Perlukah saya mengambil suplemen berkolagen?
Mungkin biasa mendengar orang bercakap tentang bagaimana pengambilan kolagen membantu kulit kelihatan lebih muda. Tetapi adakah kolagen benar-benar reverse the effects of aging?
Ok, let's talk science.
Kolagen ialah protein yang membentuk satu pertiga daripada protein dalam badan. Kolagen menyediakan struktur untuk rawan, kulit dan tendon. Badan menghasilkan kolagen daripada asid amino (jujukan protein) yang diambil melalui makanan.
Walau bagaimanapun, keupayaan badan menghasilkan kolagen mula merosot selepas umur 27 tahun. Kolagen tidak boleh diserap melainkan dipecahkan kepada asid amino yang lebih kecil terlebih dahulu.
Jadi, suplemen berkolagen sebenarnya BUKAN kolagen, sebaliknya komponen kolagen yang sudah dipecahkan kepada bentuk yang boleh diserap. Mengambil suplemen berkolagen tidak akan memudaratkan, tetapi ia mungkin tidak membantu juga.
Kenapa kami katakan bergitu?
Ok, begini.
Badan membuat kolagen dengan menggabungkan pelbagai asid amino. Sama ada seseorang mengambil suplemen berkolagen atau tidak, badan masih boleh menghasilkan kolagen sekiranya memakan diet yang merangkumi semua asid amino untuk membentuk kolagen. Suplemen berkolagen mungkin memberi beberapa asid amino, tetapi bukan semua.
Penting untuk diingat bahawa mengambil suplemen berkolagen untuk tujuan memperbaiki kulit anda, melegakan sakit sendi atau mengekalkan otot adalah TIDAK BERKESAN untuk jangka masa panjang. Ini kerana, we don’t get to decide how our body will use the amino acids in supplements.
Dalam erti kata lain, apabila mengambil suplemen berkolagen, badan tidak semestinya menggunakan asid amino dalam suplemen tersebut untuk menghasilkan kolagen. Boleh jadi ia digunakan untuk tujuan lain. Mana-mana sumber protein yang boleh dimakan mempunyai asid amino yang diperlukan untuk membina protein, termasuk kolagen. Ini termasuk protein berasaskan tumbuhan.
Sekali lagi kami ingatkan bahawa untuk mengakses asid amino dalam makanan, badan perlu memecahkan makanan tersebut. Jadi, makan makanan yang kaya dengan kolagen TIDAK memberikan badan anda tambahan kolagen.
Ia hanya memberi badan anda asid amino yang akan berkumpul semula membentuk sebarang protein yang diperlukan oleh badan. Sebab itulah GLOEI tidak mengandungi sebarang kolagen di dalamnya kerana kami tahu badan mempunyai mekanisme sendiri bagi menghasilkan kolagen.
Yang penting adalah, GLOEI mengandungi esktrak bahan aktif yang merangsang badan menghasilkan kolagen secara semula jadi, tanpa tambahan kolagen dari luar.