Banyak tidur jadi gemuk, atau kurang tidur jadi gemuk?

Di sini kami akan membincangkan bagaimana tidur mempengaruhi selera makan, pencernaan, dan metabolisme badan. Ada hubungan yang cukup kuat antara tidur dan berat badan, dari sudut sains. 

Tidur yang cukup (tetapi tidak terlalu banyak) membantu mengurangkan potensi kegemukan. Apabila tidak cukup tidur, metabolisme badan menjadi lambat. Metabolisme adalah proses di mana badan menukar kalori (makanan) menjadi tenaga. Tidur yang tidak berkualiti menjadikan lebih banyak kalori ditukar sebagai lemak.

Sains menunjukkan kurang tidur dapat merangsang badan mengeluarkan lebih banyak hormon insulin dan hormon kortisol. Tahap insulin dan kortisol yang tinggi mendorong badan menyimpan tenaga sebagai lemak, terutama di perut. Tidur yang kurang berkualiti meningkatkan selera makan. Ini termasuklah tidur yang kurang nyenyak dan kurang tidur. Bila ini berlaku, hormon yang mengawal rasa lapar dan rasa kenyang menjadi kacau-bilau.

Bagaimana cara tidur menggangu aktiviti hormon?

Caranya:
Akibat kurang tidur, tahap hormon ghrelin (hormon yang merangsang rasa lapar), meningkat. Pada masa yang sama, tahap hormon leptin (hormon yang mendorong perasaan kenyang), turun. 

Tidur yang tidak cukup juga dikaitkan dengan perubahan tahap serotonin. Serotonin adalah neurotransmitter yang mempunyai pengaruh besar terhadap mood dan selera makan. Bila tidak cukup tidur, badan membebaskan hormon kortisol. Hormon kortisol adalah hormon stress. Bila hormon ini banyak dalam badan (akibat tidur yang tidak cukup), ia akan merangsang pula hormon lapar (ghrelin). Hormon ghrelin yang banya dalam badan akan merencatkan pembebasan serotonin, sedangkan serotonin mengurangkan selera makan. Sebab itulah mereka yang kurang tidur dan stress sentiasa mahu makan. 

Kerana itulah GC PLUS bukan pembakar lemak (fat burner) tetapi penyekat selera makan dengan cara merangsang pembebasan serotonin. Pengguna merasa kurang lapar dan mudah merasa kenyang setelah mengambilnya.
Diana Ishak
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart