Kolagen Dalam Kopi? Forget it!
Sesetengah orang percaya mencampurkan kolagen dalam kopi will bring good health.
Let me tell you this, kolagen dalam kopi does nothing good for you.
Sebagai seorang wanita yang berminat in aging gracefully dan sebagai seorang yang pernah mengkaji kolagen, saya mendapati produk berasaskan kolagen, menarik. Saya pernah terlibat dengan mengkaji kolagen kerana makmal kami ketika itu sedang berusaha membangunkan kolagen yang dibuat di makmal dan bukannya sumber daripada haiwan. Saya bertanya dengan rakan sekerja yang lebih berpengetahuan tentang kolagen, tentang produk suplemen yang mencampurkan kolagen dalam kopi. I get some smirks.
Bermula pada usia 27 tahun, badan mula kurang menghasilkan kolagen, menyebabkan kulit perlahan-lahan kendur dan berkedut, tulang dan sendi menjadi lemah, dan rambut menipis. Memburukkan lagi keadaan apabila seseorang mengambil diet tinggi gula, terdedah pada matahari yang berlebihan dan merokok. Ini semua mengurangkan tahap kolagen.
Kebanyakan kajian kolagen tertumpu pada arthritis dan penyembuhan luka. Suplemen berkolagen didapati membantu. Walaupun sangat sedikit penyelidikan telah dilakukan pada aplikasi lain, kemungkinan besar kolagen yang diambil secara lisan mengurangkan molekul yang membawa kepada keradangan dan penyakit.
Molekul kolagen terlalu besar untuk menembusi permukaan kulit. Jadi, krim atau losyen berkolagen adalah SCAM. Kolagen yang ada di dalam krim atau lotion akan duduk di kulit sehinggalah ia dibasuh. Tidak memberi sebarang manfaat pada kulit. Kolagen terhidrolisis (hydrolized collagen) pula merupakan kolagen yang dipecahkan kepada serpihan yang lebih kecil. Hydrolized collagen memang menembusi kulit, tetapi serpihannya terlalu kecil untuk memberikan manfaat yang besar. Sebab itulah, kebanyakan produk hydrolized collagen datang dalam volume yang besar, sekitar 15-25g satu sachet, untuk menampakkan kesan.
Kolagen terurai pada suhu melebihi suhu badan, mengubahnya menjadi gelatin biasa. Pada suhu yang lebih tinggi dari suhu badan, iaitu apabila kolagen ditambah kepada kopi panas, struktur molekul kolagen terus mencair. Jadi, seseorang yang mengatakan kolagen dicampur ke dalam kopi adalah lebih baik, that is a SCAM. Apatah lagi produk kopi berkolagen.
Adalah lebih baik mendapatkan rangsangan kolagen daripada diet dengan makan banyak sayur-sayuran hijau berdaun, sitrus, telur, tomato, kubis, nenas, dan soya. Makanan-makanan tadi dapat membekalkan badan dengan nutrien untuk menyokong pertumbuhan kolagen.
Atas mekanisme itulah, GLOEI dibangunkan. GLOEI adalah plant-based produk yang tidak mengandungi kolagen tetapi bertujuan menambah kolagen badan. Kami ekstrak bahan aktif dari tumbuhan terpilih supaya badan dirangsang untuk menghasilkan kolagen.