Kulit Wajah Wanita 40-an Lebih Nampak Muda Berbanding yang Berusia Awal 30-an. Makan Apa, Ya?

Faktor genetik memainkan peranan besar dalam bagaimana kulit seseorang menua. Sesetengah orang dilahirkan dengan gen yang memberikan kulit lebih elastik, tegang, dan lebih tahan terhadap kerosakan, sementara yang lain mungkin lebih cenderung untuk mengalami penuaan kulit yang lebih cepat. Kolagen dan elastin adalah dua protein utama yang memberikan struktur dan keanjalan kulit. Sesetengah orang mempunyai genetik yang menyebabkan mereka menghasilkan lebih banyak kolagen dan elastin, yang membantu mengekalkan kulit kelihatan muda lebih lama.

Hormon, terutamanya estrogen, juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan keanjalan kulit. Apabila estrogen menurun, terutamanya semasa menopaus, kulit boleh menjadi lebih kering dan mudah berkedut. Individu yang mempunyai keseimbangan hormon yang baik atau mengambil langkah-langkah untuk mengimbangi hormon mereka akan mengalami penuaan kulit yang lebih perlahan. Selain itu, jenis kulit juga mempengaruhi cara kulit menua. Kulit yang lembap lebih tahan terhadap kedutan berbanding kulit yang lebih nipis dan kering, yang lebih terdedah kepada kedutan dan garis halus.

Namun, kulit cantik dan sihat tidak akan terjadi semalaman. Kulit memerlukan rawatan konsisten dalam jangka masa panjang kerana ia sentiasa mengalami proses regenerasi sel. Setiap hari, sel kulit mati akan digantikan dengan yang baru. Proses ini mengambil masa dan berlaku secara berterusan. Oleh itu, untuk memastikan kulit kelihatan segar dan muda, kita perlu merangsang pembentukan kolagen, memperbaiki tekstur kulit, dan memperbaharui sel kulit. Ini memerlukan penggunaan produk penjagaan kulit yang konsisten, seperti pelembap, serum, pelindung matahari, dan suplemen atau makanan yang tepat.

Penjagaan kulit bukanlah sesuatu yang dapat memberi hasil serta-merta. Kulit memerlukan masa untuk menunjukkan kesan positif dari rawatan yang diberikan. Sebagai contoh, GLOEI mungkin memerlukan beberapa minggu hingga beberapa bulan untuk memberi hasil yang nyata, seperti pengurangan garis halus atau peningkatan kelembapan kulit. Hanya dengan pengambilan yang konsisten, kulit dapat melihat peningkatan berterusan dan hasil yang lebih ketara.

Penjagaan kulit yang baik memerlukan disiplin. Jadikan penjagaan kulit rutin dalam kehidupan seharian. Amalkan membersihkan muka, menggunakan toner, serum, pelembap, dan pelindung matahari setiap hari. Kebiasaan ini akan memberikan hasil yang konsisten dan jangka panjang.

Diana Ishak
Read more

Bagaimana Wajah Berubah Seiring Umur

Seiring bertambahnya usia, wajah kita mengalami perubahan. Perubahan berlaku pada sebilangan struktur wajah hingga tahap yang berbeza-beza. Sejauh mana perubahan berbeza dari orang ke orang? Jom lihat beberapa struktur wajah dan bagaimana ia berubah dan mempengaruhi penampilan ketika usia meningkat.

Tulang
Semakin meningkat, 14 tulang muka hilang ketumpatan sama seperti tulang lain di seluruh badan. Tulang wajah adalah asas wajah. Oleh kerana tulang ini hilang ketumpatan, ia mengecut menyebabkan kehilangan sokongan pada struktur wajah. Ini menyebabkan soket mata yang lebih besar, kurang anjal di bahagian pipi, rahang yang lebih pendek dan dagu yang lebih kecil. Kehilangan sokongan ini mengakibatkan hilangnya keanjalan di wajah dan membuka zon peralihan wajah.

Otot
Ada 2 cara wajah berubah disebabkan otot:

[a] Apabila otot berulang kali digunakan untuk membuat ekspresi wajah - senyum, marah, merajuk - ia akhirnya membuat garis kekal pada kulit. Begitulah cara kita mendapatkan kening atau dahi berkerut.

[b] Wajah cenderung hilang jisim otot ketika meningkat usia. Ketika kita kehilangan jisim otot, kulit mulai kendur.

Lemak
Ketika muda, badan mengedarkan lemak secara sekata di bawah kulit. Ini menjadikan penampilan yang menyenangkan. Tetapi seiring bertambahnya usia, lemak cenderung mengikut graviti. Garis rahang jadi kendur, pipi yang termasuk ke dalam (cengkung) dan muka kurang penuh.

Tisu penghubung
Kolagen dan elastin menjadikan kulit tetap ketat, anjal, dan terhidrat. Seiring bertambahnya usia, badan perlahan-lahan kehilangan kemampuannya untuk menghasilkan komponen-komponen ini. We end up dengan kulit yang menipis, yang kendur, yang kering, dan tidak anjal lagi.

The bottom line is this - struktur wajah akan berubah seiring usia. Tetapi ada perkara yang boleh kita boleh usahakan untuk mengimbangi kesan ini. Yang pertama, mulakan dengan pencegahan. Lebih awal kita mulakan, lebih lambat penuaan wajah. Walaupun wajah sudah nampak perubahan, mulakan sekarang. It’s never too late to care for your skin.

Pakai sunscreen segera.
Muka dah mula nampak kedut dan jeragat? Tak apa. Pakai sunscreen sekarang. Masih boleh diselamatkan lagi. Sinar matahari dan UV is the major culprit yang mengubah kulit.

Kekal hidrat.
Sel-sel kulit memerlukan air untuk diperbaharui. Badan yang tak cukup air membuatkan pembahagian air 'dicatu' oleh sistem badan menyebabkan kulit menjadi kusam.

Tambah kolagen badan.
Asid hyaluronik meningkatkan pengeluaran kolagen dalam badan tanpa perlu mengambil kolagen haiwan. Asid hyaluronik secara semula jadi terdapat dalam badan, tetapi ia berkurang seiring bertambahnya usia. Asid hyaluronik tidak terdapat dalam makanan dalam jumlah yang banyak. Walau bagaimanapun, dengan teknologi sains, mineral dan bahan aktif dalam tumbuhan tertentu boleh diekstrak untuk merangsang pertambahan asid hyaluronik dalam badan. GreenAard mempunyai produk untuk point ini.
Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart