Bolehkah saya menggunakan pemanis tiruan jika saya menghidap diabetes?
Seseorang yang menghidap diabetes boleh mengambil kebanyakan pemanis tiruan termasuk:
- Sakarin
- Aspartam
- Acesulfame potassium
- Neotame
- Sucralose
- Stevia
Pemanis tiruan adalah pengganti gula. Ia tanpa kalori dan nonnutritive (tidak ada nutrisi). Pemanis tiruan berkali ganda lebih manis daripada gula. Oleh sebab itu, hanya sedikit pemanis tiruan yang diperlukan untuk memaniskan makanan. Pemanis tiruan TIDAK menjejaskan paras gula darah. Malah, kebanyakan pemanis tiruan dianggap "free foods".
"Free foods" adalah makanan yang kurang daripada 20 kalori atau hanya 5 gram karbohidrat. Ini tidak dikira sebagai kalori untuk pesakit diabetes. Dalam Nutrijuice, kami menggunakan stevia. Clearly di sini, Nutrijuice boleh diambil oleh pesakit diabetis. Tetapi perlu diingat bahawa dalam Nutrijuice ada bahan-bahan lain seperti extract citrus, kurma dan madu dan BERKEMUNGKINAN masih boleh menjejaskan paras gula dalam darah.
Dalam Gloei pula, kami menggunakan mannitol. Mannitol bukan pemanis tiruan tetapi sejenis sugar alcohol. Walau bagaimanapun kalori mannitol jauh lebih sedikit berbanding gula putih yang biasa. Mannitol biasanya digunakan dalam pengeluaran makanan dan produk farmaseutikal kerana sifatnya yang unik. Oleh kerana hanya sebahagian sahaja manitol diserap oleh badan, ia mengurangkan peningkatan gula dalam darah.
"Apa yang dimaksudkan dengan SEBAHAGIAN SAHAJA DISERAP OLEH BADAN?"
Mannitol adalah sugar alkohol. Seperti semua sugar alcohol yang lain, mannitol diserap secara perlahan dan tidak sepenuhnya dari usus kecil kita. Baki manitol diteruskan ke usus besar, di mana metabolismenya menghasilkan sedikit kalori. Oleh sebab itu, penggunaan manitol mengurangkan rembesan insulin, yang membantu mengekalkan tahap glukosa darah lebih rendah.
Tambahan pula sifat mannitol yang rendah kalori (hanya 1.6 kcal/g), menjadikannya bukan sahaja pemanis alternatif untuk penghidap diabetes, tetapi membantu mengawal berat badan. Walau bagaimanapun, sebelum mengambil Gloei, kami nasihatkan berbincang dengan doktor terlebih dulu kerana Gloei mengandungi bahan lain yang mungkin tidak sesuai untuk diet anda.
GreenAard memilih mannitol bukan sahaja kerana sifatnya yang kurang kalori tetapi yang paling penting kerana Gloei adalah produk serbuk. Untuk mengelakkan serbuk Gloei berketul-ketul, kami gunakan mannitol kerana mannitol bertindak sebagai anti-caking supaya serbuk tidak bergumpal.