Kenapa sesetengah orang tidak gemuk walaupun makan banyak.

Kita selalu diberitahu bahawa untuk mengekalkan berat badan yang sihat, harus berhati-hati dengan apa yang kita makan. Tetapi sekurang-kurangnya kita ada seorang kawan yang kuat makan dan tak rajin tetapi badan maintain kurus. Ini membuatkan ramai tertanya-tanya apa sebenarnya rahsia di sebalik badan yang kekal kurus. Adakah itu metabolisme badan mereka atau ada sebab yang lain?

Di sini kami huraikan mengapa beberapa orang kekal slim walau sebanyak apa pun mereka makan. Metabolisme yang tinggi bukan satu-satunya faktor di sebalik badan yang kekal slim. Agak rumit untuk dijelaskan sebenarnya kerana nelibatkan beberapa perkara.

Genetik, pemakanan, dan tingkah laku membantu orang-orang ini kekal langsing. Setiap individu berbeza dan cara mereka menjaga berat badan bergantung pada faktor ini. Kebanyakan orang yang kelihatan makan banyak di depan kita sebenarnya makan seperti kita juga. Hanya kerana kita nampak mereka makan pizza tidak bermakna mereka makan pizza setiap hari.

Hanya kerana mereka makan roti canai every other day, tidak bermakna mereka makan banyak sepanjang hari. Boleh jadi, mereka mengimbanginya dengan hanya makan itu sahaja pada hari itu. Boleh jadi juga mereka makan sekali sahaja setiap hari. Ini bermakna pengambilan kalori harian mereka tetap sama dengan pengambilan kalori anda.

Faktor lain yang membantu orang kurus kekal kurus adalah tahap aktiviti fizikal mereka. Kekal aktif bukan bermaksud menghabiskan berjam-jam di gim. Hanya perlu bergerak lebih banyak sepanjang hari seperti melakukan kerja-kerja di rumah. Genetik juga memainkan peranan. Kajian menunjukkan pengaruh genetik membantu membakar lebih banyak kalori walaupun anda dan dia melakukan aktiviti yang sama.

Genetik memainkan peranan UTAMA dalam penurunan dan pertambahan berat badan. Ada 250 kawasan DNA yang berbeza dikaitkan dengan kegemukan. Didapati mereka yang gemuk semula jadi (dari kecil) atau yang sukar menurunkan berat badan mempunyai lebih gen yang berkaitan dengan obesiti.

Tetapi gen bukan satu-satunya perkara yang menyumbang kepada kenaikan berat badan atau penurunan berat badan. Kerana dalam sebiah kajian obesiti, ada orang memiliki genetic determinants for obesity tetapi masih kurus. Itu adalah bukti bahawa walaupun genetik berperanan menentukan berat badan, tetapi ia bukan satu-satunya kekuatan pendorong.

Corak tidur, gaya hidup, pilihan makanan, dan aktiviti fizikal juga menentukan berat badan. Oleh itu, jika benar-benar berusaha untuk mendapatkan berat badan yang ideal, jangan hanya fokus pada makan atau aktiviti, tetapi buat perubahan dalam tabiat gaya hidup keseluruhannya. GC PLUS bukanlah membakar lemak tetapi mengurangkan selera makan, meningkatkan rasa kenyang dan memperlahankan pembentukan lemak baru.
Diana Ishak
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart