Apa yang Menyebabkan Lingkaran Gelap Di Bawah Mata?

Lingkaran gelap di bawah mata adalah biasa. Selalunya disertakan dengan eye bag. Lingkaran hitam membuatkan kita kelihatan lebih tua daripada usia sebenar dan ianya sukar untuk dihilangkan.

Walaupun sesiapa sahaja boleh dapat masalah ini, lingkaran hitam paling sering terjadi pada orang yang :
- sudah tua
- ada kecenderungan genetik terhadap keadaan ini
- berasal dari kumpulan etnik bukan putih [warna kulit yang lebih gelap/sawo matang/kulit orang Asia]

[a] Keletihan
Tidur berlebihan, terlalu kurang tidur atau keletihan yang melampau boleh menyebabkan lingkaran hitam terbentuk di bawah mata. Kurang tidur boleh menyebabkan kulit menjadi kusam dan pucat, sehingga tisu gelap dan saluran darah di bawah kulit kelihatan. Kurang tidur menyebabkan cecair terbentuk di bawah mata membuatkan ia kelihatan bengkak [puffy].

[b] Mata letih
Menatap skrin televisyen atau komputer terlalu lama boleh menyebabkan tekanan pada mata. Tekanan ini boleh menjadikan pembuluh darah di sekitar mata membesar. Kesannya, kulit di sekitar mata menjadi gelap.

[c] Kurang air [dehidrasi]
Dehidrasi adalah penyebab biasa lingkaran hitam di bawah mata. Apabila badan tidak menerima jumlah air yang cukup, kulit di bawah mata mulai kelihatan kusam dan mata kelihatan sunken. Ini disebabkan oleh jarak dekat dengan underlying bone.

[d] Terdedah pada matahari
Terlalu terdedah kepada cahaya matahari menyebabkan badan menghasilkan lebihan melanin, iaitu pigmen yang memberikan warna pada kulit. Terlalu banyak cahaya matahari - terutama untuk mata anda - boleh menyebabkan pigmentasi pada kulit di sekitarnya menjadi gelap.

[e] Umur
Penuaan sadalah penyebab biasa lingkaran hitam di bawah mata. Apabila semakin berusia, kulit menjadi semakin nipis. Kulit kehilangan lemak dan kolagen yang diperlukan untuk mengekalkan keanjalannya. Apabila ini berlaku, saluran darah di bawah kulit lebih kelihatan menyebabkan kawasan di bawah mata menjadi gelap.
Diana Ishak
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart