Bolehkah GLOEI Menjejaskan Haid

Kolagen telah lama menjadi pilihan untuk kesihatan kulit, rambut dan kuku. Tetapi adakah kolagen boleh menjejaskan kitaran haid juga? Kenapa tajuk ini kami ketengahkan hari ini? 

Ada beberapa orang yang mahu menggunakan GLOEI bertanya sama ada GLOEI akan 'kacau' kitaran haid. Ok begini. Kolagen dan hormon saling berkait rapat. Jadi, pengambilan sebarang suplemen boleh memberi kesan pada kitaran haid, termasuklah GLOEI. Itu adalah perkara normal kerana apabila terdapat perubahan dalam diet harian, sudah pasti kitaran haid sedikit terganggu. Tetapi persoalannya sekarang bagaimanakah GLOEI boleh menjejaskan kitaran haid, dan adakah kesan itu positif atau negatif?

Ok. Let’s take a closer look bagaimana kolagen mempengaruhi hormon dan bagaimana ia menjejaskan kitaran haid. Terdapat 4 fasa kitaran haid dan setiap fasa menggunakan hormon yang berbeza dalam jumlah yang berbeza, yang menghasilkan kesan yang berbeza-beza. Kolagen boleh menjejaskan kitaran haid bergantung pada fasa yang sedang anda lalui.

Fasa pertama kitaran anda fasa ketika darah haid keluar. Semasa tempoh ini, kedua-dua hormon estrogen dan progesteron turun mendadak. Pada masa yang sama, jumlah prostaglandin dalam badan meningkat. Prostaglandin ialah hormon khas yang menyebabkan pengecutan dalam saluran darah (yang menyebabkan perut terasa cramp). Kolagen boleh melegakan cramp ini dan membantu badan bergerak dengan lancar ke dalam fasa seterusnya. Tiada sebarang kajian saintifik yang menunjukkan bahawa kolagen boleh menghentikan haid atau mengganggu kitaran haid. Juga tiada penyelidikan yang menunjukkan pengambilan kolagen menjadikan seseorang hilang kesuburan, tumbub fibroid rahim atau ovari, atau sebarang kesan sampingan negatif yang ketara.

"Bagaimana pula pada fasa ovulasi? Adakah GLOEI menjejaskan kitaran haid semasa fasa ovulasi?"

Ya, in a good way too. Fasa ovulasi adalah fasa di mana hormon estrogen memuncak. Estrogen yang tinggi menyebabkan badan menyerap kolagen dengan lebih mudah, tetapi semakin berusia badan kurang menghasilkan kolagen. Dalam fasa ovulasi, kulit dan otot paling berisiko rosak kerana pengeluaran kolagen yang perlahan, dan mengambil GLOEI boleh mengimbanginya.

"Bolehkah GLOEI menjejaskan kitaran haid" sering ditanya, tetapi seperti yang sudah dijelaskan, GLOEI sebenarnya boleh memberi kesan positif dalam kebanyakan fasa.
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart