Memahami tindak balas kimia badan.

Apabila wanita mula menopaus, berlaku perubahan dramatik pada hormon. Ini menandakan berakhirnya kemampuan wanita untuk mempunyai anak. Manakala lelaki tidak mengalami perubahan hormon secara tiba-tiba. Lelaki masih boleh menghasilkan sperma. Walau bagaimanapun, tahap testosteron lelaki menurun perlahan-lahan. Ketika itu berlaku, lelaki akan mengalami kenaikan berat badan, kekurangan tenaga (cepat penat) dan kurang minat dengan hubungan seks.

Testosteron kadang-kadang disebut "hormon lelaki," tetapi wanita juga ada testosteron dalam kuantiti yang sedikit. Testosteron menyebabkan lelaki tumbuh bulu pada badan & muka, suara garau, dan penghasilan sperma. Bagi wanita, testosteron hanya memainkan peranan penting dalam sex drive. Beberapa lelaki masih mampu menjadi new father pada usia 60an. Kesuburan wanita pula berkurangan setelah mencecah usia 35 tahun.

Ada dua hormon yang memainkan peranan besar dalam selera makan manusia - ghrelin dan leptin. GHRELIN menghantar mesej kepada badan bahawa sudah waktunya untuk makan. LEPTIN memberitahu badan sudah kenyang. Ketidakseimbangan salah satu dari hormon tersebut boleh membuatkan weight management menjadi sukar.

Tiroid adalah hormon yang membantu mengawal seberapa cepat badan mengubah makanan menjadi nutrien dan tenaga. Apabila kelenjar tiroid tidak menghasilkan hormon dengan cukup (hipotiroidisme), berat badan bertambah tanpa sebab. Sebab itulah sedari awal kami nyatakan, sesiapa yang adalah masalah TIROID, tidak digalakkan mengambil GC PLUS because it can't help much in your weight loss.

Sekiranya underweight, kitaran haid pula menjadi tidak teratur, atau badan berhenti ovulasi. Tahap hormon estrogen dan progesterone wanita menurun setiap kali sebelum haid. Bagi sesetengah wanita, penurunan hormon ini mencetuskan sakit kepala/migrain. Apabila tahap hormon tersebut naik pula, kulit menghasilkan lebih banyak minyak. Jika minyak terperangkap di liang roma, ia boleh menyebabkan jerawat.

Perubahan hormon menyebabkan pertumbuhan lebih banyak bakteria pada kulit. Bagi wanita (tidak kira usia), perubahan tahap hormon ini menjadi punca jerawat tumbuh ketika haid. Dah jelas tentang kaitan hormon dengan berat badan, masalah kulit, kesuburan dan hubungan intim?
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart