Manusia boleh hasilkan kolagen sendiri

Kolagen terdapat dalam badan manusia secara semula jadi. Ia berperanan dalam mengekalkan keanjalan dan kekuatan kulit, kesihatan sendi, tulang, dan tisu penghubung lain. Seiring pertambahan usia, keupayaan badan untuk menghasilkan kolagen secara semula jadi mula berkurangan. Ini adalah sebab utama mengapa kedutan dan garis halus mula muncul, dan sendi menjadi lebih lemah. Selain faktor usia, faktor-faktor lain seperti pendedahan kepada sinar UV, merokok, dan pemakanan boleh mempercepatkan pengurangan kolagen dalam badan.

"Bolehkah memakan kolagen haiwan dapat menambahan kolagen dalam badan sendiri?"

Memakan kolagen haiwan TIDAK SECARA LANSUNG menambah kolagen dalam badan, tetapi boleh membantu badan menghasilkan kolagen. Ini kerana apabila memakan kolagen haiwan, badan akan memecahkannya menjadi asid amino yang kemudian digunakan untuk pembentukan kolagen. Kolagen yang berasal dari sumber haiwan sebenarnya TIDAK diserap oleh badan sebagai kolagen. Sebaliknya, sistem pencernaan akan memecahkan kolagen ini kepada komponen yang lebih kecil. Setelah dipecahkan, badan akan menggunakan komponen ini untuk membentuk pelbagai jenis protein, termasuk kolagen yang baru. Oleh itu, memakan kolagen haiwan boleh memberikan badan anda "bahan mentah" untuk merangsang penghasilan kolagen, tetapi ia TIDAK menambah kolagen secara terus ke dalam kulit atau sendi.

Atas sebab itulah Gloei tidak memasukkan sebarang kolagen haiwan di dalamnya, kerana menambahkan kolagen haiwan sebenarnya NO POINT. Sebaliknya, Gloei menggunakan bahan aktif dari tumbuhan untuk merangsang badan mengeluarkan kolagen. Selain dari lebih selamat dan mengelakkan alergi terhadap kolagen haiwan, pertambahan kolagen semula jadi dari badan sendiri sudah tentulah lebih baik.

Diana Ishak
Read more

BRA yang anda pakai boleh memberi kesan yang lebih besar terhadap kesejahteraan fizikal dan mental.

Ramai wanita masih menggunakan bra yang lama, yang sudah slightly stretched dan berubah warna, hanya kerana ianya masih selesa dipakai. Kami sering ditanya kaitan barah dan bra. Apa yang boleh kami katakan, penyelidikan tidak menunjukkan kaitan antara penggunaan bra dan barah payudara.

Walaupun bra tidak menyebabkan barah payudara, itu tidak bermaksud bar tidak mempengaruhi kesihatan. Memakai coli yang tidak sesuai dapat menyebabkan postur tubuh lemah, sakit belakang dan leher serta bahu, kebas pada jari, dan kurangnya keyakinan diri. Bra yang tidak selesa boleh memberi kesan besar terhadap keyakinan dan harga diri.

Sekiranya ada sesuatu yang menekan pada tisu payudara, itu boleh menyebabkan rasa tidak selesa. Kadang-kadang menyebabkan masalah kesihatan mental juga. Kami menerima banyak komen dari wanita yang ingin mencuba Gloei dan Herba Rahsia Rimba, kerana mereka ada 'masalah' dengan payudara. Payudara yang tidak selesa ada kaitan dengan memakai coli yang tidak sesuai.

Bra yang meregang tidak memberikan sokongan yang sama dengan ketika pertama kali membelinya kerana badan manusia berubah dari masa ke masa. Bra hanya akan bertahan sekitar enam bulan. Maka pastikan bra berganti dalam tempoh tersebut walaupun ia masih 'selesa' dipakai. Tidak memakai bra atau low-support bra boleh menyebabkan kulit meregang melebihi had elastik, menyebabkan payudara kendur lebih awal dari sepatutnya.

Terdapat banyak penyelidikan menunjukkan bahawa memakai sokongan payudara yang rendah menyebabkan payudara sakit dan reduced movement efficiency semasa bersenam. Sebilangan besar wanita suka memakai bra soft-cup tetapi jika bra soft-cup itu tidak sesuai dengan bentuk payudara, badan dan keperluan sokongan, itu akan menyebabkan kerosakan payudara, punggung dan leher.

Cara mencari bra yang sesuai:
  • Underband harus dipasang dengan kuat, dan rata di seluruh batang badan.
  • Underwire harus mengikut lipatan payudara dan tidak boleh kena pada tisu payudara.
  • Cup harus diisi tisu payudara sepenuhnya tanpa membonjol di tepi.
  • Strap harus duduk dengan selesa di bahu.
  • Center Gore tengah hendaklah duduk RATA di atas badan.
  • Wings sebaiknya yang lebar untuk sokongan yang kuat.
Underband sangat penting untuk mendapatkan the perfect fit. Ramai wanita memakai underband yang longgar dan cup yang terlalu kecil. Itu bermakna payudara tidak disokong dan boleh kendur awal. Pastikan payudara tertutup dalam cup. Semua wanita mempunyai satu payudara lebih besar daripada yang lain maka sesuaikan dengan meng-adjust strap dan cup.

Payudara berubah sepanjang bulan, dan bahkan pada siang dan malam. Hormon membuatkan ukuran payudara berubah-ubah. Jadi, cara pemakaian coli juga berubah pada masa yang berlainan. Tidak semua kekenduran/sakit payudara disebabkan oleh kolagen atau masalah hormon. Bra juga boleh menjadi punca. Oleh itu, selain memakan Gloei dan Herba Rahsia Rimba untuk menyeimbangkan kolagen dan hormon, pemilihan bra juga penting.
Diana Ishak
Read more

Gloei bukan sekadar untuk kulit.

Dengan banyaknya vitamin dan makanan tambahan di pasaran, sukar untuk mengetahui mana yang benar-benar berfungsi. Kolagen adalah protein yang paling banyak terdapat di dalam badan, dan ia dihasilkan oleh badan secara semula jadi! Bermakna, badan manusia boleh mensintesis kolagen tanpa perlu mengambil kolagen haiwan.

Seiring dengan usia, jumlah kolagen yang dibuat oleh badan berkurangan. But worry not, tahap kolagen dapat dipulihkan dengan mengambil makanan seperti GLOEI. Sebahagian orang mengambil kolagen haiwan sebagai makanan tambahan untuk menjaga kulit agar kelihatan muda. Kulit yang anjal membolehkan kita mengerutkan kening, senyum, dan menguap tanpa menyebabkan kedutan setiap kali wajah bergerak. Ini semua memerlukan sokongan kolagen. Tetapi kolagen dapat bantu lebih daripada itu. Tahap kolagen yang rendah dapat menyusutkan tulang rawan dan tendon. Ini bermaksud sendi lebih mudah tercedera. 
  • Meredakan Sakit Lutut Akibat Osteoartritis
Osteoarthritis adalah artritis yang paling biasa. Tulang rawan pada sendi pecah menyebabkan dua tulang bergesel menyebabkan rasa sakit dan bengkak. Osteoartritis di lutut sangat menyakitkan, melemahkan dan membataskan kemampuan manusia untuk melakukan aktiviti seharian. Gloei merangsang badan untuk membina kolagen yang kemudian berupaya membina semula tulang rawan serta menyatukan otot dan tendon.
  • Meredakan Sakit Sendi Pada Jari dan Tangan


Sendi yang kaku (stiff joints) adalah petanda badan kurang menghasilkan kolagen. Gloei membantu pembaikan saraf dengan merangsang kolagen. Kolagen mewakili komponen utama dari sistem saraf periferi dan menyokong fungsi saraf sel.
  • Sakit Belakang Di Bahagian Bawah Badan
Sakit di bahagian pinggang-punggung menyukarkan badan melakukan banyak perkara seperti bersolat, bersenam, berdiri tegak untuk jangka masa panjang, bahkan tidur juga menyakitkan. Bahagian belakang badan dari tulang, otot dan tendon, kesemuanya mengandungi kolagen. Kurang kolagen menyebabkan bahagian ini merasa sakit. Gloei membantu mengurangkan sakit belakang. Sekiranya tidak mempunyai cukup kolagen, itu boleh menyebabkan rasa sakit di bahagian belakang badan. Menambahkan kolagen melalui Gloei merupakan salah satu cara rawatan.
  • Mencegah Penyusutan Tulang
Tulang terbuat kebanyakannya dari kolagen. Sekiranya tahap kolagen rendah, tulang menjadi lemah dan berisiko patah. Gloei dapat membantu meningkatkan ketumpatan tulang dan mengekalkan kekuatan tulang dengan cara merangsang badan membuat kolagen.
  • Membina Jisim Otot
Kolagen juga merupakan bahagian utama tisu otot. Oleh itu jika mahu membina jisim otot, selain GC PLUS, Gloei juga mungkin membantu.


Diana Ishak
Read more

Bagaimana Wajah Berubah Seiring Umur

Seiring bertambahnya usia, wajah kita mengalami perubahan. Perubahan berlaku pada sebilangan struktur wajah hingga tahap yang berbeza-beza. Sejauh mana perubahan berbeza dari orang ke orang? Jom lihat beberapa struktur wajah dan bagaimana ia berubah dan mempengaruhi penampilan ketika usia meningkat.

Tulang
Semakin meningkat, 14 tulang muka hilang ketumpatan sama seperti tulang lain di seluruh badan. Tulang wajah adalah asas wajah. Oleh kerana tulang ini hilang ketumpatan, ia mengecut menyebabkan kehilangan sokongan pada struktur wajah. Ini menyebabkan soket mata yang lebih besar, kurang anjal di bahagian pipi, rahang yang lebih pendek dan dagu yang lebih kecil. Kehilangan sokongan ini mengakibatkan hilangnya keanjalan di wajah dan membuka zon peralihan wajah.

Otot
Ada 2 cara wajah berubah disebabkan otot:

[a] Apabila otot berulang kali digunakan untuk membuat ekspresi wajah - senyum, marah, merajuk - ia akhirnya membuat garis kekal pada kulit. Begitulah cara kita mendapatkan kening atau dahi berkerut.

[b] Wajah cenderung hilang jisim otot ketika meningkat usia. Ketika kita kehilangan jisim otot, kulit mulai kendur.

Lemak
Ketika muda, badan mengedarkan lemak secara sekata di bawah kulit. Ini menjadikan penampilan yang menyenangkan. Tetapi seiring bertambahnya usia, lemak cenderung mengikut graviti. Garis rahang jadi kendur, pipi yang termasuk ke dalam (cengkung) dan muka kurang penuh.

Tisu penghubung
Kolagen dan elastin menjadikan kulit tetap ketat, anjal, dan terhidrat. Seiring bertambahnya usia, badan perlahan-lahan kehilangan kemampuannya untuk menghasilkan komponen-komponen ini. We end up dengan kulit yang menipis, yang kendur, yang kering, dan tidak anjal lagi.

The bottom line is this - struktur wajah akan berubah seiring usia. Tetapi ada perkara yang boleh kita boleh usahakan untuk mengimbangi kesan ini. Yang pertama, mulakan dengan pencegahan. Lebih awal kita mulakan, lebih lambat penuaan wajah. Walaupun wajah sudah nampak perubahan, mulakan sekarang. It’s never too late to care for your skin.

Pakai sunscreen segera.
Muka dah mula nampak kedut dan jeragat? Tak apa. Pakai sunscreen sekarang. Masih boleh diselamatkan lagi. Sinar matahari dan UV is the major culprit yang mengubah kulit.

Kekal hidrat.
Sel-sel kulit memerlukan air untuk diperbaharui. Badan yang tak cukup air membuatkan pembahagian air 'dicatu' oleh sistem badan menyebabkan kulit menjadi kusam.

Tambah kolagen badan.
Asid hyaluronik meningkatkan pengeluaran kolagen dalam badan tanpa perlu mengambil kolagen haiwan. Asid hyaluronik secara semula jadi terdapat dalam badan, tetapi ia berkurang seiring bertambahnya usia. Asid hyaluronik tidak terdapat dalam makanan dalam jumlah yang banyak. Walau bagaimanapun, dengan teknologi sains, mineral dan bahan aktif dalam tumbuhan tertentu boleh diekstrak untuk merangsang pertambahan asid hyaluronik dalam badan. GreenAard mempunyai produk untuk point ini.
Diana Ishak
Read more

Tua sebelum waktu. Apa tanda-tandanya?

Apabila semakin tua, proses dalaman badan menjadi lambat termasuklah penggantian sel. Segalanya mengambil masa lebih lama untuk diperbaharui. Ini membuatkan berlakunya 'gap' atau ruang kepada tanda-tanda penuaan seperti kedutan.

Tanda-tanda penuaan ini boleh berlaku lebih awal dari yang sepatutnya. Ini dinamakan penuaan pramatang. Jika penuaan pramatang telah bermula, mustahil untuk mengelakkan ia dari berhenti (jika ia berlaku), tetapi ada cara untuk mengurangkan tanda-tanda ini pada badan. Penuaan pramatang berlaku sebelum usia 35 tahun. Jika sebelum 35 tahun tanda-tanda ini telah ada, perlu lakukan sesuatu.

JERAGAT
Jeragat terhasil akibat kulit yang terdedah pada sinaran matahari (UV) selama bertahun-tahun. Jeragat tak hanya timbul di wajah, tetapi juga di belakang tangan, atau bawah lengan. Kebiasaannya jeragat muncul setelah usia 40 tahun. Selalunya mereka yang berkulit cerah cenderung mendapat jeragat.

Nota penting : Jeragat yang muncul sebelum usia 40 tahun adalah tanda-tanda penuaan pramatang.

TANGAN BERKEDUT
Semakin berusia, kulit menjadi lebih nipis. Protein elastin dan kolagen menyusut menyebabkan kulit hilang sokongan dan bentuknya. Tangan mula kecut, berkedut dan kulit lembik [hilang anjal]. Memandangkan kolagen mula berkurang ketika umur 27 tahun, perubahan kulit boleh dilihat ketika berusia 30-an dan awal 40-an.

Nota penting : Umur yang tepat di mana pengeluaran kolagen mula menurun berbeza antara individu tetapi biasanya sekitar 25-27.

KULIT KERING / GATAL
Kulit kering atau gatal berlaku lebih kerap bila usia bertambah. Itu kerana kulit menipis makan lebih mudah terdehidrasi. Ketika usia menghampiri 40-an, boleh nampak kulit jadi lebih kering dan lebih mudah mengelupas.

Nota penting : Selalunya penggelupasan berlaku di bahagian tumit dan siku.

KENDUR
Ketika memasuki usia 30-an, kulit melambatkan pengeluaran kolagennya sedangkan kolagenlah yang membantu kulit tegang dan kekal lembap. Kulit sangat sensitif dengan perubahan kolagen. Kolagen yang berkurang walaupun sedikit menyebabkan kedutan dan kekenduran lebih mudah terjadi.

Nota penting : Kulit yang terdedah pada kotoran dan kurang minum air akan mempercepatkan lagi penuaan pramatang.

Kekurangan kolagen bukanlah punca penuaan pramatang. Kolagen memang berkurangan seiring usia tetapi sebelum umur 35 tahun, tanda-tanda penuaan belum ketara. Punca utama penuaan pramatang adalah terdedah kepada sinar matahari. Sinar UV merosakkan DNA sel kulit menyebabkan kulit berkedut awal.

Tidur lambat. Dari 11 malam hingga 2 pagi adalah waktu di mana proses mitosis sel kulit berada di puncak. Pada waktu ini hormon GH sangat aktif. Hormon ini merangsang sel kulit tumbuh semula. Skip tidur waktu ini boleh menjadi salah satu punca penuaan pramatang.

Kita tak dapat menghentikan penuaan sepenuhnya. And that’s a good thing actually. Itu bermakna masih ada peluang untuk meremajakan kembali kulit. Kita boleh merawat kulit melalui pemakanan, skin care dan gaya hidup yang baru.
Diana Ishak
Read more

Makanan yang Mempercepatkan Proses Penuaan dan Cadangan Makanan Ganti


Terdapat dua penyebab utama yang mempercepat proses penuaan kulit, iaitu:
(a) cahaya matahari, dan
(b) AGEs [terbentuk apabila protein atau lemak bergabung dengan gula].

Menggunakan pelindung matahari (sunscreen) dan diet yang betul dapat membantu badan melindungi dan merawat kulit. Ada makanan tertentu yang mempengaruhi kesihatan kulit. Tetapi perlu diingat bahawa bukan semua orang mendapat manfaat daripada makanan yang sama.

Fries vs Ubi kentang
Pemprosesan fries menghasilkan AGEs kerana ia berlemak dan banyak garam. Makanan yang digoreng dalam minyak pada suhu tinggi akan melepaskan radikal bebas penyebab kerosakan sel kulit. Radikal bebas ini mempengaruhi molekul DNA dan melemahkan keanjalan kulit. Makanan tinggi garam mengeluarkan air dari kulit dan menyebabkan dehidrasi. Kulit lebih cepat berkedut.

Cadangan: Gantikan fries dengan ubi kentang segar. 

Roti Gandum vs Roti Putih
Refined carbs yang disatukan dengan protein menyebabkan terbentuknya AGEs. Makanan dengan indeks glisemik tinggi seperti roti putih boleh menyebabkan keradangan dalam badan, yang secara langsung dihubungkan dengan proses penuaan.

Cadangan: Gantikan dengan roti gandum (whole wheat bread). Roti gandum mengandungi antioksidan. 

Pemanis semula jadi vs Gula putih
Gula adalah salah satu culprit masalah kulit, contohnya jerawat. Gula menyumbang kepada pembentukan AGE yang merosakkan kolagen. Apabila tahap gula meningkat, proses AGE dirangsang. AGE semakin meningkat sekiranya cahaya matahari terlibat. Jadi, memakan aiskrim di tepi pantai adalah combo terbaik penuaan kulit (seram kan?). 

Cadangan: Gantikan gula putih dengan pemanis semula jadi bagi mencegah kehilangan kolagen.

Daging segar/ayam vs Daging proses
Hot dog, pepperoni, daging burger dan sosej adalah contoh daging proses. Daging ini tinggi natrium, lemak tepu dan sulfit, yang semuanya dapat mengeringkan kulit dan melemahkan kolagen. 

Cadangan: Jika daging segar/ayam terlalu mahal sebagai sumber protein, gantikan dengan telur. Ayam kaya dengan asid amino penting dalam pembentukan semula jadi kolagen. 

Salah satu projek saya dulu adalah mengkaji tindak balas natrium terhadap daging segar. Natrium menyebabkan daging kekal berwarna merah walau disejukbeku. Di samping itu natrium mengurangkan potensi daging terkontaminasi oleh bakteria. Walau bagaimanapun, efek buruk natrium adalah kolagen menyusut. 

Soda dan Kopi
Kedua-duanya tinggi kafein dan gula (jika kopi ditambah gula). Jika kerap diminum boleh mempengaruhi tidur. Tidur yang tidak cukup mempercepatkan tanda penuaan. Lingkaran mata jadi lebih gelap, kedutan, dan garis-garis halus.  Cadangan: Cuba kurangkan jumlah pengambilan atau minum kopi tanpa gula. Lebih baik lagi, tukar kepada susu. Susu kaya dengan antioksidan dan anti-penuaan.

Fruktosa vs Asid lipoik
Ramai orang terkejut jus buah mengandungi banyak fruktosa. Berbeza dengan glukosa yang akan ditukarkan kepada sumber tenaga untuk badan, fruktosa akan ditukarkan kepada lemak. Fruktosa juga memecahkan kolagen lebih cepat daripada gula putih. Ini mempercepatkan pembentukan kedut. Kesimpulannya, minum jus buah dengan kerap boleh menggemukkan dan mempercepatkan penuaan. 

Cadangan: Makan daging sedar atau hati kerana kandungan asid lipoik di dalamnya tinggi. Asid lipoic dapat mencegah kerosakkan kolagen daripada fruktosa. 

Walau bagaimanapun, memakan satu atau dua makanan yang disenaraikan tadi TIDAK AKAN menyebabkan kolagen berkurang atau rambut gugur atau kulit rosak. Itu sekadar mengingatkan supaya tidak makan dengan kuantiti yang berlebihan.

Food is a long game. Ada banyak cara lain untuk meningkatkan pembentukan kolagen, seperti melalui makanan tambahan atau suntikan. GLOEI salah satu makanan tambahan yang tidak mengandungi kolagen tetapi merangsang badan membuat kolagen dengan sendiri. Mannitol yang ada dalam Gloei melindungi Hyaluronic Acid [HA] daripada merosot akibat tekanan oksidan. HA adalah agen penting pembentukan kolagen. Nak cuba GLOEI? Whatsapp 012-7728976.

Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart