Saya nak putihkan kulit. Produk GreenAard yang mana sesuai?

Opps! Tunggu dulu. Ada salah faham di sini nampaknya. GreenAard TIDAK ADA produk untuk mencerahkan warna kulit. Jika anda memaksudkan produk tersebut adalah GLOEI, maybe ada perlu kami jelaskan di sini.

Mula-mula sekali, anda perlu tahu bahawa menggunakan produk yang menjadikan kulit cerah dengan cepat boleh membawa pelbagai risiko. Antara risikonya:
  • Penipisan kulit
  • Perubahan warna pada muka (discolouration)
  • Kapilari darah terlihat jelas
  • Cenderung mendapat jerawat yang teruk dan kerap (acne)
  • Hipersensitiviti kepada cahaya matahari
  • Pertumbuhan bulu roma yang tidak diingini
  • Alahan kulit

Apa yang Gloei boleh bantu adalah dengan merangsang badan anda menghasilkan lebih banyak kolagen. Ini kerana kolagen merangsang penghasilan elastin dan asid hyaluronik, iaitu dua bahan penting yang memberikan kulit keanjalan dan kelembapannya. Keanjalan dan kelembapan kulit boleh mengurangkan penampilan bintik-bintik gelap dan hiperpigmentasi, menjadikan kulit menjadi lebih cerah.



Satu kajian telah dibuat untuk mengesan bagaimana ketumpatan kolagen dalam kulit memberi kesan terhadap kecerahan warna kulit. Dalam kajian tersebut, saintis menggunakan kolorimeter spektrum untuk mengira indeks ketumpatan kolagen melalui kaedah pantulan cahaya. Hasil kajian tersebut menujukkan apabila ketumpatan serat kolagen di bahagian atas kulit berkurangan seiring dengan usia, warna kulit akan menjadi kurang cerah. Dari sini dapat disimpulkan bahawa pertambahan kolagen dalam badan membantu menjadikan kulit lebih radiant, tona sekata, sekaligus memberi impak kecerahan. 

Gloei adalah produk khas untuk merangsang badan menghasilkan kolagen yang sesuai dengan kemampuan badan. Ia tidak mengandungi kolagen haiwan. Ketika memakan Gloei, badan akan dirangsang untuk menghasilkan kolagennya sendiri. Cubalah Gloei dan lihat hasilnya pada tona kulit anda.

 

Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart