Hamil Kerap Boleh Buatkan Bentuk Payudara Cepat Layut dan Kendur
Payudara terdiri daripada lemak, kelenjar susu, tisu penghubung dan kulit. Ia tidak mempunyai otot untuk mengekalkan bentuknya. Tisu penghubung dalam payudara bertujuan untuk menyokong payudara, tetapi ia mudah diregangkan oleh perubahan berat dan saiz payudara.
Semasa hamil, payudara membesar kerana kelenjar susu berkembang untuk menyediakan susu bagi menyusukan bayi. Kulit dan tisu penghubung turut meregang untuk menampung peningkatan saiz ini. Hormon estrogen dan progesteron meningkat semasa kehamilan, merangsang pertumbuhan kelenjar susu dan saluran susu, yang turut menyumbang kepada peningkatan saiz payudara. Hormon prolaktin juga dihasilkan dengan banyak semasa kelahiran untuk merangsang pengeluaran susu, menyebabkan payudara menjadi lebih penuh dan berat.
Kehamilan sering melibatkan penambahan berat badan, termasuk di kawasan payudara, yang memberi tekanan tambahan pada kulit dan tisu sokongan. Selepas menyusu, kelenjar susu mengecil kembali, tetapi kulit dan ligamen yang telah diregangkan tidak sepenuhnya kembali ke keadaan asal. Ini boleh menyebabkan penampilan payudara yang kendur atau "kosong".
Penuaan kulit semula jadi, disertai dengan regangan berulang akibat kehamilan, boleh menyebabkan kulit kehilangan keanjalan. Serat kolagen dan elastin dalam kulit menjadi lemah, menyumbang kepada kendurnya payudara. Setiap kehamilan meningkatkan kekerapan perubahan saiz dan regangan tisu. Proses ini secara beransur-ansur melemahkan struktur penyokong payudara, menjadikannya lebih sukar untuk mengekalkan bentuk asal.
Walau bagaimanapun, menyusu bayi bukanlah penyebab utama kenduran payudara. Sebaliknya, perubahan saiz dan regangan semasa kehamilan adalah faktor utama.
Cara Meminimalkan Kekenduran Payudara
- Pakai bra yang menyokong kehamilan
- Elakkan naik turun berat badan secara drastik
- Ambil suplemen menambahkan kolagen
Pengambilan kolagen membantu meminimalkan kekenduran payudara, tetapi tidak boleh mengembalikan bentuk payudara yang pejal. Penambahan kolagen melalui makanan atau suplemen dapat merangsang pengeluaran kolagen semula jadi badan. Apabila kolagen banyak, tubuh dapat memperbaiki serat kulit yang rosak akibat regangan. Ini membantu mengurangkan risiko kendur akibat kehamilan yang berulang.
Bagi mencapai tujuan ini, kami cadangkan ambil 1 sachet Gloei setiap hari dengan konsisten.