Mengapa ketika haid kekerapan ke tandas berubah.
Hai wanita sekalian! Perasan tak setiap kali haid, kebiasaan buang air besar berubah? Ada yang sehari sampai 3-4 kali. Ada yang cirit-birit. Ada juga yang sembelit. Perubahan corak ini adalah kerana usus dipengaruhi oleh perubahan hormon yang berkaitan dengan haid.
Semasa haid, badan mengalami banyak perubahan hormon. Perubahan ini mempengaruhi seluruh tubuh, menyebabkan sindrom PMS seperti perubahan mood, kekejangan, dan perubahan pencernaan. Perubahan pergerakan usus semasa haid boleh merangkumi sembelit, cirit-birit, atau pergerakan usus yang lebih kerap.
Sebelum haid bermula, badan mengeluarkan hormon prostaglandin. Hormon ini merangsang pengecutan otot di rahim. Pengecutan ini membantu melancarkan lapisan rahim.
Pada masa yang sama, hormon prostaglandin merangsang pengecutan otot di usus yang dekat dengan rahim, menyebabkan pergerakan usus menjadi lebih kerap. Hormon ini membuatkan badan kurang menyerap air menjadikan najis lebih lembut dan meningkatkan risiko cirit-birit.
Agak sukar untuk membezakan antara kekejangan rahim dan kekejangan perut/usus ketika haid. Kedua-duanya sama-sama menyakitkan. Bagi sesetengah orang, progesteron boleh mempengaruhi saluran gastrousus sehingga menyebabkan sembelit atau cirit-birit. Prostaglandin juga menyebabkan sakit kepala.
Pada wanita yang mengalami masalah usus kronik atau gangguan usus, haid boleh memburukkan lagi gejala. Sebagai contoh, pada orang yang mengalami masalah sembelit, perubahan progesteron dapat memperburukkan sembelit. Ini juga berlaku untuk orang yang ada masalah endometriosis, fibroid rahim, dan ovarian cyst.
Progesteron dapat meningkatkan rasa lapar dan menambahkan menginginkan pada makanan tinggi lemak dan gula, seperti ais krim atau coklat, sedangkan badan sukar mencerna makanan ini. Memakan banyak makanan tersebut boleh mempengaruhi pergerakan usus seseorang.
Perubahan tabiat pemakanan ketika haid (yang disebabkan oleh perubahan hormon) mungkin menyumbang kepada mengapa beberapa orang mendapat perbezaan konsistensi, keteraturan, atau bau najis sebelum atau selama tempoh haid.
Semasa PMS atau haid, ramai mengalami perubahan mood. Tekanan juga boleh mempengaruhi pergerakan usus seseorang, menyebabkan sembelit atau cirit-birit.
Bagi membantu anda manage gangguan pencernaan ketika haid:

- Makan banyak buah dan sayur-sayuran.
- Banyakkan bergerak. Bergerak boleh melegakan kembung dan membantu usus bergerak.
- Cuba pelembut najis (stool softeners) seperti julap.
- Ambil HERBA RAHSIA RIMBA. Ia membantu mengurangkan kekejangan dan ketidakselesaan rahim serta inhibit prostaglandin.