Wanita umur 40-an cenderung menambah berat badan
Perubahan tahap hormon terutamanya estrogen mempengaruhi lemak badan. Badan mula menyimpan lemak di sekeliling perut. Selain daripada penurunan paras estrogen, faktor lain yang menyumbang kepada penambahan berat badan selepas menopaus termasuk:
- umur
- kurang bergerak
- sejarah keluarga obesiti
- penggunaan ubat anti-depresan
- kadar metabolisme menurun
- makan banyak
Apabila diet terdiri daripada terlalu banyak makanan yang diproses dan gula, sel-sel badan menjadi resistan terhadap insulin. Akibat rintangan insulin, badan menyimpan lebihan glukosa sebagai lemak, yang mengakibatkan penambahan berat badan. Walaupun meminum soda diet mengurangkan kalori, kebanyakannya masih menyumbang kepada rintangan insulin.
Perimenopause boleh bermula seawal usia lewat 30-an dan biasanya berlangsung selama beberapa tahun. Semasa perimenopause, hormon turun naik secara mendadak, yang boleh menjejaskan bentuk badan dan emosi. Ketika ini ovari secara beransur-ansur mengurangkan pengeluaran estrogen. Apabila pengeluaran estrogen berkurangan, badan berusaha untuk mengekalkan lemak dalam usaha mengekalkan keseimbangan hormon.
Selain itu, ketika menghampiri menopaus, badan menghasilkan kurang hormon progesteron. Penurunan tahap progesteron tidak menyebabkan seseorang gemuk, tetapi menyebabkan badan menahan air. Perut cenderung menjadi kembung/buncit. Untuk menghadapi simptom perimenopause dan menopause, kami cadangkan wanita mengambil Herba Rahsia Rimba.
