Teringin makan coklat. Apa kaitan dengan tindakbalas kimia badan?

Mengidam makanan adalah perkara biasa. Dalam penyelidikan makanan, memang terbukti manusia ada kecenderungan untuk menginginkan makanan yang tinggi gula dan lemak. Ada beberapa sebab kenapa kita ingin makan coklat.

Coklat dibuat dengan menggabungkan serbuk koko, mentega koko dengan pemanis dan bahan lain. Mentega koko menyumbang sebahagian besar lemak dalam coklat. Untuk meningkatkan rasa coklat (koko), pemproses menambah banyak gula. Gula adalah sejenis karbohidrat yang cepat diserap oleh badan. Gula yang tinggi akan meningkatkan mood yang sementara. Gabungan lemak dan gula menjadikan makanan tertentu addictive. Jika mahu juga, makanlah coklat dengan peratusan koko yang tinggi (dark choc).

Kadang-kadang keinginan makan coklat adalah disebabkan kita lapar. Apabila lapar, badan memerlukan karbohidrat cepat seperti gula. Malangnya kebanyakan coklat hanya memberi badan gula cepat, tetapi sementara. Setelah makan coklat, kelaparan itu reda sebentar sahaja, tak lama kemudian badan lapar semula.

Setiap kali ingin makan coklat, cuba makan makanan lain terlebih dahulu. Setelah kenyang, keinginan makan coklat pasti mereda. tetapi jangan pula makan snek. Makan makanan yang boleh buatkan badan kenyang lebih lama. Ketika koko diproses, kandungan kafeinnya berkurang. Sebilangan besar coklat yang diproses mempunyai kafein di bawah 10 mg. Secawan kopi rata-rata ada sekitar 85-200 mg kafein. Dark choc mengandungi lebih banyak kafein.

Semakin tinggi kandungan koko, semakin tinggi kandungan kafein. Kafein merangsang sistem saraf pusat, membuatkan badan merasa lebih terjaga (alert). Kafein juga mempengaruhi tahap dopamine. Dopamine dirembeskan bila makan makanan manis. Bila kerap makan coklat, dopamine akan dibebaskan dari otak yang menyebabkan keseronokan/ketenangan sementara. Lama-kelamaan badan memerlukan gula yang lebih tinggi untuk merembeskan dopamine bagi mendapatkan keseronokan yang sama. Ini menyumbang kepada sifat ketagihan terhadap coklat.

Bagi orang yang tidak pernah minum minuman berkafein, kafein dalam coklat cukup untuk memberi tenaga. Sekiranya teringinkan coklat, cuba minum kopi atau teh tanpa gula. Pasti keinginan pada coklat berkurangan. Kebanyakan wanita menginginkan coklat pada waktu haid. Keinginan coklat jauh lebih dari biasa ketika PMS. Tidak ada penjelasan biologi untuk fenomena ini. Boleh jadi kerana kebiasaan menginginkan sesuatu yang boleh distract them dari period pain. Kurangkan PMS dengan Herba Rahsia Rimba. Di samping membantu mengurangkan gejala PMS, period jadi lebih teratur.

Ibu-ibu yang baru bersalin  

Ambil HRR dari hari ke-30 berpantang. Ambil semalam 14 hari berturut-turut. Selepas itu teruskan pengambilan secara selang sehari.

Wanita berkahwin yang tidak mengandung atau berpantang Mulakan pengambilan pada hari ke-7 haid. Amalkan 7 hari berturut-turut. Selepas tamat 7 hari, ambil selang sehari sehingga sampai ke tempoh haid seterusnya.
Wanita belum berkahwin Mulakan pada hari ke-7 tetapi tidak perlu ambil setiap hari. Mulakan pada hari ke-7, kemudian hari ke-9, ke-11 dan seterusnya secara berselang hingga tiba ke haid yang seterusnya.

 

Nota: Semasa haid, berhenti ambil HRR. Ulang cara di atas pada hari ke-7 haid.

 

Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart