Tua sebelum waktu. Apa tanda-tandanya?

Apabila semakin tua, proses dalaman badan menjadi lambat termasuklah penggantian sel. Segalanya mengambil masa lebih lama untuk diperbaharui. Ini membuatkan berlakunya 'gap' atau ruang kepada tanda-tanda penuaan seperti kedutan.

Tanda-tanda penuaan ini boleh berlaku lebih awal dari yang sepatutnya. Ini dinamakan penuaan pramatang. Jika penuaan pramatang telah bermula, mustahil untuk mengelakkan ia dari berhenti (jika ia berlaku), tetapi ada cara untuk mengurangkan tanda-tanda ini pada badan. Penuaan pramatang berlaku sebelum usia 35 tahun. Jika sebelum 35 tahun tanda-tanda ini telah ada, perlu lakukan sesuatu.

JERAGAT
Jeragat terhasil akibat kulit yang terdedah pada sinaran matahari (UV) selama bertahun-tahun. Jeragat tak hanya timbul di wajah, tetapi juga di belakang tangan, atau bawah lengan. Kebiasaannya jeragat muncul setelah usia 40 tahun. Selalunya mereka yang berkulit cerah cenderung mendapat jeragat.

Nota penting : Jeragat yang muncul sebelum usia 40 tahun adalah tanda-tanda penuaan pramatang.

TANGAN BERKEDUT
Semakin berusia, kulit menjadi lebih nipis. Protein elastin dan kolagen menyusut menyebabkan kulit hilang sokongan dan bentuknya. Tangan mula kecut, berkedut dan kulit lembik [hilang anjal]. Memandangkan kolagen mula berkurang ketika umur 27 tahun, perubahan kulit boleh dilihat ketika berusia 30-an dan awal 40-an.

Nota penting : Umur yang tepat di mana pengeluaran kolagen mula menurun berbeza antara individu tetapi biasanya sekitar 25-27.

KULIT KERING / GATAL
Kulit kering atau gatal berlaku lebih kerap bila usia bertambah. Itu kerana kulit menipis makan lebih mudah terdehidrasi. Ketika usia menghampiri 40-an, boleh nampak kulit jadi lebih kering dan lebih mudah mengelupas.

Nota penting : Selalunya penggelupasan berlaku di bahagian tumit dan siku.

KENDUR
Ketika memasuki usia 30-an, kulit melambatkan pengeluaran kolagennya sedangkan kolagenlah yang membantu kulit tegang dan kekal lembap. Kulit sangat sensitif dengan perubahan kolagen. Kolagen yang berkurang walaupun sedikit menyebabkan kedutan dan kekenduran lebih mudah terjadi.

Nota penting : Kulit yang terdedah pada kotoran dan kurang minum air akan mempercepatkan lagi penuaan pramatang.

Kekurangan kolagen bukanlah punca penuaan pramatang. Kolagen memang berkurangan seiring usia tetapi sebelum umur 35 tahun, tanda-tanda penuaan belum ketara. Punca utama penuaan pramatang adalah terdedah kepada sinar matahari. Sinar UV merosakkan DNA sel kulit menyebabkan kulit berkedut awal.

Tidur lambat. Dari 11 malam hingga 2 pagi adalah waktu di mana proses mitosis sel kulit berada di puncak. Pada waktu ini hormon GH sangat aktif. Hormon ini merangsang sel kulit tumbuh semula. Skip tidur waktu ini boleh menjadi salah satu punca penuaan pramatang.

Kita tak dapat menghentikan penuaan sepenuhnya. And that’s a good thing actually. Itu bermakna masih ada peluang untuk meremajakan kembali kulit. Kita boleh merawat kulit melalui pemakanan, skin care dan gaya hidup yang baru.
Diana Ishak
Read more

Makanan yang Mempercepatkan Proses Penuaan dan Cadangan Makanan Ganti


Terdapat dua penyebab utama yang mempercepat proses penuaan kulit, iaitu:
(a) cahaya matahari, dan
(b) AGEs [terbentuk apabila protein atau lemak bergabung dengan gula].

Menggunakan pelindung matahari (sunscreen) dan diet yang betul dapat membantu badan melindungi dan merawat kulit. Ada makanan tertentu yang mempengaruhi kesihatan kulit. Tetapi perlu diingat bahawa bukan semua orang mendapat manfaat daripada makanan yang sama.

Fries vs Ubi kentang
Pemprosesan fries menghasilkan AGEs kerana ia berlemak dan banyak garam. Makanan yang digoreng dalam minyak pada suhu tinggi akan melepaskan radikal bebas penyebab kerosakan sel kulit. Radikal bebas ini mempengaruhi molekul DNA dan melemahkan keanjalan kulit. Makanan tinggi garam mengeluarkan air dari kulit dan menyebabkan dehidrasi. Kulit lebih cepat berkedut.

Cadangan: Gantikan fries dengan ubi kentang segar. 

Roti Gandum vs Roti Putih
Refined carbs yang disatukan dengan protein menyebabkan terbentuknya AGEs. Makanan dengan indeks glisemik tinggi seperti roti putih boleh menyebabkan keradangan dalam badan, yang secara langsung dihubungkan dengan proses penuaan.

Cadangan: Gantikan dengan roti gandum (whole wheat bread). Roti gandum mengandungi antioksidan. 

Pemanis semula jadi vs Gula putih
Gula adalah salah satu culprit masalah kulit, contohnya jerawat. Gula menyumbang kepada pembentukan AGE yang merosakkan kolagen. Apabila tahap gula meningkat, proses AGE dirangsang. AGE semakin meningkat sekiranya cahaya matahari terlibat. Jadi, memakan aiskrim di tepi pantai adalah combo terbaik penuaan kulit (seram kan?). 

Cadangan: Gantikan gula putih dengan pemanis semula jadi bagi mencegah kehilangan kolagen.

Daging segar/ayam vs Daging proses
Hot dog, pepperoni, daging burger dan sosej adalah contoh daging proses. Daging ini tinggi natrium, lemak tepu dan sulfit, yang semuanya dapat mengeringkan kulit dan melemahkan kolagen. 

Cadangan: Jika daging segar/ayam terlalu mahal sebagai sumber protein, gantikan dengan telur. Ayam kaya dengan asid amino penting dalam pembentukan semula jadi kolagen. 

Salah satu projek saya dulu adalah mengkaji tindak balas natrium terhadap daging segar. Natrium menyebabkan daging kekal berwarna merah walau disejukbeku. Di samping itu natrium mengurangkan potensi daging terkontaminasi oleh bakteria. Walau bagaimanapun, efek buruk natrium adalah kolagen menyusut. 

Soda dan Kopi
Kedua-duanya tinggi kafein dan gula (jika kopi ditambah gula). Jika kerap diminum boleh mempengaruhi tidur. Tidur yang tidak cukup mempercepatkan tanda penuaan. Lingkaran mata jadi lebih gelap, kedutan, dan garis-garis halus.  Cadangan: Cuba kurangkan jumlah pengambilan atau minum kopi tanpa gula. Lebih baik lagi, tukar kepada susu. Susu kaya dengan antioksidan dan anti-penuaan.

Fruktosa vs Asid lipoik
Ramai orang terkejut jus buah mengandungi banyak fruktosa. Berbeza dengan glukosa yang akan ditukarkan kepada sumber tenaga untuk badan, fruktosa akan ditukarkan kepada lemak. Fruktosa juga memecahkan kolagen lebih cepat daripada gula putih. Ini mempercepatkan pembentukan kedut. Kesimpulannya, minum jus buah dengan kerap boleh menggemukkan dan mempercepatkan penuaan. 

Cadangan: Makan daging sedar atau hati kerana kandungan asid lipoik di dalamnya tinggi. Asid lipoic dapat mencegah kerosakkan kolagen daripada fruktosa. 

Walau bagaimanapun, memakan satu atau dua makanan yang disenaraikan tadi TIDAK AKAN menyebabkan kolagen berkurang atau rambut gugur atau kulit rosak. Itu sekadar mengingatkan supaya tidak makan dengan kuantiti yang berlebihan.

Food is a long game. Ada banyak cara lain untuk meningkatkan pembentukan kolagen, seperti melalui makanan tambahan atau suntikan. GLOEI salah satu makanan tambahan yang tidak mengandungi kolagen tetapi merangsang badan membuat kolagen dengan sendiri. Mannitol yang ada dalam Gloei melindungi Hyaluronic Acid [HA] daripada merosot akibat tekanan oksidan. HA adalah agen penting pembentukan kolagen. Nak cuba GLOEI? Whatsapp 012-7728976.

Diana Ishak
Read more

Perubahan Fizikal : Please expect this from your AGING body.

Perubahan Ketinggian
Kita semua akan hilangan ketinggian seiring bertambahnya usia. Rata-rata, kebanyakan orang hilang sekitar 2 inci pada usia 80 tahun. Sebahagian besar kehilangan ini berlaku akibat perubahan postur, perubahan pertumbuhan vertebra, lenturan tulang belakang ke depan, dan pemampatan cakera [disc] antara vertebra.

Perubahan Komposisi Badan
Penuaan menyebabkan perubahan dalam komposisi badan dan struktur tisu. Lemak meningkat rata-rata dari 14-30% antara usia 30 dan 75. Pada masa yang sama, kita mengalami penurunan jumlah air dan kehilangan jisim otot. Organ-organ tertentu menunjukkan perubahan komposis yang ketara : hati dan ginjal, misalnya, kehilangan kira-kira 1/3 berat badan antara usia 30 dan 90. Sebaliknya, kelenjar prostat 2 kali ganda beratnya antara usia 20 dan 90 tahun.

Perubahan pada Kulit
Kedutan adalah salah satu perubahan fizikal. Lapisan luar kulit, berubah seiring dengan bertambahnya usia. Perubahan yang lebih besar berlaku pada bahagian dalam. Kolagen mula menurun setiap tahun sejak mencecah usia 27 tahun. Strukturnya juga berubah. Serat kolagen pada kulit yang lebih muda memperlihatkan susunan yang serupa dengan serat pada tali. Serat ini menjadi lebih kasar dan akhirnya menyerupai jisim spageti. Peralihan ini menyebabkan hilangnya keanjalan dan menghasilkan kedutan.

Perubahan Rambut
Rambut beruban disebabkan oleh kehilangan sel pigmen (melanosit). Walaupun uban di kepala boleh berlaku pada usia muda, uban di ketiak adalah tanda penuaan yang boleh dipercayai. Jumlah folikel rambut pada kulit kepala menurun seiring bertambahnya usia, begitu juga rambut pada kemaluan dan ketiak.

Perubahan Otot
Otot berkurang seiring meningkatnya usia. Penurunannya adalah dari segi kekuatan, daya tahan, dan ukuran. Otot akan semakin mengecut sekiranya kurang makan, tidak aktif, atau penyakit. 

 

Perubahan Tulang
Tulang rawan yang menjadi pelindung pada kebanyakan sendi juga berubah seiring usia. Kandungan air yang menurun dan perubahan struktur tulang rawan mengurangkan keupayaan tulang tersebut. Kolagen yang berkurangan pada sendi akan menambahkan kemerosotoan tulang. 

Oleh kerana tidak ada siapa yang dapat hidup selama-lamanya, tujuan keseluruhannya adalah menjaga badan agar tetap berfungsi dengan baik sehingga ke akhir hayat. Penjagaan badan harus bermula dari sekarang.

Diana Ishak
Read more

Apa yang Menyebabkan Lingkaran Gelap Di Bawah Mata?

Lingkaran gelap di bawah mata adalah biasa. Selalunya disertakan dengan eye bag. Lingkaran hitam membuatkan kita kelihatan lebih tua daripada usia sebenar dan ianya sukar untuk dihilangkan.

Walaupun sesiapa sahaja boleh dapat masalah ini, lingkaran hitam paling sering terjadi pada orang yang :
- sudah tua
- ada kecenderungan genetik terhadap keadaan ini
- berasal dari kumpulan etnik bukan putih [warna kulit yang lebih gelap/sawo matang/kulit orang Asia]

[a] Keletihan
Tidur berlebihan, terlalu kurang tidur atau keletihan yang melampau boleh menyebabkan lingkaran hitam terbentuk di bawah mata. Kurang tidur boleh menyebabkan kulit menjadi kusam dan pucat, sehingga tisu gelap dan saluran darah di bawah kulit kelihatan. Kurang tidur menyebabkan cecair terbentuk di bawah mata membuatkan ia kelihatan bengkak [puffy].

[b] Mata letih
Menatap skrin televisyen atau komputer terlalu lama boleh menyebabkan tekanan pada mata. Tekanan ini boleh menjadikan pembuluh darah di sekitar mata membesar. Kesannya, kulit di sekitar mata menjadi gelap.

[c] Kurang air [dehidrasi]
Dehidrasi adalah penyebab biasa lingkaran hitam di bawah mata. Apabila badan tidak menerima jumlah air yang cukup, kulit di bawah mata mulai kelihatan kusam dan mata kelihatan sunken. Ini disebabkan oleh jarak dekat dengan underlying bone.

[d] Terdedah pada matahari
Terlalu terdedah kepada cahaya matahari menyebabkan badan menghasilkan lebihan melanin, iaitu pigmen yang memberikan warna pada kulit. Terlalu banyak cahaya matahari - terutama untuk mata anda - boleh menyebabkan pigmentasi pada kulit di sekitarnya menjadi gelap.

[e] Umur
Penuaan sadalah penyebab biasa lingkaran hitam di bawah mata. Apabila semakin berusia, kulit menjadi semakin nipis. Kulit kehilangan lemak dan kolagen yang diperlukan untuk mengekalkan keanjalannya. Apabila ini berlaku, saluran darah di bawah kulit lebih kelihatan menyebabkan kawasan di bawah mata menjadi gelap.
Diana Ishak
Read more

Kebaikan mengambil GLOEI semasa mengandung dan menyusu.

Ia menyokong keanjalan kulit.
Kulit yang sihat, terhidrat dan anjal akan membuatkan pengalaman sepanjang dan selepas kehamilan jadi lebih baik. Ramai pengguna Gloei memberitahu bahawa mereka mengalami pemulihan yang sangat cepat selepas kelahiran (berbanding kelahiran sebelumnya), dan ada yang mengatakan tidak ada tanda regangan pada kulit selepas kehamilan. Semua wanita berbeza, but you can't go wrong by boosting your natural collagen production.

Menguatkan sendi dan ligamen
Gloei menguatkan sendi dan ligamen untuk membantu badan memikul beban fizikal. Menguruskan bayi adalah kerja fizikal. Ramai ibu mengalami sakit leher, punggung, dan lengan setelah bersalin kerana kurangnya kolagen yang terbentuk semasa hamil. Gloei dapat membantu mengurangkan kesakitan dan kecederaan otot.

Memperbaiki kulit wajah
Kulit wajah boleh mengalami perubahan yang ketara sebelum, semasa dan selepas bersalin. Pigmentasi tambahan, jerawat, dan perubahan tekstur boleh berlaku dalam tempoh ini. Banyak rawatan dan produk muka tidak selamat semasa mengandung, jadi bagi mereka yang ingin menjaga kulit mereka dengan selamat, Gloei adalah pilihan yang sangat baik, insyallah.

Pertumbuhan rambut
Walaupun kehamilan boleh menyebabkan rambut tebal dan lebat bagi banyak wanita (kerana penurunan rambut yang lebih perlahan), keguguran rambut selepas bersalin boleh menjadi kejutan dan boleh terjadi beberapa bulan setelah bayi dilahirkan. Mengambil kolagen dapat mendorong pertumbuhan rambut baru dan rambut yang sihat dan kuat.
Diana Ishak
Read more

Sekiranya anda makan terlalu banyak gula, apa terjadi pada kulit?

Jika jawapan anda untuk soalan di atas adalah KEDUTAN, tahniah! Jawapan anda TEPAT.

Susah untuk menghentikan pembentukan garis-garis halus, kedutan, dan kusam. Gula dalam darah sangat suka dengan protein. Bila gula berjumpa dengan protein, ia akan mengikat protein tersebut sehingga protein tidak dapat menjadikan kulit firm and smooth.

Lagi satu soalan : Anda mesti minum banyak air untuk menjaga kesihatan kulit.

- Betul?
- Salah?

Jika jawapan anda BETUL, maaf anda sebenarnya SALAH!

Kulit yang cukup air, akan kelihatan lebih baik. Kulit yang kurang air cenderung untuk kering dan mudah gatal dan memerah. Air membantu kulit kekal terhidrat. Tidak kira apa juga air, kerana hampir 90% dari jus oren dan susu adalah AIR. Tetapi, jika air yang anda minum adalah air manis atau air berkafein, ia akan menarik keluar kelembapan dari kulit.

Ok, cuba jawab satu lagi soalan : Apa yang boleh mencetuskan jerawat?

- coklat
- nugget
- kacang
- nasi

Ada yang jawab NASI? Anda betul!

Untuk kulit yang sedang berjerawat/acne, elakkan makan KARBOHIDRAT seperti roti putih, corn flakes, spageti, dan nasi. Stop buat sementara kerana karbohidrat dapat menaikan gula darah dengan cepat. Bila gula dalam darah bertambah, badan akan menghasilkan banyak insulin. Pengeluaran insulin akan merangsang penghasilan minyak yang dapat menyumbatkan pori-pori, yang membawa kepada jerawat.

Kalau anda seorang vegetarian, kulit tend to be more dry. Asid lemak seperti omega-3s membentuk minyak semula jadi pada kulit yang menjadikan kulit sentiasa supple. Asid lemak ini banyak dijumpai dalam ketam dan ikan. Memang asid lemak ada dalam tumbuhan tapi kadarnya rendah. If your diet doesn't include animal protein, kulit anda cepat kering dan menua.

Jadi, jika anda seorang vegetarian dan ada masalah kekeringan kulit, boleh cuba GLOEI jika mahu. Kenapa?

GLOEI merangsang badan untuk membentuk kolagen. Kolagen menjadikan kulit lebih tegang, segar dan 'muda'. Kolagen dalam badan tidak akan bertambah dengan sendirinya jika tidak dirangsang oleh sesuatu kerana protein kolagen hanya boleh didapati dari luar. Badan tidak boleh membentuk kolagen dengan sendirinya kalau bukan kerana SESUATU. Dan SESUATU itu ada pada GLOEI.

 

Diana Ishak
Read more

Makanan Tambahan Semasa Hamil : Apa yang Selamat dan Yang Tidak.

Semasa mengandung, keperluan pengambilan makronutrien meningkat. Makronutrien adalah karbohidrat, protein, dan lemak. Mesti masukkan protein dalam setiap makanan dan snek. Keperluan mengambil mikronutrien (vitamin, mineral) juga meningkat.

Walaupun ada ibu-ibu hamil dapat memenuhi keperluan ini melalui well-planned eating plan, some ibu-ibu find it challenging kerana faktor morning sickness. Untuk ibu-ibu ini, pengambilan SUPPLEMENT menjadi keperluan.

Kelompok yang mana perlukan supplement?

Kelompok pertama :
Mungkin ada yang memerlukan suplemen setelah ujian darah menunjukkan kekurangan vitamin atau mineral. Memperbaiki kekurangan ini sangat penting, kerana kekurangan nutrien seperti folate selalu dikaitkan dengan kecacatan kelahiran.

Kelompok kedua :
Jika komplikasi kehamilan dicirikan oleh loya dan muntah yang teruk, ini boleh menyebabkan penurunan berat badan dan kekurangan/kehilangan nutrien.

Kelompok ketiga :
Wanita yang follow diet tertentu, contohnya vegetarian atau those yang ada allergy terhadap makanan tertentu. Kelompok ini mungkin perlu menambah vitamin dan mineral untuk mencegah kekurangan mikronutrien, melalui pengambilan supplement.

Kelompok keempat :
Wanita yang hamil kembar ada keperluan mikronutrien lebih tinggi. Perlu makanan tambahan untuk memastikan pemakanan yang optimum.

Supplement dari herba dapat membantu tetapi gunakan dengan BERHATI-HATI. Walaupun beberapa supplemen herba dapat membantu melegakan mual, mabuk dan muntah, some herbs boleh membahayakan ibu dan bayi. Memandangkan tidak banyak kajian mengenai penggunaan suplemen herba oleh ibu hamil, dan bagaimana suplemen tersebut boleh mempengaruhi kandungan, atas dasar itu GREENAARD selalu menasihatkan jika anda hamil, sila BERHENTI semua pengambilan GC PLUS dan HERBA RAHSIA RIMBA.

The bottom line is, kehamilan adalah tentang perkembangan kandungan, oleh itu menjaga kandungan adalah tujuan utama. Walaupun supplement GREENAARD yang lain seperti Nutrijuice dan Gloei boleh membantu semasa kehamilan (5 bulan ke atas), GC Plus dan Herba Rahsia Rimba dikhuatiri boleh menyebabkan kesan sampingan pada kandungan.

Yang penting, walaupun mengambil supplement, tidak bermaksud ia adalah pengganti makanan. SUPPLEMENT adalah makanan tambahan, bukan food replacement. Jika ada ibu-ibu hamil yang nak cuba produk GREENAARD, sila dapatkan free consultation dari kami. Whatsapp 012-7728976.

Diana Ishak
Read more

GLOEI - Anti-aging Supplement?

Kulit adalah lapisan pelindung badan bagi haiwan dan manusia. Seiring bertambahnya usia, perubahan tertentu berlaku pada kulit yang dipengaruhi oleh faktor luaran dan dalaman. Kulit perlahan-lahan menipis walaupun jumlah selnya tetap sama. Perubahan pada kulit adalah antara tanda penuaan yang paling ketara yang merangkumi :

  • kedutan
  • kulit kendur
  • age spots
  • kulit kering
  • kehilangan lemak bawah kulit

Semua tanda-tanda ini memerlukan rawatan anti-penuaan. Seiring bertambah usia, badan kurang menghasilkan kolagen dan elastin. Akibatnya, kulit mudah rosak dan hilang keanjalan. Dengan penggunaan produk atau rawatan anti-penuaan, pengeluaran kolagen dapat ditingkatkan, atau kehilangannya dapat diperlahankan.

Walaupun cahaya matahari penting untuk sintesis vitamin D, sinar UV mengakibatkan kulit tua sebelum waktunya kerana bukan sahaja penghasilan kolagen menjadi perlahan tetapi penurunan fibronektin dan elastin.

Pendedahan yang berulang-ulang pada sinar UV meningkatkan degradasi (kemusnahan) kolagen dan mengubah serat elastin. Ketiadaan kedua-dua kolagen dan elastin pada kulit menyebabkan kehilangan keanjalan dan kekuatan kulit. Selain itu, kulit juga hilang keupayaan untuk memperbaiki dirinya sendiri.



Sebahagian besar perubahan yang berlaku pada kulit disebabkan oleh gabungan faktor luaran dan dalaman. Selain faktor sinar UV, perubahan hormon juga menyebabkan kulit menjadi bermasalah.

Penuaan kulit boleh berlaku akibat perubahan aktiviti hormon. Penurunan beberapa hormon dalam badan kita seperti estrogen, testosteron, melatonin, insulin, kortisol, tiroksin, dan hormon pertumbuhan boleh merosakkan beberapa fungsi kulit. Pada wanita pasca menopause, penurunan estrogen mengakibatkan tanda penuaan cepat berlaku seperti kekeringan, kedutan, hilangan keanjalan, pemecahan kolagen dan atrofi.

GreenAard mempunyai 2 produk yang dicadangkan untuk membantu masalah kulit dari dalaman.

[a] Gloei :
- membantu merangsang pembentukan kolagan dari dalam, secara semulajadi.
- tidak ada kolagen di dalamnya
- kategori makanan tambahan
- 20 sachet
- RM139

[b] Herba Rahsia Rimba :
- membantu menyeimbangkan hormon kewanitaan
- memperbaiki kitaran haid dan mengurangkan PMS
- mengurangkan simptom menopause
- 30 kapsul
- RM55

WHATSAPP 012-7728976

Diana Ishak
Read more

GLOEI tidak meningkatkan pertumbuhan rambut dan inilah sebabnya.

GLOEI bukan magic supplement. Ada banyak faktor yang perlu diambil kira. Hari ini kami menjawab satu soalan penting - "Bolehkah GLOEI membantu pertumbuhan rambut?"

Kolagen adalah struktur utama protein yang terdapat dalam pelbagai tisu penghubung di dalam badan. Kolagen adalah protein yang paling banyak terdapat pada manusia, iaitu sekitar 25%-35% dari kandungan protein seluruh badan. Kebanyakan kolagen terdapat pada tendon, ligamen dan kulit.

Kolagen terdapat di tisu kulit yang mengelilingi folikel. Walaupun hanya terdapat sebilangan kecil kolagen di lapisan luar rambut - kolagen tetap memainkan peranan penting dalam menjaga fungsi folikel rambut.

Semasa peringkat pertumbuhan rambut, jumlah kolagen yang mengelilingi hair bulb meningkat. Ketika folikel rambut matang, ia mula kehilangan dua lapisan kolagen di sekitarnya. Oleh kerana badan kita menghasilkan banyak kolagen, lapisan-lapisan ini tumbuh semula dan menyokong folikel rambut sehinggalah ia memasuki tahap pertumbuhan semula.

"Kenapa kesan penggunaan GLOEI tidak sama untuk semua orang?"

Ok. Our bodies have a way of prioritizing. Kalau badan memerlukan kolagen untuk menyembuhkan luka, di situlah kolagen akan "dihantar". SEbahagian besar asid amino akan diperuntukkan bagi membina kolagen untuk menyembuhkan luka.

Dalam erti kata lain, kalau kita ada masalah parut jerawat, GLOEI akan merangsang kolagen dan kolagen yang terbentuk akan merawat parut jerawat terlebih dahulu berbanding melebatkan rambut. Boleh faham?

Sebab itulah penting untuk kita melihat kondisi kulit. The severity of our skin problem akan menentukan lambat atau cepatnya proses pemulihan itu nanti. Yang penting, jangan membandingkan progress kita dengan orabg lain tetapi track your progress dengan bagaimana anda sebelum mengambil GLOEI.

 

Diana Ishak
Read more

Kalau makan kolagen, bolehkah memperbaharui kolagen dalam badan yang hilang?

Ok, selama ni kita banyak dengar cakap-cakap orang bahawa gelatin, suplemen kolagen, bahkan sup tulang boleh meredakan sakit sendi. Persoalannya, betul ke? Sebelum tu, kami explain dulu tentang di mana punca sakit sendi ini.

Osteoarthritis adalah penyakit sendi yang paling biasa. Ia berpunca dari ketidakseimbangan antara sintesis dan degradasi pada tulang rawan yang membawa kepada 'kereputan' tulang rawan. Komponen struktur utama tisu tulang rawan adalah kolagen. Kolagen bertindak sebagai 'pelincir'. Kehilangan kolagen dari tulang ini membuatkan sendi menjadi 'ketat', dan mudah merasa sakit.

Kolagen adalah protein yang paling banyak dalam badan haiwan/manusia. Hampir semua kolagen dalam badan kita adalah jenis I, II atau III.

  • Jenis I dan III : pada kulit, tendon, organ dan tulang.
  • Jenis II : pada tulang rawan anda - hence, kaitannya dengan arthritis.

Kolagen diperbuat daripada asid amino (blok protein). The idea behind taking collagen supplements adalah badan anda menggunakan asid amino ini untuk membina semula tulang rawan yang rosak.

Do They Work?

Dari perspektif food science, badan tak dapat membezakan samada kita makan suplemen kolagen atau sup tulang kerana semua ini adalah sumber protein. Apabila sistem pencernaan memecahkan makanan ini menjadi asid amino, ia dah tak dapat dibezakan.

"Jadi maksudnya tak makan suplemen kolagen pun tak apa?"

Look. Suplemen kolagen yang dihidrolisis (kebanyakkan suplemen kolagen di luar adalah dari jenis ini) hanyalah bertujuan untuk menambahkan asid amino tersedia untuk digunakan oleh badan. Bila kita ambil kolagen, badan mendapat asid amino yang kaya dengan kolagen. But amino acids are still amino acids and it doesn’t matter where they come from. Asalkan amino acid, ia boleh saja membentuk kolagen.

Benefit mengambil suplemen kolagen sebenarnya lebih bagus untuk mereka yang lack of nutrient. Ini kerana, asid amino tidak boleh diambil berlebihan. Apabila badan terlalu banyak asid amino, kesan berikut boleh berlaku :

  • Kekembungan.
  • Sakit perut.
  • Cirit-birit.
  • Risiko gout meningkat (akibat pertambahan asid urik dalam badan).
  • Drop in blood pressure (unhealthy way).
  • Buah pinggang terpaksa berkerja lebih kuat untuk mengekalkan keseimbangan asid amino dalam badan.

The idea behind Gloei adalah untuk menyediakan badan dengan makanan yang boleh merangsang pembentukan kolagen oleh badan, bukan membawa masuk asid amino berkolagen dari luar. Gloei hanya menjadi 'kunci' yang menggerakkan badan produce own collagen. Dengan cara ini, badan tidak akan mempunyai asid amini berlebihan.

Sebahagian besar diet mempunyai jumlah asid amino yang selamat untuk badan. Makanan berasaskan tumbuhan seperti kacang soya, kekacang, dan biji-bijian juga mengandungi asid amino. Gloei mengandungi ekstrak tumbuhan yang telah dikenalpasti bahan aktifnya mampu stimulate collagen production.

Nak tahu lebih lanjut tentang Gloei?
Whatsapp 012-7728976

Diana Ishak
Read more

Mengapa Lelaki Perlukan Kolagen Lebih Daripada Wanita.

Kolagen bagus dalam pemulihan otot dan melawan tanda-tanda anti-penuaan seperti penipisan rambut, sakit sendi dan tenaga rendah.

Seiring bertambahnya usia, kadar kolagen mulai menurun. Dengan menambahkan kolagen ke dalam diet, anda dapat meningkatkan kolagen dan memperoleh manfaatnya.

Berikut adalah beberapa sebab kenapa semua orang, terutama lelaki, harus memastikan kolagen dalam badan berada dalam keadaan optimum :

  • Memperbaiki fungsi usus
  • Menyokong kesihatan sendi dan mengurangkan sakit
  • Menguatkan rambut, kulit, kuku dan gigi
  • Mempercepatkan pemulihan otot
  • Meningkatkan tahap tenaga
  • Meningkatkan metabolisme dan jisim otot

 

Diana Ishak
Read more

"Macamana cara nak besarkan breast?"

Payudara kita terbuat dari tisu lemak, tisu sokongan dan ligamen. Tidak ada otot pada payudara untuk mengelakkan payudara kendur, Jadi, bersenam bukanlah penyelesaian untuk mengelakkan payudara kendur. No such thing as "senaman untuk menegangkan payudara".

Payudara kendur kebanyakannya disebabkan oleh kekurangan kolagen di bawah payudara. Kolagen adalah sejenis protein yang terdapat di kulit. Kolagen menegangkan kulit dan kekurangan kolagen di bawah payudara menyebabkan payudara kendur.

Menurunkan berat badan mungkin sukar. Kadang-kadang anda berjaya kekalkan berat badan, kadang-kadang 'terbabas'. Setiap kali berat bertambah, kulit menegang dan setiap kali anda berat badan turun, kulit jadi kendur. Kitaran berterusan ini menyebabkan kulit hilang keanjalan dan secara semula jadi, ia mempengaruhi bentuk payudara.

Ada yang merokok? Ok, merokok buruk untuk payudara kerana rokok ada bahan kimia yang bertindak sebagai menghalang penghasilan kolagen. Itulah salah satu sebab kenapa merokok tidak bagus untuk kulit. Kulit jadi cepat tua and loosens your skin termasuk payudara.

Graviti sentiasa menarik payudara ke bawah dan menyebabkan ligamen di payudara meregang. Inilah sebabnya mengapa anda perlu memakai coli sepanjang masa. Memakai coli yang salah tidak dapat menyokong payudara dengan betul. Coli bukan sekadar menutup payudara tetapi menyokongnya dari bawah.

Matahari adalah musuh kolagen. Ini antara sebab kenapa ia tidak bagus untuk kulit. Terlampau terdedah dengan matahari menyebabkan kulit cepat berkedut dan kendur. Sinar UV memecahkan kolagen pada kulit. Jangan berada di bawah matahari terlalu lama tanpa memakai proper sunscreen.

Graviti bukan satu-satunya punca yang menarik payudara ke bawah. Aktiviti fizikal yang extreme boleh menjadikan payudara kendur. Sekiranya payudara melantun terlalu banyak semasa bersukan seperti berlari, ligamen di payudara akan meregang dan boleh cedera. Untuk mengelakkannya, selalulah pakai coli sukan yang sesuai.

Air baik untuk kulit. Ia melembapkan kulit agar tidak kendur. Badan yang cukup dengan air akan meningkatkan pengeluaran kolagen kerana air meransang metabolisme. Kekurangan air menyebabkan metabolisme badan menjadi perlahan. Walaupun anda mengambil supplement untuk meransang kolagen, jika badan kurang air, healing process tetap menjadi lambat.

 

Diana Ishak
Read more
76 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart