Apa yang Berlaku 5 Tahun Sebelum Menopause

Lima tahun sebelum menopause adalah fasa yang disebut perimenopause. Perimenopause ialah tempoh di mana badan wanita mula mengalami perubahan hormon secara perlahan-lahan sehingga mencapai menopaus, iaitu apabila haid berhenti sepenuhnya selama 12 bulan berturut-turut. Dalam fasa ini, pelbagai perubahan boleh dirasai secara fizikal, emosi, atau fisiologi.

Perubahan yang Akan Anda Rasai 5 Tahun Sebelum Menopause:

Perubahan Kitaran Haid

Haid menjadi tidak teratur dengan tempoh haid yang lebih panjang, lebih pendek, atau datang lewat. Aliran darah mungkin lebih berat atau lebih ringan daripada biasa.

Terlepas Haid

Ada kalanya haid tidak datang selama beberapa bulan sebelum kembali secara tiba-tiba.

Hot Flashes

Rasa panas secara tiba-tiba, biasanya di bahagian muka, leher, atau dada. Ia sering disertai dengan berpeluh, jantung berdebar, atau rasa cemas.

Perubahan Emosi

Mood swings menjadi perkara biasa, di mana perasaan berubah-ubah secara mendadak tanpa sebab jelas, daripada gembira kepada sedih atau marah.

Keresahan dan Tekanan

Wanita mungkin berasa resah, sukar relaks, atau mudah cemas.

Kemurungan Ringan

Rasa kosong atau tidak bermotivasi adalah antara tanda kemurungan ringan yang mungkin berlaku.

Masalah Tidur

Sukar tidur atau mudah terbangun pada waktu malam menjadi cabaran biasa.

Night Sweats

Berpeluh pada waktu malam sehingga tidur terganggu.

Perubahan Berat Badan dan Metabolisme

Metabolisme menjadi perlahan, menyebabkan lemak lebih mudah terkumpul, terutamanya di kawasan perut.

Perubahan Bentuk Badan

Jisim otot berkurangan, dan lemak badan bertambah, menjadikan berat badan cepat naik tetapi lambat turun.

Kekeringan Vagina

Masalah ini menyebabkan rasa sakit dan tidak selesa semasa hubungan seksual, disertai gatal atau pedih di kawasan vagina.

Rambut dan Kulit

Rambut menjadi lebih nipis dan mudah gugur, sementara kulit kehilangan keanjalan dan menjadi lebih kering.

Perubahan Fizikal Lain

Wanita mungkin mengalami sakit sendi ringan atau rasa kaku, terutamanya pada waktu pagi.

Keletihan

Rasa letih walaupun mendapat tidur yang cukup.

Semua perubahan ini berkaitan dengan penurunan hormon estrogen dan progesteron. Estrogen memainkan peranan penting dalam mengawal suhu badan, metabolisme, kesihatan tulang, dan kestabilan emosi.

Bagaimana Herba Rahsia Rimba Membantu Perimenopause?

Menyeimbangkan Hormon: Fitoestrogen dalam White Kwao Krua dan Kacip Fatimah membantu mengimbangi paras estrogen, mengurangkan simptom seperti hot flashes, kekeringan vagina, dan mood swings.

Meningkatkan Tenaga: Urena lobata dan ekstrak Rafflesia membantu melawan keletihan, meningkatkan kecergasan dan stamina sepanjang hari.

Menyokong Kesihatan Rahim dan Vagina: Manjakani, Kacip Fatimah, dan Mas Cotek menyokong kesihatan reproduktif, membantu mengetatkan otot pelvis, dan menjaga kebersihan serta keselesaan vagina.

Mencegah Penuaan Awal: Antioksidan dalam Mas Cotek melindungi sel kulit daripada kerosakan, membantu kulit kekal lembap dan anjal.

Menguatkan Tulang dan Sistem Imun: White Kwao Krua membantu mengekalkan kepadatan tulang, manakala Mas Cotek menyokong sistem imun untuk melawan penyakit.

Mengawal Berat Badan: Kacip Fatimah membantu meningkatkan metabolisme dan mengurangkan risiko kenaikan berat badan yang kerap berlaku semasa perimenopause.

Jangan panik! Fasa perimenopause adalah normal dan tanda tubuh sedang menuju ke menopaus. Jika simptom terlalu mengganggu, cubalah Herba Rahsia Rimba atau berjumpa doktor untuk mendapatkan terapi hormon jika perlu.

Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart