Salah faham tentang "PORI-PORI TERBUKA".

Kulit adalah organ terbesar badan. Ia mengandungi berjuta-juta liang (pori), walaupun sebahagian besarnya tidak dapat dilihat oleh mata manusia. Semua pori ini terbuka, membolehkan kulit "bernafas." Setiap pori mengandungi folikel rambut dan kelenjar sebum yang mengeluarkan minyak disebut sebum.

Kelenjar sebum paling banyak terdapat pada pori-pori di muka, punggung, dada, dan pangkal paha. Kelenjar sebum menghasilkan sebum dalam jumlah yang lebih banyak di kawasan sini. Itulah sebabnya pori-pori di wajah terutama hidung, dahi, dan pipi kelihatan lebih besar daripada bahagian badan yang lain. Any skin type samada berminyak, normal, atau kering boleh mempunyai pori-pori besar sekiranya tidak dibersihkan dengan betul.

Pori-pori yang terbuka besar membuatkan kulit kelihatan kusam, terutama jika tersumbat dengan kotoran, bakteria, minyak, atau sel kulit mati. Pada remaja dan orang dewasa, pori terbuka boleh berubah menjadi blackheads atau whiteheads. 

Kolagen yang semakin menyusut pada kulit juga membuatkan pori-pori terbuka lebih besar. Kolagen yang berkurangan seiring pertambahan usia menyebabkan kelenjar sebum mengeluarkan sebum yang berlebihan dan akibatnya pori membesar. Secara ringkasnya, pori-pori besar adalah hasil kolagen yang terlalu sedikit atau tidak ada lansung di sekitar pori.

Kita tidak boleh memasukkan kolagen ke dalam kulit dengan krim kolagen kerana molekulnya terlalu besar. Satu-satunya cara untuk mendapatkan lebih banyak kolagen adalah membuatnya sendiri. Walau bagaimanapun, dengan meningkatnya usia, badan tidak dapat mensintesis kolagen dengan baik. Kita perlukan pertolongan dari luar.

#1 Rawatan Laser
Antaranya adalah, rawatan laser di mana haba didedahkan ke lapisan atas kulit untuk menarik kolagen yang ada berkumpul di bawah kulit. Haba dari laser itu juga merangsang badan menghasilkan kolagen yang baru.

#2 Rawatan Chemical Peels
Kaedah lain adalah menggunakan chemical peels untuk menghilangkan lapisan atas kulit supaya lapisan kulit yang lebih baru di bawahnya terserlah. Rawatan ini kurang haba menyebabkan penghasilan kolagen perlukan jangka masa yang lebih lama berbanding kaedah laser (dalam beberapa bulan).

#3 Vitamin
Vitamin dapat mendorong penghasilan kolagen melalui proses rangsangan kimia yang selamat. Inilah konsep yang kami gunakan dalam penghasilan GLOEI. Gloei mengandungi ekstrak bahan aktif dari tumbuhan terpilih yang diketahui secara saintifik mampu merangsang pembentukan kolagen dalam badan secara semula jadi.

Sebagaiman yang kita tahu, apabila badan berlebihan kolagen, kulit menjadi terlalu tegang, menebal, dan mengeras. Dengan Gloei, tidak akan berlaku lebihan kolagen dalam badan kerana Gloei tidak mengandungi kolagen. Ia hanya mengajak badan menghasilkan kolagen. Badan akan menghasilkan kolagen secukupnya sahaja.


Diana Ishak
Read more

Kebaikan mengambil GLOEI semasa mengandung dan menyusu.


Kulit yang sihat, terhidrat dan anjal akan membuatkan pengalaman sepanjang dan selepas kehamilan jadi lebih baik. Ramai pengguna Gloei memberitahu bahawa mereka mengalami pemulihan yang sangat cepat selepas kelahiran (berbanding kelahiran sebelumnya). Ada yang mengatakan tidak ada tanda regangan pada kulit yang obvious selepas kehamilan.

Ya, kami sangat maklum yang semua wanita berbeza, but you can't go wrong by boosting your natural collagen production. Gloei juga menguatkan sendi dan ligamen untuk membantu badan memikul beban fizikal. Menguruskan bayi adalah kerja fizikal.

Ramai ibu mengalami sakit leher, punggung, dan lengan setelah bersalin kerana kurangnya kolagen yang terbentuk semasa hamil. Kulit wajah boleh mengalami perubahan yang ketara sebelum, semasa dan selepas bersalin. Pigmentasi tambahan, jerawat, dan perubahan tekstur boleh berlaku dalam tempoh ini.

Banyak rawatan dan produk muka tidak selamat semasa mengandung. Bagi mereka yang ingin menjaga kulit mereka dengan selamat, Gloei adalah pilihan yang sangat baik, insyallah.

Walaupun kehamilan boleh menyebabkan rambut tebal dan lebat bagi banyak wanita, keguguran rambut selepas bersalin boleh menjadi kejutan. Beberapa bulan setelah bayi dilahirkan, rambut mula gugur dengan banyak akibat perubahan hormon. Kolagen dapat mendorong pertumbuhan rambut baru yang sihat dan kuat.

"Tapi, Gloei tak ada kolagen"

Betul. Gloei TIDAK MENGANDUNGI KOLAGEN. Tetapi, Gloei ada ekstrak bahan aktif yang merangsang badan anda menghasilkan kolagen dengan sendiri, tanpa bantuan kolagen haiwan.

"Kenapa tak guna kolagen haiwan?"

Makanan dari tumbuhan adalah pendekatan paling selamat dan paling sihat untuk kesihatan kulit. Kerana, tumbuhan mengandungi bioavailable kolagen yang boleh digunakan oleh tubuh dengan segera.

Selain daripada itu, tumbuhan kaya dengan vitamin C dan vitamin ini memainkan peranan utama dalam penghasilan pro-kolagen. Tumbuhan juga mengandungi klorofil, yang terkenal dengan sifat antioksidannya. Klorofil meningkatkan prekursor kepada kolagen dalam kulit.

Maka sebab itulah kami sangat yakin dengan konsep dan formula yang kami curahkan pada Gloei dapat membantu pengguna mendapatkan kulit yang lebih sihat.

Diana Ishak
Read more

Gloei boleh selesaikan masalah rambut gugur tak?


GLOEI bukan magic supplement. Ada banyak faktor yang perlu diambil kira ketika mengambil Gloei. Hari ini kami menjawab satu soalan penting - "Bolehkah GLOEI membantu pertumbuhan rambut?"

Kolagen adalah protein yang PALING BANYAK terdapat pada manusia, iaitu sekitar 25%-35% dari kandungan protein seluruh badan. Kebanyakan kolagen terdapat pada tendon, ligamen dan kulit. Kolagen juga terdapat di tisu kulit yang mengelilingi folikel rambut, dalam kuantiti yang kecil. Walaupun kecil, kolagen tetap memainkan peranan penting dalam menjaga fungsi folikel rambut.

Semasa peringkat pertumbuhan rambut, jumlah kolagen yang mengelilingi hair bulb meningkat. Ketika folikel rambut matang, ia mula kehilangan dua lapisan kolagen di sekitarnya. Oleh kerana badan menghasilkan banyak kolagen, lapisan-lapisan ini tumbuh semula dan menyokong folikel rambut sehinggalah ia memasuki tahap pertumbuhan semula.

"Kenapa kesan penggunaan GLOEI tidak sama untuk semua orang?"

Our bodies have a way of prioritizing. Kalau badan memerlukan kolagen untuk menyembuhkan luka, di situlah kolagen akan "dihantar". Dalam erti kata lain, kalau anda ada masalah parut jerawat, GLOEI akan merangsang kolagen dan kolagen yang terbentuk akan merawat parut jerawat terlebih dahulu berbanding melebatkan rambut.

Sebab itulah penting untuk kita melihat kondisi kulit. The severity of our skin problem akan menentukan lambat atau cepatnya proses pemulihan itu nanti. Yang penting, jangan membandingkan progress kita dengan orang lain tetapi track your progress dengan bagaimana kulit anda sebelum dan setelah mengambil GLOEI.

Diana Ishak
Read more

Berapa Banyak Kolagen Boleh Diambil Setiap Hari?

 

Kolagen merupakan bahagian penting dalam kulit, tendon, otot, ligamen dan saluran darah, serta bahagian mata dan gigi. Kolagen juga membantu pembekuan darah, penyembuhan luka, dan melindungi sistem saraf.

Makanan tertentu mengandungi kolagen. Ada juga makanan tertentu yang membantu badan menghasilkan kolagen sendiri dengan menyediakan asid amino penting dan nutrien lain yang diperlukan untuk berbuat demikian.

Badan manusia mampu menghasilkan semua kolagen yang diperlukan jika mengambil diet yang betul. Suplemen berkolagen mungkin tidak diperlukan untuk semua orang. Tetapi, seseorang boleh memilih untuk berbuat demikian untuk membantu merawat kekurangan kolagen. Di sini kami akan huraikan berapa jumlah kolagen yang perlu diambil setiap hari.

Kehilangan kolagen adalah salah satu sebab mengapa kulit mula berkedut apabila usia bertambah. Kehilangan kolagen juga boleh menjejaskan kekuatan tulang, sendi dan banyak lagi. Sebab itulah seiring dengan usia, ramai yang mudah mendapat sakit lutut, kerana tulang sekitar sendi sudah kekurangan kolagen.

Antara kolagen yang sering digunakan dalam kebanyakan suplemen adalah hydrolized collagen. Hydrolized collagen berasal daripada lembu, marin, ayam, babi, dan sumber haiwan lain. Perlu tahu bahawa TIDAK ADA kolagen untuk vegan. Kolagen hanya boleh didapati daripada sumber haiwan.

Pada masa ini, pihak berkuasa kesihatan tidak menyediakan sebarang garis panduan rasmi mengenai jumlah kolagen yang perlu diambil setiap hari. Oleh itu, jumlah kolagen yang perlu diambil bergantung pada bentuk suplemen yang diambil. Kebanyakan suplemen berkolagen ada cadangan dos harian pada pembungkusan.

Hydrolized collagen adalah salah satu bentuk yang paling biasa digunakan dalam suplemen berkolagen. Mengambil 2.5–15 gram hydrolized collagen setiap hari adalah selamat. Kolagen secara amnya selamat dan tidak toksik untuk individu yang sihat, dan kebanyakan orang tidak mengalami kesan sampingan yang buruk.

GLOEI tidak mengandungi kolagen. Ia mengandungi ekstrak tumbuhan yang boleh merangsang badan menghasilkan kolagen dalam badan. Beberapa ekstrak tumbuhan mempunyai keupayaan untuk:

  • menghilangkan radikal bebas.
  • melindungi kulit melalui perencatan degradasi enzimatik.
  • menggalakkan sintesis kolagen dalam kulit.


Malah, penggunaan herba dan tumbuhan telah lama dijadikan kosmetik antipenuaan.

Sesetengah tumbuhan boleh meningkatkan keanjalan kulit, kerana kandungan fitoestrogen dan saponosida-nya. Atas konsep itulah, GLOEI memilih untuk menggunakan esktrak tumbuhan dan tidak melibatkan sebarang kolagen di dalamnya.

Diana Ishak
Read more

Kolagen Dalam Kopi? Forget it!


Sesetengah orang percaya mencampurkan kolagen dalam kopi will bring good health.

Let me tell you this, kolagen dalam kopi does nothing good for you.

Sebagai seorang wanita yang berminat in aging gracefully dan sebagai seorang yang pernah mengkaji kolagen, saya mendapati produk berasaskan kolagen, menarik. Saya pernah terlibat dengan mengkaji kolagen kerana makmal kami ketika itu sedang berusaha membangunkan kolagen yang dibuat di makmal dan bukannya sumber daripada haiwan. Saya bertanya dengan rakan sekerja yang lebih berpengetahuan tentang kolagen, tentang produk suplemen yang mencampurkan kolagen dalam kopi. I get some smirks.


Bermula pada usia 27 tahun, badan mula kurang menghasilkan kolagen, menyebabkan kulit perlahan-lahan kendur dan berkedut, tulang dan sendi menjadi lemah, dan rambut menipis. Memburukkan lagi keadaan apabila seseorang mengambil diet tinggi gula, terdedah pada matahari yang berlebihan dan merokok. Ini semua mengurangkan tahap kolagen.

Kebanyakan kajian kolagen tertumpu pada arthritis dan penyembuhan luka. Suplemen berkolagen didapati membantu. Walaupun sangat sedikit penyelidikan telah dilakukan pada aplikasi lain, kemungkinan besar kolagen yang diambil secara lisan mengurangkan molekul yang membawa kepada keradangan dan penyakit.

Molekul kolagen terlalu besar untuk menembusi permukaan kulit. Jadi, krim atau losyen berkolagen adalah SCAM. Kolagen yang ada di dalam krim atau lotion akan duduk di kulit sehinggalah ia dibasuh. Tidak memberi sebarang manfaat pada kulit. Kolagen terhidrolisis (hydrolized collagen) pula merupakan kolagen yang dipecahkan kepada serpihan yang lebih kecil. Hydrolized collagen memang menembusi kulit, tetapi serpihannya terlalu kecil untuk memberikan manfaat yang besar. Sebab itulah, kebanyakan produk hydrolized collagen datang dalam volume yang besar, sekitar 15-25g satu sachet, untuk menampakkan kesan.

Kolagen terurai pada suhu melebihi suhu badan, mengubahnya menjadi gelatin biasa. Pada suhu yang lebih tinggi dari suhu badan, iaitu apabila kolagen ditambah kepada kopi panas, struktur molekul kolagen terus mencair. Jadi, seseorang yang mengatakan kolagen dicampur ke dalam kopi adalah lebih baik, that is a SCAM. Apatah lagi produk kopi berkolagen.

Adalah lebih baik mendapatkan rangsangan kolagen daripada diet dengan makan banyak sayur-sayuran hijau berdaun, sitrus, telur, tomato, kubis, nenas, dan soya. Makanan-makanan tadi dapat membekalkan badan dengan nutrien untuk menyokong pertumbuhan kolagen.

Atas mekanisme itulah, GLOEI dibangunkan. GLOEI adalah plant-based produk yang tidak mengandungi kolagen tetapi bertujuan menambah kolagen badan. Kami ekstrak bahan aktif dari tumbuhan terpilih supaya badan dirangsang untuk menghasilkan kolagen.

Diana Ishak
Read more

Bolehkah saya menggunakan pemanis tiruan jika saya menghidap diabetes?


Seseorang yang menghidap diabetes boleh mengambil kebanyakan pemanis tiruan termasuk:

  • Sakarin
  • Aspartam
  • Acesulfame potassium
  • Neotame
  • Sucralose
  • Stevia


Pemanis tiruan adalah pengganti gula. Ia tanpa kalori dan nonnutritive (tidak ada nutrisi). Pemanis tiruan berkali ganda lebih manis daripada gula. Oleh sebab itu, hanya sedikit pemanis tiruan yang diperlukan untuk memaniskan makanan. Pemanis tiruan TIDAK menjejaskan paras gula darah. Malah, kebanyakan pemanis tiruan dianggap "free foods".

"Free foods" adalah makanan yang kurang daripada 20 kalori atau hanya 5 gram karbohidrat. Ini tidak dikira sebagai kalori untuk pesakit diabetes. Dalam Nutrijuice, kami menggunakan stevia. Clearly di sini, Nutrijuice boleh diambil oleh pesakit diabetis. Tetapi perlu diingat bahawa dalam Nutrijuice ada bahan-bahan lain seperti extract citrus, kurma dan madu dan BERKEMUNGKINAN masih boleh menjejaskan paras gula dalam darah.

Dalam Gloei pula, kami menggunakan mannitol. Mannitol bukan pemanis tiruan tetapi sejenis sugar alcohol. Walau bagaimanapun kalori mannitol jauh lebih sedikit berbanding gula putih yang biasa. Mannitol biasanya digunakan dalam pengeluaran makanan dan produk farmaseutikal kerana sifatnya yang unik. Oleh kerana hanya sebahagian sahaja manitol diserap oleh badan, ia mengurangkan peningkatan gula dalam darah.

"Apa yang dimaksudkan dengan SEBAHAGIAN SAHAJA DISERAP OLEH BADAN?"

Mannitol adalah sugar alkohol. Seperti semua sugar alcohol yang lain, mannitol diserap secara perlahan dan tidak sepenuhnya dari usus kecil kita. Baki manitol diteruskan ke usus besar, di mana metabolismenya menghasilkan sedikit kalori. Oleh sebab itu, penggunaan manitol mengurangkan rembesan insulin, yang membantu mengekalkan tahap glukosa darah lebih rendah.

Tambahan pula sifat mannitol yang rendah kalori (hanya 1.6 kcal/g), menjadikannya bukan sahaja pemanis alternatif untuk penghidap diabetes, tetapi membantu mengawal berat badan. Walau bagaimanapun, sebelum mengambil Gloei, kami nasihatkan berbincang dengan doktor terlebih dulu kerana Gloei mengandungi bahan lain yang mungkin tidak sesuai untuk diet anda.

GreenAard memilih mannitol bukan sahaja kerana sifatnya yang kurang kalori tetapi yang paling penting kerana Gloei adalah produk serbuk. Untuk mengelakkan serbuk Gloei berketul-ketul, kami gunakan mannitol kerana mannitol bertindak sebagai anti-caking supaya serbuk tidak bergumpal.

Diana Ishak
Read more

Perlukah saya mengambil suplemen berkolagen?

Mungkin biasa mendengar orang bercakap tentang bagaimana pengambilan kolagen membantu kulit kelihatan lebih muda. Tetapi adakah kolagen benar-benar reverse the effects of aging?

 Ok, let's talk science.

Kolagen ialah protein yang membentuk satu pertiga daripada protein dalam badan. Kolagen menyediakan struktur untuk rawan, kulit dan tendon. Badan menghasilkan kolagen daripada asid amino (jujukan protein) yang diambil melalui makanan. 

Walau bagaimanapun, keupayaan badan menghasilkan kolagen mula merosot selepas umur 27 tahun. Kolagen tidak boleh diserap melainkan dipecahkan kepada asid amino yang lebih kecil terlebih dahulu. 

Jadi, suplemen berkolagen sebenarnya BUKAN kolagen, sebaliknya komponen kolagen yang sudah dipecahkan kepada bentuk yang boleh diserap. Mengambil suplemen berkolagen tidak akan memudaratkan, tetapi ia mungkin tidak membantu juga.

Kenapa kami katakan bergitu?

Ok, begini. 

Badan membuat kolagen dengan menggabungkan pelbagai asid amino. Sama ada seseorang mengambil suplemen berkolagen atau tidak, badan masih boleh menghasilkan kolagen sekiranya memakan diet yang merangkumi semua asid amino untuk membentuk kolagen. Suplemen berkolagen mungkin memberi beberapa asid amino, tetapi bukan semua.

Penting untuk diingat bahawa mengambil suplemen berkolagen untuk tujuan memperbaiki kulit anda, melegakan sakit sendi atau mengekalkan otot adalah TIDAK BERKESAN untuk jangka masa panjang. Ini kerana, we don’t get to decide how our body will use the amino acids in supplements.

Dalam erti kata lain, apabila mengambil suplemen berkolagen, badan tidak semestinya menggunakan asid amino dalam suplemen tersebut untuk menghasilkan kolagen. Boleh jadi ia digunakan untuk tujuan lain. Mana-mana sumber protein yang boleh dimakan mempunyai asid amino yang diperlukan untuk membina protein, termasuk kolagen. Ini termasuk protein berasaskan tumbuhan. 

Sekali lagi kami ingatkan bahawa untuk mengakses asid amino dalam makanan, badan perlu memecahkan makanan tersebut. Jadi, makan makanan yang kaya dengan kolagen TIDAK memberikan badan anda tambahan kolagen.

Ia hanya memberi badan anda asid amino yang akan berkumpul semula membentuk sebarang protein yang diperlukan oleh badan. Sebab itulah GLOEI tidak mengandungi sebarang kolagen di dalamnya kerana kami tahu badan mempunyai mekanisme sendiri bagi menghasilkan kolagen.

Yang penting adalah, GLOEI mengandungi esktrak bahan aktif yang merangsang badan menghasilkan kolagen secara semula jadi, tanpa tambahan kolagen dari luar.

Diana Ishak
Read more

Mengapa Kolagen Berkurang Seiring Usia.

Kolagen bukanlah sesuatu yang baru. Ia adalah sejenis protein yang terdapat pada otot, tulang, tendon, ligamen, organ, saluran darah, kulit, lapisan usus, dan tisu penghubung lain. Sebilangan besar protein dalam badan adalah KOLAGEN. Ini bermakna, kolagen adalah protein yang secara semula jadi terbentuk dalam badan tanpa perlu bantuan kolagen haiwan. Walaupun badan boleh mensintesis kolagen, proses tersebut memerlukan bantuan dari luar jika mahukan hasil yang lebih cepat.

Tidak ada ujian darah atau cara lain untuk mengukur jumlah kolagen dalam badan, but we can tell sekiranya badan sudah kekurangan kolagen. Seiring bertambahnya usia, badan anda secara semula jadi kurang menghasilkan kolagen. Production kolagen mula perlahan sejak kita berumur 27 tahun. 

SIMPTOM KEKURANGAN KOLAGEN
  • Luka sembuh dengan lebih perlahan
  • Tendon dan ligamen lebih kaku (stiff) dan hilang fleksibiliti
  • Jisim otot menurun (otot mengecil)
  • Badan menjadi lebih lemah dan cepat penat
  • Sakit sendi atau osteoartritis
  • Lapisan usus semakin menipis, lantas menghadapi lebih banyak masalah pencernaan
  • Kulit hilangan keanjalan
  • Kedutan mula terbentuk
Selain faktor usia, punca badan tidak dapat menghasilkan cukup kolagen adalah kerana DIET (makanan). Badan tidak dapat membuat kolagen jika tidak diet tidak mempunyai unsur yang diperlukan. Untuk membuat kolagen - atau protein apa pun - badan perlu menggabungkan beberapa jenis asid amino. Asid amino boleh didapati dengan memakan makanan kaya protein, seperti daging, kekacang, dan produk tenusu. Barulah badan dapat membuat kolagen.

Semasa proses production collagen, badan juga menggunakan MIKRONUTRIEN seperti vitamin dan mineral yang secara semula jadi banyak pada buah sitrus, tomato, dan sayur-sayuran. Bijirin seperti sunflower seeds dan soya merupakan sumber mineral yang baik. Mikronutrien penting untuk sintesis asid hyaluronik. Asid hyaluronik secara semula jadi terdapat di dalam badan, tetapi ia berkurang seiring bertambahnya usia. Tanpa tahap mikronutrien yang mencukupi, badan tidak akan mendapat manfaat sepenuhnya dari makanan yang mengandungi asid hyaluronik.

GLOEI bukanlah supplemen berkolagen. Tetapi GLOEI adalah gabungan ekstrak TUMBUHAN yang terdiri dari buah dan bijian yang merangsang sintesis asid hyaluronik. Asid hyaluronik inilah yang menjadi powerhouse bagi mempercepatkan penghasilan kolagen.
Diana Ishak
Read more

Bagaimana nak pastikan payudara dalam keadaan TIP TOP?

Seorang follower bertanya apa yang boleh dilakukannya untuk melawan kesan penuaan terhadap bentuk payudara. 

"I'm in my 20s and really love my boobs and would like to keep them perky for as along as possible. They're kind of big, so I'm fighting gravity. Are there any non-surgical things to do aside from wearing supportive bra?" - follower

Sebenarnya, memakai bra sepanjang hari pun belum tentu boleh membantu memelihara keanjalan payudara walaupun bra boleh menyokong. Tisu payudara berubah keanjalan seiring pertambahan umur, tidak kira pakai bra atau tak. Ini berlaku kerana 2 sebab :
  • tisu payudara berkurang
  • perubahan ligamen sokongan
Struktur utama protein dalam badan adalah KOLAGEN dan ELASTIN. Perubahan kolagen dan elastin menjejaskan keupayaan ligamen yang menyokong payudara menyebabkan tisu payudara menjadi "letih". Maknanya, samada kita pakai bra atau tak, payudara tetap akan berubah bentuk seiring dengan usia. Saiz payudara juga dipengaruhi oleh berat badan kerana tisu payudara kebanyakkannya terdiri dari LEMAK. Jika anda pernah gemuk, kemudian berat badan berkurang more than 25kg, payudara lebih berisiko untuk kendur.

Sebab itulah, semakin kerap wanita hamil, semakin cepat payudara hilang keanjalan. Ini bukan disebabkan menyusukan anak tetapi perubahan bentuk badan ketika hamil-bersalin berkali-kali. Menopaus juga menyumbang kepada penyebab payudara kendur. Penurunan tahap estrogen ketika menopaus menjejaskan penghasilan kolagen, menyebabkan kelenjar susu berkurangan.

Jadi, apa cara nak tegangkan payudara? Ada senaman regangan tertentu? Ada krim atau supplemen yang boleh membantu?

The bad news is, payudara TIDAK mempunyai otot. Jadi, tidak ada senaman regangan yang boleh menghalang proses pengenduran ini. Dan, TIDAK ADA suplemen dan krim khas untuk menegangkan payudara. But the good news, kita boleh memanjangkan tempoh keanjalan tisu payudara. Caranya? 

Caranya, dengan meningkatkan penghasilan kolagen dalam badan. Apabila kolagen dalam badan meningkat, bukan sahaja tisu payudara, malah tisu kulit juga terpelihara keanjalannya untuk tempoh yang lebih lama. GLOEI bukan supplemen untuk membesarkan atau menegangkan payudara, tetapi supplemen yang merangsang production kolagen dalam badan. Indirectly, anda akan nampak hasilnya pada payudara.
Diana Ishak
Read more

Kenapa kopi dan kolagen tak NGAM

Kolagen adalah protein badan yang paling banyak. Ia terbentuk secara semua jadi. Maka, ianya boleh terhasil secara semula jadi tanpa perlu kolagen haiwan.

Kolagen berfungsi sebagai 'gam' yag melekatkan tulang, rawan, kulit, dan saluran darah bersama. Itulah yang menjadikan tisu badan dapat tumbuh, matang, dan bergerak. Kehadiran kolagen di bawah kulit mengelakkan kulit kendur dari masa ke masa. Sebagai seorang wanita yang tak lari dengan kecenderungan tentang penjagaan kulit, saya terlibat dengan mempelajari kolagen selama lebih dari satu dekad, makmal kami berusaha untuk develop kolagen yang dibuat di makmal dan bukannya sumber haiwan.

Saya telah bertanya kepada rakan lain yang berpengetahuan tentang kolagen tentang pendapat mereka tentang mencampurkan kolagen ke dalam kopi mereka, and I get some smirks. Kolagen hancur pada suhu melebihi suhu badan, mengubahnya menjadi gelatin biasa. Pada suhu yang tinggi dan ketika ditambahkan ke dalam kopi panas, struktur molekul kolagen mencair atau terurai, lalu menghilangkan keupayaannya.

Tambahan pula, kafein menghalang biosintesis kolagen (bergantung pada dos). Kafein menghalang aktiviti enzim yang membantu penghasilan kolagen badan. Kesimpulannya, kafein mengurangkan sintesis kolagen pada fibroblas kulit. Kepada yang memilih makanan tambahan berkolagen, harus menggunakan air sejuk. But bear in mind that sejumlah besar kolagen dari supplement akan melalui proses penccernaan yang panjang di dalam badan. Jumlah kolagen yang badan dapatkan mungkin sangat kecil daripada apa yang diambil.

Yang terbaik adalah mendapatkan kolagen dengan memakan BANYAK sayur-sayuran. Inilah method yang diterapkan di dalam GLOEI. GLOEI mengandungi pada esktrak tumbuhan sahaja. Bahan aktif tumbuhan yang merangsang kolagen telah diesktrak agar sintesis kolagen berlaku dengan cepat, secara semula jadi. Gloei tidak perlu dicampur air, hanya koyak sachet dan masukkan ke dalam mulut. Done!

 

Love, Diana Ishak.

Diana Ishak
Read more

BRA yang anda pakai boleh memberi kesan yang lebih besar terhadap kesejahteraan fizikal dan mental.

Ramai wanita masih menggunakan bra yang lama, yang sudah slightly stretched dan berubah warna, hanya kerana ianya masih selesa dipakai. Kami sering ditanya kaitan barah dan bra. Apa yang boleh kami katakan, penyelidikan tidak menunjukkan kaitan antara penggunaan bra dan barah payudara.

Walaupun bra tidak menyebabkan barah payudara, itu tidak bermaksud bar tidak mempengaruhi kesihatan. Memakai coli yang tidak sesuai dapat menyebabkan postur tubuh lemah, sakit belakang dan leher serta bahu, kebas pada jari, dan kurangnya keyakinan diri. Bra yang tidak selesa boleh memberi kesan besar terhadap keyakinan dan harga diri.

Sekiranya ada sesuatu yang menekan pada tisu payudara, itu boleh menyebabkan rasa tidak selesa. Kadang-kadang menyebabkan masalah kesihatan mental juga. Kami menerima banyak komen dari wanita yang ingin mencuba Gloei dan Herba Rahsia Rimba, kerana mereka ada 'masalah' dengan payudara. Payudara yang tidak selesa ada kaitan dengan memakai coli yang tidak sesuai.

Bra yang meregang tidak memberikan sokongan yang sama dengan ketika pertama kali membelinya kerana badan manusia berubah dari masa ke masa. Bra hanya akan bertahan sekitar enam bulan. Maka pastikan bra berganti dalam tempoh tersebut walaupun ia masih 'selesa' dipakai. Tidak memakai bra atau low-support bra boleh menyebabkan kulit meregang melebihi had elastik, menyebabkan payudara kendur lebih awal dari sepatutnya.

Terdapat banyak penyelidikan menunjukkan bahawa memakai sokongan payudara yang rendah menyebabkan payudara sakit dan reduced movement efficiency semasa bersenam. Sebilangan besar wanita suka memakai bra soft-cup tetapi jika bra soft-cup itu tidak sesuai dengan bentuk payudara, badan dan keperluan sokongan, itu akan menyebabkan kerosakan payudara, punggung dan leher.

Cara mencari bra yang sesuai:
  • Underband harus dipasang dengan kuat, dan rata di seluruh batang badan.
  • Underwire harus mengikut lipatan payudara dan tidak boleh kena pada tisu payudara.
  • Cup harus diisi tisu payudara sepenuhnya tanpa membonjol di tepi.
  • Strap harus duduk dengan selesa di bahu.
  • Center Gore tengah hendaklah duduk RATA di atas badan.
  • Wings sebaiknya yang lebar untuk sokongan yang kuat.
Underband sangat penting untuk mendapatkan the perfect fit. Ramai wanita memakai underband yang longgar dan cup yang terlalu kecil. Itu bermakna payudara tidak disokong dan boleh kendur awal. Pastikan payudara tertutup dalam cup. Semua wanita mempunyai satu payudara lebih besar daripada yang lain maka sesuaikan dengan meng-adjust strap dan cup.

Payudara berubah sepanjang bulan, dan bahkan pada siang dan malam. Hormon membuatkan ukuran payudara berubah-ubah. Jadi, cara pemakaian coli juga berubah pada masa yang berlainan. Tidak semua kekenduran/sakit payudara disebabkan oleh kolagen atau masalah hormon. Bra juga boleh menjadi punca. Oleh itu, selain memakan Gloei dan Herba Rahsia Rimba untuk menyeimbangkan kolagen dan hormon, pemilihan bra juga penting.
Diana Ishak
Read more

Meremajakan Faraj

Kolagen paling banyak terdapat pada tulang, otot, kulit dan tendon. Tetapi ia juga terdapat di kawasan lain seperti FARAJ anda. Yes, that’s right, your vagina.

Apabila wanita meningkat umur atau mengalami perubahan hormon, tisu farajnya berubah. Tisu faraj menjadi lesu atau tidak merasa "ketat" lagi. Sebelum kita melakukan sebarang rawatan pada faraj, perlu kenal dahulu apa itu kolagen. Kolagen berfungsi sebagai asas yang kuat di BAWAH PERMUKAAN KULIT. Tidak kira samada di tangan, muka atau faraj, kolagen tersimpan DI BAWAH KULIT.

Ini bermakna, apabila kolagen dalam badan bertambah, otomatik kulit menjadi lebih baik (anjal). Jadi apa yang perlu diusahakan adalah MENAMBAHKAN KOLAGEN DALAM BADAN, bukan hanya menumpukan pada bahagian faraj sahaja. Apabila kolagen di bawah kulit berada dalam keadaan optimum, pasti kulit bahagian faraj juga jadi lebih baik.

Kolagen yang merosot membuatkan otot di dasar pelvis menjadi lemah. Ini boleh membuat orgasme sukar. Kelemahan otot-otot ini juga boleh menyebabkan peningkatan stress. Wanita yang mengalami kebocoran pundi kencing ketika tertawa, batuk atau bersenam, ini mungkin disebabkan oleh kehilangan/kekurangan kolagen.

Ada rawatan khas untuk menambahkan kolagen di bahagian faraj. Rawatan ini menggunakan frekuensi radio yang merangsang badan menghasilkan serat kolagen dan elastin yang lebih sihat. The keyword here is : MERANGSANG. Bermakna, badan manusia boleh menghasilkan kolagen sendiri tanpa perlu kolagen tambahan (kolagen haiwan).

Rawatan frekuensi radio tersebut meningkatkan aliran darah di kawasan terbabit lantas 'memaksa' kolagen dan elastin baru dibuat. Apabila kolagen dihasilkan semula, wanita akan mula merasa faraj lebih tegang dan kuat. Itulah kaedah yang GreenAard terapkan dalam GLOEI. Gloei tidak mengandungi sebarang kolagen haiwan. Gloei hanya terdiri dari protein dan ekstrak tumbuhan yang berupaya merangsang badan menghasilkan hyaluronic acid, elastin dan kolagen.

Diana Ishak
Read more
83 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart