BRA yang anda pakai boleh memberi kesan yang lebih besar terhadap kesejahteraan fizikal dan mental.

Ramai wanita masih menggunakan bra yang lama, yang sudah slightly stretched dan berubah warna, hanya kerana ianya masih selesa dipakai. Kami sering ditanya kaitan barah dan bra. Apa yang boleh kami katakan, penyelidikan tidak menunjukkan kaitan antara penggunaan bra dan barah payudara.

Walaupun bra tidak menyebabkan barah payudara, itu tidak bermaksud bar tidak mempengaruhi kesihatan. Memakai coli yang tidak sesuai dapat menyebabkan postur tubuh lemah, sakit belakang dan leher serta bahu, kebas pada jari, dan kurangnya keyakinan diri. Bra yang tidak selesa boleh memberi kesan besar terhadap keyakinan dan harga diri.

Sekiranya ada sesuatu yang menekan pada tisu payudara, itu boleh menyebabkan rasa tidak selesa. Kadang-kadang menyebabkan masalah kesihatan mental juga. Kami menerima banyak komen dari wanita yang ingin mencuba Gloei dan Herba Rahsia Rimba, kerana mereka ada 'masalah' dengan payudara. Payudara yang tidak selesa ada kaitan dengan memakai coli yang tidak sesuai.

Bra yang meregang tidak memberikan sokongan yang sama dengan ketika pertama kali membelinya kerana badan manusia berubah dari masa ke masa. Bra hanya akan bertahan sekitar enam bulan. Maka pastikan bra berganti dalam tempoh tersebut walaupun ia masih 'selesa' dipakai. Tidak memakai bra atau low-support bra boleh menyebabkan kulit meregang melebihi had elastik, menyebabkan payudara kendur lebih awal dari sepatutnya.

Terdapat banyak penyelidikan menunjukkan bahawa memakai sokongan payudara yang rendah menyebabkan payudara sakit dan reduced movement efficiency semasa bersenam. Sebilangan besar wanita suka memakai bra soft-cup tetapi jika bra soft-cup itu tidak sesuai dengan bentuk payudara, badan dan keperluan sokongan, itu akan menyebabkan kerosakan payudara, punggung dan leher.

Cara mencari bra yang sesuai:
  • Underband harus dipasang dengan kuat, dan rata di seluruh batang badan.
  • Underwire harus mengikut lipatan payudara dan tidak boleh kena pada tisu payudara.
  • Cup harus diisi tisu payudara sepenuhnya tanpa membonjol di tepi.
  • Strap harus duduk dengan selesa di bahu.
  • Center Gore tengah hendaklah duduk RATA di atas badan.
  • Wings sebaiknya yang lebar untuk sokongan yang kuat.
Underband sangat penting untuk mendapatkan the perfect fit. Ramai wanita memakai underband yang longgar dan cup yang terlalu kecil. Itu bermakna payudara tidak disokong dan boleh kendur awal. Pastikan payudara tertutup dalam cup. Semua wanita mempunyai satu payudara lebih besar daripada yang lain maka sesuaikan dengan meng-adjust strap dan cup.

Payudara berubah sepanjang bulan, dan bahkan pada siang dan malam. Hormon membuatkan ukuran payudara berubah-ubah. Jadi, cara pemakaian coli juga berubah pada masa yang berlainan. Tidak semua kekenduran/sakit payudara disebabkan oleh kolagen atau masalah hormon. Bra juga boleh menjadi punca. Oleh itu, selain memakan Gloei dan Herba Rahsia Rimba untuk menyeimbangkan kolagen dan hormon, pemilihan bra juga penting.
Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart