Bagaimana Wajah Berubah Seiring Umur

Seiring bertambahnya usia, wajah kita mengalami perubahan. Perubahan berlaku pada sebilangan struktur wajah hingga tahap yang berbeza-beza. Sejauh mana perubahan berbeza dari orang ke orang? Jom lihat beberapa struktur wajah dan bagaimana ia berubah dan mempengaruhi penampilan ketika usia meningkat.

Tulang
Semakin meningkat, 14 tulang muka hilang ketumpatan sama seperti tulang lain di seluruh badan. Tulang wajah adalah asas wajah. Oleh kerana tulang ini hilang ketumpatan, ia mengecut menyebabkan kehilangan sokongan pada struktur wajah. Ini menyebabkan soket mata yang lebih besar, kurang anjal di bahagian pipi, rahang yang lebih pendek dan dagu yang lebih kecil. Kehilangan sokongan ini mengakibatkan hilangnya keanjalan di wajah dan membuka zon peralihan wajah.

Otot
Ada 2 cara wajah berubah disebabkan otot:

[a] Apabila otot berulang kali digunakan untuk membuat ekspresi wajah - senyum, marah, merajuk - ia akhirnya membuat garis kekal pada kulit. Begitulah cara kita mendapatkan kening atau dahi berkerut.

[b] Wajah cenderung hilang jisim otot ketika meningkat usia. Ketika kita kehilangan jisim otot, kulit mulai kendur.

Lemak
Ketika muda, badan mengedarkan lemak secara sekata di bawah kulit. Ini menjadikan penampilan yang menyenangkan. Tetapi seiring bertambahnya usia, lemak cenderung mengikut graviti. Garis rahang jadi kendur, pipi yang termasuk ke dalam (cengkung) dan muka kurang penuh.

Tisu penghubung
Kolagen dan elastin menjadikan kulit tetap ketat, anjal, dan terhidrat. Seiring bertambahnya usia, badan perlahan-lahan kehilangan kemampuannya untuk menghasilkan komponen-komponen ini. We end up dengan kulit yang menipis, yang kendur, yang kering, dan tidak anjal lagi.

The bottom line is this - struktur wajah akan berubah seiring usia. Tetapi ada perkara yang boleh kita boleh usahakan untuk mengimbangi kesan ini. Yang pertama, mulakan dengan pencegahan. Lebih awal kita mulakan, lebih lambat penuaan wajah. Walaupun wajah sudah nampak perubahan, mulakan sekarang. It’s never too late to care for your skin.

Pakai sunscreen segera.
Muka dah mula nampak kedut dan jeragat? Tak apa. Pakai sunscreen sekarang. Masih boleh diselamatkan lagi. Sinar matahari dan UV is the major culprit yang mengubah kulit.

Kekal hidrat.
Sel-sel kulit memerlukan air untuk diperbaharui. Badan yang tak cukup air membuatkan pembahagian air 'dicatu' oleh sistem badan menyebabkan kulit menjadi kusam.

Tambah kolagen badan.
Asid hyaluronik meningkatkan pengeluaran kolagen dalam badan tanpa perlu mengambil kolagen haiwan. Asid hyaluronik secara semula jadi terdapat dalam badan, tetapi ia berkurang seiring bertambahnya usia. Asid hyaluronik tidak terdapat dalam makanan dalam jumlah yang banyak. Walau bagaimanapun, dengan teknologi sains, mineral dan bahan aktif dalam tumbuhan tertentu boleh diekstrak untuk merangsang pertambahan asid hyaluronik dalam badan. GreenAard mempunyai produk untuk point ini.
Diana Ishak
Read more

Tua sebelum waktu. Apa tanda-tandanya?

Apabila semakin tua, proses dalaman badan menjadi lambat termasuklah penggantian sel. Segalanya mengambil masa lebih lama untuk diperbaharui. Ini membuatkan berlakunya 'gap' atau ruang kepada tanda-tanda penuaan seperti kedutan.

Tanda-tanda penuaan ini boleh berlaku lebih awal dari yang sepatutnya. Ini dinamakan penuaan pramatang. Jika penuaan pramatang telah bermula, mustahil untuk mengelakkan ia dari berhenti (jika ia berlaku), tetapi ada cara untuk mengurangkan tanda-tanda ini pada badan. Penuaan pramatang berlaku sebelum usia 35 tahun. Jika sebelum 35 tahun tanda-tanda ini telah ada, perlu lakukan sesuatu.

JERAGAT
Jeragat terhasil akibat kulit yang terdedah pada sinaran matahari (UV) selama bertahun-tahun. Jeragat tak hanya timbul di wajah, tetapi juga di belakang tangan, atau bawah lengan. Kebiasaannya jeragat muncul setelah usia 40 tahun. Selalunya mereka yang berkulit cerah cenderung mendapat jeragat.

Nota penting : Jeragat yang muncul sebelum usia 40 tahun adalah tanda-tanda penuaan pramatang.

TANGAN BERKEDUT
Semakin berusia, kulit menjadi lebih nipis. Protein elastin dan kolagen menyusut menyebabkan kulit hilang sokongan dan bentuknya. Tangan mula kecut, berkedut dan kulit lembik [hilang anjal]. Memandangkan kolagen mula berkurang ketika umur 27 tahun, perubahan kulit boleh dilihat ketika berusia 30-an dan awal 40-an.

Nota penting : Umur yang tepat di mana pengeluaran kolagen mula menurun berbeza antara individu tetapi biasanya sekitar 25-27.

KULIT KERING / GATAL
Kulit kering atau gatal berlaku lebih kerap bila usia bertambah. Itu kerana kulit menipis makan lebih mudah terdehidrasi. Ketika usia menghampiri 40-an, boleh nampak kulit jadi lebih kering dan lebih mudah mengelupas.

Nota penting : Selalunya penggelupasan berlaku di bahagian tumit dan siku.

KENDUR
Ketika memasuki usia 30-an, kulit melambatkan pengeluaran kolagennya sedangkan kolagenlah yang membantu kulit tegang dan kekal lembap. Kulit sangat sensitif dengan perubahan kolagen. Kolagen yang berkurang walaupun sedikit menyebabkan kedutan dan kekenduran lebih mudah terjadi.

Nota penting : Kulit yang terdedah pada kotoran dan kurang minum air akan mempercepatkan lagi penuaan pramatang.

Kekurangan kolagen bukanlah punca penuaan pramatang. Kolagen memang berkurangan seiring usia tetapi sebelum umur 35 tahun, tanda-tanda penuaan belum ketara. Punca utama penuaan pramatang adalah terdedah kepada sinar matahari. Sinar UV merosakkan DNA sel kulit menyebabkan kulit berkedut awal.

Tidur lambat. Dari 11 malam hingga 2 pagi adalah waktu di mana proses mitosis sel kulit berada di puncak. Pada waktu ini hormon GH sangat aktif. Hormon ini merangsang sel kulit tumbuh semula. Skip tidur waktu ini boleh menjadi salah satu punca penuaan pramatang.

Kita tak dapat menghentikan penuaan sepenuhnya. And that’s a good thing actually. Itu bermakna masih ada peluang untuk meremajakan kembali kulit. Kita boleh merawat kulit melalui pemakanan, skin care dan gaya hidup yang baru.
Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart