Makanan yang Mempercepatkan Proses Penuaan dan Cadangan Makanan Ganti


Terdapat dua penyebab utama yang mempercepat proses penuaan kulit, iaitu:
(a) cahaya matahari, dan
(b) AGEs [terbentuk apabila protein atau lemak bergabung dengan gula].

Menggunakan pelindung matahari (sunscreen) dan diet yang betul dapat membantu badan melindungi dan merawat kulit. Ada makanan tertentu yang mempengaruhi kesihatan kulit. Tetapi perlu diingat bahawa bukan semua orang mendapat manfaat daripada makanan yang sama.

Fries vs Ubi kentang
Pemprosesan fries menghasilkan AGEs kerana ia berlemak dan banyak garam. Makanan yang digoreng dalam minyak pada suhu tinggi akan melepaskan radikal bebas penyebab kerosakan sel kulit. Radikal bebas ini mempengaruhi molekul DNA dan melemahkan keanjalan kulit. Makanan tinggi garam mengeluarkan air dari kulit dan menyebabkan dehidrasi. Kulit lebih cepat berkedut.

Cadangan: Gantikan fries dengan ubi kentang segar. 

Roti Gandum vs Roti Putih
Refined carbs yang disatukan dengan protein menyebabkan terbentuknya AGEs. Makanan dengan indeks glisemik tinggi seperti roti putih boleh menyebabkan keradangan dalam badan, yang secara langsung dihubungkan dengan proses penuaan.

Cadangan: Gantikan dengan roti gandum (whole wheat bread). Roti gandum mengandungi antioksidan. 

Pemanis semula jadi vs Gula putih
Gula adalah salah satu culprit masalah kulit, contohnya jerawat. Gula menyumbang kepada pembentukan AGE yang merosakkan kolagen. Apabila tahap gula meningkat, proses AGE dirangsang. AGE semakin meningkat sekiranya cahaya matahari terlibat. Jadi, memakan aiskrim di tepi pantai adalah combo terbaik penuaan kulit (seram kan?). 

Cadangan: Gantikan gula putih dengan pemanis semula jadi bagi mencegah kehilangan kolagen.

Daging segar/ayam vs Daging proses
Hot dog, pepperoni, daging burger dan sosej adalah contoh daging proses. Daging ini tinggi natrium, lemak tepu dan sulfit, yang semuanya dapat mengeringkan kulit dan melemahkan kolagen. 

Cadangan: Jika daging segar/ayam terlalu mahal sebagai sumber protein, gantikan dengan telur. Ayam kaya dengan asid amino penting dalam pembentukan semula jadi kolagen. 

Salah satu projek saya dulu adalah mengkaji tindak balas natrium terhadap daging segar. Natrium menyebabkan daging kekal berwarna merah walau disejukbeku. Di samping itu natrium mengurangkan potensi daging terkontaminasi oleh bakteria. Walau bagaimanapun, efek buruk natrium adalah kolagen menyusut. 

Soda dan Kopi
Kedua-duanya tinggi kafein dan gula (jika kopi ditambah gula). Jika kerap diminum boleh mempengaruhi tidur. Tidur yang tidak cukup mempercepatkan tanda penuaan. Lingkaran mata jadi lebih gelap, kedutan, dan garis-garis halus.  Cadangan: Cuba kurangkan jumlah pengambilan atau minum kopi tanpa gula. Lebih baik lagi, tukar kepada susu. Susu kaya dengan antioksidan dan anti-penuaan.

Fruktosa vs Asid lipoik
Ramai orang terkejut jus buah mengandungi banyak fruktosa. Berbeza dengan glukosa yang akan ditukarkan kepada sumber tenaga untuk badan, fruktosa akan ditukarkan kepada lemak. Fruktosa juga memecahkan kolagen lebih cepat daripada gula putih. Ini mempercepatkan pembentukan kedut. Kesimpulannya, minum jus buah dengan kerap boleh menggemukkan dan mempercepatkan penuaan. 

Cadangan: Makan daging sedar atau hati kerana kandungan asid lipoik di dalamnya tinggi. Asid lipoic dapat mencegah kerosakkan kolagen daripada fruktosa. 

Walau bagaimanapun, memakan satu atau dua makanan yang disenaraikan tadi TIDAK AKAN menyebabkan kolagen berkurang atau rambut gugur atau kulit rosak. Itu sekadar mengingatkan supaya tidak makan dengan kuantiti yang berlebihan.

Food is a long game. Ada banyak cara lain untuk meningkatkan pembentukan kolagen, seperti melalui makanan tambahan atau suntikan. GLOEI salah satu makanan tambahan yang tidak mengandungi kolagen tetapi merangsang badan membuat kolagen dengan sendiri. Mannitol yang ada dalam Gloei melindungi Hyaluronic Acid [HA] daripada merosot akibat tekanan oksidan. HA adalah agen penting pembentukan kolagen. Nak cuba GLOEI? Whatsapp 012-7728976.

Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart