Faraj longgar, normal atau tidak?

Faraj bukan sahaja akan longgar sedikit selepas bersalin berkali-kali, malah ketika usia mencecah 35 tahun, faraj mula melonggar secara semulajadi. That's why kita digalakkan buat senaman 'kemut and lepas'.

Jika tidak ada masa untuk melakukan senaman ini, boleh cuba HRR. Cuma, HRR tidak boleh diamalkan setiap hari kerana ia bukan menggunakan herba dapur tetapi herba hutan yang sifatnya panas.

Untuk wanita selepas bersalin, dicadangkan ambil HRR pada hari ke-30 berpantang. Ambil 7 hari berturut-turut. Selepas itu diambil selang sehari. Walaupun darah belum kering tidak mengapa, tetap saja ambil pada hari ke-30. Kerana ketika itu darah semakin kering. HRR membantu 'mencuci' darah-darah yang masih tertinggal di dalam rahim.

Menopaus juga menjadikan kulit faraj menipis. Ditambah lagi dengan paras estrogen yang menurun membuatkan natural lubricant tidak cukup banyak untuk penetration (penis).

Sudahlah kulit faraj menipis, lubricant pula kurang. Ini akan menambahkan rasa sakit. Bila sakit, keinginan sex menurun. Maksudnya di sini, semakin berusia, kehilangan desire bukan sahaja berpunca kerana "dah tua" atau "faraj longgar" tetapi the sensation berubah.

FYI, bentuk faraj juga mendatangkan masalah. Bibir faraj sebelah dalam yang terbonjol keluar membuatkan bahagian yang terkeluar itu bergesel pada seluar dalam. Lama-kelamaan, skin jadi irritate dan berlaku infection.

Kes begini tak boleh diselesaikan dengan memakan jamu atau ubat semata-mata. Perlu lakukan labioplasty surgery untuk membuang lebihan kulit.

Oleh sebab itu, jika sudah mencuba 10 jenis produk tetapi infection pada kemaluan masih tidak hilang, jangan simply salahkan produk. Boleh jadi punca gatal-gatal yang tak berkesudahan berpunca dari labia problem.

Bukan semua faraj yang gatal-gatal berpunca dari yis (candida). Dan tak semua lendir yang keluar dari faraj petanda ada jangkitan. Faraj yang sihat memang ada bakteria, tetapi bakteria baik dan jahatnya seimbang.

Faraj yang sihat tetap hasilkan lendir warna putih tapi tidak berbau busuk. Jumlah lendir yang keluar juga bergantung pada tahap hormon, bukan semata-mata infection.

Hormon estrogen semakin menurun apabila mencecah 40 tahun. Ibu-ibu yang menyusukan anak juga mengalami penurunan hormon estrogen. Estrogen yang rendah menyebabkan lapisan faraj menipis. Ini menjadi punca gatal-gatal dan sakit pada faraj

Walau bagaimanapun, simptom gatal-gatal ini boleh hilang apabila estrogen meningkat. Itulah sebenarnya fungsi HRR. HRR lebih menumpukan kepada keseimbangan hormon estrogen. Bila hormon estrogen seimbang, badan lebih subur, kitaran haid become normal, masalah gatal-gatal hilang and simptom menopause berkurang. HRR bukan untuk seks semata-mata.
Diana Ishak
Read more

Punca kenapa berlaku SPOTTING sebelum tempoh haid

Pil perancang
Spotting adalah kesan sampingan yang biasa jika seseorang mengambil, menghentikan atau menukar pil perancang. Estrogen menjaga lapisan rahim. Mengubah atau mengganggu aktiviti estrogen dengan pil perancang boleh menyebabkan spotting. Walaupun spotting ini tidak berpanjang lebih dari 3 bulan. Terapi penggantian hormon yang digunakan untuk rawatan simptom menopaus juga boleh menyebabkan spotting.

Awal kehamilan
Spotting adalah perkara biasa pada awal kehamilan - ini dinamakan implantasi spotting. Implantasi spotting berlaku ketika telur yang disenyawakan menempel pada dinding bahagian dalam rahim. Apabila embrio terbentuk, saluran darah kecil koyak menyebabkan keluar keputihan berwarna merah jambu atau coklat. Implantasi spotting biasanya berlaku sebelum tempoh haid ATAU 5-10 hari selepas conception.

Ovulasi
Spotting semasa ovulasi adalah biasa dan tak perlu dibimbangkan. Wanita boleh notice spotting ini selama 1-2 hari. Spotting biasanya berwarna merah muda pucat. Ada beberapa sebab spotting berlaku, antaranya:

i. apabila folikel matang dan pecah, boleh menyebabkan pendarahan ringan.
ii. peningkatan tahap estrogen semasa ovulasi

Perimenopaus
Apabila menghampiri menopaus, badan mula spotting merah jambu atau coklat dan sedikit pendarahan ringan sebelum haid bermula. Semasa peringkat peralihan ini, haid jadi tidak teratur, kadang-kadang heavy, dan mungkin lebih lambat dari kebiasaan. Ini kerana semasa perimenopause, tahap hormon tidak teratur. Sebaik sahaja menopaus, haid berhenti.

Stress
Tekanan boleh menyebabkan banyak ketidakseimbangan dalam badan dan haid tidak terkecuali. Tekanan emosi (kemurungan, kegelisahan, kebimbangan, insomnia) dan tekanan fizikal (penurunan berat badan atau kenaikan, penyakit, diet yang buruk, terlalu banyak bersenam) boleh mempengaruhi kitaran haid. Stress yang melampau dapat menyebabkan badan mengeluarkan lebih banyak hormon kortisol (hormon stress), yang kemudian menyebabkan badan hanya mengeluarkan sedikit estrogen dan progesteron. Ketidakseimbangan hormon ini mengacaukan kitaran haid, menjadikannya tidak teratur atau terlambat, dan berlaku spotting/stain sahaja. Walaupun bersenam adalah stress-reliever, terlalu banyak bersenam menyebabkan spotting.

Penurunan estrogen
Satu daripada sepuluh wanita mengalami spotting akibat penurunan estrogen. Jenis spotting ini biasanya berlaku kira-kira 10-14 hari sebelum tempoh haid yang seterusnya. Jenis spotting ini berlaku kerana perubahan jumlah estrogen yang merangsang endometrium. Penurunan estrogen menyebabkan wanita mengalami keputihan coklat, atau spotting. Kadang-kadang spoting datang bersama cramp dan sedikit kesakitan.

Tiroid
Ketidakseimbangan hormon adalah salah satu sebab spotting sebelum haid. Salah satunya, penghasilan estrogen yang terlalu banyak kerana masalah tiroid. Tiroid yang rendah (hipotiroidisme) boleh menyebabkan perubahan dan ketidakseimbangan dalam metabolisme. Ini menyebabkan gejala keletihan berterusan, suhu badan tidak teratur, kenaikan berat badan yang ketara, keguguran rambut, dan sakit leher.

PCOS
Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) adalah ketidakseimbangan hormon yang mengganggu ovulasi normal dan boleh menyebabkan pendarahan yang tidak normal, atau spotting between periods. Ia juga boleh menyebabkan rambut gugur dan jerawat. PCOS menyebabkan ovari tidak mendapat isyarat hormon yang betul dari kelenjar pituitari. Tanpa isyarat ini, badan tidak boleh ovulasi setiap bulan, yang mempengaruhi kitaran haid. Ini menyebabkan haid tidak teratur, dan berlalu spotting.

GreenAard mempunyai produk yang membantu mengurangkan simptom-simptom di atas, iaitu HERBA RAHSIA RIMBA. Ia bukanlah rawatan kepada masalah anda, tetapi satu fungsi HERBA RAHSIA RIMBA adalah menyeimbangkan tahap hormon wanita. Siapa yang dicadangkan untuk ambil HRR:

- yang ada masalah haid tidak teratur
- yang ada simptom menopos
- yang berusia 40 tahun ke atas
- untuk mengurangkan simptom PMS

Whatsapp kami untuk pertanyaan lanjut, 012-7728976.
Diana Ishak
Read more

Apa yang perlu diketahui mengenai lendir serviks dan tanda-tanda kesuburan.

Sepanjang kitaran haid, lendir serviks berubah. Lendir serviks sering disalah ertikan sebagai keputihan. 

Salah!

Lendir serviks adalah sihat dan petanda ovulasi. 

Salah satu kaedah pemantauan kesuburan adalah dengan melihat perubahan lendir serviks untuk meramalkan waktu subur. Ketika seseorang subur, cairan serviks yang cair dan licin keluar [seakan-akan cair putih telur].

Sepanjang kitaran haid, perubahan hormon mempengaruhi jumlah, tekstur, dan kemunculan lendir serviks. Adakalanya lendir ini boleh menembusi seluar dalam [kerana terlalu banyak]. Berbeza dengan keputihan, lendir serviks tidak gatal dan tidak berbau. Ia hadir dalam tempoh tertentu dan hilang dengan sendirinya.

Lendir serviks yang jernih dan licin, adalah petanda waktu subur semakin hampir. Lendir serviks berfungsi membantu sperma berenang ke telur wanita. Ia juga menjaga sperma semasa perjalanannya ke telur.

Secara amnya, kitaran kesuburan adalah seperti ini :

[1] Kitaran awal (hari 1–5) : Ini adalah ketika haid berlaku.

[2] Hari 6-10 : Cecair melekit mungkin keluar Ini adalah masa kesuburan rendah.

3] Hari 10-14 : Badan mula menghasilkan lebih banyak estrogen. Cecair melekit mula menipis dan berwarna keruh. Slowly, berubah menjadi licin dan mula kelihatan seperti putih telur.

[4] Hari 15-22 : Adalah tempoh paling subur. Ovulasi bermula pada ketika ini. cecdair serviks keluar dengan banyak.

Ovulasi memainkan peranan penting dalam menentukan konsistensi cecair serviks. Seseorang yang tidak berovulasi [subur] mungkin hanya ada sedikit atau tiada cecair serviks. Kalau haid anda melebihi 10 hari, waktu kesuburan datang lebih lambat. Ini yang anda kena pantau sendiri bilakah tempoh kesuburan anda.

Sesiapa yang cuba untuk hamil mesti melakukan hubungan seks ketika mula nampak perubahan pada lendir serviks [hari 10-14]. Telur hanya hidup 12-24 jam setelah ovulasi, tetapi sperma dapat hidup lebih lama, selalunya 3-5 hari dalam cairan serviks yang subur.

Ini bermaksud, waktu terbaik untuk melakukan seks adalah sebelum ovulasi, kerana sperma dapat hidup di saluran pembiakan selama beberapa hari. Bila ovulasi berlaku, sperma dapat masuk ke telur dengan segera.

JADI, APA KAITANNYA DENGAN HERBA RAHSIA RIMBA?

Lendir serviks dirembeskan oleh serviks dan pengeluarannya dirangsang oleh hormon estrogen. Ketika menghampiri ovulasi, kadar estrogen mula meningkat, menyebabkan serviks mengeluarkan lebih banyak lendir yang disebut "fertile quality". Herba Rahsia Rimba bukan ubat untuk menjamin anda boleh hamil, tetapi ia memperbaiki tahap hormon estrogen.

Pengambilan Herba Rahsia Rimba juga harus ikut jadual :

[1] Wanita yang baru bersalin, mulakan HRR pada hari ke-30 berpantang. Ambil setiap hari selama 14 hari, kemudian ambil selang sehari.

[2] Wanita berkahwin mulakan HRR pada hari ke-7 haid. Amalkan setiap hari selama 7 hari, kemudian ambil selang sehari hingga ke tempoh haid seterusnya.

[3] Anak dara, ambil pada hari ke-7 haid, ke-9, ke-11.....[tak perlu setiap hari]

[4] Bila haid seterusnya datang, berhenti. Kemudian ulang cara ini pada hari ke-7.

 

Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart