Waspada! Gatal-gatal di kemaluan boleh menjadi tanda diabetes.
Apabila tahap glukosa darah meningkat, ia menyediakan persekitaran yang sempurna untuk yeast berkembang. Yeast tertarik dengan kandungan glukosa tinggi dalam kencing penghidap kencing manis, dan gatal-gatal ini boleh berlaku pada kemaluan lelaki dan wanita. Punca kegatalan faraj boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- penggunaan bahan kimia seperti sabun, pembersih faraj, tuala wanita dan kondom
- jangkitan kulat
- jangkitan bakteria
- stress, di mana tekanan boleh menyebabkan sistem imun menurun dan menjadikan faraj mudah terdedah kepada jangkitan
Jika gatal-gatal pada faraj berterusan dan segala krim/ubat telah diusahakan, cuba check tahap gula dalam darah pula. Sekiranya kegatalan yang dialami BUKAN disebabkan oleh diabetis, ada beberapa perkara boleh dilakukan:
- menjaga kebersihan kemaluan
- elakkan menggunakan sabun pencuci faraj, gunakan air bersih sahaja
- selepas mencuci faraj segera keringkan dengan tuala, elakkan keadaan lembap.
- kerap tukar seluar dalam
- pakai seluar dalam cotton
- elak menggaru kemaluan
Bagi lelaki, biasanya yeast menjangkiti kawasan yang hangat dan lembap seperti zakar, pangkal paha, punggung dan paha dalaman. Selalunya berlaku di kalangan orang yang berpeluh banyak, dan agak berjangkit. Manakala bagi wanita, penyebab kepada gatal-gatal kemaluan adalah kerana jangkitan yeast yang dikenali sebagai Candida Albicans. Candida albicans hidup pada kulit sekitar faraj atau vagina dan biasanya tidak berbahaya. Walau bagaimanapun, yeast ini boleh membiak dengan sangat cepat, terutamanya jika kawasan itu hangat dan lembap. Apabila itu berlaku, yeast mungkin masuk ke dalam vagina dan menyebabkan gatal-gatal.
Gatal-gatal di bahagian vulva pula sering disebabkan oleh tahap estrogen yang rendah semasa menopaus. Estrogen yang menurun menyebabkan kulit vulva menjadi kering dan nipis, boleh menyebabkan gatal-gatal dan terasa panas di bahagian kemaluan. Sekiranya ada masalah keputihan yang banyak, gatal-gatal serta simptom menopaus, kami cadangkan Herba Rahsia Rimba. Herba Rahsia Rimba diformulasikan khas untuk kesihatan dalaman wanita, terutama masalah haid tidak lancar, keputihan dan melegakan simptom menopaus.