Boleh tak Herba Rahsia Rimba bantu atas masalah faraj berdarah selepas seks?

Ramai orang mengalami pendarahan faraj selepas melakukan hubungan seks. Kebanyakkannya berpunca kerana faraj kering (kurang lembap) ketika mengadakan hubungan seks. Pendarahan ringan yang sekali-sekala biasanya tak menjadi masalah. Tetapi jika ada faktor risiko tertentu atau menopaus, pendarahan selepas hubungan seksual perlukan nasihat dari doktor.

Kekeringan faraj boleh menyebabkan pendarahan. Kekeringan faraj boleh disebabkan oleh banyak faktor lain seperti:
  • penyusuan susu ibu
  • melahirkan anak
  • membuang ovari
  • ubat-ubatan tertentu termasuk ubat asma, antidepresan, dan ubat anti-estrogen
  • kemoterapi
  • melakukan seks sebelum terangsang sepenuhnya
  • bahan kimia dalam produk kebersihan wanita
  • menopos
Selain dari itu, aktiviti seks yang kuat boleh menyebabkan luka kecil atau calar pada faraj. Keadaan akan jadi lebih teruk jika anda mengalami faraj kering. Risiko pendarahan faraj selepas hubungan seks boleh menjadi lebih besar jika:
  • berada dalam perimenopause, menopaus, atau postmenopause
  • baru lepas bersalin atau sedang menyusu
  • tidak terangsang sepenuhnya sebelum melakukan persetubuhan
Jadi, sebelum mencari solusi dengan mengambil ubat-ubatan atau supplement yang berkaitan, perlu kenal pasti PUNCA terlebih dahulu. Jika PUNCA masih 'diamalkan', Herba Rahsia Rimba tidak banyak membantu. Jika faraj kering akibat perimenopause, menopaus, atau postmenopause, insyallah Herba Rahsia Rimba dapat membantu mengurangkan sindrom yang berkaitan.
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart