Waspada! Gatal-gatal di kemaluan boleh menjadi tanda diabetes.

Tidak ada yang lebih buruk bagi seorang wanita daripada gatal-gatal yang berterusan pada faraj. Kesan menggaru yang berterusan menyebabkan kulit faraj menjadi lebam, merah dan pedih hingga ke sekitar paha. Terdapat kes yang teruk, sehingga tidak dapat membuang air kecil tanpa merasa pedih.

Apabila tahap glukosa darah meningkat, ia menyediakan persekitaran yang sempurna untuk yeast berkembang. Yeast tertarik dengan kandungan glukosa tinggi dalam kencing penghidap kencing manis, dan gatal-gatal ini boleh berlaku pada kemaluan lelaki dan wanita. Punca kegatalan faraj boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
  • penggunaan bahan kimia seperti sabun, pembersih faraj, tuala wanita dan kondom
  • jangkitan kulat
  • jangkitan bakteria
  • stress, di mana tekanan boleh menyebabkan sistem imun menurun dan menjadikan faraj mudah terdedah kepada jangkitan

Jika gatal-gatal pada faraj berterusan dan segala krim/ubat telah diusahakan, cuba check tahap gula dalam darah pula. Sekiranya kegatalan yang dialami BUKAN disebabkan oleh diabetis, ada beberapa perkara boleh dilakukan:

  • menjaga kebersihan kemaluan
  • elakkan menggunakan sabun pencuci faraj, gunakan air bersih sahaja
  • selepas mencuci faraj segera keringkan dengan tuala, elakkan keadaan lembap.
  • kerap tukar seluar dalam
  • pakai seluar dalam cotton
  • elak menggaru kemaluan

Bagi lelaki, biasanya yeast menjangkiti kawasan yang hangat dan lembap seperti zakar, pangkal paha, punggung dan paha dalaman. Selalunya berlaku di kalangan orang yang berpeluh banyak, dan agak berjangkit. Manakala bagi wanita, penyebab kepada gatal-gatal kemaluan adalah kerana jangkitan yeast yang dikenali sebagai Candida Albicans. Candida albicans hidup pada kulit sekitar faraj atau vagina dan biasanya tidak berbahaya. Walau bagaimanapun, yeast ini boleh membiak dengan sangat cepat, terutamanya jika kawasan itu hangat dan lembap. Apabila itu berlaku, yeast mungkin masuk ke dalam vagina dan menyebabkan gatal-gatal.

Gatal-gatal di bahagian vulva pula sering disebabkan oleh tahap estrogen yang rendah semasa menopaus. Estrogen yang menurun menyebabkan kulit vulva menjadi kering dan nipis, boleh menyebabkan gatal-gatal dan terasa panas di bahagian kemaluan. Sekiranya ada masalah keputihan yang banyak, gatal-gatal serta simptom menopaus, kami cadangkan Herba Rahsia Rimba. Herba Rahsia Rimba diformulasikan khas untuk kesihatan dalaman wanita, terutama masalah haid tidak lancar, keputihan dan melegakan simptom menopaus.

Diana Ishak
Read more

Awas! Menopaus menyebabkan gatal-gatal pada faraj.

Kulit gatal adalah masalah biasa semasa menopaus. Pada fasa menopaus wanita mudah merasa gatal pada badan, wajah, atau faraj. Perubahan hormon menyebabkan pelbagai masalah pada kulit termasuklah peluh dan gatal. Semasa menopaus, tahap hormon estrogen menurun. Estrogen penting untuk membantu kulit kekal lembap dengan merangsang pengeluaran minyak semula jadi dan kolagen. Penurunan minyak dan kolagen menyebabkan kulit menjadi kering dan lebih nipis daripada sebelum menopaus, ini yang mengakibatkan rasa gatal.

Ada 2 jenis gatal-gatal semasa menopaus:
  • Gatal pada kulit
  • Gatal pada kemaluan
Akibat kulit lebih kering dan kurang anjal semasa menopaus, wanita menjadi lebih sensitif terhadap produk seperti sabun dan detergen. Gatal-gatal boleh berlaku dari peringkat ringan hingga teruk. Dalam kes yang lebih teruk, boleh menyebabkan gangguan tidur. Simptom kegatalan yang teruk:
  • kulit kering
  • ruam
  • kulit kemerahan
  • lebam kecil di permukaan kulit
Masalah gatal faraj berlaku lebih kerap semasa menopaus ketika faraj kering. Ini kerana tahap estrogen sangat rendah. Apabila itu berlaku, faraj bukan sahaja gatal, malah seks sangat menyakitkan. Faktor-faktor ini juga menyebabkan gatal pada faraj:
  • dari sabun atau bahan pencuci
  • kanser faraj
Wanita lebih cenderung menghidap cancer tertentu selepas menopaus. Phytoestrogens adalah sebatian yang terdapat secara semula jadi pada tumbuhan. Apabila memakan phytoestrogens, badan bertindak balas seolah-olah estrogen kita sendiri hadir. Pada tahap yang terhad, phytoestrogens boleh berfungsi sebagai sejenis terapi penggantian hormon semula jadi kerana ia "meniru" estrogen badan. Herba Rahsia Rahsia mengandungi ekstrak phytoestrogens. Sebab itulah Herba Rahsia Rimba membantu melancarkan kitaran haid serta mengurangkan simptom menopaus.
Diana Ishak
Read more

Keputihan datang dengan sangat banyak dan sangat busuk.

Keputihan yang kerap adalah tanda sistem pembiakan yang sihat. Keputihan normal mengandungi campuran lendir serviks, cairan vagina, sel mati, dan bakteria. Wanita boleh mengalami keputihan yang teruk akibat terangsang atau semasa ovulasi. Walau bagaimanapun, keputihan berlebihan yang berbau busuk atau kelihatan tidak normal indicate an underlying condition.

#1 Rangsangan seksual
Rangsangan seksual triggers beberapa tindak balas fizikal di dalam badan. Mudah terangsang adalah salah satu sebab kenapa keputihan seolah-olah keluar dengan banyak.

#2 Ovulasi
Cecair serviks turut meningkat pada hari-hari menjelang ovulasi. Dalam tempoh ini lendir akan keluar dengan banyak hingga boleh membasahkan seluar dalam.

#3 Ketidakseimbangan hormon
Ketidakseimbangan hormon yang berkaitan dengan stress, perubahan diet, atau pengambilan ubat-ubatan boleh menyebabkan keputihan keluar dengan banyak.

#4 Vaginitis
Ini merujuk pada jangkitan atau kerengsaan disebabkan oleh faktor-faktor seperti douches, lubricants, dan pakaian yang tidak sesuai. Memakai seluar dalam atau seluar yang ketat untuk tempoh yang lama menyebabkan berpeluh dan boleh mendapat jangkitan vaginitis.
Diana Ishak
Read more

Memahami tindak balas kimia badan.

Apabila wanita mula menopaus, berlaku perubahan dramatik pada hormon. Ini menandakan berakhirnya kemampuan wanita untuk mempunyai anak. Manakala lelaki tidak mengalami perubahan hormon secara tiba-tiba. Lelaki masih boleh menghasilkan sperma. Walau bagaimanapun, tahap testosteron lelaki menurun perlahan-lahan. Ketika itu berlaku, lelaki akan mengalami kenaikan berat badan, kekurangan tenaga (cepat penat) dan kurang minat dengan hubungan seks.

Testosteron kadang-kadang disebut "hormon lelaki," tetapi wanita juga ada testosteron dalam kuantiti yang sedikit. Testosteron menyebabkan lelaki tumbuh bulu pada badan & muka, suara garau, dan penghasilan sperma. Bagi wanita, testosteron hanya memainkan peranan penting dalam sex drive. Beberapa lelaki masih mampu menjadi new father pada usia 60an. Kesuburan wanita pula berkurangan setelah mencecah usia 35 tahun.

Ada dua hormon yang memainkan peranan besar dalam selera makan manusia - ghrelin dan leptin. GHRELIN menghantar mesej kepada badan bahawa sudah waktunya untuk makan. LEPTIN memberitahu badan sudah kenyang. Ketidakseimbangan salah satu dari hormon tersebut boleh membuatkan weight management menjadi sukar.

Tiroid adalah hormon yang membantu mengawal seberapa cepat badan mengubah makanan menjadi nutrien dan tenaga. Apabila kelenjar tiroid tidak menghasilkan hormon dengan cukup (hipotiroidisme), berat badan bertambah tanpa sebab. Sebab itulah sedari awal kami nyatakan, sesiapa yang adalah masalah TIROID, tidak digalakkan mengambil GC PLUS because it can't help much in your weight loss.

Sekiranya underweight, kitaran haid pula menjadi tidak teratur, atau badan berhenti ovulasi. Tahap hormon estrogen dan progesterone wanita menurun setiap kali sebelum haid. Bagi sesetengah wanita, penurunan hormon ini mencetuskan sakit kepala/migrain. Apabila tahap hormon tersebut naik pula, kulit menghasilkan lebih banyak minyak. Jika minyak terperangkap di liang roma, ia boleh menyebabkan jerawat.

Perubahan hormon menyebabkan pertumbuhan lebih banyak bakteria pada kulit. Bagi wanita (tidak kira usia), perubahan tahap hormon ini menjadi punca jerawat tumbuh ketika haid. Dah jelas tentang kaitan hormon dengan berat badan, masalah kulit, kesuburan dan hubungan intim?
Diana Ishak
Read more

FAQ Endometriosis and Produk GreenAard

Mula-mula kena tahu bagaimana endometriosis terbentuk. Endometriosis berlaku apabila tisu yang serupa dengan lapisan rahim (rahim) tumbuh di luar rahim. Ini adalah perkara biasa di kalangan wanita berumur 30-40an dan akibatnya mungkin menyukarkan kehamilan.

Selalunya, endometriosis dijumpai pada:

  • Ovari
  • Tiub fallopio
  • Tisu yang menahan rahim di tempatnya
  • Permukaan luar rahim
  • Vagina
  • Serviks
  • Usus
  • Pundi kencing

Jarang endometriosis muncul di bahagian lain badan seperti paru-paru, otak, dan kulit.

 

Simptom endometriosis. 

Rasa sakit Ini adalah gejala yang paling biasa. Wanita dengan endometriosis mengalami pelbagai jenis kesakitan, termasuk menstrual cramps yang sangat sakit. Kesakitan bertambah teruk dari masa ke masa.
Sakit kronik (long-term) di bawah belakang badan dan sekitar pelvis.
Sakit semasa atau selepas hubungan seks. Kesakitan ini berbeza dengan rasa sakit ketika zakar masuk ke dalam pintu masuk vagina. Sakitnya lebih deep.
Sakit usus Pergerakan usus yang menyakitkan atau sakit ketika membuang air kecil semasa haid.
Pendarahan atau spotting between menstrual periods. Boleh juga disebabkan oleh sesuatu yang lain daripada endometriosis. Jika kerap berlaku begini, cepat jumpa doktor.
Kemandulan
Masalah pencernaan Termasuk cirit-birit, sembelit, kembung, atau loya semasa haid

 

Endometriosis bersifat benign (bukan kanser) tetapi masih boleh menimbulkan masalah. Pertumbuhan endometriosis boleh membengkak dan berdarah dengan cara yang sama seperti haid. Ini menyebabkan bengkak dan sakit kerana tisu tumbuh dan berdarah di kawasan yang tidak mudah keluar dari badan.

Endometriosis boleh berlaku pada mana-mana wanita yang sudah haid, tetapi lebih kerap pada wanita berusia 30-40an. Lebih cenderung untuk dapat jika:

  • Tidak pernah mempunyai anak
  • Tempoh haid lebih dari tujuh hari (heavy flow, bukan stain)
  • Kitaran haid yang pendek (27 hari atau kurang)
  • Ahli keluarga dengan sejarah endometriosis
  • Masalah kesihatan yang menyekat aliran darah haid yang normal

 

Tidak ada yang tahu apa yang menyebabkan endometriosis. Saintis masih mengkaji penyebabnya, antaranya:

Masalah aliran haid Sebilangan tisu yang terbuang dalam tempoh haid mengalir melalui tiub fallopio ke kawasan lain di badan, seperti pelvis.
Faktor genetik Kerana endometriosis boleh berlaku dalam keluarga, ia mungkin diwarisi dalam gen.
Masalah sistem imun Sistem imun yang rosak mungkin gagal memusnahkan tisu endometrium yang tumbuh di luar rahim.
Hormon Hormon estrogen mungkin mendorong endometriosis. Saintis masih mengkaji kebarangkalian ini.
Pembedahan Semasa pembedahan di kawasan perut, seperti C-sect dan histerektomi, tisu endometrium boleh dipindahkan secara tidak sengaja ke bahagian lain.

 

"Bagaimana nak cegah endometriosis?"

Unfortunately, manusia tidak dapat mencegah endometriosis. Tetapi risiko dapat dikurangkan dengan menurunkan kadar hormon estrogen dalam badan kerana estrogen membantu menebalkan lapisan rahim semasa kitaran haid. Untuk mengekalkan tahap estrogen yang rendah dalam badan, caranya:

  • kekalkan peratusan lemak badan (bodyfat) yang rendah/ideal. Jumlah lemak badan yang rendah mengurangkan jumlah estrogen yang beredar ke seluruh badan.
  • pastikan aliran dan kitaran haid lancar setiap bulan.
  • kurangkan minuman berkafein. Banyak kafein dalam badan dapat meningkatkan kadar estrogen.

GreenAard tiada produk untuk mengecutkan endometriosis tetapi kami ada produk yang membantu mengurangkan peluang untuk mendapatnya.

GC PLUS : Membantu mengurangkan bodyfat, sekaligus mempermudahkan perjalanan weight loss.

HERBA RAHSIA RIMBA : Membantu melancarkan kitaran haid dan mengurangkan simptom PMS.

Diana Ishak
Read more

Menopause: Apa yang normal?

Salah satu tujuan utama kami menghasilkan Herba Rahsia Rimba adalah untuk mengurangkan simptom menopaus. Simptom hot flashes, pertambahan berat badan dan kedutan tepi mata adalah simptom biasa. Ada beberapa simptom yang tidak begitu popular, bagaimanapun adalah normal.

 

NORMAL: "Faraj saya kelihatan...berbeza" 

Usia dan hormon mempengaruhi penampilan faraj. Bulu kemaluan boleh menjadi beruban, nipis, atau hilang sama sekali. Kulit faraj berubah warna; labia minora memanjang dan kendur. Semua perubahan ini adalah NORMAL seiring bertambahnya usia.

 

NORMAL: "Saya terkencing ketika ketawa/batuk/bersin"

Penurunan estrogen menipiskan dinding faraj, yang bermaksud uretra tidak mempunyai sokongan untuk menahan air kencing. Kebocoran air kencing bukan hanya perkara biasa, malah SANGAT BIASA. Kira-kira 50% wanita akan mengalami keadaan ini.

 

NORMAL: "Rambut banyak gugur"

Perubahan hormon ketika menopaus menyebabkan rambut mudah gugur dan lambat tumbuh. Perubahan hormon ini - khususnya penurunan estrogen dan perubahan nisbah estrogen ke testosteron membuatkan rambut menipis.  [Rambut yang menipis juga merupakan gejala biasa gangguan tiroid].

 

NORMAL: "Saya mudah merasa cemas dan tertekan"

Jika mempunyai sejarah anxiety atau depression, ada potensi besar untuk kembali mendapatnya pada peringkat perimenopause. Penurunan progesteron dan adrenal yang aktif menyumbang kepada kegelisahan yang dirasakan.  Progesteron juga terlibat dalam kemurungan. Depression and anxiety are not just “all in your head”.

 

NORMAL: "Saya kurang sabar"

Estrogen adalah pendorong utama tingkah laku wanita. Ketika permenopause, hormon estrogen menurun menyebabkan wanita tidak dapat berfikir, merasa, dan berkelakuan dengan biasa. Perubahan biologi memberi kesan besar. Sekiranya perasaan ini muncul di usia menopos, that it’s normal.

 

Kenalpasti apa yang NORMAL bagi diri. Sebelum menempuh menopos, wanita perlu kenap apa perkara normal bagi orang lain dan perkara normal bagi diri sendiri. We encourage you to get to know what’s normal for you. Contohnya, apa keadaan faraj kamu. Seperti apa orgasme kamu. Bagaimana mood kamu. Pay attention to yourself so you can keep track of what’s your normal, and when that’s changing.

Herba Rahsia Rimba merupakan produk GreenAard khusus untuk kesihatan dalaman wanita dari masalah ketidakseimbangan hormon, haid tidak teratur, penyembuhan selepas melahirkan dan menopos. Semua wanita boleh mengambil Herba Rahsia Rimba tetapi cara pengambilan tidak sama.

Diana Ishak
Read more

Teringin makan coklat. Apa kaitan dengan tindakbalas kimia badan?

Mengidam makanan adalah perkara biasa. Dalam penyelidikan makanan, memang terbukti manusia ada kecenderungan untuk menginginkan makanan yang tinggi gula dan lemak. Ada beberapa sebab kenapa kita ingin makan coklat.

Coklat dibuat dengan menggabungkan serbuk koko, mentega koko dengan pemanis dan bahan lain. Mentega koko menyumbang sebahagian besar lemak dalam coklat. Untuk meningkatkan rasa coklat (koko), pemproses menambah banyak gula. Gula adalah sejenis karbohidrat yang cepat diserap oleh badan. Gula yang tinggi akan meningkatkan mood yang sementara. Gabungan lemak dan gula menjadikan makanan tertentu addictive. Jika mahu juga, makanlah coklat dengan peratusan koko yang tinggi (dark choc).

Kadang-kadang keinginan makan coklat adalah disebabkan kita lapar. Apabila lapar, badan memerlukan karbohidrat cepat seperti gula. Malangnya kebanyakan coklat hanya memberi badan gula cepat, tetapi sementara. Setelah makan coklat, kelaparan itu reda sebentar sahaja, tak lama kemudian badan lapar semula.

Setiap kali ingin makan coklat, cuba makan makanan lain terlebih dahulu. Setelah kenyang, keinginan makan coklat pasti mereda. tetapi jangan pula makan snek. Makan makanan yang boleh buatkan badan kenyang lebih lama. Ketika koko diproses, kandungan kafeinnya berkurang. Sebilangan besar coklat yang diproses mempunyai kafein di bawah 10 mg. Secawan kopi rata-rata ada sekitar 85-200 mg kafein. Dark choc mengandungi lebih banyak kafein.

Semakin tinggi kandungan koko, semakin tinggi kandungan kafein. Kafein merangsang sistem saraf pusat, membuatkan badan merasa lebih terjaga (alert). Kafein juga mempengaruhi tahap dopamine. Dopamine dirembeskan bila makan makanan manis. Bila kerap makan coklat, dopamine akan dibebaskan dari otak yang menyebabkan keseronokan/ketenangan sementara. Lama-kelamaan badan memerlukan gula yang lebih tinggi untuk merembeskan dopamine bagi mendapatkan keseronokan yang sama. Ini menyumbang kepada sifat ketagihan terhadap coklat.

Bagi orang yang tidak pernah minum minuman berkafein, kafein dalam coklat cukup untuk memberi tenaga. Sekiranya teringinkan coklat, cuba minum kopi atau teh tanpa gula. Pasti keinginan pada coklat berkurangan. Kebanyakan wanita menginginkan coklat pada waktu haid. Keinginan coklat jauh lebih dari biasa ketika PMS. Tidak ada penjelasan biologi untuk fenomena ini. Boleh jadi kerana kebiasaan menginginkan sesuatu yang boleh distract them dari period pain. Kurangkan PMS dengan Herba Rahsia Rimba. Di samping membantu mengurangkan gejala PMS, period jadi lebih teratur.

Ibu-ibu yang baru bersalin  

Ambil HRR dari hari ke-30 berpantang. Ambil semalam 14 hari berturut-turut. Selepas itu teruskan pengambilan secara selang sehari.

Wanita berkahwin yang tidak mengandung atau berpantang Mulakan pengambilan pada hari ke-7 haid. Amalkan 7 hari berturut-turut. Selepas tamat 7 hari, ambil selang sehari sehingga sampai ke tempoh haid seterusnya.
Wanita belum berkahwin Mulakan pada hari ke-7 tetapi tidak perlu ambil setiap hari. Mulakan pada hari ke-7, kemudian hari ke-9, ke-11 dan seterusnya secara berselang hingga tiba ke haid yang seterusnya.

 

Nota: Semasa haid, berhenti ambil HRR. Ulang cara di atas pada hari ke-7 haid.

 

Diana Ishak
Read more

Boleh tak Herba Rahsia Rimba bantu atas masalah faraj berdarah selepas seks?

Ramai orang mengalami pendarahan faraj selepas melakukan hubungan seks. Kebanyakkannya berpunca kerana faraj kering (kurang lembap) ketika mengadakan hubungan seks. Pendarahan ringan yang sekali-sekala biasanya tak menjadi masalah. Tetapi jika ada faktor risiko tertentu atau menopaus, pendarahan selepas hubungan seksual perlukan nasihat dari doktor.

Kekeringan faraj boleh menyebabkan pendarahan. Kekeringan faraj boleh disebabkan oleh banyak faktor lain seperti:
  • penyusuan susu ibu
  • melahirkan anak
  • membuang ovari
  • ubat-ubatan tertentu termasuk ubat asma, antidepresan, dan ubat anti-estrogen
  • kemoterapi
  • melakukan seks sebelum terangsang sepenuhnya
  • bahan kimia dalam produk kebersihan wanita
  • menopos
Selain dari itu, aktiviti seks yang kuat boleh menyebabkan luka kecil atau calar pada faraj. Keadaan akan jadi lebih teruk jika anda mengalami faraj kering. Risiko pendarahan faraj selepas hubungan seks boleh menjadi lebih besar jika:
  • berada dalam perimenopause, menopaus, atau postmenopause
  • baru lepas bersalin atau sedang menyusu
  • tidak terangsang sepenuhnya sebelum melakukan persetubuhan
Jadi, sebelum mencari solusi dengan mengambil ubat-ubatan atau supplement yang berkaitan, perlu kenal pasti PUNCA terlebih dahulu. Jika PUNCA masih 'diamalkan', Herba Rahsia Rimba tidak banyak membantu. Jika faraj kering akibat perimenopause, menopaus, atau postmenopause, insyallah Herba Rahsia Rimba dapat membantu mengurangkan sindrom yang berkaitan.
Diana Ishak
Read more

Adakah normal mengalami kejang perut 5 hari sebelum haid?

Menstrual cramps sangat tidak selesa dan annoying. Lebih mengecewakan apabila cramp datang lebih awal sedangkan masih ada 4-5 hari lagi sebelum haid datang. Walau bagaimanapun, menstrual cramps sebelum haid adalah NORMAL, tetapi ia juga boleh menjadi petanda bahawa sesuatu yang lain sedang berlaku.

Ini berlaku kerana keadaan yang dipanggil sindrom pramenstruasi (PMS). PMS berlaku kerana perubahan hormon badan berlaku sebelum haid. Selalunya disertai dengan gejala seperti perubahan mood, payudara tegang, dan keletihan. Namun, cramping tidak selalu disebabkan oleh PMS. Cramping yang berkaitan dengan PMS selalunya ringan dan berlaku di bahagian belakang (sakit pingang).

Bagi menentukan samada cramping normal atau tidak, you need to consider your unique situation. Majoriti wanita TIDAK mengalami kekejangan 5 hari sebelum haid. Sekiranya cramping adalah sebahagian daripada PMS anda, it might be perfectly fine. Tetapi, jika tidak pernah mengalami cramping sebelum haid dan tiba-tiba mengalaminya, something else besides PMS might be going on.

Cramping ringan adalah perkara biasa tetapi cramping yang teruk sebelum haid are never normal. Tanda-tanda cramping yang teruk:
  • cramping tidak berkurangan selagi tidak mengambil ubat.
  • semasa cramping, anda hilang fokus, susah bernafas atau susah bercakap dengan normal.
  • terpaksa berhenti melakukan aktiviti harian.
  • cramping disertai dengan sakit pinggul, terutamanya semasa hubungan seks.
  • muntah, pening, keputihan yang tidak normal, atau demam ketika cramping.

Herba Rahsia Rimba comes to rescue:

  • mengurangkan simptom PMS
  • melancarkan kitaran haid
  • menstabilkan hormon wanita
  • mengurangkan sindrom menopause
Diana Ishak
Read more

Apa yang menyebabkan angin dalam badan sebelum tempoh haid.

Premenstrual syndrome (PMS) adalah keadaan normal yang dialami oleh wanita sebelum haid. Ia boleh menyebabkan perubahan fizikal dan mood. Selain perubahan fizikal dan emosi, masalah gastrointestinal juga sering berlaku.

Masalah gastrointestinal yang dialami pada hari-hari sebelum haid, dan kadang-kadang semasa dan selepasnya, termasuk:
  • kembung perut
  • kekejangan perut
  • cirit-birit atau sembelit
  • lebihan gas/angin
Bagi sesetengah wanita, turun naik hormon estrogen dan progesteron menyebabkan kembung perut dan gas sebelum dan semasa haid. Peningkatan tahap estrogen menjelang haid mempengaruhi reseptor estrogen di perut dan usus kecil. Tahap estrogen yang lebih tinggi ini boleh menyebabkan:
  • kembung perut
  • sembelit
  • pengumpulan udara dan gas di saluran usus
Estrogen dan progesteron boleh mempengaruhi pengekalan cecair (badan menahan air). Apabila tahap estrogen meningkat dan tahap progesteron menurun, badan cenderung menyimpan lebih banyak air daripada biasa. Inilah punca kekembungan. Walaupun angin/gas yang berkaitan dengan haid sama sekali tidak berkaitan dengan makanan, ada makanan tertentu diketahui menyebabkan gas dan boleh menambah ketidakselesaan.

Sebelum dan semasa haid, hadkan pengambilan makanan ini:
  • kacang
  • brokoli
  • kobis
  • bunga kobis
  • cendawan
  • bawang
  • makanan bijirin penuh (whole-grain)
  • minuman berkarbonat.
Mungkin boleh cuba Herba Rahsia Rimba, kerana ia membantu menyeimbangkan hormon wanita bagi mengurangkan simptom PMS dan ketidakselesaan semasa haid.
Diana Ishak
Read more

Sembelit Sebelum Haid: Mengapa ia berlaku.

Terdapat beberapa sebab kenapa boleh mendapat sembelit, dan salah satunya adalah perubahan hormon. Bagi yang tidak biasa sembelit pasti perasan sembelit hanya datang beberapa hari dan di awal haid. Jangan risau, ini adalah normal.

Kitaran haid adalah hasil penyesuaian yang berterusan tahap estrogen dan progesteron dalam badan. Hormon ini bukan sahaja mempengaruhi ketika ovulasi, tetapi mempengaruhi tabiat pencernaan. Tahap estrogen yang tidak menentu (yang meningkat sebelum haid) melambatkan pergerakan usus dan menyebabkan sembelit.

Walau bagaimanapun, kebanyakan orang mendapati gejala sembelit semakin baik setelah haid bermula. Ini adalah logik kerana pada ketika ini tahap estrogen mulai turun. Untuk mencegah sembelit di kitaran haid yang seterusnya, cuba kurangkan pengambilan minuman berkafein beberapa hari sebelum dan semasa haid.

Minuman berkafein adalah diuretik semula jadi dan dapat mengurangkan jumlah air dalam badan anda. Badan kurang air untuk diserap oleh najis, lalu menyebabkan sembelit. Sekiranya tidak sanggup berlama-lama dalam keadaan sembelit, atau sembelit tetap berlaku, boleh cuba GC PLUS atau Herba Rahsia Rimba.

GC PLUS   Herba Rahsia Rimba
membantu menyeimbangkan hormon estrogen membantu menyeimbangkan hormon estrogen
membantu melancarkan pergerakan usus mengurangkan simptom PMS semasa haid
ambil 4 kapsul pada waktu pagi, semasa perut masih kosong ambil ikut jadual yang spesifik (tanya kami untuk cara pengambilan)
RM90/botol RM55/botol



Diana Ishak
Read more

Mengapa ketika haid kekerapan ke tandas berubah.

Hai wanita sekalian! Perasan tak setiap kali haid, kebiasaan buang air besar berubah? Ada yang sehari sampai 3-4 kali. Ada yang cirit-birit. Ada juga yang sembelit. Perubahan corak ini adalah kerana usus dipengaruhi oleh perubahan hormon yang berkaitan dengan haid.

Semasa haid, badan mengalami banyak perubahan hormon. Perubahan ini mempengaruhi seluruh tubuh, menyebabkan sindrom PMS seperti perubahan mood, kekejangan, dan perubahan pencernaan. Perubahan pergerakan usus semasa haid boleh merangkumi sembelit, cirit-birit, atau pergerakan usus yang lebih kerap.

Sebelum haid bermula, badan mengeluarkan hormon prostaglandin. Hormon ini merangsang pengecutan otot di rahim. Pengecutan ini membantu melancarkan lapisan rahim.

Pada masa yang sama, hormon prostaglandin merangsang pengecutan otot di usus yang dekat dengan rahim, menyebabkan pergerakan usus menjadi lebih kerap. Hormon ini membuatkan badan kurang menyerap air menjadikan najis lebih lembut dan meningkatkan risiko cirit-birit.

Agak sukar untuk membezakan antara kekejangan rahim dan kekejangan perut/usus ketika haid. Kedua-duanya sama-sama menyakitkan. Bagi sesetengah orang, progesteron boleh mempengaruhi saluran gastrousus sehingga menyebabkan sembelit atau cirit-birit. Prostaglandin juga menyebabkan sakit kepala.

Pada wanita yang mengalami masalah usus kronik atau gangguan usus, haid boleh memburukkan lagi gejala. Sebagai contoh, pada orang yang mengalami masalah sembelit, perubahan progesteron dapat memperburukkan sembelit. Ini juga berlaku untuk orang yang ada masalah endometriosis, fibroid rahim, dan ovarian cyst.

Progesteron dapat meningkatkan rasa lapar dan menambahkan menginginkan pada makanan tinggi lemak dan gula, seperti ais krim atau coklat, sedangkan badan sukar mencerna makanan ini. Memakan banyak makanan tersebut boleh mempengaruhi pergerakan usus seseorang.

Perubahan tabiat pemakanan ketika haid (yang disebabkan oleh perubahan hormon) mungkin menyumbang kepada mengapa beberapa orang mendapat perbezaan konsistensi, keteraturan, atau bau najis sebelum atau selama tempoh haid.

Semasa PMS atau haid, ramai mengalami perubahan mood. Tekanan juga boleh mempengaruhi pergerakan usus seseorang, menyebabkan sembelit atau cirit-birit.

Bagi membantu anda manage gangguan pencernaan ketika haid:
  • Makan banyak buah dan sayur-sayuran.
  • Banyakkan bergerak. Bergerak boleh melegakan kembung dan membantu usus bergerak.
  • Cuba pelembut najis (stool softeners) seperti julap.
  • Ambil HERBA RAHSIA RIMBA. Ia membantu mengurangkan kekejangan dan ketidakselesaan rahim serta inhibit prostaglandin.
Diana Ishak
Read more
64 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart