Punca Payudara Kendur.

Sebelum mengambil GLOEI atau sebarang rawatan untuk memulihkan payudara yang kendur, penting untuk memahami punca masalah tersebut. Jika tertanya-tanya mengapa berat sesetengah wanita sentiasa berubah-ubah tetapi payudara mereka kekal 'gagah', ini mungkin ada kaitan dengan genetik.

Genetik membentuk penampilan yang unik. Keanjalan ligamen dan tisu payudara boleh disebabkan oleh keturunan. Faktor genetik adalah sesuatu yang sukar untuk disangkal. Jika memang genetiknya payudara besar dan 'gagah', anggapkan itu bonus. Graviti juga bertanggungjawab dalam mengubah postur apabila kita semakin tua. Graviti boleh menjejaskan payudara ketika berat badan bertambah. Semakin bertambah berat seseorang, saiz payudara juga bertambah.

Saiz payudara yang berubah dan berat ditambah pula dengan faktor graviti boleh mempercepatkan kekenduran. Bunyinya macam kelakar, tetapi itu adalah fakta. Jika suka berlari setiap hari, kekurangan sokongan pada payudara menyebabkan seseorang tidak selesa. Pergerakan yang memberi tekanan pada payudara semasa bersenam menyumbang kepada "wear and tear" pada ligamen yang menyokong payudara.

Setiap kehamilan mengurangkan keanjalan payudara. Ini ada kaitan dengan kenaikan dan penuruna berat badan setiap kali hamil. Berat badan yang berubah-ubah semasa hamil berkali-kali membuatkan tisu payudara dan ligamen penyokong meregang sedikit demi sedikit. Apabila menambah dan menurunkan berat badan berulang kali, badan mengalami perubahan ketara, terutamanya apabila turun naik berat badan dengan cepat. Umpama belon yang ditiup dan dikempis beberapa kali, keanjalan belon akan berkurangan. Begitulah jadinya pada payudara ketika ada perubahan berterusan dengan berat badan.

Semakin tinggi BMI, semakin besarlah payudara. Dalam bahasa mudah, jangan overweight terlalu lama. Apabila badan overweight terlalu lama, payudara senang untuk kendur akibat dari faktor graviti dan ligamen penyokong yang meregang.

GreenAard tiada produk untuk mengembalikan ketegangan payudara setelah kendur. Pembedahan adalah satu-satunya cara yang berkesan untuk membalikkan payudara yang kendur (reverse sagging breasts). Apa yang GreenAard boleh bantu adalah, untuk mengelakkan kekenduran berlaku dengan cepat, GLOEI boleh membuatkan badan menghasilkan kolagen secara semulajadi. Kolagen dan elastin yang cukup bukan sahaja meremajakan kulit tetapi juga menguatkan ligamen yang menyokong payudara.
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart