Punca seseorang mendapat SENGGUGUT.

Apa yang menyebabkan senggugut? Ramai wanita bertanya soalan ini kenapa kami. Kekejangan pada perut dan kekembungan - semuanya sudah dijangka ketika haid. Walau bagaimanapun, senggugut adalah sakit yang lebih berat. Senggugut menyebabkan kekejangan perut yang teruk berterusan selama beberapa hari. Sakit senggugut menangkap dari bahagian pinggang, ke punggung dan peha selain berdenyut pada bawah perut. Tetapi apakah yang menyebabkan senggugut?

Senggugut disebabkan oleh peningkatan pengeluaran prostaglandin, iaitu hormon yang yang menyebabkan rahim mengecut. Ketidakseimbangan tahap prostaglandin merangsang rahim untuk mengecut semasa haid. Apabila seseorang mengalami pengecutan rahim yang kuat, bekalan darah ke rahim terhenti seketika, menyebabkan saluran darah berdekatan otot rahim kehilangan oksigen dan sekaligus menyebabkan kekejangan dan ketidakselesaan yang menyakitkan.

Rahim wanita yang mengalami senggugut yang teruk mengecut lebih kuat daripada ketika melahirkan anak. Perasan tak setiap kali haid, kebiasaan buang air besar berubah? Ada yang sehari sampai 3-4 kali. Perubahan corak ini adalah kerana usus dipengaruhi oleh perubahan prostaglandin. Prostaglandin merangsang pengecutan otot di usus yang dekat dengan rahim, menyebabkan pergerakan usus menjadi lebih kerap. Hormon ini membuatkan badan kurang menyerap air dan menjadikan najis lebih lembut lalu meningkatkan risiko cirit-birit atau kerap ke tandas. 

Agak sukar untuk membezakan antara kekejangan rahim dan kekejangan perut/usus ketika haid. Kedua-duanya sama-sama menyakitkan. Bagi sesetengah orang, progesteron mempengaruhi saluran gastrousus sehingga menyebabkan sembelit atau cirit-birit. Prostaglandin juga menyebabkan sakit kepala. Pada wanita yang mengalami masalah gangguan usus, haid boleh memburukkan lagi gejala. Ini juga berlaku untuk orang yang ada masalah endometriosis, fibroid rahim, dan ovarian cyst.

Progesteron juga meningkatkan rasa lapar dan menambahkan keinginan pada makanan tinggi lemak dan gula, seperti ais krim atau coklat, sedangkan badan sukar mencerna makanan ini. Memakan banyak makanan berlemak dan manis boleh mempengaruhi pergerakan usus seseorang. Perubahan tabiat pemakanan ketika haid (yang disebabkan oleh perubahan hormon) menyumbang kepada perbezaan konsistensi, keteraturan, atau bau najis sebelum atau selama tempoh haid.

Bagi membantu anda manage gangguan pencernaan ketika haid, banyakkan bergerak. Bergerak boleh melegakan kembung dan membantu usus bergerak. Jangan lupa makan HERBA RAHSIA RIMBA ikut peraturan. HERBA RAHSIA RIMBA membantu mengurangkan kekejangan dan inhibit prostaglandin.

Diana Ishak
Read more

Mengapa jangkitan Candida (yis) pada faraj berulang?

Walaupun jangkitan yis boleh berlaku kepada sesiapa sahaja pada usia berapa pun, ada faktor tertentu yang dapat meningkatkan peluang itu. Jika jangkitan yis berlaku empat kali atau lebih dalam setahun, ini boleh dianggap jangkitan kronik. Jangkitan yis boleh berlaku berulang kali ketika yis tumbuh dengan berlebihan. Yis secara semula jadi memang terdapat di dalam badan.

Di dalam faraj, jangkitan yis berlaku apabila terdapat ketidakseimbangan bakteria vagina. Bakteria membantu mencegah yis daripada membesar. Ketidakseimbangan terjadi jika terlalu banyak bakteria mati akibat antibiotik. Sangat penting untuk mempunyai keseimbangan mikroorganisma sihat dalam badan. Di sinilah makanan tambahan probiotik dapat membantu. Walaupun makanan tambahan probiotik tidak diterima sebagai rawatan untuk jangkitan yis, ia masih bermanfaat untuk menambah bakteria yang sihat pada vagina.

Yis juga cenderung membiak dalam keadaan basah, seperti peluh. Kurangnya amalan kebersihan seperti mandi dan persekitaran yang sentiasa lembap boleh menyebabkan jangkitan yis berulang-kali. Perhatian punca-punca yis boleh bertambah dalam badan:
  • sentuhan kulit ke kulit
  • aktiviti seksual
  • berpeluh, dan memakai pakaian lembap
  • spesies yis yang mampu resistant pada ubat biasa
Jangkitan yis pada faraj juga terjadi pada orang yang mempunyai sistem imun yang terganggu dan yang menghidap diabetes. Tahap estrogen yang tinggi juga antara faktor jangkitan yis yang berulang-ulang. Jika sudah dipastikan lendir yang banyak dari faraj adalah disebabkan yis, bolehlah cuba Herba Rahsia Rimba. Setelah bebas jangkitan nanti, cegah jangkitan yis dengan cara:
  • pakai seluar dalam jenis cotton yang menyerap peluh
  • pakai pakaian longgar
  • mandian setiap kali badan berpeluh
  • basuh pakaian dan tuala yang digunakan semasa mendapat jangkitan.
Jangkitan yis adalah kompleks, tetapi boleh disembuhkan. Jangkitan yis yang berulang memerlukan lebih banyak masa.


Diana Ishak
Read more

Makan terlalu sedikit boleh mempengaruhi kitaran haid.


Mengawal pengambilan kalori adalah cara yang bagus untuk menurunkan berat badan atau mengekalkan berat badan yang sihat. Walau bagaimanapun, jika pengambilan kalori terlalu rendah, boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini, such as missing your period.

Jumlah kalori yang diperlukan dalam sehari bergantung kepada pelbagai faktor. Pengambilan kalori juga berbeza mengikut tahap aktiviti masing-masing. Orang yang lebih aktif perlukan lebih banyak kalori daripada yang kurang aktif. Contoh, jika sedang berusaha MENURUNKAN berat badan, dia perlu mengurangkan pengambilan kalori (kurang makan) daripada orang yang ingin MENGEKALKAN berat badan.

Wanita memerlukan KURANG kalori daripada lelaki. Wanita TIDAK BOLEH mengambil kurang dari 1200 kalori sehari, kecuali berada di bawah pengawasan doktor. Makan kurang dari 1200 kalori berpotensi mendapat kesan sampingan yang berbahaya. Pengambilan kalori yang terlalu rendah menyebabkan kitaran haid kacau-bilau dan tidak teratur.

Diet di bawah 1200 kalori sehari menyebabkan keletihan, keguguran rambut, intoleransi terhadap selesema dan batu hempedu. Very likely that your period will stop altogether. Menyekat makan dengan teruk boleh mengakibatkan gejala seperti keletihan, insomnia, mudah pitam/pengsan, kuku rapuh, sembelit, kulit kering, tekanan darah rendah dan dehidrasi.

Sekiranya anda telah mula mengambil lebih dari 1200 kalori, tetapi masih tiada perubahan dalam kitaran haid, ini mungkin berlaku kerana sebab-sebab lain. Sindrom PCOS, endometriosis, radang pelvis dan fibroid pada rahim boleh menyebabkan perubahan pada haid.

Sekiranya kitaran haid terlalu lambat hingga menjangkau beberapa bulan atau stop sama sekali, sila berjumpa doktor. Sekiranya telah dipastikan tiada penyakit yang berbahaya, semak kembali corak pemakanan dan aktiviti harian anda.

Selalunya, pengambilan kalori yang betul akan mengembalikan kitaran haid yang normal.

Diana Ishak
Read more

Cara Mengempiskan Perut Anda Selepas Bersalin C-Section


C-sect are very hard on your body. Kesan C-sect 'menggangu' otot perut dan pelvik. Badan kehilangan banyak darah semasa proses ini juga.

Kami faham ramai yang ingin segera kembali ke badan sebelum hamil, tetapi segalanya perlu berlaku dengan perlahan dan don't put pressure and be too hard on yourself. Menurunkan berat badan setelah melahirkan hanyalah sebahagian daripada proses, dan itu adalah wajar. Setiap kali berasa kecewa melihat perubahan bentuk badan, remember that the outcome of this was your child. Menurunkan berat badan perlukan kesabaran. Badan perlukan masa untuk pulih setelah melahirkan, terutamanya perut.

Here’s a good way to look at it - perut umpama belon. Belon tidak pecah tetapi membentuk lubang udara yang kecil bagi mengeluarkan angin.

Walaupun kebocoran belon perlahan, ia tetap stabil. Akhirnya, semua udara akan keluar dari belon juga. Begitu halnya dengan kelahiran. Sebaik sahaja melahirkan, hormon dalam badan mula berubah. Rahim menguncup dan perlahan-lahan kembali ke keadaan asal. Mungkin memerlukan masa antara 6-8 minggu untuk rahim kembali ke ukuran normal.

Semasa hamil, semua sel dalam badan membengkak untuk menahan cecair. Setelah melahirkan, sel mula mengeluarkan cecair tambahan (lemak). Cecair tambahan ini dikeluarkan melalui peluh, air kencing, dan rembesan vagina. Badan memerlukan lemak-lemak ini semasa mengandung untuk nourish the baby.

Setelah baby dilahirkan, badan membuang lemak tambahan ini secara semula jadi, tetapi memerlukan beberapa minggu sebelum nampak hasilnya. Setiap wanita mempunyai badan yang berbeza, dan semuanya perlukan masa yang berbeza untuk sembuh. Sebahagian wanita mungkin hanya perlukan beberapa minggu untuk pulih dari C-sect, sementara yang lain memerlukan beberapa bulan. Lebih baik tunggu sekurang-kurangnya 6-8 minggu sebelum mula bersenam/berdiet.

Walaupun disyorkan untuk menunggu sekurang-kurangnya 6-8 minggu sebelum mula bersenam/berdiet, tidak bermakna tak boleh mulakan dari sekarang. Paling tak, dah boleh ubah gaya pemakanan dan apa yang dimakan. Stop junk food, fast food and processed food dan gantikan dengan whole food.

Estrogen membantu mengawal berat badan. Bila estrogen rendah, badan cenderung makan lebih banyak dan kurang aktif secara fizikal. Pengurangan estrogen juga menurunkan kadar metabolisme. Inilah sebab kenapa wanita yang menopos kerap letih dan 'malas' bergerak, kerana ketika ini tahap estrogen menurun. Kekurangan estrogen juga menyebabkan badan tak menggunanakan kanji dan gula dengan baik, yang akan meningkatkan simpanan lemak dan menjadikan lebih sukar menurunkan berat badan.

Di sinilah fungsi HERBA RAHSIA RIMBA. Ia membantu menstabilkan tahap hormon estrogen agar metabolisme kembali meningkat dan haid kembali teratur sekaligus proses berpantang berlaku dengan lebih baik.

Diana Ishak
Read more

Apa yang anda perlu tahu tentang payudara kendur.


Payudara wanita terdiri daripada tisu lemak dan kelenjar yang menghasilkan susu. Tisu dan kelenjar ini dilitupi dengan kulit yang secara semula jadi fleksibel kerana kehadiran protein yang dipanggil elastin. Tetapi apabila keanjalan kulit payudara mendapat tekanan, payudara cenderung kendur.

Payudara wanita yang merokok lebih cepat kendur kerana rokok memusnahkan protein elastin. Tidak kira sama ada satu atau sepuluh batang rokok sehari, merokok mengurangkan bekalan darah ke permukaan kulit, lantas melemahkan dan menuakan kulit.

Pertambahan berat badan yang ketara dan penurunan berat badan secara mendadak boleh menyebabkan payudara kendur. Turun naik dalam berat menyebabkan regangan yang tidak perlu pada payudara. Mengekalkan berat badan yang sihat adalah penting untuk mengelakkan regangan yang tidak perlu.

Penurunan berat badan haruslah secara beransur-ansur. Menurunkan berat badan berlebihan dalam tempoh yang singkat menyebabkan payudara hilang keanjalannya. Oleh itu, daripada melakukan diet yang melampau, lakukan pelan pemakanan yang seimbang, yang boleh membantu payudara mengekalkan bentuknya.

Memakai coli yang tidak memberikan sokongan yang sewajarnya boleh menjadi sebab besar untuk payudara jatuh. Semakin kerap payudara melantun, kulit semakin tertekan. Memandangkan saiz payudara mungkin berbeza dari semasa ke semasa, coli sebaik-baiknya ditukar baru setiap 6 bulan.

Kadang-kadang kenduran ini ada kaitan dengan genetik. Gen memainkan peranan penting dalam menentukan kekuatan ligamen dan keanjalan kulit.

Semasa menopaus, ovari berhenti menghasilkan hormon estrogen, yang bertanggungjawab untuk keanjalan kulit. Akibat kekurangan estrogen, kulit menjadi kendur dan berkedut. Dan ini berlaku di seluruh badan, termasuk pada payudara. Sama ada payudara kendur atau tidak, bergantung kepada nisbah tisu payudara dan lemak.

Payudara berkemungkinan akan kurang jatuh jika badan mempunyai ketumpatan payudara yang tinggi - bermakna ada banyak tisu payudara berbanding lemak. In short, payudara kecil pun boleh cepat kendur!

Diana Ishak
Read more

Fibroid dan Cysts


Kedua-dua fibroid dan cysts adalah normal pada wanita, terutamanya sebelum menopaus.

Fibroid adalah tumor bukan kanser yang terbentuk di dinding otot rahim. Sebaliknya, cysts ialah kantung berisi cecair yang membesar di dalam atau pada ovari.

Fibroid dan cysts selalunya tidak menunjukkan simptom. Seseorang mungkin tidak menyedari mempunyainya sehingga doktor mengesannya semasa ujian pelvic. Tetapi, jika seseorang mempunyai banyak fibroid aau cysts, atau sekiranya ia sudah menjadi besar, ia boleh memberikan pelbagai gejala. Masalah pendarahan haid yang banyak selakunya berkemungkinan berpunca daripada fibroid rahim.


Fibroid dan cysts boleh berlaku pada bila-bila masa. Fibroid paling biasa berlaku semasa 40-an dan awal 50-an. Kebanyakan cysts adalah biasanya tumbuh pada mereka yang belum mencapai menopaus. Sehingga ke hari ini, masih tidak jelas apa yang menyebabkan fibroid dan cysts, tetapi dikatakan tahap hormon seks wanita dan genetik (keturunan) memainkan peranan. Fibroid dan cysts semakin biasa selepas umur 30 tahun hinggalah menopaus. Bermaksud, sesiapa pun boleh mendapat fibroid atau cysts pada bila-bila masa.

Faktor lain yang mungkin menjadi punca fibroid dan cysts adalah:

  • sejarah keluarga fibroid (genetik)
  • obesiti
  • diet yang terdiri daripada banyak daging merah
  • masalah hormon
  • PCOS
  • jangkitan pelvis yang teruk


Fibroid dan cysts selalunya tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun, jika ia cukup besar dan menyebabkan gejala yang teruk, pilihan yang paling biasa adalah surgical removal.

Yang penting untuk anda tahu adalah MAKANAN BUKANLAH PENYEBAB FIBROID ATAU CYSTS.

Walau bagaimanapun, sekiranya sudah ada fibroid atau cysts, elakkan makanan manis dan karbohidrat (both simple & refined carbs). Ini kerana, makanan-makanan tersebut meningkatkan paras gula dalam darah menyebabkan badan menghasilkan terlalu banyak insulin.

Insulin berlebihan boleh menyebabkan penambahan berat badan dan menyuburkan pertumbuhan fibroid. Elakkan juga makanan yang meningkatkan estrogen. Sesetengah makanan mengandungi bahan semula jadi yang meniru estrogen dalam badan, dipanggil phytoestrogens. Sebab itu, kami tidak benarkan sesiapa yang ada fibroid atau cysts mengambil Herba Rahsia Rimba. 
Bukan kerana Herba Rahsia Rimba merbahaya tetapi kerana dalam Herba Rahsia Rimba ada bahan aktif phytoestrogens.

Phytoestrogens tidak merbahaya malah ia meningkatkan aktiviti sel untuk membina tulang baru. Sebab itulah Herba Rahsia Rimba dicadangkan untuk wanita menopaus. Phytoestrogens secara semula jadi wujud dalam setiap tumbuhan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, dan beberapa bijirin. Cuma, kandungan phytoestrogens dalam Herba Rahsia Rimba lebih banyak untuk mengurangkan simptom-simptom masalah dalaman wanita.

Sekiranya anda SUDAH ADA fibroid atau cysts, jangan ambil Herba Rahsia Rimba. Just to be on the safe side. Walau bagaimanapun, seseorang tidak dapat mencegah fibroid dan cysts tidak kira apa langkah berjaga-jaga yang diambil.

Jika mempunyai fibroid dan cysts, doktor akan menentukan jenis rawatan terbaik. Perubahan diet dan gaya hidup yang sihat adalah langkah pertama untuk merawat fibroid dan melegakan simptom. Doktor mungkin mengesyorkan natural remedies, stress management dan suplemen tertentu untuk membantu meredakan simptom

Diana Ishak
Read more

Adakah Phytoestrogens Bagus Diambil?


Estrogen adalah hormon yang mengawal fungsi kedua-dua wanita dan lelaki. Phytoestrogens, walaupun berasaskan tumbuhan, berfungsi sama seperti estrogen pada manusia.

Apabila kita makan phytoestrogens, badan bertindak balas seolah-olah estrogen kita sendiri hadir. Diet berasaskan tumbuhan sangat kaya dengan phytoestrogens semula jadi dalam jumlah yang sihat, terutamanya daripada soya.

Dalam rangkaian produk GreenAard, GLOEI, GC PLUS dan HERBA RAHSIA RIMBA mempunyai kandungan phytoestrogens yang agak tinggi. Kami akan jelaskan nanti kenapa tiga produk ini kandungan phytoestrogens tinggi.
Oleh kerana phytoestrogens meniru estrogen badan anda sendiri, ia mampu melakukan beberapa perkara yang estrogen lakukan.

Perimenopaus adalah peringkat dalam kehidupan wanita yang biasanya bermula pada lewat 40-an. Pada masa ini, badan wanita berhenti membuat banyak hormon termasuk estrogen. Perimenopaus membawa banyak gejala yang tidak selesa termasuk hot flashes, perubahan mood, dan penurunan seks. Gejala ini berterusan selepas menopaus.

Phytoestrogens telah dibuktikan secara saintifik memberi kelegaan dari hot flashes ketika perimenopaus.

Selain dari itu, phytoestrogens membantu mencegah osteoporosis pada wanita yang semakin tua. Estrogen diketahui membantu mengekalkan ketumpatan tulang yang normal. Apabila wanita semakin berusia, tahap estrogen menurun, menjadikan mereka lebih terdedah kepada osteoporosis.

Oleh kerana phytoestrogens bertindak seperti estrogen, pengambilannya membantu menghalang osteoporosis daripada berlaku. Tahap estrogen juga menurun pada kitaran haid tertentu, menyebabkan simptom yang tidak selesa (PMS). Jika estrogen boleh digantikan, gejala ini boleh lega. Maka phytoestrogens telah diesktrak dan dimasukkan ke dalam GC PLUS dan HERBA RAHSIA RIMBA.

Phytoestrogens adalah ubat semula jadi untuk melegakan masalah ketidakteraturan haid. Sebab itulah sebelum GC PLUS juga boleh memperbaiki kitaran haid. Tetapi kami tetap hasilkan Herba Rahsia Rimba kerana ia lebih khusus untuk membantu menyelesaikan masalah dalam wanita.

Masalah kulit berjerawat juga boleh diselesaikan dengan phytoestrogens. Konsepnya adalah, estrogen melawan androgen (hormon lelaki) yang boleh menyumbang kepada jerawat pada wanita. Oleh kerana phytoestrogens bertindak sama dengan estrogen, ia mungkin menentang androgen dan melegakan atau mencegah jerawat.

Walau bagaimanapun, jika anda mahu mengambil HERBA RAHSIA RIMBA khusus untuk merawat masalah jerawat, kami tidak syorkan. Ini kerana, Herba Rahsia Rimba bukanlah terdiri dari phytoestrogens semata-mata tetapi banyak lagi bahan lain untuk masalah dalam wanita. Menyelesaikan masalah jerawat hanyalah 'bonus'.

Kebelakangan ini, penggunaan hormon estrogen sintetik menerima bad rap untuk kesan sampingan negatif. Tetapi risiko sedemikian belum terbukti dengan phytoestrogens berasaskan tumbuhan. Satu contoh bahan aktif dari kumpulan phytoestrogens adalah ISOFLAVON. Isoflavon ada di dalam GLOEI. Sebab itulah GLOEI membantu memberikan kulit yang lebih glowing. Kami gunakan ekstrak Isoflavon (phytoestrogens) dari soya.

Now dah faham kan kenapa GLOEI, GC PLUS dan HERBA RAHSIA RIMBA ada ekstrak phytoestrogens?

Diana Ishak
Read more

Benarkah SUPLEMEN HERBA penyebab penyakit hati?

 

Hati menapis semua yang masuk ke dalam badan. Ia membersihkan bahan kimia daripada darah. Hati kemudiannya memproses bahan yang tidak diingini supaya boleh keluar melalui air kencing atau hempedu.

Kadangkala semasa hati memproses darah, toksin terbentuk. Toksin ini boleh merosakkan hati. Penyakit hati ada pelbagai punca. Antaranya:

  • Pain reliever/pain killer
  • Aspirin dan ibuprofen (jika diambil dengan kerap)
  • Statin (ubat kolesterol)
  • Antibiotik
  • Steroid
  • Ubat untuk arthritis
  • Ubat gout

Ubat-ubatan tadi ada bukanlah suplemen herba tapi ada potensi menaikkan bacaan toksin dalam hati. Ini bermakna, bukan semua suplemen herba menjadi penyebab bacaan toksin hati meningkat.

Walau bagaimanapun memang ada beberapa herba yang diketahui boleh memberi kesan kepada hati. Antaranya:

  • black cohosh
  • cascara (kulit buah kopi)
  • chaparral
  • comfrey (bahan dalam ubat kumur)
  • ephedra
  • kava
  • aloe vera

"What? Aloe vera boleh menyebabkan kerosakan hati?"

Mesti anda tertanya-tanya how could something natural be bad for our liver, right? Yang sebenarnya, apa juga ubatan be it vitamin, food, herbs atau medication, jika diambil dengan banyak dan overdose, semuanya berisiko menyebabkan penyakit. 

Dalam hal toksin hati, seseorang lebih berkemungkinan mendapat penyakit hati sekiranya anda seorang perempuan dan umur semakin meningkat. Why? Kerana, hormon seks wanita, terutamanya estrogen, memainkan peranan dalam patogenesis fatty liver disease.

Selain dari itu, punca seseorang mendapat penyakit toksin hati adalah akibat mutasi gen yang mempengaruhi keberkesanan hati. Mutasi gen boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Salah satu punca mutasi gen adalah terdedah kepada cahaya matahari dengan kerap (UV exposure).

Toksin hati yang meningkat tidak boleh diletakkan sepenuh kesalahan kepala suplemen herba kerana bukan semua herba menjadi sebab peningkatan toksin dalam hati. Apa juga suplemen yang anda ambil, ambillah dengan mengikut arahan yang betul.

 

Diana Ishak
Read more

JERAWAT: KENAPA SAYA MASIH BREAKOUT!

 

Jerawat boleh muncul merentasi pelbagai peringkat kehidupan. Walaupun sebahagian besar jerawat hilang apabila usia semakin meningkat, masih ada yang baru mula naik jerawat buat kali pertama ketika dewasa.

Jerawat berlaku akibat pengeluaran minyak yang berlebihan daripada kulit, yang menyebabkan liang tersumbat dan bakteria tumbuh dengan banyak. Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan jerawat dewasa. Antaranya STRESS.

Being an adult can be stressful. Perhatikan trend herawat anda, adakah ia cenderung untuk tumbuh ketika sedang stress?  Stress menyebabkan kelenjar adrenal menghasilkan lebih banyak minyak. Minyak tambahan itulah yang menyebabkan jerawat.

Pemakanan juga boleh menyebabkan jerawat. Diet yang tinggi gula adalah salah satu darinya.

Selain dari itu, ketika jerawat sedang mengganas, kurangkan atau berhenti minum susu atau makan keju. Kerana tenusu boleh menyebabkan breakout.

Another reason - menggabungkan terlalu banyak produk penjagaan wajah yang berbeza dalam satu-satu masa. Menggunakan terlalu banyak produk boleh menyebabkan kulit breakout. Mudah rutin penjagaan kulit, tidak perlu terlalu banyak step penjagaan. Kualiti bahan yang digunakan adalah lebih penting daripada jumlah produk yang dipakai pada wajah.

Ketika kulit sedang berjerawat, elakkan memakai produk berminyak seperti cleansing oil atau facial cleanser berasaskan krim. Jika tidak dibilas dengan betul, pori-pori lebih tersumbat dan menyebabkan jerawat.

Untuk lelaki, jika banyak jerawat di dahi, hentikan penggunaan produk penggayaan rambut yang berminyak, seperti mousse rambut. 

Hormon adalah satu lagi sebab besar untuk jerawat pada orang dewasa,  terutamanya wanita.  Common reasons penyebab jerawat adalah penggunaan IUD, birth control, kehamilan, dan menopaus. 

Apa-apa sahaja yang menyebabkan hormon tidak seimbang boleh menyebabkan kelenjar minyak mengeluarkan minyak secara berlebihan dan menyebabkan jerawat. Jerawat hormon cenderung tumbuh dengan besar di sekitar dagu, rahang, dan mulut.

Wanita cenderung mendapat jerawat hormon berbanding lelaki kerana badan wanita lebih cenderung dipengaruhi oleh turun naik hormon yang berterusan.

Diana Ishak
Read more

Makan terlalu sedikit boleh mempengaruhi kitaran haid.

Mengawal pengambilan kalori adalah cara yang bagus untuk menurunkan berat badan atau mengekalkan berat badan yang sihat. Walau bagaimanapun, jika pengambilan kalori terlalu rendah, boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini, such as missing your period. Jumlah kalori yang diperlukan dalam sehari bergantung kepada pelbagai faktor. Pengambilan kalori juga berbeza mengikut tahap aktiviti masing-masing.

Orang yang lebih aktif perlukan lebih banyak kalori daripada yang kurang aktif. Contoh, jika sedang berusaha MENURUNKAN berat badan, dia perlu mengurangkan pengambilan kalori (kurang makan) daripada orang yang ingin MENGEKALKAN berat badan. Wanita memerlukan KURANG kalori daripada lelaki. Wanita TIDAK BOLEH mengambil kurang dari 1200 kalori sehari, kecuali berada di bawah pengawasan doktor. Makan kurang dari 1200 kalori berpotensi mendapat kesan sampingan yang berbahaya.

Pengambilan kalori yang terlalu rendah menyebabkan kitaran haid kacau-bilau dan tidak teratur. Diet di bawah 1200 kalori sehari menyebabkan keletihan, keguguran rambut, intoleransi terhadap selesema dan batu hempedu. Very likely that your period will stop altogether. Menyekat makan dengan teruk boleh mengakibatkan gejala seperti keletihan, insomnia, mudah pitam/pengsan, kuku rapuh, sembelit, kulit kering, tekanan darah rendah dan dehidrasi.

Sekiranya anda telah mula mengambil lebih dari 1200 kalori, tetapi masih tiada perubahan dalam kitaran haid, ini mungkin berlaku kerana sebab-sebab lain. Sindrom PCOS, endometriosis, radang pelvis dan fibroid pada rahim boleh menyebabkan perubahan pada haid. Sekiranya kitaran haid terlalu lambat hingga menjangkau beberapa bulan atau stop sama sekali, sila berjumpa doktor.

Sekiranya telah dipastikan tiada penyakit yang berbahaya, semak kembali corak pemakanan dan aktiviti harian anda. Selalunya, pengambilan kalori yang betul akan mengembalikan kitaran haid yang normal. Atau, kalau nak cuba Herba Rahsia Rimba bagi menggerakkan semula kitaran haid yang regular, whatsapp kami di 012-7728976.
Diana Ishak
Read more

Cara Mengempiskan Perut Anda Selepas Bersalin C-Section

C-sect are very hard on your body. Kesan C-sect 'menggangu' otot perut dan pelvik. Badan kehilangan banyak darah semasa proses ini juga. Kami faham ramai yang ingin segera kembali ke badan sebelum hamil, tetapi segalanya perlu berlaku dengan perlahan dan don't put pressure and be too hard on yourself. 

Menurunkan berat badan setelah melahirkan hanyalah sebahagian daripada proses, dan itu adalah wajar. Setiap kali berasa kecewa melihat perubahan bentuk badan, remember that the outcome of this was your child. Menurunkan berat badan perlukan kesabaran. Badan perlukan masa untuk pulih setelah melahirkan, terutamanya perut.

Here’s a good way to look at it - perut umpama belon. Belon tidak pecah tetapi membentuk lubang udara yang kecil bagi mengeluarkan angin. Walaupun kebocoran belon perlahan, ia tetap stabil. Akhirnya, semua udara akan keluar dari belon juga. Begitu halnya dengan kelahiran. Sebaik sahaja melahirkan, hormon dalam badan mula berubah. Rahim menguncup dan perlahan-lahan kembali ke keadaan asal. Mungkin memerlukan masa antara 6-8 minggu untuk rahim kembali ke ukuran normal.

Semasa hamil, semua sel dalam badan membengkak untuk menahan cecair. Setelah melahirkan, sel mula mengeluarkan cecair tambahan (lemak). Cecair tambahan ini dikeluarkan melalui peluh, air kencing, dan rembesan vagina. Badan memerlukan lemak-lemak ini semasa mengandung untuk nourish the baby. Setelah baby dilahirkan, badan membuang lemak tambahan ini secara semula jadi, tetapi memerlukan beberapa minggu sebelum nampak hasilnya.

Setiap wanita mempunyai badan yang berbeza, dan semuanya perlukan masa yang berbeza untuk sembuh. Sebahagian wanita mungkin hanya perlukan beberapa minggu untuk pulih dari C-sect, sementara yang lain memerlukan beberapa bulan. Lebih baik tunggu sekurang-kurangnya 6-8 minggu sebelum mula bersenam/berdiet. Walaupun disyorkan untuk menunggu sekurang-kurangnya 6-8 minggu sebelum mula bersenam/berdiet, tidak bermakna tak boleh mulakan dari sekarang. Paling tak, dah boleh ubah gaya pemakanan dan apa yang dimakan. Stop junk food, fast food and processed food dan gantikan dengan whole food. 

Estrogen membantu mengawal berat badan. Bila estrogen rendah, badan cenderung makan lebih banyak dan kurang aktif secara fizikal. Pengurangan estrogen juga menurunkan kadar metabolisme. Inilah sebab kenapa wanita yang menopos kerap letih dan 'malas' bergerak, kerana ketika ini tahap estrogen menurun. Kekurangan estrogen juga menyebabkan badan tak menggunanakan kanji dan gula dengan baik, yang akan meningkatkan simpanan lemak dan menjadikan lebih sukar menurunkan berat badan.

Di sinilah fungsi HERBA RAHSIA RIMBA. Ia membantu menstabilkan tahap hormon estrogen agar metabolisme kembali meningkat dan haid kembali teratur sekaligus proses berpantang berlaku dengan lebih baik.

Diana Ishak
Read more

Keluar Lendir Berwarna Coklat Dari Faraj. Perlukah dirawat?

Keputihan berwarna coklat mungkin kelihatan membimbangkan, but it is not always a reason for concern. Biasanya sekitar kitaran haid, keputihan coklat ini akan keluar. Kenapa?

Kerana ada darah yang ambil masa untuk keluar dari rahim. Dalam perjalanan keluar dari rahim, darah teroksidasi (oxidies), menyebabkannya berwarna coklat. Aliran darah yang keluar dari faraj lebih perlahan pada awal dan akhir haid. Apabila darah meninggalkan badan dengan cepat, biasanya ia berwarna merah. Apabila aliran perlahan, darah mempunyai waktu untuk teroksidasi. Ini menyebabkannya berubah menjadi coklat atau hitam.

Discharge berwarna coklat juga boleh berlaku akibat ketidakseimbangan hormon. Hormon estrogen membantu menstabilkan lapisan rahim. Jika estrogen terlalu sedikit, lapisan rahim boleh pecah dan membebaskan pendarahan yang tidak normal (berwarna coklat). Estrogen rendah juga boleh menyebabkan:
  • hot flashes
  • insomnia
  • perubahan mood atau kemurungan
  • kesukaran menumpukan perhatian
  • jangkitan saluran kencing
  • kenaikan berat badan
Ketika telur dilepaskan darI ovari (ovulasi), lendir berwarna pinkish hingga coklat keluar dari faraj bersama-sama lendir. Lendir ini teksturnya seakan-akan putih telur. Serentak dengan itu terasa sakit di bahagian bawah perut dan suhu badan berubah sedikit (terasa macam nak demam). Ovulasi berserta sakit di bawah perut tadi jarang berlaku pada wanita, but some women experience it. Secara amnya, ia tidak bahaya. Tetapi bagaimana nak pastikan discharge coklat tadi adalah ovulasi, dan bukan disebabkan jangkitan bakteria atau ovarian cyst?

Yang pertama, ovulasi biasanya berlaku kira-kira 2 minggu sebelum kitaran haid seterusnya. Jika lendir coklat keluar pada tempoh ini, ia pasti ovulasi. Yang kedua, rasa sakit akibat ovulasi biasanya hilang sekitar 24-36 jam, jadi rawatan tidak diperlukan.

Kebanyakkan isu dengan kesihatan wanita adalah akibat ketidakseimbangan hormon, especially estrogen. Kekurangan estrogen menyebabkan kitaran haid terganggu, berat badan meningkat dan mood swing. Boleh cuba Herba Rahsia Rimba kerana ia membantu menstabilkan hormon estrogen anda.
Diana Ishak
Read more
64 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart