GC Plus

Bagaimana nak tahu jika anda SKINNY FAT?

Hanya kerana kita mempunyai BMI "normal", tidak semestinya kita sihat. Looking beyond weight adalah penting untuk memahami apa yang berlaku dalam badan. Skinny fat adalah “normal-weight obesity”, iaitu seseorang yang mempunyai berat badan normal tetapi ada masalah kesihatan yang tidak disedari. Bermakna, seseorang itu mungkin mempunyai berat badan "normal" atau BMI normal tetapi mempunyai risiko untuk mendapat penyakit seperti orang gemuk.

Orang yang skinny fat kelihatan sihat, tetapi ketika buat medical checkup, ada tanda-tanda:
  • body fat meningkat
  • ukuran pinggang melebihi saiz sepatutnya
  • trigliserida tinggi (kolesterol)
  • LDL tinggi (kolesterol)
  • tahap Hemoglobin A1C tinggi (blood sugar tinggi selama 3 bulan berturut-turut)
  • tekanan darah tinggi
Walaupun BMI normal, kolesterol berpotensi untuk tinggi begitu juga blood sugar. Rutin check-up tekanan darah, kolesterol, dan gula darah adalah satu-satunya cara untuk mengetahui tahap kesihatan secara metabolik. Ada beberapa tanda amaran yang dapat membantu. Antara yang paling mudah adalah - spare tire. Lebihan lemak di bahagian perut dan pinggang adalah lebih berbahaya berbanding lemak di punggung, lengan dan paha.

Satu lagi lemak yang bahaya adalah lemak di bahagian tengah badan. Ia adalah punca segala kerosakan bermula dari ketahanan insulin hingga ke keradangan protein. Lemak jenis ini tidak kelihatan sama sekali, jadi mudah diabaikan. Tanda lemak ini sedang bertambah dalam badan adalah ketika seluar mula terasa lebih ketat di pinggang.

Ketika seluar mula ketat, ketahuilah bahawa lemak perut dan lemak visceral sedang bertambah. Bahaya besar bagi seseorang yang skinny fat adalah kelebihan lemak viseral. Walaupun kita lebih concern dengan lemak perut yang mudah dilihat, lemak viseral yang terletak lebih dalam dan mengelilingi organ dalaman jauh lebih berbahaya.

Lemak viseral dikaitkan dengan penyakit metabolik, bahkan orang yang mempunyai BMI "normal" juga ada lemak visceral yang banyak. Just because we don't see, don’t assume it doesn’t exist. Orang kurus masih boleh mempunyai body fat yang tinggi dan selalunya bila tidak berlebihan berat badan, mereka cenderung makan apa sahaja.

Mula-mula sekali, go check kolesterol. Jika kolesterol tinggi, itu petanda lemak sedang menumpuk di bahagian organ dalaman dan saluran darah. Tekanan darah tinggi is on the wayyyy.
Diana Ishak
Read more

Apa agaknya faktor penyebab kegemukan?

Depending on how you look at it, kegemukan boleh disebabkan oleh psikologi, sosial, faktor persekitaran atau genetik. Kegemukan sebenarnya adalah hasil interaksi antara semua faktor ini. But for the moment kami akan terangkan setiap faktor ini secara berasingan.

Kita mulakan dengan faktor psikologi. Sebahagian orang makan berlebihan daripada apa yang sepatutnya. Kita sebut sebagai comfort eating or emotional eating. Orang yang terdedah kepada jenis makanan dan pemakanan sebegini makan ketika kecewa, makan ketika tertekan, makan ketika sunyi (lonely) dan makan ketika bosan. Mereka makan bukan kerana lapar tetapi untuk menghilangkan emosi negatif.

Namun, setelah beberapa ketika makan dengan berlebihan, datang rasa bersalah, menyebabkan mereka jadi kecewa dan tertekan semula. Lalu, the cycle starts all over again. Orang yang gemuk makan berlebihan kerana bertindak balas terhadap isyarat luaran, seperti rupa atau bau makanan.

Kajian saintifik menunjukkan orang-orang yang gemuk ada tindakbalas terhadap yang sangat tinggi terhadap isyarat makanan. They should try to avoid exposure to food as much as possible. Walau bagaimanapun mengelak dari makanan amat susah untuk dilakukan. Yang jelas, psikologi setiap orang terhadap makanan adalah berbeza kerana masing-masing ada alasan mengapa mereka makan.

Kegemukan juga sangat berkait rapat dengan hubungan sosial. Orang dalam kelompok sosial yang sama mempunyai idea yang sama tentang makanan yang dimakan serta pandangan mereka terhadap bentuk dan saiz badan. Contoh, jika kawan-kawan sukakan dessert ice-cream selepas makan, chances are anda juga akan makan ice-cream. Jika kawan-kawan suka makan kek setiap petang, chances are you'll do the same even though you don't want to. To put it simply, the heavier your close friends and family are, the heavier you are likely to be.

Secara ringkasnya, walaupun kegemukan adalah disebabkan oleh makanan tetapi faktor psikologi dan sosial mempunyai peranan penting dalam penyebab kegemukan. It’s important to realize that kesemua faktor ini - makanan, psikologi, sosial dan genetik - tidak bergerak dengan sendiri melainkan mereka berinteraksi antara satu sama lain.

Maka, untuk mendapatkan perjalanan weight loss yang selesa, anda perlu bersedia untuk memahami proses ini bukanlah semudah "kurangkan makan" atau "bersenam", tetapi perlukan komitmen yang besar. GC PLUS boleh membantu anda dari segi mengurangkan rasa lapar, memberi rasa kenyang dan menambahkan jisim otot supaya lebih cepat metabolisme berlaku. Tetapi, faktor sosial dan psikologi hanya anda yang boleh menentukan.
Diana Ishak
Read more

Peranan genetik atau keturunan dalam kegemukan.

Walaupun kita semua terdedah kepada persekitaran obesogenik yang sama, tidak semua orang gemuk. 

Nota: Obesogenik adalah faktor yang menyebabkan kegemukan.

Terdapat bukti kukuh bahawa dalam badan seseorang yang gemuk, ada komponen keturunan yang menyumbang kepada punca kegemukan. Dalam kajian oleh Dr Albert Stunkard, anak kembar yang dibesarkan di dua persekitaran yang berbeza boleh mempunyai berat badan yang sama. Kajian tersebut menunjukkan bahawa pengaruh genetik terhadap kegemukan sangat besar, sedangkan persekitaran di mana kanak-kanak dibesarkan tidak banyak memberikan kesan.

Satu lagi kajian oleh Dr Claude Bouchard menunjukkan ketika beberapa orang diberikan tambahan kalori yang sama, masing-masing memberikan berat badan yang berbeza. Ada yang bertambah berat sebanyak 13kg, ada yang cuma naik 4kg. Penemuan yang paling menarik ialah kenaikan berat badan serupa di antara dua saudara kembar.

Kesamaan kembar tersebut sangat kuat hinggakan simpanan lemak
dan jumlah lemak viseral perut juga lebih kurang sama. Maksudnya, genetik bukan sahaja berperanan besar dalam menentukan berapa banyak lemak yang disimpan, tetapi juga di mana lemak disimpan. Jadi, jangan persoalkan "Kenapa orang tu turun berat dengan cepat?" atau "Kenapa berat dia sama dengan saya tetapi paha saya lebih besar?"

Kerana, samada sel lemak anda banyak atau sikit, atau di mana sel lemak ini berkumpul di dalam badan, semuanya dipengaruhi oleh faktor genetik. Dan perlu tahu bahawa wanita dan lelaki menyimpan lemak secara berbeza - wanita menyimpan lemak di pinggul, paha dan punggung, manakala lelaki cenderung mengumpulkan lemak di sekitar perut.
Diana Ishak
Read more

Adakah normal berat badan bertambah semasa haid?

Dalam tempoh haid, adalah normal jika berat bertambah 2-3kg.
Inilah simptom fizikal sindrom pramenstruasi (PMS). Perubahan hormon menyebabkan kenaikan berat badan. Berat bertambah akibat badan menahan cecair (water retention).

Hari-hari sebelum haid, estrogen dan progesteron berada pada tahap yang tidak menentu. Ini memberitahu badan bahawa sudah waktunya untuk memulakan haid. Estrogen dan progesteron mengawal cara badan mengatur cecair. Apabila hormon-hormon ini turun naik, tisu-tisu di dalam badan mengumpul lebih banyak air. Hasilnya adalah water retention.

Water retention boleh menyebabkan pembengkakan atau bengkak pada payudara, perut, atau kaki. Inilah yang meningkatkan berat badan, tetapi bukannya gemuk. Water retention adalah simptom PMS yang biasa. Perut kembung atau cramp perut boleh membuatkan pakaian terasa ketat. Ini bukan akibat kenaikan berat badan yang sebenar.

Semasa haid, perubahan hormon meningkatkan gas di saluran gastrointestinal (GI) dan menyebabkan kembung. Water retention di perut juga boleh menyebabkan kembung. Kekejangan perut berlaku disebabkan oleh bahan kimia yang disebut prostaglandin yang dilepaskan oleh rahim. Prostaglandin membuatkan rahim berkontraksi dan lapisan dinding jatuh (dikeluarkan). Inilah punca sakit perut semasa haid.

Perubahan tahap hormon progesteron yang meningkat semasa haid juga menyebabkan seseorang makan berlebihan. Progesteron adalah perangsang selera makan. Estrogen juga mengatur serotonin, iaitu sejenis neurotransmitter yang mengawal mood dan mengurangkan selera makan. Apabila estrogen tidak teratur semasa haid, serotonin juga tidak teratur. Hasilnya, selera makan bertambah. 

Serotonin yang rendah meningkatkan keinginan gula. Ini kerana, ketika serotonin rendah, otak memerlukan lebih banyak gula. Tetapi, makanan tinggi dapat meningkatkan pengambilan kalori dan menyebabkan kenaikan berat badan. Jadi, sekiranya anda mahu terus mengambil GC PLUS ketika haid, tidak mengapa. Boleh teruskan. Lagipun, GC PLUS mengandungi herba dapur, bukannya herba hutan yang panas.

Pengambilan GC PLUS ketika haid dapat menstabilkan tahap serotonin dalam badan, sekaligus memperbaiki mood dan mengurangkan selera makan yang berlebihan.
Diana Ishak
Read more

Lemak yang hilang dari badan keluar dalam bentuk apa?

Dengan berdiet, badan mendapat kekurangan kalori. Ini membantu menurunkan berat badan. Hasil kekurangan kalori membuatkan tubuh memecah lemak tersimpan. Hasil sampingan metabolisme lemak dikeluarkan dalam bentuk nafas, peluh, najis dan air kencing. Samada pepejal atau cair, semua lemak wujud dalam bentuk yang dikenali sebagai trigliserida. Trigliserida adalah komponen yang membentuk kolesterol.

Trigliserida yang dipecahkan menghasilkan gliserol dan asid lemak untuk digunakan sebagai tenaga atau disimpan dalam tisu lemak. Pengambilan kalori yang berlebihan digabungkan dengan gaya hidup yang tidak aktif menyebabkan trigliserida disimpan dalam tisu lemak.

Apabila berdiet, hormon yang dikenali sebagai lipase mula memecahkan lemak yang tersimpan di otot dan hati. Produk sampingan dari pemecahan lemak ini adalah karbon dioksida, air, nafas, dan ATP. Karbon dioksida dikeluarkan dari paru-paru dalam bentuk nafas. Air keluar sebagai air kencing, najis dan peluh. ATP pula digunakan di seluruh badan anda.

Jadi, ketika mengambil GC PLUS dan mengalami kekerapan ke tandas serta kuat berpeluh, itu petanda metabolisme lemak sedang berlaku. Najis yang keluar dengan banyak dan sukar dibilas, serta warnanya sedikit pucat (terang), berminyak dan sangat berbau busuk adalah najis yang mengandungi lemak.
Diana Ishak
Read more

Sel lemak kekal dalam badan walaupun anda sudah kurus.

Ketika berjuta-juta orang bertekad menurunkan berat badan, ada FAKTA yang ramai tidak tahu iaitu, tidak kira berapa banyak berat berkurangan, jumlah sel lemak dalam TIDAK AKAN BERKURANGAN. Sebaliknya, sel-sel lemak hanya mengecut dan tetap berada di situ menunggu masa untuk diisi semula dengan lemak sekiranya badan kembali berlebihan kalori.

Jika seseorang yang pernah obese 100kg mengatakan "Saya telah berjaya mengurangkan 30kg, kini saya 70kg!". Hakikatnya, yang hilang hanyalah lemak tetapi bukan sel-sel lemak. Sebab itulah seseorang yang pernah overweight/obese lebih mudah menambahkan berat badan sekiranya tidak mengawal pemakanan. Ini kerana sel-sel lemak telah tersedia, hanya menunggu untuk diisi semula.

Sel-sel lemak boleh tumbuh atau mengecut secara mendadak kerana sifat sel lemak ia cenderung menyimpan kembali lemak terutama jika lemak tersebut hilang dengan cepat. This could be the reason kenapa bekas peserta "The Biggest Loser" mendapati bahawa pada tahun-tahun berikutnya kebanyakan mereka cepat overweight kembali.

Sel lemak sentiasa meningkat semasa kita kecil, dan jumlahnya stabil setelah mencecah usia awal dewasa. Tetapi sel lemak boleh bertambah apabila badan ada lebihan kalori. Jadi, kepada yang masih belum overweight, pastikan tidak overweight. Kepada yang pernah overweight/obese, tolong jaga pemakanan kerana badan anda sensitif pada lebihan kalori kerana sel lemak yang sudah tersedia dengan banyak.
Diana Ishak
Read more

Mengapa lemak di bahagian badan berbeza-beza.

Kita selalu merasa tidak selesa apabila bahagian badan yang tertentu menyimpan lebih banyak lemak. Selalunya kawasan di mana simpanan lemak paling banyak adalah bahagian yang paling sukar untuk dikurangkan. Walaupun seseorang kelihatan kurus, mereka masih mempunyai masalah lebihan lemak di bahagian badan tertentu.

Obesiti bukanlah kejadian yang seragam kerana orang yang mempunyai berat badan berlebihan tidak semuanya kelihatan sama dan lebihan lemak juga berkumpul bahagian badan yang berbeza. Samada lemak berkumpul lebih banyak di paha, punggung, lengan, atau di bahagian badan yang lain, sangat dipengaruhi oleh faktor genetik.

Wanita dan lelaki menyimpan lemak secara berbeza. Wanita cenderung menyimpan lemak di pinggul dan kaki, sementara lelaki menyimpan lemak di sekitar perut. Hal ini berlaku disebabkan oleh hormon. Testosteron dan estrogen adalah dua hormon yang menjadi pemangkin penyimpanan lemak. Ini adalah sebab utama kenapa manusia cenderung mempunyai bentuk badan yang berbeza.

Tisu lemak di bahagian badan mempunyai reseptor untuk pelbagai jenis hormon. Contohnya, lemak di perut teransang dengan baik terhadap testosteron. Lelaki banyak testosterone sebab itulah lelaki cenderung mengumpul lemak di perut. Lemak di bawah kulit pula mempunyai reseptor estrogen. Semakin banyak lemak, semakin tinggi kadar estrogen dalam badan. Sebab itulah seseorang yang terlalu kurus boleh menopause lebih awal, kerana tanpa cukup estrogen untuk mengawal keadaan, kitaran hormon menjadi buruk lalu menghentikan haid.

