Punca kenapa berlaku SPOTTING sebelum tempoh haid

Pil perancang
Spotting adalah kesan sampingan yang biasa jika seseorang mengambil, menghentikan atau menukar pil perancang. Estrogen menjaga lapisan rahim. Mengubah atau mengganggu aktiviti estrogen dengan pil perancang boleh menyebabkan spotting. Walaupun spotting ini tidak berpanjang lebih dari 3 bulan. Terapi penggantian hormon yang digunakan untuk rawatan simptom menopaus juga boleh menyebabkan spotting.

Awal kehamilan
Spotting adalah perkara biasa pada awal kehamilan - ini dinamakan implantasi spotting. Implantasi spotting berlaku ketika telur yang disenyawakan menempel pada dinding bahagian dalam rahim. Apabila embrio terbentuk, saluran darah kecil koyak menyebabkan keluar keputihan berwarna merah jambu atau coklat. Implantasi spotting biasanya berlaku sebelum tempoh haid ATAU 5-10 hari selepas conception.

Ovulasi
Spotting semasa ovulasi adalah biasa dan tak perlu dibimbangkan. Wanita boleh notice spotting ini selama 1-2 hari. Spotting biasanya berwarna merah muda pucat. Ada beberapa sebab spotting berlaku, antaranya:

i. apabila folikel matang dan pecah, boleh menyebabkan pendarahan ringan.
ii. peningkatan tahap estrogen semasa ovulasi

Perimenopaus
Apabila menghampiri menopaus, badan mula spotting merah jambu atau coklat dan sedikit pendarahan ringan sebelum haid bermula. Semasa peringkat peralihan ini, haid jadi tidak teratur, kadang-kadang heavy, dan mungkin lebih lambat dari kebiasaan. Ini kerana semasa perimenopause, tahap hormon tidak teratur. Sebaik sahaja menopaus, haid berhenti.

Stress
Tekanan boleh menyebabkan banyak ketidakseimbangan dalam badan dan haid tidak terkecuali. Tekanan emosi (kemurungan, kegelisahan, kebimbangan, insomnia) dan tekanan fizikal (penurunan berat badan atau kenaikan, penyakit, diet yang buruk, terlalu banyak bersenam) boleh mempengaruhi kitaran haid. Stress yang melampau dapat menyebabkan badan mengeluarkan lebih banyak hormon kortisol (hormon stress), yang kemudian menyebabkan badan hanya mengeluarkan sedikit estrogen dan progesteron. Ketidakseimbangan hormon ini mengacaukan kitaran haid, menjadikannya tidak teratur atau terlambat, dan berlaku spotting/stain sahaja. Walaupun bersenam adalah stress-reliever, terlalu banyak bersenam menyebabkan spotting.

Penurunan estrogen
Satu daripada sepuluh wanita mengalami spotting akibat penurunan estrogen. Jenis spotting ini biasanya berlaku kira-kira 10-14 hari sebelum tempoh haid yang seterusnya. Jenis spotting ini berlaku kerana perubahan jumlah estrogen yang merangsang endometrium. Penurunan estrogen menyebabkan wanita mengalami keputihan coklat, atau spotting. Kadang-kadang spoting datang bersama cramp dan sedikit kesakitan.

Tiroid
Ketidakseimbangan hormon adalah salah satu sebab spotting sebelum haid. Salah satunya, penghasilan estrogen yang terlalu banyak kerana masalah tiroid. Tiroid yang rendah (hipotiroidisme) boleh menyebabkan perubahan dan ketidakseimbangan dalam metabolisme. Ini menyebabkan gejala keletihan berterusan, suhu badan tidak teratur, kenaikan berat badan yang ketara, keguguran rambut, dan sakit leher.

PCOS
Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) adalah ketidakseimbangan hormon yang mengganggu ovulasi normal dan boleh menyebabkan pendarahan yang tidak normal, atau spotting between periods. Ia juga boleh menyebabkan rambut gugur dan jerawat. PCOS menyebabkan ovari tidak mendapat isyarat hormon yang betul dari kelenjar pituitari. Tanpa isyarat ini, badan tidak boleh ovulasi setiap bulan, yang mempengaruhi kitaran haid. Ini menyebabkan haid tidak teratur, dan berlalu spotting.

GreenAard mempunyai produk yang membantu mengurangkan simptom-simptom di atas, iaitu HERBA RAHSIA RIMBA. Ia bukanlah rawatan kepada masalah anda, tetapi satu fungsi HERBA RAHSIA RIMBA adalah menyeimbangkan tahap hormon wanita. Siapa yang dicadangkan untuk ambil HRR:

- yang ada masalah haid tidak teratur
- yang ada simptom menopos
- yang berusia 40 tahun ke atas
- untuk mengurangkan simptom PMS

Whatsapp kami untuk pertanyaan lanjut, 012-7728976.
Diana Ishak
Read more

Tiada Discharge, Hanya Gatal

Faraj gatal memang sangat irritating, tetapi tidak selalunya bermaksud ada jangkitan yis.

Sesiapa sahaja dari usia apa pun boleh mengalami gatal faraj dari tahap ringan hingga teruk, samada kadang-kadang atau berterusan. Penyebab gatal faraj yang biasa adalah yis dan bakteria, selalunya disertai dengan discharge yang berbau dan berwarna. Jika faraj tiada discharge tetapi gatal yang beterusan, boleh jadi ada punca lain.

Kutu kemaluan
Kesan kutu kemaluan boleh dilihat pada bintik-bintik biru kecil atau bintik-bintik darah pada kulit di bawah perut atau paha anda akibat gigitan kutu. Mesti berjumpa doktor sekiranya ada tanda-tanda ini kerana mungkin perlu treatment seluruh badan.

Lichen sclerosus
Kawasan kulit pada faraj dan dubur berwarna putih/cerah dan kelihatan lebih nipis daripada kulit normal. Penyebabnya tidak diketahui tapi dipercayai akibat ketidakseimbangan hormon. Keadaan ini sering berlaku pada wanita selepas menopaus. Tanda-tanda lichen sclerosus adalah:
- Gatal yang teruk tanpa vaginal discharge
- Tompok putih dan halus pada kulit
- Kulit di kawasan faraj berkedut
- Melecet/Berdarah
- Seks yang menyakitkan

Doktor mungkin mencadangkan kortikosteroid.

Dermatitis atau Alahan
Dermatitis adalah ruam gatal dan merah yang berlaku akibat reaksi alahan terhadap bahan tertentu. Gejala dan tanda adalah:
- Ruam berwarna merah
- Gatal yang teruk tanpa vaginal discharge
- Kulit pecah-pecah, bersisik, kering
- Lepuh dan lebam, kadang-kadang dengan kerak
- Bengkak

Jika ruam tidak lebih baik selepas tiga minggu, sila berjumpa doktor.

Ekzema
Keradangan yang menyebabkan kulit pada faraj retak/pecah-pecah, tompok-tompok merah dan berkerak. Pada vulva, ekzema menyebabkan kegatalan yang teruk lantas membentuk lichen simplex kronik (kulit jadi tebal dan sangat gatal). Sekiranya ada ekzema pada vulva (antara uretra dan bukaan faraj), selalunya menyebabkan rasa pedih dan menyengat. Tiada rawatan untuk ekzema, hanya boleh kurangkan simptom gatal.

Gatal akibat bercukur
Luka cukur dari mencukur bulu kemaluan boleh menyebabkan infection dan gaatl-gatal seterusnya kawaasn terbabit menjadi lebam, sakit, dan gatal tanpa ada vaginal discharge. Luka cukur boleh baik dengan sendiri. Elakkan bercukur di kawasan yang terjejas sehingga belum sembuh sepenuhnya.

 

 

Diana Ishak
Read more

Apa itu Pendarahan Ovulasi [spotting]?

Pendarahan ovulasi adalah pendarahan ringan yang berlaku semasa ovulasi. Ovulasi adalah apabila ovari mengeluarkan telur. Tidak semua wanita mengalami pendarahan ovulasi, hanya 3% je.

Bilakah pendarahan ovulasi berlaku?
Pendarahan ovulasi berlaku apabila ovari melepaskan telur, yang berlaku di tengah-tengah kitaran haid - dari 11 hingga 21 hari selepas tempoh terakhir haid. Walau bagaimanapun, ia tidak selalu berlaku pada hari yang sama setiap bulan. Ovulasi boleh berubah-ubah.

Apa yang menyebabkan pendarahan ovulasi?
It all comes down to hormones. Perubahan hormon estrogen, progesteron, dan luteinizing hormone dapat merangsang pendarahan ovulasi.

Berapa lama pendarahan ovulasi?
Tidak lama, dan tidak juga selalu berlaku pada setiap kitaran haid. Paling banyak, satu atau dua hari.

Bagaimana rupanya pendarahan ovulasi?
Biasanya lebih menyerupai spotting sahaja. Tak memerlukan kita pakai pad, mungkin pantyliner sahaja [atau mungkin hanya tisu, honestly]. Berwarna merah muda pucat. Ini kerana darah bercampur dengan cecair serviks yang meningkat semasa ovulasi.

Sebahagian besar wanita tidak merasa apa-apa semasa pendarahan ovulasi berlaku. Tetapi ia boleh datang dengan kesan sampingan yang biasa seperti cramps, breast tenderness atau kekembungan.

Warna darah haid :

Coklat
- permulaan atau pengakhiran haid
- tanda awal kehamilan

Hitam
- permulaan atau pengakhiran haid
- faraj tersumbat

Merah terang
- fresh blood

Merah gelap/tua
- permulaan atau pengakhiran haid

Oren
- darah haid bercampur dengan cecair serviks
- kemungkinan jangkitan
- kemungkinan darah akibat birth control

Merah jambu
- darah haid bercampur dengan cecair serviks
- estrogen rendah
- ovulasi
- kurang nutrient/zat
- anemia

Kelabu
- jangkitan bakteria [bacterial vaginosis]

Kalau ada di antara pembaca yang ada masalah di atas, beri peluang kepada diri anda mencuba Herba Rahsia Rimba.
- membantu masalah keputihan
- membantu melancarkan aliran darah haid
- memperbaiki kitaran haid
- menyeimbangkan hormon estrogen
- mengurangkan simptom PMS dan menopos
Diana Ishak
Read more

Gumpalan darah semasa haid

Darah membeku dalam aliran haid bukanlah sesuatu yang pelik. Ia merupakan kejadian semula jadi. Ramai wanita mengalami gumpalan haid pada satu-satu ketika dalam tempoh haid. Biasanya ini tak perlu dibimbangkan.

Apa itu gumpalan darah haid?
- Sejumlah besar darah haid yang keluar berketul-ketul.
- Gumpalan biasa berlaku pada beberapa hari pertama.
- Gumpalan darah kelihatan seperti seperti jelly yang berbeza-beza saiz dan warna.

Apa yang menyebabkan gumpalan darah haid?
Semasa haid, antikoagulan dibebaskan. Antikoagulan adalah pencair darah semula jadi. Semasa aliran haid yang heavy, darah dikeluarkan lebih cepat dan antikoagulan tak ada masa yang cukup untuk memecahkan darah. Ini menyebabkan gumpalan terbentuk.

Adakah aliran darah haid saya normal?
Adalah normal untuk aliran haid berubah dari satu tempoh ke satu tempoh yang lain. Mungkin bulan ini darah haid bergumpal dengan banyak, tetapi bulan depan tidak ada langsung gumpalan. Gumpalan darah biasanya berwarna terang atau merah tua dan kadang-kadang boleh bercampur dengan aliran haid yang biasa [cair]. Walau bagaimanapun, jika gumpalan tebal dan banyak, serta berlaku dengan kerap, sila berjumpa doktor.

Adakah warna haid yang gelap dan heavy flow adalah normal?
Kadang-kadang warna haid anda menjadi lebih gelap (coklat gelap hingga hampir hitam) menjelang penghujung haid. Ini adalah perubahan warna yang biasa kerana pada ketika ini hampir tidak ada darah yang berbaki.

Bila anda perlu berjumpa doktor?
- bila gumpalan saiz besar terbentuk, lebih besar dari kebiasaan
- gumpalan haid terbentuk berhari-hari
- gumpalan disertai dengan demam
- terasa nak pening/pitam/pengsan setiap kali haid
- darah haid berbau berbeza dari biasa
- stomach cramp yang teruk

Apa yang boleh Herba Rahsia Rimba bantu?
- membantu melancarkan alirah haid
- mengurangkan senggugut
- mengurangkan simptom PMS
- menstabilkan hormon peranakkan supaya haid tidak tersangkut-sangkut.

Diana Ishak
Read more

Perkara-perkara yang biasa berlaku setiap hari yang boleh melambatkan kedatangan haid

Sekiranya terlepas tempoh haid atau tempoh haid lebih pendek atau lebih lama daripada biasa, kita mudah meletakkan 'kesalahan' pada benda lain - makanan atau produk supplement. Sebenarnya, sebahagian besar perkara yang boleh mempengaruhi kitaran haid berpunca dari hal-hal biasa yang berlaku setiap hari.


Stress
Tekanan adalah penyumbang nombor satu perubahan kitaran haid. Ketika mengalami tekanan, badan akan menghentikan hormon yang diperlukan untuk ovulasi. Tekanan yang berbeza seperti tekanan fizikal [senaman] dan tekanan emosi boleh mengubah kitaran haid.


"Berjangkit" dengan kitaran haid orang lain
Pernah tak tiba-tiba kitaran haid berubah menjadi sama dengan rakan sebilik? Ini bukan kebetulan. Kitaran haid kita boleh dipengaruhi oleh haid orang lain. Susah untuk diterangkan secara bahasa mudah, tetapi dari segi saintifik, penyebabnya adalah feromon [sejenis bahan kimia]. Feromon yang dirembeskan boleh mencetuskan tindak balas sosial pada anggota spesies yang sama, terutama yang berdekatan.


Terlalu banyak senaman
Pertamabahan amaun dan rutin senaman boleh menjadikan haid tidak teratur. Senaman yang berlebihan boleh menyebabkan lambat haid atau haid yang singkat. Ini kerana badan memerlukan a certain amount of fat untuk ovulasi. Terlalu kurang lemak dalam badan boleh menjadi punca menopaus awal [!!].


Ubat-ubatan
Ubat dapat mengubah kitaran haid, bahkan ia sangat mudah berlaku. Apa jenis ubat, termasuk Herba Rahsia Rimba, steroid, ubat tiroid, dan antipsikotik boleh mempengaruhi atur kitaran haid kerana ia melibatkan tindakbalas pada hormon. Kelebihan pada Herba Rahsia Rimba, ia adalah produk tradisional, menggunakan raw herbs, jadi sekiranya berlaku haywire pada haid, ia bersifat sementara.


Produk kecantikan tertentu
Kosmetik dan produk kecantikan dapat menyumbang kepada perubahan dalam kitaran haid. Ini kerana beberapa produk mengandungi bahan kimia yang dianggap sebagai gangguan pada endokrin. Bermaksud ia mempengaruhi kesihatan hormon. Ini termasuk pewarna rambut tertentu, moisturizers dan syampu.

 

Diana Ishak
Read more

Apakah tanda-tanda ovulasi?

Oleh kerana ovulasi menyebabkan banyak perubahan hormon, ia mempengaruhi badan dengan pelbagai cara. Fungsi ovulasi adalah untuk membantu kita membiak, jadi ada banyak tanda-tanda ovulasi yang dapat dilihat secara fizikal, yang bermanfaat sekiranya ingin mengandung.

Perlu diingat bahawa tidak ada dua rahim yang sama, setiap orang mengalami ovulasi berbeza, jadi jangan risau jika ada di antara tanda-tanda ovulasi ini tidak ada pada diri. Ovulasi boleh berlaku tanpa ada tanda-tanda.

[1] Lendir serviks berubah.
Keputihan berubah sekitar waktu ini. Ini kerana lendir serviks berubah semasa ovulasi. Terdapat peningkatan ketara dalam jumlah lendir serviks yang dihasilkan oleh badan. Keputihan jadi melekit dan tebal. Ini memudahkan sperma masuk ke rahim sehingga meningkatkan kemungkinan untuk hamil.

[2] Sedikit sakit pada pelvik.
Sakit yang mencucuk-cucuk ini adalah kerana folikel melepaskan telur. Apabila folikel matang, sebelum melepaskan telur, ia mengandungi cecair seperti cyst. Apabila telur dilepaskan, folikel pecah, melepaskan cecair tersebut. Ini menyebabkan rasa sakit.

[3] Libido meningkat.
Keinginan seks adalah tanda ovulasi. Terdapat hubungan yang kuat antara ovulasi dan libido. Peningkatan testosteron berlaku tepat pada masa ovulasi, ini membuatkan keinginan seks meningkat. Kepada yang merancang untuk hamil, pastikan suami maklum tentang tanda ini.

[4] Ada spotting.
Sekiranya melihat ada bintik-bintik darah atau keputihan, jangan risau. Perkara ini agak biasa. Ketika ovulasi terjadi, folikel pecah dan mengakibatkan sedikit pendarahan. Darah ini berubah menjadi coklat ketika ia semakin tua, sebab itulah kenapa keputihan can be red to dark brown.

[5] Payudara terasa sakit
Oleh kerana ovulasi melibatkan banyak aktiviti hormon, payudara jadi lebih sensitif dan membengkak di sekitar pertengahan kitaran haid.


"Apa yang berlaku jika tidak berlaku ovulasi?"

Secara normal, kita ovulasi sebulan sekali, tetapi ini tidak berlaku 100% setiap masa. Kalau ada ambil birth control, ovulasi tidak akan berlaku sama sekali. Sekiranya haid tidak regular, itu juga petanda ovulasi tidak berlaku dengan normal.

Walau bagaimanapun, jika terus-menerus tidak ada ovulasi, this could be cause for concern. Ovulasi adalah penting kerana ia mempengaruhi turun naik hormon dalam badan. Hormon tidak hanya penting untuk kesuburan tetapi kesihatan secara keseluruhan. Boleh jadi disebabkan oleh stress, senaman atau diet yang melampau, PCOS, atau penyakit lain.

Herba Rahsia Rimba boleh membantu menyeimbangkan tahap hormon wanita. Nak cuba? Whatsapp 012-7728976.

 

Diana Ishak
Read more

Bagaimana Kitaran Haid Mempengaruhi Tingkah Laku

Dianggarkan 85% wanita mengalami sekurang-kurangnya SATU simptom PMS setiap bulan. Hormon dalam badan wanita dapat mempengaruhi mood dan tindakannya sepanjang bulan.


Fasa "Feeling Good"

Fasa folikel kitaran haid bermula pada hari pertama haid hingga sekitar 10-14 hari. Sepanjang tempoh ini, hormon estradiol mula meningkat. This is more likely to be your “happy” time of the month. Peningkatan estradiol dalam badan membantu mengurangkan kesan hormon stres seperti adrenalin dan kortisol.


Fasa Ovulasi. Fasa "feeling sexy".

Semasa fasa ovulasi, hormon luteinizing meningkat.
Hormon ini mendorong telur dibebaskan dari ovari ke dalam tiub Fallopia untuk persenyawaan.
Hormon estradiol meningkat sewaktu fasa ovulasi.
Estradiol menjadikan insulin lebih aktif dan efektif.
Insulin memberitahu badan untuk melepaskan lebih banyak testosteron. - Testosteron adalah salah satu hormon yang mengatur dorongan seks.

Semasa Fasa Ovulasi [fasa "feeling sexy"], wanita lebih cenderung untuk menunjukkan tingkah laku seksual dan lcenderung membeli pakaian, makeups, dan barang-barang lain untuk membantu diri merasa lebih menarik. Maybe kita boleh namakan fasa ini sebagai "Fasa Kuat Shopping" juga.


Fasa Luteal.

Selepas Fasa Ovulasi, folikel kosong yang pernah mengandungi telur mula mengeluarkan hormon progesteron untuk menebalkan lapisan rahim bagi menyiapkannya untuk kemungkinan implantasi embrio [baby]. Bila progesteron meningkat, ketika inilah kita jadi MOODY.

Ini berlaku kerana progesteron membantu badan membuat hormon kortisol [hormon stress]. Sekiranya tahap kortisol sudah meningkat kerana faktor luar seperti minggu kerja yang sibuk, progesteron boleh menyebabkan lebih banyak kortisol dalam badan.

Fasa Luteal membuatkan wanita cenderung makan dengan banyak, makan makanan manis [ice cream & coklat], makan makanan berkalori tinggi [fast food & junk food]. Dan pada fasa ini juga wanita cepat marah. Bagi mereka yang sedang menurunkan berat badan, Fasa Luteal boleh mengganggu the weight loss process.

Walaupun simptom Fasa Luteal sukar ditangani, simptom ini boleh dimatikan dengan DISIPLIN. Mesti ada determination untuk melawan simptom Fasa Luteal ini. Kalau terasa susah sangat, Herba Rahsia Rimba boleh bantu mengurangkan simptom. Nak cuba?

 

Diana Ishak
Read more

Kentut Faraj atau Queef : Kenapa ia berlaku?

"What?! Kentut faraj?"

Mungkin ada yang tidak biasa dengan istilah itu, tetapi kebanyakan wanita mengalami QUEEF sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Kami akan menjawab semua soalan tentang QUEEFING dan bagaimana untuk mencegahnya.

Queefing adalah fungsi yang tidak disengajakan. Ia berlaku ketika udara terperangkap dan dilepaskan dari vagina. Udara inilah yang sering dikatakan sebagai KENTUT FARAJ. Ketika udara dilepaskan, kedengaran seperti kentut tetapi tidak mengeluarkan bau. Walaupun tidak berbau, the sound can be embarrassing.

Apa punca QUEEF?

Udara memasuki saluran vagina dengan beberapa cara, antaranya, akibat pergerakan tertentu seperti YOGA atau aktiviti SEKSUAL.

Yoga atau aktiviti regangan
Walaupun apa-apa senaman pun boleh menyebabkan queef, pose yoga yang tertentu menyebabkan queef berlaku dengan mudah. INVERSIONS adalah pose yang paling biasa menyebabkan queef. HEADSTAND POSE dan DOWNWARD-FACING DOG adalah contoh pose yang cenderung menyebabkan queef.

Hubungan seks
Bentuk aktiviti seksual yang berbeza juga dapat memasukkan udara ke dalam vagina and create sex noises. Pergerakan zakar masuk dan keluar dari faraj membuatkan udara terperangkap di dalam vagina. Apabila zakar dikeluarkan, gas dilepaskan. Oral sex juga menyebabkan udara masuk ke dalam vagina.
Dalam kes seperti ini, queef adalah normal dan tidak perlu dibimbangkan.

Bagaimana nak pulihkan queef?

Ada 2 cara :

[1] Senaman Kegel (latihan kemutan)
[2] Tambah estrogen

Kurang estrogen menyebabkan tisu vulva dan lapisan faraj menjadi lebih nipis, kering, dan kurang anjal. Ini menjadi salah satu punca mudahnya udara terperangkap dalam faraj. Wanita yang menghampiri usia menopaus lebih berisiko mendapat queef.

Herba Rahsia Rimba bukanlah produk khusus merawat queef, tetapi ia memperbaiki hormon reproduktif wanita [estrogen dan progesteron]. Apabila hormon dalam keadaan baik, masalah seperti queef, haid yang tidak teratur, senggugut dan simptom menopos menjadi lebih baik.

Diana Ishak
Read more

Adakah normal jika keputihan keluar setiap hari?

Sebagai wanita, kita semua tahu bahawa keputihan adalah "normal", semua wanita pasti ada pengalaman dengan keputihan. Tetapi apakah sebenarnya keputihan dan bagaimana kita dapat mengetahui apa yang normal, apa yang mungkin menjadi petanda masalah?

Keputihan berasal dari kelenjar di dalam faraj dan serviks. Kelenjar ini menghasilkan sejumlah cecair yang juga dikenali sebagai rembesan vagina (vaginal discharge). Cecair ini keluar dari vagina SETIAP HARI. Ia membersihkan sel-sel lama yang melapisi vagina. Ini adalah proses yang semulajadi - cara badan menjaga kebersihan vagina.

Keputihan berbeza dari wanita ke wanita. Sebahagian wanita mengalami keputihan setiap hari, ada yang experience it less frequently. Keputihan yang normal biasanya berwarna jernih atau seperti susu dan mungkin ada bau yang tidak menyenangkan atau busuk.

Penting untuk tahu bahawa keputihan berubah sepanjang kitaran haid. Perubahan warna dan kuantiti keputihan ada kaitan dengan ovulasi, dan ini adalah NORMAL. Walau bagaimanapun, ada keputihan yang "tidak normal" di mana berlaku ketidakseimbangan bakteria sihat di faraj.

Tanda-tanda keputihan yang bermasalah termasuklah :

  • peningkatan jumlah keputihan
  • perubahan warna, bau atau tekstur.

 Gejala lain :

  • kerengsaan
  • gatal-gatal
  • pedih seperti terbakar/melecet di dalam atau di sekitar faraj.


Kombinasi faktor-faktor ini dapat membantu mengenalpasti apa yang mungkin berlaku dalam badan. Lihat rajah di bawah :

Jenis Keputihan Boleh jadi... Gejala  Apa Yang Anda Boleh Lakukan
Seperti susu atau putih tanpa bau Keputihan normal Tiada Tidak ada! Anda sihat!
Tebal, putih, menyerupai cottage cheese Jangkitan yis Gatal-gatal vagina, burning, kemerahan, bengkak, sakit ketika buang air kecil atau seks Jumpa doktor atau boleh cuba Herba Rahsia Rimba
Putih, kuning atau kelabu Vaginosis bakteria (BV) Bau hamis, gatal-gatal dan bengkak Jumpa doktor atau boleh cuba Herba Rahsia Rimba
Kuning atau hijau, tebal Trichomoniasis Bau busuk Jumpa doktor atau boleh cuba Herba Rahsia Rimba
Coklat atau berdarah Haid tidak teratur Sakit pelvis atau pendarahan faraj Jumpa doktor
Kuning cloudy Gonorea Sakit pelvis Jumpa doktor

 

 

Diana Ishak
Read more

Bagaimana hormon mempengaruhi kulit

Top things to know :

[1] Kulit anda berubah akibat tindak balas terhadap hormon (seperti estrogen dan testosteron).
[2] Sekiranya kulit jenis berminyak, muka akan jadi lebih berminyak sebelum dan semasa haid.
[3] Jerawat yang mengganas semasa pra-menstrual dan haid adalah perkara biasa.

Sebilangan besar perubahan kulit adalah disebabkan oleh kelenjar sebum. Kelenjar sebum mengeluarkan zat berminyak yang disebut sebum. Bermula dari akil baligh, kelenjar sebum meningkat dan mula mengeluarkan sebum. Sebum yang paling banyak dirembeskan antara usia 15-35 tahun.

Kelenjar sebum ada reseptor yang dipengaruhi oleh hormon androgen. Androgen akan meningkatkan pengeluaran sebum semasa akil baligh pada kedua-dua jantina. Apabila banyak androgen mengikat pada reseptor kelenjar sebum, lebih banyak sebum dihasilkan. Ini menyebabkan kulit berminyak, dan menjadi jerawat.

Apabila tahap androgen yang tinggi mendorong pengeluaran sebum yang berlebihan, sebum akan bergabung dengan sel kulit mati dari dalam liang, menyebabkan liang tersumbat. Penyumbatan liang memerangkap semua lebihan sebum yang kemudian menjadi jerawat.

Kenapa sebelum haid, jerawat tumbuh dengan banyak?

Kerana sebelum haid bermula, badan tidak cukup estrogen untuk mempromosikan kesan "anti-sebum". Tanpa estrogen yang tinggi, androgen meningkatkan pengeluaran sebum yang menyebabkan peningkatan penyumbatan liang kulit.

Wanita yang mempunyai tahap androgen yang lebih tinggi, seperti penghidap PCOS lebih cenderung dapat jerawat, serta pertumbuhan bulu berlebihan dan rambut gugur (female pattern hair loss).

Salah satu kaedah nak kurangkan jerawat adalah dengan mengambil birth control. Dalam birth control, estrogen sintetik akan menghentikan ovulasi. Apabila ovulasi tak berlaku, hormon androgen tidak dihasilkan, jadi sebum juga kurang terhasil. But, dengan menggunakan birth control, you win some, you lose some. Jadi, terpulanglah.

Walau bagaimanapun, tak semua jerawat ada kaitan dengan haid atau hormon. Jerawat mempengaruhi orang dari semua jantina dan semua peringkat umur. Genetik, diet, dan stress juga mempengaruhi jerawat. Merawat jerawat dapat membantu meningkatkan harga diri dan kualiti hidup. Kadangkala jerawat bukan persoalan tentang ebersihan, tetapi bagaimana kita peka terhadap sensiviti kulit.

GreenAard tidak ada produk untuk merawat (secara directly). Tetapi GreenAard ada :

[1] Cleansing Gel - membantu merawat kulit sensitif
[2] Herba Rahsia Rimba - memperbaiki/meneyimbangkan hormon wanita
[3] Gloei - merangsang penghasilan kolagen oleh badan (estrogen meningkatkan pengeluaran kolagen, menegangkan kulit, melembapkan kulit, mempercepatkan penyembuhan parut/luka)

Whatsapp 012-7728976 untuk pertanyaan lanjut.

Diana Ishak
Read more

Perimenipose

Perimenopos wanita bermula pada usia yang berbeza. Walaubagaimanapun, tanda-tanda ini dapat dilihat lebih awal, seperti haid yang tidak teratur pada usia 40 tahun. Tetapi sebilangan wanita menunjukkan perubahan seawal usia 35 tahun. Ketika ini, tahap estrogen dalam badan naik dan turun. Kitaran haid boleh memanjang atau memendek dan anda mula mengalami kitaran haid yang tak teratur di mana ovari tidak melepaskan telur (ovulasi). Sebaik sahaja anda melalui 12 bulan berturut-turut tanpa haid, anda secara rasmi mencapai menopaus, dan tempoh perimenopause sudah berakhir.

Sepanjang peralihan menopaus, beberapa perubahan yang [mungkin anda tidak sedari] sedang berlaku. Anda mungkin mengalami :

1. Jangka masa haid mungkin lebih lama atau lebih pendek, aliran darah mungkin light hingga heavy, boleh jadi haid melangkaug beberapa bulan.

2. Masalah tidur sering disebabkan oleh kilat panas atau berpeluh malam, tetapi kadang-kadang tidur menjadi tidak dapat diramalkan walaupun tanpa mereka.

3. Perubahan mood, mudah marah dan risiko kemurungan. Penyebab gejala ini mungkin akibat gangguan tidur yang berkaitan dengan hot flashes.

4. Apabila tahap estrogen berkurang, tisu faraj kehilangan pelinciran dan keanjalan, menjadikan hubungan seks menyakitkan.

5. Estrogen rendah boleh menyebabkan terdedah kepada jangkitan kencing atau vagina. Kehilangan keanjalan tisu menyebabka kerap kencing.

6. Oleh kerana ovulasi menjadi tidak teratur, keupayaan untuk hamil berkurang. Tapi, selagi masih ada haid, kehamilan masih boleh berlaku.

7. Semasa pre-menopos, keinginan seksual berubah. Tetapi jika anda aktif dalam hubungan seks sebelum menopaus, the desire mungkin berterusan walaupun pre-menopos.

8. Dengan penurunan kadar estrogen, badan mula kehilangan kekuatan tulang lebih cepat, meningkatkan risiko osteoporosis.

9. Penurunan estrogen menyebabkan perubahan tahap kolesterol, termasuk peningkatan kolesterol dalam darah.

Adakah anda mencari penyelesaian yang selamat dan berkesan untuk :

  • Hof flashes
  • Mood swings
  • Sleep disturbances
  • Loss of libido
  • Vaginal dryness

  • Night sweats
  • Loss of energy
  • Bone health?

Whatsapp kami di 012-7728976 sekarang.

 

Diana Ishak
Read more

Mengapa haid saya begitu sedikit?

Banyak faktor boleh mengubah aliran haid seseorang dan menjadikan haid sedikit. Berat badan, kerap bersenam [extreme], dan stress semuanya boleh menyebabkan haid menjadi sedikit. Haid yang lebih sedikit daripada biasa biasanya tidak menimbulkan kebimbangan. Dalam kes tertentu, ia ada kaitan dengan hormon.

Perhatikan simptom di bawah :

  • tempoh haid tiba-tiba lebih pendek daripada biasa.
  •  tak memerlukan pad yang banyak seperti selalu.
  • aliran heavy pada 1-3 hari pertama tidak lagi berlaku. Haid keluar dengan sangat sedikit tetapi konsisten.
  • haid keluar dalam bentuk spotting selama beberapa hari, instead of heavy flow.

 

Ada banyak faktor boleh menyebabkan tempoh haid menjadi lebih sedikit daripada biasa, antaranya umur. Aliran period boleh berubah sepanjang hayat. Pada akhir 30an dan 40an, wanita mula mengalami haid yang lebih pendek. Adakalanya melangkau beberapa bulan tanpa haid, dan bila haid datang, ia datang dengan sangat heavy pula. Ini adalah perubahan biasa akibat pre-menopause.

Kadang-kadang seorang wanita mengalami haid yang tidak teratur kerana tubuhnya tidak melepaskan telur, yang dikenali sebagai anovulasi. Ini boleh menyebabkan haid yang sedikit atau tidak teratur.

Kurang berat badan atau berat badan turun mendadak boleh menyebabkan haid berubah menjadi sedikit atau berhenti sama sekali. Perubahan ini berlaku kerana body fat turun begitu rendah sehingga ovulasi tidak boleh berlaku.

Bersenam dengan terlalu banyak juga punca haid sedikit atau tak datang sama sekali. Ini ada kaitan dengan bodyfat yang sangat kurang. Ingat! Lemak penting untuk hormon menjalankan fungsinya. Jika badan terlalu kurang lemak, kita mungkin tidak dapat penyakit obesiti tetapi sistem hormon wanita menjadi haywire.

Masalah kesihatan yang mempengaruhi hormon dalam badan, seperti sindrom ovarium polikistik (PCOS) dan tiroid, boleh mempengaruhi kitaran haid seseorang. Begitu juga dengan stress. Stress mempengaruhi keseimbangan hormon yang boleh mengganggu kitaran haid biasa.

Mengambil birth control juga menjadikan haid sedikit. Pengurangan aliran darah ini mungkin kerana dos hormon dalam birth control adalah rendah dan tak merangsang rahim untuk membina lapisan tebal. [lapisan ini akan keluar sebagai haid]. Akibatnya, haid menjadi sedikit.

 

Diana Ishak
Read more
61 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart