Berapa Banyak Kolagen Boleh Diambil Setiap Hari?
Kolagen merupakan bahagian penting dalam kulit, tendon, otot, ligamen dan saluran darah, serta bahagian mata dan gigi. Kolagen juga membantu pembekuan darah, penyembuhan luka, dan melindungi sistem saraf.
Makanan tertentu mengandungi kolagen. Ada juga makanan tertentu yang membantu badan menghasilkan kolagen sendiri dengan menyediakan asid amino penting dan nutrien lain yang diperlukan untuk berbuat demikian.
Badan manusia mampu menghasilkan semua kolagen yang diperlukan jika mengambil diet yang betul. Suplemen berkolagen mungkin tidak diperlukan untuk semua orang. Tetapi, seseorang boleh memilih untuk berbuat demikian untuk membantu merawat kekurangan kolagen. Di sini kami akan huraikan berapa jumlah kolagen yang perlu diambil setiap hari.
Kehilangan kolagen adalah salah satu sebab mengapa kulit mula berkedut apabila usia bertambah. Kehilangan kolagen juga boleh menjejaskan kekuatan tulang, sendi dan banyak lagi. Sebab itulah seiring dengan usia, ramai yang mudah mendapat sakit lutut, kerana tulang sekitar sendi sudah kekurangan kolagen.
Antara kolagen yang sering digunakan dalam kebanyakan suplemen adalah hydrolized collagen. Hydrolized collagen berasal daripada lembu, marin, ayam, babi, dan sumber haiwan lain. Perlu tahu bahawa TIDAK ADA kolagen untuk vegan. Kolagen hanya boleh didapati daripada sumber haiwan.
Pada masa ini, pihak berkuasa kesihatan tidak menyediakan sebarang garis panduan rasmi mengenai jumlah kolagen yang perlu diambil setiap hari. Oleh itu, jumlah kolagen yang perlu diambil bergantung pada bentuk suplemen yang diambil. Kebanyakan suplemen berkolagen ada cadangan dos harian pada pembungkusan.
Hydrolized collagen adalah salah satu bentuk yang paling biasa digunakan dalam suplemen berkolagen. Mengambil 2.5–15 gram hydrolized collagen setiap hari adalah selamat. Kolagen secara amnya selamat dan tidak toksik untuk individu yang sihat, dan kebanyakan orang tidak mengalami kesan sampingan yang buruk.
GLOEI tidak mengandungi kolagen. Ia mengandungi ekstrak tumbuhan yang boleh merangsang badan menghasilkan kolagen dalam badan. Beberapa ekstrak tumbuhan mempunyai keupayaan untuk:
- menghilangkan radikal bebas.
- melindungi kulit melalui perencatan degradasi enzimatik.
- menggalakkan sintesis kolagen dalam kulit.
Malah, penggunaan herba dan tumbuhan telah lama dijadikan kosmetik antipenuaan.
Sesetengah tumbuhan boleh meningkatkan keanjalan kulit, kerana kandungan fitoestrogen dan saponosida-nya. Atas konsep itulah, GLOEI memilih untuk menggunakan esktrak tumbuhan dan tidak melibatkan sebarang kolagen di dalamnya.