Keluarga Kardashians mengubah kedudukan lemak dengan memindahkan lemak dari satu bahagian badan ke bahagian yang lain, seperti lemak perut ke punggung dan lemak paha ke payudara. Kecenderungan memindahkan lemak sebenarnya tidak mengubah apa-apa. Badan kekal dengan lemak yang berlebihan, selamanya. Sit-ups and squats can help shape our bodies differently, tetapi ia tidak akan mengubah kedudukan lemak yang wujud secara semulajadi di bahagian badan tersebut.

 Ada individu yang pinggangnya kecil tetapi overweight, kerana pahanya menyimpan banyak lemak. Begitulah bagaimana genetik memainkan peranan besar dalam pengurusan berat badan. Sebilangan orang memang menyimpan lebih banyak lemak di bahagian badan tertentu tanpa mengira samada overweight atau tidak.
Diana Ishak
Read more

10 Tanda GC PLUS sedang 'berkerja.

#1 Anda tidak lagi lapar sepanjang masa.
Ini kerana GC PLUS merangsang otak membebaskan serotonin. Serotonin memberikan rasa tenang dan kenyang serta melambatkan rasa lapar.

#2 Mood lebih baik.
Badan jadi lebih bertenaga, lebih dapat mengawal diri, kurang tertekan, dan kurang gelisah berbanding sebelumnya. Ini kerana berat badan yang semakin berkurangan boleh menyebabkan peningkatan kesejahteraan psikologi.

#3 Pakaian lebih sedap bila dipakai.
You may notice walaupun berat tidak berkurang dengan ketara tetapi baju-baju lama sudah boleh dipakai semula. Kerana, GC PLUS menambahkan jisim otot menjadikan badan lebih solid, tidak flabby.

#4 Merasa badan lebih padat.
Oleh kerana GC PLUS menambahkan jisim otot, walaupun berat tidak berubah, hakikatnya body fat telah berkurangan kerana jisim otot yang bertambah telah menggantikan ruang lemak yang hilang.

#5 Body measurements berubah.
Setiap 10 hari, ukur size pinggang anda. Ukuran pinggang yang mengecil bukan sahaja indicator lemak telah berkurangan, malah ada hubungan dengan penurunan tekanan darah, gula darah, dan kolesterol.

#6 Sakit yang kronik kini bertambah baik.
Penurunan berat badan dapat membantu mengurangkan rasa sakit, terutama di bahagian bawah badan yang menanggung berat badan, seperti kaki dan punggung.

#7 Lebih lawas.
GC PLUS membantu memperbaiki pergerakan usus. Kandungan sulfur yang tinggi di dalamnya melajukan pergerakan usus dan memperbaiki sistem penghadaman.

#8 Tekanan darah lebih baik.
Berat badan berlebihan boleh memberi kesan negatif pada tekanan darah, meningkatkan risiko strok dan serangan jantung. Apabila berat menurun, ia dapat mengurangkan tekanan pada jantung dan mula menormalkan tekanan darah.

#9 Kurang berdengkur.
Berdengkur ada kaitan dengan berat badan. Orang (terutama wanita) yang mempunyai sindrom metabolik (diabetes) lebih cenderung untuk berdengkur. Semakin kurang berat badan, semakin kurang berdengkur.

Wanita yang sedang menyusui (kurang dari 5 bulan) dan hamil DILARANG mengambil GC PLUS. Orang yang mempunyai penyakit Alzheimer, Dementia dan mengambil ubat kolesterol juga TIDAK BOLEH mengambil GC PLUS.

Yang mengambil ubat darah tinggi DILARANG mengambil GC PLUS kerana kandungan kalium dalam GC PLUS diketahui boleh mengganggu ubat-ubatan untuk tekanan darah tinggi.


Diana Ishak
Read more

Rambut gugur petanda badan kurang kalori.

Dalam keadaan normal, rambut tumbuh sebanyak ½ inci sebulan selama lebih kurang 2 tahun sebelum memasuki fasa rehat. Pada akhir fasa rehat, rambut lama akan gugur untuk memberi ruang kepada rambut baru. Dalam satu-satu masa, kira-kira 10% rambut memasuki fasa rehat.

