Darah haid hanya datang 2 hari. Adakah saya menghampiri menopaus?

Tempoh haid boleh berubah-ubah bergantung pada banyak faktor. Ia mungkin tanda awal kehamilan, atau ada penyebab lain termasuk faktor gaya hidup, birth control, atau keadaan kesihatan. Kitaran haid biasanya sekali setiap 28 hari. Sesetengah wanita mengalami haid setiap 21 hari, manakala yang lain mempunyai selang 35 hari. Kebanyakan wanita datang haid 3 hingga 5 hari setiap bulan. Tetapi haid yang berlansung hanya 2 hari, masih dianggap normal. Haid yang datang hanya beberapa hari atau tiba-tiba menjadi pendek, boleh disebabkan oleh pelbagai sebab.

Breastfeeding boleh menyebabkan haid tertangguh, atau lebih pendek. Ini kerana, hormon prolaktin yang membuat susu, menghalang haid daripada berlaku. Kebanyakan wanita yang menyusu akan dapat haid semula 9 hingga 18 bulan selepas melahirkan. Pil atau suntikan hormon serta IUD juga boleh menyebabkan kitaran haid menjadi lebih pendek dan ringan. Gaya hidup dan perubahan pada rutin harian juga mempengaruhi tempoh haid. Contohnya, stress. Stress yang tinggi boleh menjejaskan hormon, seterusnya menjejaskan kitaran haid. Jika mengalami stress yang teruk, haid menjadi tidak teratur, lebih pendek atau lebih ringan daripada biasa. Atau mungkin tidak datang haid langsung!

Aktiviti fizikal atau senaman yang melampau juga akan menyebabkan haid tidak teratur atau ketiadaan haid. Jika seseorang tidak mengimbangi jumlah tenaga yang dibakar dengan pemakanan cukup, badan tidak mempunyai tenaga untuk memastikan semua sistem berfungsi. Jadi, badan akan mula memperlahankan tenaga dari sistem pembiakan untuk menyimpan tenaga. Akibatnya, otak melambatkan atau menghentikan pembebasan hormon yang mengawal ovulasi, menyebabkah haid tersangkut.

Ada beberapa keadaan kesihatan yang menjejaskan kitaran haid bulanan, antaranya PCOS dan masalah tiroid. Penyakit tiroid menyebabkan badan menghasilkan terlalu banyak atau terlalu sedikit hormon tiroid. Apabila badan tidak menghasilkan jumlah hormon tiroid yang betul, haid menjadi tidak teratur dan kadangkala lebih pendek daripada biasa. Pada penghidap PCOS pula, badan menghasilkan lebih banyak hormon lelaki. Ketidakseimbangan hormon lelaki ini menghalang ovulasi daripada berlaku. Akibatnya, haid menjadi lebih pendek, atau tiada haid langsung.

Apa yang orang tidak tahu, kehilangan berat badan juga menyebabkan haid tidak teratur. Jika berat hilang dengan banyak dan mendadak, haid boleh terhenti sama sekali.  Kebanyakan pengguna GC Plus mendapati kitaran haid mereka bercelaru sedikit pada awal-awal pengambilan kerana berat badan turun dengan konsisten. Apabila badan sudah mencapai keserasian dengan GC Plus, perlahan-lahan kitaran haid menjadi stabil. Jika anda mengalami kitaran haid atau aliran haid yang tidak menentu, boleh pertimbangkan untuk mengambil Herba Rahsia Rimba.

Herba Rahsia Rimba:

merawat ketidakseimbangan hormon

meningkatkan estrogen yang akan mengurangkan hot flashes

mengekalkan kitaran haid yang teratur

melancarkan aliran haid

menguatkan ligamen yang diperlukan untuk menyokong payudara

menyembuhkan luka dalaman wanita selepas bersalin

mengatasi cecair berlebihan (keputihan)

Diana Ishak
Read more

Punca kenapa berlaku SPOTTING sebelum tempoh haid

Pil perancang
Spotting adalah kesan sampingan yang biasa jika seseorang mengambil, menghentikan atau menukar pil perancang. Estrogen menjaga lapisan rahim. Mengubah atau mengganggu aktiviti estrogen dengan pil perancang boleh menyebabkan spotting. Walaupun spotting ini tidak berpanjang lebih dari 3 bulan. Terapi penggantian hormon yang digunakan untuk rawatan simptom menopaus juga boleh menyebabkan spotting.

Awal kehamilan
Spotting adalah perkara biasa pada awal kehamilan - ini dinamakan implantasi spotting. Implantasi spotting berlaku ketika telur yang disenyawakan menempel pada dinding bahagian dalam rahim. Apabila embrio terbentuk, saluran darah kecil koyak menyebabkan keluar keputihan berwarna merah jambu atau coklat. Implantasi spotting biasanya berlaku sebelum tempoh haid ATAU 5-10 hari selepas conception.

Ovulasi
Spotting semasa ovulasi adalah biasa dan tak perlu dibimbangkan. Wanita boleh notice spotting ini selama 1-2 hari. Spotting biasanya berwarna merah muda pucat. Ada beberapa sebab spotting berlaku, antaranya:

i. apabila folikel matang dan pecah, boleh menyebabkan pendarahan ringan.
ii. peningkatan tahap estrogen semasa ovulasi

Perimenopaus
Apabila menghampiri menopaus, badan mula spotting merah jambu atau coklat dan sedikit pendarahan ringan sebelum haid bermula. Semasa peringkat peralihan ini, haid jadi tidak teratur, kadang-kadang heavy, dan mungkin lebih lambat dari kebiasaan. Ini kerana semasa perimenopause, tahap hormon tidak teratur. Sebaik sahaja menopaus, haid berhenti.

Stress
Tekanan boleh menyebabkan banyak ketidakseimbangan dalam badan dan haid tidak terkecuali. Tekanan emosi (kemurungan, kegelisahan, kebimbangan, insomnia) dan tekanan fizikal (penurunan berat badan atau kenaikan, penyakit, diet yang buruk, terlalu banyak bersenam) boleh mempengaruhi kitaran haid. Stress yang melampau dapat menyebabkan badan mengeluarkan lebih banyak hormon kortisol (hormon stress), yang kemudian menyebabkan badan hanya mengeluarkan sedikit estrogen dan progesteron. Ketidakseimbangan hormon ini mengacaukan kitaran haid, menjadikannya tidak teratur atau terlambat, dan berlaku spotting/stain sahaja. Walaupun bersenam adalah stress-reliever, terlalu banyak bersenam menyebabkan spotting.

Penurunan estrogen
Satu daripada sepuluh wanita mengalami spotting akibat penurunan estrogen. Jenis spotting ini biasanya berlaku kira-kira 10-14 hari sebelum tempoh haid yang seterusnya. Jenis spotting ini berlaku kerana perubahan jumlah estrogen yang merangsang endometrium. Penurunan estrogen menyebabkan wanita mengalami keputihan coklat, atau spotting. Kadang-kadang spoting datang bersama cramp dan sedikit kesakitan.

Tiroid
Ketidakseimbangan hormon adalah salah satu sebab spotting sebelum haid. Salah satunya, penghasilan estrogen yang terlalu banyak kerana masalah tiroid. Tiroid yang rendah (hipotiroidisme) boleh menyebabkan perubahan dan ketidakseimbangan dalam metabolisme. Ini menyebabkan gejala keletihan berterusan, suhu badan tidak teratur, kenaikan berat badan yang ketara, keguguran rambut, dan sakit leher.

PCOS
Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) adalah ketidakseimbangan hormon yang mengganggu ovulasi normal dan boleh menyebabkan pendarahan yang tidak normal, atau spotting between periods. Ia juga boleh menyebabkan rambut gugur dan jerawat. PCOS menyebabkan ovari tidak mendapat isyarat hormon yang betul dari kelenjar pituitari. Tanpa isyarat ini, badan tidak boleh ovulasi setiap bulan, yang mempengaruhi kitaran haid. Ini menyebabkan haid tidak teratur, dan berlalu spotting.

GreenAard mempunyai produk yang membantu mengurangkan simptom-simptom di atas, iaitu HERBA RAHSIA RIMBA. Ia bukanlah rawatan kepada masalah anda, tetapi satu fungsi HERBA RAHSIA RIMBA adalah menyeimbangkan tahap hormon wanita. Siapa yang dicadangkan untuk ambil HRR:

- yang ada masalah haid tidak teratur
- yang ada simptom menopos
- yang berusia 40 tahun ke atas
- untuk mengurangkan simptom PMS

Whatsapp kami untuk pertanyaan lanjut, 012-7728976.
Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart