Hamil Kerap Boleh Buatkan Bentuk Payudara Cepat Layut dan Kendur

Payudara terdiri daripada lemak, kelenjar susu, tisu penghubung dan kulit. Ia tidak mempunyai otot untuk mengekalkan bentuknya. Tisu penghubung dalam payudara bertujuan untuk menyokong payudara, tetapi ia mudah diregangkan oleh perubahan berat dan saiz payudara.

Semasa hamil, payudara membesar kerana kelenjar susu berkembang untuk menyediakan susu bagi menyusukan bayi. Kulit dan tisu penghubung turut meregang untuk menampung peningkatan saiz ini. Hormon estrogen dan progesteron meningkat semasa kehamilan, merangsang pertumbuhan kelenjar susu dan saluran susu, yang turut menyumbang kepada peningkatan saiz payudara. Hormon prolaktin juga dihasilkan dengan banyak semasa kelahiran untuk merangsang pengeluaran susu, menyebabkan payudara menjadi lebih penuh dan berat.

Kehamilan sering melibatkan penambahan berat badan, termasuk di kawasan payudara, yang memberi tekanan tambahan pada kulit dan tisu sokongan. Selepas menyusu, kelenjar susu mengecil kembali, tetapi kulit dan ligamen yang telah diregangkan tidak sepenuhnya kembali ke keadaan asal. Ini boleh menyebabkan penampilan payudara yang kendur atau "kosong".

Penuaan kulit semula jadi, disertai dengan regangan berulang akibat kehamilan, boleh menyebabkan kulit kehilangan keanjalan. Serat kolagen dan elastin dalam kulit menjadi lemah, menyumbang kepada kendurnya payudara. Setiap kehamilan meningkatkan kekerapan perubahan saiz dan regangan tisu. Proses ini secara beransur-ansur melemahkan struktur penyokong payudara, menjadikannya lebih sukar untuk mengekalkan bentuk asal.

Walau bagaimanapun, menyusu bayi bukanlah penyebab utama kenduran payudara. Sebaliknya, perubahan saiz dan regangan semasa kehamilan adalah faktor utama.

Cara Meminimalkan Kekenduran Payudara

  1. Pakai bra yang menyokong kehamilan
  2. Elakkan naik turun berat badan secara drastik
  3. Ambil suplemen menambahkan kolagen

Pengambilan kolagen membantu meminimalkan kekenduran payudara, tetapi tidak boleh mengembalikan bentuk payudara yang pejal. Penambahan kolagen melalui makanan atau suplemen dapat merangsang pengeluaran kolagen semula jadi badan. Apabila kolagen banyak, tubuh dapat memperbaiki serat kulit yang rosak akibat regangan. Ini membantu mengurangkan risiko kendur akibat kehamilan yang berulang.

Bagi mencapai tujuan ini, kami cadangkan ambil 1 sachet Gloei setiap hari dengan konsisten.

Diana Ishak
Read more

Bolehkah Kolagen Membesarkan Payudara?

Kolagen TIDAK DAPAT secara langsung membesarkan payudara. Itu fakta sains. Kolagen adalah protein yang terdapat dalam tisu penghubung di seluruh badan, termasuk kulit, tulang, dan ligamen. Ia memainkan peranan penting dalam mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit. Namun, ada beberapa sebab mengapa kolagen sering dikaitkan dengan kesihatan payudara.

Yang pertama, keanjalan kulit. Kolagen membantu mengekalkan keanjalan dan kekencangan kulit. Pengambilan kolagen BOLEH memperbaiki penampilan kulit, menjadikannya lebih tegang dan halus, yang boleh memberi kesan estetik pada bentuk payudara. Walau bagaimanapun, kolagen bukanlah membesarkan payudara. Ia hanya menjadikan kulit payudara tegang. Apabila kulit payudara lebih sihat dan lebih elastik, ia boleh memberi penampilan yang lebih baik secara keseluruhan. Tetapi ini tidak bermakna payudara akan membesar secara fizikal.

Payudara diperbuat daripada tisu lemak dan tisu kelenjar. Kolagen TIDAK mempengaruhi jumlah sel lemak atau kelenjar dalam payudara. Jadi, walaupun kolagen boleh meningkatkan keanjalan kulit, ia tidak menambah jumlah sel payudara. Secara ringkasnya, GLOEI boleh membantu memperbaiki penampilan kulit payudara, tetapi tidak boleh membesarkan payudara secara fizikal. Untuk pembesaran payudara, biasanya memerlukan intervensi yang lebih drastik seperti pembedahan atau pengubahsuaian hormon.

Diana Ishak
Read more

BRA yang anda pakai boleh memberi kesan yang lebih besar terhadap kesejahteraan fizikal dan mental.

Ramai wanita masih menggunakan bra yang lama, yang sudah slightly stretched dan berubah warna, hanya kerana ianya masih selesa dipakai. Kami sering ditanya kaitan barah dan bra. Apa yang boleh kami katakan, penyelidikan tidak menunjukkan kaitan antara penggunaan bra dan barah payudara.

Walaupun bra tidak menyebabkan barah payudara, itu tidak bermaksud bar tidak mempengaruhi kesihatan. Memakai coli yang tidak sesuai dapat menyebabkan postur tubuh lemah, sakit belakang dan leher serta bahu, kebas pada jari, dan kurangnya keyakinan diri. Bra yang tidak selesa boleh memberi kesan besar terhadap keyakinan dan harga diri.

Sekiranya ada sesuatu yang menekan pada tisu payudara, itu boleh menyebabkan rasa tidak selesa. Kadang-kadang menyebabkan masalah kesihatan mental juga. Kami menerima banyak komen dari wanita yang ingin mencuba Gloei dan Herba Rahsia Rimba, kerana mereka ada 'masalah' dengan payudara. Payudara yang tidak selesa ada kaitan dengan memakai coli yang tidak sesuai.

Bra yang meregang tidak memberikan sokongan yang sama dengan ketika pertama kali membelinya kerana badan manusia berubah dari masa ke masa. Bra hanya akan bertahan sekitar enam bulan. Maka pastikan bra berganti dalam tempoh tersebut walaupun ia masih 'selesa' dipakai. Tidak memakai bra atau low-support bra boleh menyebabkan kulit meregang melebihi had elastik, menyebabkan payudara kendur lebih awal dari sepatutnya.

Terdapat banyak penyelidikan menunjukkan bahawa memakai sokongan payudara yang rendah menyebabkan payudara sakit dan reduced movement efficiency semasa bersenam. Sebilangan besar wanita suka memakai bra soft-cup tetapi jika bra soft-cup itu tidak sesuai dengan bentuk payudara, badan dan keperluan sokongan, itu akan menyebabkan kerosakan payudara, punggung dan leher.

Cara mencari bra yang sesuai:
  • Underband harus dipasang dengan kuat, dan rata di seluruh batang badan.
  • Underwire harus mengikut lipatan payudara dan tidak boleh kena pada tisu payudara.
  • Cup harus diisi tisu payudara sepenuhnya tanpa membonjol di tepi.
  • Strap harus duduk dengan selesa di bahu.
  • Center Gore tengah hendaklah duduk RATA di atas badan.
  • Wings sebaiknya yang lebar untuk sokongan yang kuat.
Underband sangat penting untuk mendapatkan the perfect fit. Ramai wanita memakai underband yang longgar dan cup yang terlalu kecil. Itu bermakna payudara tidak disokong dan boleh kendur awal. Pastikan payudara tertutup dalam cup. Semua wanita mempunyai satu payudara lebih besar daripada yang lain maka sesuaikan dengan meng-adjust strap dan cup.

Payudara berubah sepanjang bulan, dan bahkan pada siang dan malam. Hormon membuatkan ukuran payudara berubah-ubah. Jadi, cara pemakaian coli juga berubah pada masa yang berlainan. Tidak semua kekenduran/sakit payudara disebabkan oleh kolagen atau masalah hormon. Bra juga boleh menjadi punca. Oleh itu, selain memakan Gloei dan Herba Rahsia Rimba untuk menyeimbangkan kolagen dan hormon, pemilihan bra juga penting.
Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart