Salah faham tentang "PORI-PORI TERBUKA".
Kulit adalah organ terbesar badan. Ia mengandungi berjuta-juta liang (pori), walaupun sebahagian besarnya tidak dapat dilihat oleh mata manusia. Semua pori ini terbuka, membolehkan kulit "bernafas." Setiap pori mengandungi folikel rambut dan kelenjar sebum yang mengeluarkan minyak disebut sebum.
Kelenjar sebum paling banyak terdapat pada pori-pori di muka, punggung, dada, dan pangkal paha. Kelenjar sebum menghasilkan sebum dalam jumlah yang lebih banyak di kawasan sini. Itulah sebabnya pori-pori di wajah terutama hidung, dahi, dan pipi kelihatan lebih besar daripada bahagian badan yang lain. Any skin type samada berminyak, normal, atau kering boleh mempunyai pori-pori besar sekiranya tidak dibersihkan dengan betul.
Pori-pori yang terbuka besar membuatkan kulit kelihatan kusam, terutama jika tersumbat dengan kotoran, bakteria, minyak, atau sel kulit mati. Pada remaja dan orang dewasa, pori terbuka boleh berubah menjadi blackheads atau whiteheads.
Kolagen yang semakin menyusut pada kulit juga membuatkan pori-pori terbuka lebih besar. Kolagen yang berkurangan seiring pertambahan usia menyebabkan kelenjar sebum mengeluarkan sebum yang berlebihan dan akibatnya pori membesar. Secara ringkasnya, pori-pori besar adalah hasil kolagen yang terlalu sedikit atau tidak ada lansung di sekitar pori.
Kita tidak boleh memasukkan kolagen ke dalam kulit dengan krim kolagen kerana molekulnya terlalu besar. Satu-satunya cara untuk mendapatkan lebih banyak kolagen adalah membuatnya sendiri. Walau bagaimanapun, dengan meningkatnya usia, badan tidak dapat mensintesis kolagen dengan baik. Kita perlukan pertolongan dari luar.
#1 Rawatan Laser
Antaranya adalah, rawatan laser di mana haba didedahkan ke lapisan atas kulit untuk menarik kolagen yang ada berkumpul di bawah kulit. Haba dari laser itu juga merangsang badan menghasilkan kolagen yang baru.
#2 Rawatan Chemical Peels
Kaedah lain adalah menggunakan chemical peels untuk menghilangkan lapisan atas kulit supaya lapisan kulit yang lebih baru di bawahnya terserlah. Rawatan ini kurang haba menyebabkan penghasilan kolagen perlukan jangka masa yang lebih lama berbanding kaedah laser (dalam beberapa bulan).
#3 Vitamin
Vitamin dapat mendorong penghasilan kolagen melalui proses rangsangan kimia yang selamat. Inilah konsep yang kami gunakan dalam penghasilan GLOEI. Gloei mengandungi ekstrak bahan aktif dari tumbuhan terpilih yang diketahui secara saintifik mampu merangsang pembentukan kolagen dalam badan secara semula jadi.
Sebagaiman yang kita tahu, apabila badan berlebihan kolagen, kulit menjadi terlalu tegang, menebal, dan mengeras. Dengan Gloei, tidak akan berlaku lebihan kolagen dalam badan kerana Gloei tidak mengandungi kolagen. Ia hanya mengajak badan menghasilkan kolagen. Badan akan menghasilkan kolagen secukupnya sahaja.