Walau bagaimanapun, tekanan fizikal dan emosi dari diet boleh menyebabkan lebih banyak rambut masuk ke fasa rehat, dan gugur lebih cepat dari sepatutnya. Apabila tubuh seseorang tidak mendapat nutrien yang cukup, ia memprioritikan proses mana yang harus difokuskan seperti proses pernafasan dan peredaran darah.

Kekurangan nutrien menjadikan rambut 'haus' dan kekurangan makanan yang diperlukan untuk ia terus tumbuh dengan banyak dan kuat. Sebagai akibatnya, rambut mudah gugur. Berat badan yang turun dengan cepat akibat kekurangan kalori (diet yang strict) memberikan tekanan fizikal pada folikel rambut. Oleh itu, penurunan berat badan mesti beransur-ansur dengan perlahan dan realistik.

Semasa menurunkan berat badan, pastikan makan kalori yang mencukupi. Jangan sampai berlapar. Walaupun perlu mengehadkan kalori untuk menurunkan berat badan, mengehadkan terlalu banyak boleh menyebabkan rambut tidak cukup tenaga dan lemah. Pastikan protein mencukupi. Tidak wajib dari haiwan, protein juga boleh didapatkan dari tauhu, tempe, kekacang dan sesetengah bijirin. Penurunan berat badan yang sihat mestilah sekitar 430-900g sahaja, seminggu. Sekiranya turun lebih daripada itu, seseorang berisiko mendapat keguguran rambut.
Diana Ishak
Read more

Kaedah Mudah untuk Meningkatkan Metabolisme (Disokong oleh Sains)

Metabolisme adalah tindak balas kimia dalam badan. Reaksi kimia ini menjadikan tubuh dapat berfungsi. Semakin tinggi metabolisme, semakin banyak kalori yang dibakar dan semakin mudah menurunkan berat badan. Mempunyai metabolisme yang tinggi dapat membuatkan badan berasa lebih baik. Ada beberapa cara untuk meningkatkan metabolisme.

Fakta #1 Jangan skip protein, tetapi jangan berlebihan protein.
Protein menyebabkan metabolisme bertahan beberapa jam lebih dari nutrien lain. Ini kerana protein susah dicerna. Badan memerlukan kalori yang lebih untuk mencerna, menyerap dan memproses protein. Setiap kali mencerna protein, metabolisme badan meningkat sebanyak 15–30%, berbanding karbohidrat dan lemak.

Fakta #2 Minum air secukupnya, jangan berlebihan.
Orang yang minum air kosong atau air tanpa gula/krimer lebih senang menurunkan berat badan. Minuman bergula mengandungi kalori. Menggantinya dengan air kosong secara automatik mengurangkan pengambilan kalori.

Fakta #3 Berdiri dengan lebih banyak berbanding duduk.
Berbanding dengan duduk, berdiri dapat membakar lebih banyak kalori. Apabila berdiri, badan mengaktifkan jisim otot. Jisim otot membantu membakar lebih banyak kalori. Selain itu, semasa berdiri, sistem dalam badan lebih banyak 'berkerja' berbanding ketika duduk atau baring.

Fakta #4 Kualiti tidur
Kerap tidur lambat mengurangkan potensi mendapat tidur yang berkualiti. Tidur yang berkualiti adalah pada sekitar 10 malam hingga 3 pagi. Tidur yang tidak berkualiti meningkatkan kadar gula dalam darah, meningkatkan hormon kelaparan (ghrelin) dan menurunkan hormon kenyang (leptin). Ini semua peluang mendapat obesiti.

4 cara mudah ini hanya boleh dilaksanakan jika ada keazaman yang kuat untuk menurunkan berat badan. Ia bukanlah jaminan, tetapi membantu mempercepatkan proses weight.

Diana Ishak
Read more

Kenapa berat badan bertambah apabila bersenam

"Hari-hari saya bersenam macam nak rak! Jogging, sit-ups, skipping. Tetapi bila timbang, berat bertambah".

Kenapa?

Pertama sekali perlu diingatkan bahawa situasi sebegini tidak berlaku kepada semua orang. Walaubagaimanapun sekiranya berlaku, kemungkinan besar itu bukan pertambahan lemak tetapi pertambahan air yang disebabkan oleh keradangan. Ini kerana, bersenam boleh menyebabkan koyakan kecil pada gentian otot (microtrauma). Cara badan menyembuhkan koyakan kecil ini adalah dengan menggerakkan cecair ke kawasan koyakan dengan membawa bersama sel darah putih.

Pergerakan ini membuka saluran darah dan sel darah putih akan menyingkirkan toksin dan serpihan koyakan tadi. Cecair tadi sudah tentu memberikan sedikit pertambahan pada berat badan, tetapi bersifat sementara. Berehat dengan cukup membantu koyakan otot pulih dengan cepat. Berikan masa kepada diri sendiri. Senaman yang berlebihan juga menyebabkan badan membebaskan hormon kortisol yang menggalakkan pengumpulan lemak, lebih-lebih lagi di sekitar abdomen. 

Satu lagi sebab kenapa berat badan bertambah apabila bersenam adalah kerana badan lebih cepat menambah otot berbanding membakar lemak. Bersabar. Kerana eventually lemak akan digunakan juga. GC Plus bukan sahaja membantu mendapatkan berat badan ideal, tetapi menambah otot (increas lean muscle). Pertambahan otot inilah yang menyebabkan berat badan bertambah sedikit atau tidak banyak berubah pada awal pengambilan GC Plus. Ini kerana, pertambahan otot di bawah tisu adipos telah menolak lemak keluar yang mengakibatkan certain bahagian badan kelihatan lebih besar.

Tetapi, semakin bertambah otot, semakin meningkatlah metabolisme badan. Apabila metabolisme meningkat, slowly badan mendapat berat ideal. Sekali lagi, berikan masa kepada badan anda. Be patient. Apabila lemak tadi dibakar menjadi tenaga, anda akan dapat berat badan idaman.

Antara kesilapan ramai orang ketika bersenam dan berdiet adalah, terlalu overestimate kalori yang telah diguna oleh badan. Akibatnya, mereka underestimate kalori telah diambil (dimakan). Mereka menganggap, apabila tidak makan nasi, akan ada pengurangan berat badan. Lalu mereka cenderung mengambil 'light meal' tanpa mengetahui kadangkala 'light meal' itulah yang berkalori tinggi.

Ada pengguna GC Plus yang bertanya "Kenapa saya semakin berat sedangkan saya ambil GC Plus dan bersenam. Sepatutnya saya semakin kurus".

Ya, sepatutnya begitulah. Tetapi, senaman tidak menjanjikan penurunan berat badan jika selepas bersenam seseorang tetap makan dengan banyak (kalori yang banyak). Begitu juga dengan yang bergantung kepada GC Plus semata untuk dapatkan berat ideal (tanpa bersenam). GC Plus boleh bantu meningkatkan metabolisme supaya pembakaran lemak berlaku dengan lebih cepat dari biasa. Tetapi, ia tidak akan merubah apa-apa sekiranya seseorang makan tanpa kawalan.

Makan satu kali sehari juga tidak menjamin anda kurus dengan sihat. Kurang makan secara mendadak boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon yang menyebabkan badan berhenti terus dari membakar lemak. Jadi, berikan masa untuk pertambahan berat badan itu 'mencari jalan keluar'. Jika tak ada perubahan, step back dan lihat sekiranya ada aspek-aspek lain dalam diri yang perlukan penelitian.

Diana Ishak
Read more

Apakah cara terbaik untuk wanita menurunkan berat badan?

Setiap orang berbeza, tetapi kajian menunjukkan wanita menurunkan berat badan dengan cara yang berbeza daripada lelaki. Sebahagian besar orang perlu makan sedikit kalori untuk menurunkan berat badan. Senaman dapat membantu, tetapi memilih makanan yang betul adalah cara terbaik untuk mencapai berat badan ideal.

Gaya hidup memainkan peranan. Tidur yang sedikit, stress dan ubat-ubatan yang diambil secara rutin boleh menyebabkan kenaikan berat badan. Seberapa cepat badan membakar kalori ketika tidak aktif secara fizikal adalah sangat berbeza dengan orang lain berdasarkan genetik, biologi dan medical history. Memakan kurang 500 kalori setiap hari selama seminggu tidak selalu berakhir dengan kehilangan berat badan untuk semua orang.

Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang obese, pengiraan kalori boleh membantu menurunkan berat badan. Wanita tidak boleh mengambil kurang daripada 1000 kalori sehari. Sekiranya mahu mengehadkan jumlah kalori sehari, berbincang dengan doktor terlebih dahulu.

Lelaki menurunkan berat badan lebih cepat daripada wanita kerana lelaki mempunyai lebih banyak otot, sementara wanita mungkin mempunyai lebih banyak lemak. Otot membakar lebih banyak kalori daripada lemak, sebab itulah salah satu mekanisma GC PLUS adalah menambahkan jisim otot. Apabila otot bertambah, lemak dibakar dengan lebih cepat.

Portion control juga sangat penting. Wanita yang makan dengan portion yang lebih kecil mempunyai BMI yang lebih rendah daripada wanita yang mengehadkan atau mengelakkan makanan tertentu. Kitaran haid tidak begitu mempengaruhi berat badan. Tetapi haid boleh mempengaruhi berat badan dengan cara lain, iaitu PMS.

Ramai wanita mendapat PMS. PMS menyebabkan seseorang mengidam dan makan lebih banyak makanan manis daripada biasa. Kalori tambahan itu boleh menyebabkan kenaikan berat badan. PMS juga menyebabkan seseorang makan lebih banyak garam. Garam menjadikan tubuh menahan lebih banyak air, yang menaikkan berat badan (tetapi tidak gemuk).

Haid tidak mempengaruhi berat badan, tetapi kehilangan atau kenaikan berat badan boleh mempengaruhi kitaran haid. Wanita yang menurunkan berat badan terlalu banyak atau menurunkan berat badan terlalu cepat boleh berhenti mendapat haid, atau mengalami kitaran haid yang tidak teratur.

Wanita yang gemuk juga boleh mengalami haid yang tidak teratur. Menurunkan berat badan dapat membantu wanita mendapat kitaran haid yang lebih teratur. Lebih sukar untuk menurunkan berat badan selepas menopaus. Tahap estrogen yang lebih rendah menyebabkan kenaikan berat badan selepas menopaus.

Selain itu, kenaikan berat badan boleh juga disebabkan oleh metabolisme yang semakin perlahan ketika meningkat usia, ditambah lagi dengan tabiat makan yang kurang sihat, dan kurang aktif. Semakin berusia, badan kehilangan jisim otot. Bila otot berkurangan, badan membakar sedikit kalori sahaja.

Wanita mesti mengambil sedikit kalori daripada lelaki, terutama ketika usia bertambah. Ini kerana, secara semula jadi wanita kurang otot, lebih banyak lemak, dan lebih kecil daripada lelaki. Wanita memerlukan antara 1600 hingga 2400 kalori sehari. Seiring bertambahnya usia, pengambilan kalori perlu berkurangan untuk mengekalkan berat badan yang sama.

Adakah GC PLUS dapat membantu saya menurunkan berat badan? Bukan sahaja GC PLUS, tetapi doktor mungkin mengesyorkan seseorang mengambil pil weight loss jika:

Anda obesiti (BMI 30 atau lebih)

ATAU

Anda mempunyai berat badan berlebihan (BMI 27 atau lebih) DAN anda mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan berat badan

DAN

Anda aktif bersenam sekurang-kurangnya 6 bulan, tetapi hilang kurang daripada 430g seminggu.


Diana Ishak
Read more
333 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart