Bolehkah suplemen kolagen memberi keburukan dan kesan sampingan?
Suplemen kolagen umumnya diterima dengan baik, dengan SEDIKIT kesan sampingan yang dilaporkan. Walau bagaimanapun, sesetengah suplemen dibuat daripada alergen seperti ikan, kerang dan telur. Orang yang mempunyai alahan kepada makanan ini harus mengelakkan suplemen kolagen yang dibuat dengan bahan-bahan ini.
Sesetengah orang merasa loya dan kembung perut apabila mengambil suplemen kolagen, tetapi kesan ini tidak berkaitan secara langsung dengan suplemen. Dalam erti kata lain, kesan sampingan tersebut berpunca dari orang itu sendiri yang tidak serasi dengan suplemen kolagen. Selain itu, suplemen kolagen boleh menyebabkan kesan sampingan pencernaan, seperti pedih ulu hati.
Walau apa pun, suplemen kolagen nampaknya selamat untuk kebanyakan orang. Satu perkara yang mesti difahami oleh semua orang adalah, collagen turnover is a slow process. Apa juga matlamat seseorang untuk mengambil suplemen kolagen, proses ini mengambil masa. Untuk kulit yang tidak bermasalah (tiada kesan jerawat, jeragat atau parut yang teruk), sekurang-kurangnya 8 minggu (purata) untuk menampakkan hasil yang ketara. Untuk seseorang yang mempunyai masalah kulit, kajian menunjukkan kesan kolagen akan kelihatan sekitar 12 bulan. Oleh itu, seseorang harus bersabar dan tidak mengharapkan hasil yang cepat.
Kami faham apabila mencuba suplemen baru, adalah wajar untuk mengharapkan hasil. Tetapi anda juga perlu faham yang tindakbalas suplemen kolagen tidak hanya bergantung pada suplemen, tetapi juga keadaan kulit semasa. Jika alergi pada suplemen kolagen, ada alternatif lain yang boleh dicuba, tetapi terhad, kerana komposisi asid amino kolagen berbeza daripada protein lain.
Pada masa ini, TIADA suplemen kolagen vegan. Anda boleh menggantikan suplemen kolagen dengan makanan tambahan yang mengandungi asid amino yang terlibat dalam sintesis kolagen - iaitu glisin, lisin dan prolin. Sesetengah suplemen tanpa kolagen memperoleh asid amino ini daripada sumber vegan (tumbuhan).
GLOEI adalah salah satu produk alternatif untuk dicuba. GLOEI TIDAK MENGANDUNGI KOLAGEN HAIWAN. Apa yang ada di dalam GLOEI adalah ekstrak vahan aktif dari tumbuhan yang membantu meransang badan membuat kolagen sendiri. Sudah tentulah kolagen anda lebih serasi dengan badan sendiri, kan?