Mengapa Kolagen Berkurang Seiring Usia.

Kolagen bukanlah sesuatu yang baru. Ia adalah sejenis protein yang terdapat pada otot, tulang, tendon, ligamen, organ, saluran darah, kulit, lapisan usus, dan tisu penghubung lain. Sebilangan besar protein dalam badan adalah KOLAGEN. Ini bermakna, kolagen adalah protein yang secara semula jadi terbentuk dalam badan tanpa perlu bantuan kolagen haiwan. Walaupun badan boleh mensintesis kolagen, proses tersebut memerlukan bantuan dari luar jika mahukan hasil yang lebih cepat.

Tidak ada ujian darah atau cara lain untuk mengukur jumlah kolagen dalam badan, but we can tell sekiranya badan sudah kekurangan kolagen. Seiring bertambahnya usia, badan anda secara semula jadi kurang menghasilkan kolagen. Production kolagen mula perlahan sejak kita berumur 27 tahun. 

SIMPTOM KEKURANGAN KOLAGEN
  • Luka sembuh dengan lebih perlahan
  • Tendon dan ligamen lebih kaku (stiff) dan hilang fleksibiliti
  • Jisim otot menurun (otot mengecil)
  • Badan menjadi lebih lemah dan cepat penat
  • Sakit sendi atau osteoartritis
  • Lapisan usus semakin menipis, lantas menghadapi lebih banyak masalah pencernaan
  • Kulit hilangan keanjalan
  • Kedutan mula terbentuk
Selain faktor usia, punca badan tidak dapat menghasilkan cukup kolagen adalah kerana DIET (makanan). Badan tidak dapat membuat kolagen jika tidak diet tidak mempunyai unsur yang diperlukan. Untuk membuat kolagen - atau protein apa pun - badan perlu menggabungkan beberapa jenis asid amino. Asid amino boleh didapati dengan memakan makanan kaya protein, seperti daging, kekacang, dan produk tenusu. Barulah badan dapat membuat kolagen.

Semasa proses production collagen, badan juga menggunakan MIKRONUTRIEN seperti vitamin dan mineral yang secara semula jadi banyak pada buah sitrus, tomato, dan sayur-sayuran. Bijirin seperti sunflower seeds dan soya merupakan sumber mineral yang baik. Mikronutrien penting untuk sintesis asid hyaluronik. Asid hyaluronik secara semula jadi terdapat di dalam badan, tetapi ia berkurang seiring bertambahnya usia. Tanpa tahap mikronutrien yang mencukupi, badan tidak akan mendapat manfaat sepenuhnya dari makanan yang mengandungi asid hyaluronik.

GLOEI bukanlah supplemen berkolagen. Tetapi GLOEI adalah gabungan ekstrak TUMBUHAN yang terdiri dari buah dan bijian yang merangsang sintesis asid hyaluronik. Asid hyaluronik inilah yang menjadi powerhouse bagi mempercepatkan penghasilan kolagen.
Diana Ishak
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart