring good health.

Let me tell you this, kolagen dalam kopi does nothing good for you.

Sebagai seorang wanita yang berminat in aging gracefully dan sebagai seorang yang pernah mengkaji kolagen, saya mendapati produk berasaskan kolagen, menarik. Saya pernah terlibat dengan mengkaji kolagen kerana makmal kami ketika itu sedang berusaha membangunkan kolagen yang dibuat di makmal dan bukannya sumber daripada haiwan. Saya bertanya dengan rakan sekerja yang lebih berpengetahuan tentang kolagen, tentang produk suplemen yang mencampurkan kolagen dalam kopi. I get some smirks.


Bermula pada usia 27 tahun, badan mula kurang menghasilkan kolagen, menyebabkan kulit perlahan-lahan kendur dan berkedut, tulang dan sendi menjadi lemah, dan rambut menipis. Memburukkan lagi keadaan apabila seseorang mengambil diet tinggi gula, terdedah pada matahari yang berlebihan dan merokok. Ini semua mengurangkan tahap kolagen.

Kebanyakan kajian kolagen tertumpu pada arthritis dan penyembuhan luka. Suplemen berkolagen didapati membantu. Walaupun sangat sedikit penyelidikan telah dilakukan pada aplikasi lain, kemungkinan besar kolagen yang diambil secara lisan mengurangkan molekul yang membawa kepada keradangan dan penyakit.

Molekul kolagen terlalu besar untuk menembusi permukaan kulit. Jadi, krim atau losyen berkolagen adalah SCAM. Kolagen yang ada di dalam krim atau lotion akan duduk di kulit sehinggalah ia dibasuh. Tidak memberi sebarang manfaat pada kulit. Kolagen terhidrolisis (hydrolized collagen) pula merupakan kolagen yang dipecahkan kepada serpihan yang lebih kecil. Hydrolized collagen memang menembusi kulit, tetapi serpihannya terlalu kecil untuk memberikan manfaat yang besar. Sebab itulah, kebanyakan produk hydrolized collagen datang dalam volume yang besar, sekitar 15-25g satu sachet, untuk menampakkan kesan.

Kolagen terurai pada suhu melebihi suhu badan, mengubahnya menjadi gelatin biasa. Pada suhu yang lebih tinggi dari suhu badan, iaitu apabila kolagen ditambah kepada kopi panas, struktur molekul kolagen terus mencair. Jadi, seseorang yang mengatakan kolagen dicampur ke dalam kopi adalah lebih baik, that is a SCAM. Apatah lagi produk kopi berkolagen.

Adalah lebih baik mendapatkan rangsangan kolagen daripada diet dengan makan banyak sayur-sayuran hijau berdaun, sitrus, telur, tomato, kubis, nenas, dan soya. Makanan-makanan tadi dapat membekalkan badan dengan nutrien untuk menyokong pertumbuhan kolagen.

Atas mekanisme itulah, GLOEI dibangunkan. GLOEI adalah plant-based produk yang tidak mengandungi kolagen tetapi bertujuan menambah kolagen badan. Kami ekstrak bahan aktif dari tumbuhan terpilih supaya badan dirangsang untuk menghasilkan kolagen.

Diana Ishak
Read more

Bolehkah saya menggunakan pemanis tiruan jika saya menghidap diabetes?


Seseorang yang menghidap diabetes boleh mengambil kebanyakan pemanis tiruan termasuk:

  • Sakarin
  • Aspartam
  • Acesulfame potassium
  • Neotame
  • Sucralose
  • Stevia


Pemanis tiruan adalah pengganti gula. Ia tanpa kalori dan nonnutritive (tidak ada nutrisi). Pemanis tiruan berkali ganda lebih manis daripada gula. Oleh sebab itu, hanya sedikit pemanis tiruan yang diperlukan untuk memaniskan makanan. Pemanis tiruan TIDAK menjejaskan paras gula darah. Malah, kebanyakan pemanis tiruan dianggap "free foods".

"Free foods" adalah makanan yang kurang daripada 20 kalori atau hanya 5 gram karbohidrat. Ini tidak dikira sebagai kalori untuk pesakit diabetes. Dalam Nutrijuice, kami menggunakan stevia. Clearly di sini, Nutrijuice boleh diambil oleh pesakit diabetis. Tetapi perlu diingat bahawa dalam Nutrijuice ada bahan-bahan lain seperti extract citrus, kurma dan madu dan BERKEMUNGKINAN masih boleh menjejaskan paras gula dalam darah.

Dalam Gloei pula, kami menggunakan mannitol. Mannitol bukan pemanis tiruan tetapi sejenis sugar alcohol. Walau bagaimanapun kalori mannitol jauh lebih sedikit berbanding gula putih yang biasa. Mannitol biasanya digunakan dalam pengeluaran makanan dan produk farmaseutikal kerana sifatnya yang unik. Oleh kerana hanya sebahagian sahaja manitol diserap oleh badan, ia mengurangkan peningkatan gula dalam darah.

"Apa yang dimaksudkan dengan SEBAHAGIAN SAHAJA DISERAP OLEH BADAN?"

Mannitol adalah sugar alkohol. Seperti semua sugar alcohol yang lain, mannitol diserap secara perlahan dan tidak sepenuhnya dari usus kecil kita. Baki manitol diteruskan ke usus besar, di mana metabolismenya menghasilkan sedikit kalori. Oleh sebab itu, penggunaan manitol mengurangkan rembesan insulin, yang membantu mengekalkan tahap glukosa darah lebih rendah.

Tambahan pula sifat mannitol yang rendah kalori (hanya 1.6 kcal/g), menjadikannya bukan sahaja pemanis alternatif untuk penghidap diabetes, tetapi membantu mengawal berat badan. Walau bagaimanapun, sebelum mengambil Gloei, kami nasihatkan berbincang dengan doktor terlebih dulu kerana Gloei mengandungi bahan lain yang mungkin tidak sesuai untuk diet anda.

GreenAard memilih mannitol bukan sahaja kerana sifatnya yang kurang kalori tetapi yang paling penting kerana Gloei adalah produk serbuk. Untuk mengelakkan serbuk Gloei berketul-ketul, kami gunakan mannitol kerana mannitol bertindak sebagai anti-caking supaya serbuk tidak bergumpal.

Diana Ishak
Read more

Perlukah saya mengambil suplemen berkolagen?

Mungkin biasa mendengar orang bercakap tentang bagaimana pengambilan kolagen membantu kulit kelihatan lebih muda. Tetapi adakah kolagen benar-benar reverse the effects of aging?

 Ok, let's talk science.

Kolagen ialah protein yang membentuk satu pertiga daripada protein dalam badan. Kolagen menyediakan struktur untuk rawan, kulit dan tendon. Badan menghasilkan kolagen daripada asid amino (jujukan protein) yang diambil melalui makanan. 

Walau bagaimanapun, keupayaan badan menghasilkan kolagen mula merosot selepas umur 27 tahun. Kolagen tidak boleh diserap melainkan dipecahkan kepada asid amino yang lebih kecil terlebih dahulu. 

Jadi, suplemen berkolagen sebenarnya BUKAN kolagen, sebaliknya komponen kolagen yang sudah dipecahkan kepada bentuk yang boleh diserap. Mengambil suplemen berkolagen tidak akan memudaratkan, tetapi ia mungkin tidak membantu juga.

Kenapa kami katakan bergitu?

Ok, begini. 

Badan membuat kolagen dengan menggabungkan pelbagai asid amino. Sama ada seseorang mengambil suplemen berkolagen atau tidak, badan masih boleh menghasilkan kolagen sekiranya memakan diet yang merangkumi semua asid amino untuk membentuk kolagen. Suplemen berkolagen mungkin memberi beberapa asid amino, tetapi bukan semua.

Penting untuk diingat bahawa mengambil suplemen berkolagen untuk tujuan memperbaiki kulit anda, melegakan sakit sendi atau mengekalkan otot adalah TIDAK BERKESAN untuk jangka masa panjang. Ini kerana, we don’t get to decide how our body will use the amino acids in supplements.

Dalam erti kata lain, apabila mengambil suplemen berkolagen, badan tidak semestinya menggunakan asid amino dalam suplemen tersebut untuk menghasilkan kolagen. Boleh jadi ia digunakan untuk tujuan lain. Mana-mana sumber protein yang boleh dimakan mempunyai asid amino yang diperlukan untuk membina protein, termasuk kolagen. Ini termasuk protein berasaskan tumbuhan. 

Sekali lagi kami ingatkan bahawa untuk mengakses asid amino dalam makanan, badan perlu memecahkan makanan tersebut. Jadi, makan makanan yang kaya dengan kolagen TIDAK memberikan badan anda tambahan kolagen.

Ia hanya memberi badan anda asid amino yang akan berkumpul semula membentuk sebarang protein yang diperlukan oleh badan. Sebab itulah GLOEI tidak mengandungi sebarang kolagen di dalamnya kerana kami tahu badan mempunyai mekanisme sendiri bagi menghasilkan kolagen.

Yang penting adalah, GLOEI mengandungi esktrak bahan aktif yang merangsang badan menghasilkan kolagen secara semula jadi, tanpa tambahan kolagen dari luar.

Diana Ishak
Read more
76 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart